Zikir
Zikir
" Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah S.W.T. Ketahuilah
hanya dengan mengingati Allah S.W.T. , hati menjadi tenang."
Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah
pilihan iaitu :
Surah Yusuf - untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
Surah Luqman - untuk memohon anak yang cerdik.
Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin.
Surah Yasin - untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu.
Surah al-Imran ayat 38 - untuk memohon anak yang baik.
Surah al-Imran ayat 8-9 - untuk memohon rahmat.
Surah Ibrahim ayat 40 - untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
Surah al-Baqarah ayat 128 - untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
Surah Yassin ayat 22-23 - untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
Surah as-Sajdah ayat 7-9 - untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah
dan baik.
Surah al-Furqan ayat 74 - untuk memohon agar dikurniakan anak yang
menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan
sekeluarga.
Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya'
ayat 21:87 :
"Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang
menganiaya diri sendiri."
Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda
yang maksudnya :
"Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35)
dan surah al-Nazi'at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan
kemaluannya."
(Hadis riwayat Ibn Sunni)
Doa-doa dan amalan-amalan ni Aini ambil dari buku Diari Hamil.
Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :
Thanks kepada blogger-blogger untuk doa-doa ni.
1)
"Ya Tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat).
Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba-Mu."
2)
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya
aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim."
3)
"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah."
Untuk memudahkan bersalin digalakkan juga membaca ayat Kursi.
5)
"Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjanjikan langit dan bumi dan yang diantara
keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke
dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah
yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.
Seterusnya, perbanyakkan membaca tasbih ini :
6)
"Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan Yang Esa yang ditumpu segala kehendak
kepada-Nya daripada sekalian yang mempunyai dengki."
*Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.
9) Surah Al-Ansyiqaq