Anda di halaman 1dari 9

Keperluan Undang-undang mengenai pengubahsuaian kenderaan

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan


undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan
sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu:
Pemeriksaan Kenderaan-kenderaan Motor dan pemberian maklumat kepada
Ketua Pengarah
1. Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa

sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan motor menghendaki supaya

kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang

dinyatakan olehnya dan diperiksa dan, jika perlu, ditimbang dan diukur dan

selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya

kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia

mempunyai sebab bagi mempercayai :-

1. bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak

Akta ini;

2. bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan

dengan kenderaan motor itu adalah palsu, tidak betul atau

mengelirukan;

3. bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh

guna; atau

4. bahawa berat, dimensi, ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir

pengenalan atau tempat duduk telah diubah selepas pendaftarannya.

2. Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta

memberitahu Pengarah secara bertulis akan apa-apa hal keadan atau

kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar

berhubungan dengan kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang

sama menyampaikan atau menyerahkan


3. Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila

dikehendaki oleh Pengarah berbaut demikian :-

1. dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala

maklumat yang diperlukan bagi maksud menentusahkan catatan-

catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan

2. dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada

Pengarah akan perakuan pendaftaran berhubung dengan kenderaan

motor itu

4. Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa, ditimbang atau diukur

dibawah subseksyen (1), atau setelah menerima apa-apa maklumat atau

bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah

subseksyen (2) atau (3), Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di

dalam daftar dan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan

motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah

mengembalikan perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar

5. Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-

apa kehendak Ketua Pengarah atau seorang Pengarah di bawah

subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan

kesalahan.

Pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang


dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ
 
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan
tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya
pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri,
kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
 

1. Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.


2. Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.

3. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang

kereta.

4. Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta

rekabentuk lampu-lampu.

5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada

jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.

6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.

7. Pemasangan para bumbung.

8. Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu

penunjuk arah (berwarna amber).

9. Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna

putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada

lampu yang sedia ada.

10. Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup

enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-

aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.

Nota:
Senarai yang telah dinyatakan di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-
aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana
dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau
Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.
 
Contohnya:-
 
1.Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh
melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
 
 
2. Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan
tinggi.
 

 
3. Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya
dengan mudguards atau mudflaps.
 
4. Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-
lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang
terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh
melebihi lebar kereta yang asal.
 
 
 
5.Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan
bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda
kenderaan.

6.Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm
masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.

7.Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang


bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian
teratas para bumbung.

Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan


 
1. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu

berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.

2. Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.

3. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.

4. Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.

5. Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada

cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan

cahaya kurang dari 70%.


{mostip}Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau
penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20%
dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas
boleh diubah dari masa ke semasa{/mostip}
 
 
Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada JPJ
 
Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh
mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan
keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis
hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-
1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka

monocoque sebuah kenderaan bermotor.

2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.

3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.

4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.

5. Pengubahan ke atas sistem brek.

6. Pengubahan ke atas sistem steering.

7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.

8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.

9. Penukaran enjin.

10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan


hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengarah,
Bahagian Kawalselia Teknik,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya
Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
1. Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang

ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang


diikuti.

Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.

2. Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional

(Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan

bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas

kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.

3. Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau


yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya
tidak akan dibenarkan.

Jenis-Jenis Permohonan
1. Kategori 1: Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti

dengan enjin asal.

2. Kategori 2: Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan

kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25% dari enjin yang asal.

3. Kategori 3: Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan

melebihi atau kurang 25% dari keupayaan asal.

4. Kategori 4: Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza

dari yang asal.

5. Kategori 5: Penukaran enjin dari model yang berlainan dari enjin asal.

Syarat syarat permohonan


{mostip}
Syarat syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin
 Tidak ada pengubahsuaian pada enjin 'Mounting'
 Kimpalan pada enjin 'Mounting' tidak dibenarkan.
 Propeller Shaft' tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana
bahagian.
 Tiada keretakan atau karat pada enjin 'Mounting'.
 Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti melebihi 25%
daripada kapasiti enjin asal.
 Sistem gantungan (Suspension System) perlu dinaikkan taraf merangkumi
'Spring Stiffness'.{/mostip}

 
Bagi kategori 1 —  Permohonan dihantar terus kepada JPJ negeri dengan
melampirkan dokumen-dokumen berikut.
1.  Pemberitahuan Penukaran Enjin

2. Kad Pendaftaran yang asal

3. Resit Pembelian enjin yang asal

4. Surat Kastam K2 yang disahkan

5. Insuran yang baru .

Bagi kategori 2 —  Pemohon perlu membuat pemeriksaan khas di PUSPAKOM


dan melaporkan kepada JPJ negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen
berikut:
1.  Pemberitahuan Penukaran Enjin

2. Kad Pendaftaran yang asal

3. Resit Pembelian enjin yang asal

4. Surat Kastam K2 yang disahkan

5. Surat Pelepasan Tanggungan

6. Laporan Pemerikasaan Puspakom (B2) L

7. LKM (Cukai Jalan)< /li>

8. Insuran yang baru.


Bagi kategori 3, 4 dan 5 —  Pemohon perlu membuat permohonan Kepada
Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat dengan melampirkan dokumen-
dokumen berikut:
1.  Pemberitahuan Penukaran Enjin

2. Salinan kad pendaftaran

3. Salinan Resit Pembelian Enjin

4. Salinan surat Kastam (K2)< /li>

5. Setelah mendapat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif,

pemohon perlu mengikut proses kategori 2 .

Pemasangan alat kelengkapan yang tidak dibenarkan


 Lampu berkelip-kelip( selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu
berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
 Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
 Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
 Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau


yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya
tidak akan dibenarkan.

Anda mungkin juga menyukai