Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Sebelum dibahas lebih jauh mengenai radang usus buntu yang dalam
bahasa mediknya disebut sebagai Appendicitis, maka lebih dulu harus difahami
apa yang dimaksudkan dengan usus buntu atau appendiks. Usus buntu, sesuai
dengan namanya kerana saluran usus yang hujungnya buntu. Usus ini besarnya
kira-kira sejari kelingking, terhubung pada usus besar yang letaknya berada di
perut bagian kanan bawah (right iliac fossa)
Usus buntu dalam bahasa latin disebut sebagai Appendix vermiformis,
Organ ini ditemukan pada manusia, mamalia, burung, dan beberapa jenis
reptilia. Pada awalnya, organ ini dianggap sebagai organ tambahan yang tidak
mempunyai fungsi, tetapi saat ini diketahui bahawa fungsi apendiks adalah
sebagai organ imunologik dan secara aktif berperanan dalam sekresi
immunoglobulin dimana memiliki kelenjar limfoid.
Seperti organ-organ tubuh yang lain, appendiks ini dapat mengalami
kerosakan ataupun ganguan serangan penyakit. Hal ini yang sering kali kita
kenal dengan nama Penyakit Appendicitis

Penyataan Masalah
Seorang lelaki Melayu berumur 20 tahun 9 bulan yang tinggal di Daerah
Kulim telah datang ke unit kecemasan Hospital Kulim pada 12 Januari 2016
dengan aduan mengalami sakit di bahagian Right Iliac Fossa selama 3/7.
Pesakit juga datang dengan aduan mengalami sembelit,loya-loya dan
demam. Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai perubatan mendapati
kebanyakan simptom yang ditunjukkan pesakit adalah bercirikan penyakit
Appendisitis. Diagnosa ini disahkan melalui ujian Rebound Tenderness,Psoas
Sign dan Rovsing Sign yang positif serta ujian darah yang menunjukkan
terjadinya leukositosis.
Pesakit kemudiannya disahkan perlu menjalani prosedur Appendectomy
bagi mengelakkan sebarang komplikasi dan oleh kerana itu,pesakit telah
dimasukkan ke dalam wad surgikal bagi menjalani persiapan untuk
pembedahan yang dijadual dilakukan pada 14 Januari 2016 jam 8 pagi.

Literature Review
Menurut Hugh Tb (2001) dalam bukunya yang bertajuk "Appendicectomy
Becoming A Rare Event? Appendicitis ialah satu keadaan kecemasan di mana
ia memerlukan pembuangan apendiks secara segera sama ada secara
laparotomy atau laparoscopy bagi mengelakkan mortaliti akibat terjadinya
peritonitis dan kejutan.
Nitecki S.,et al (1990),pula menyatakan bahawa appendicitis merupakan
peringkat terakhir bagi jangkitan yang berlaku di apendiks dan menurut beliau,
Appendicoliths iatu sekatan yang berlaku pada kolon merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan Appendisitis.
Apendisitis boleh mengakibatkan pelbagai simptom yang boleh berubah
pada bila-bila masa sahaja. Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di
sekitar kawasan pusat yang akan bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen.
Rasa kesakitan itu akan menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks itu
merebak ke tisu-tisu yang berhampiran, lebih-lebih lagi ke bahagian dalam
lapisan (peritoneum) abdomen anda. (Dr. Abd Hamid Mat Sain. (2011)).
Menurut Pakar Runding Pembedahan Am, Dr. Jonah Azariah, punca
sebenar apendiks tidak diketahui. Tetapi beliau berpendapat, amalan pemakanan
yang tidak menentu dan makanan yang tidak bersih, boleh jadi punca kena
apendiks. Jadi, orang yang selalu makan dekat luar, beli dekat gerai-gerai tepi
jalan berisiko mendapat appendiks. Selain itu, orang yang kurang minum air
masak, dan malas bersenam juga berisiko mendapat appendiks.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Gear JS pada tahun 1981, kurang
pengambilan makanan berserat juga boleh menyebabkan appendicitis. Beliau
juga menerangkan bahawa hanya Appendicectomy sahaja rawatan yang paling
berkesan untuk menangani masalah ini. Menuru beliau lagi, pembedahan secara
laparotomi memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan
pembedahan secara laparoscopy tetapi ia bergantung kepada tahap inflamasi
dan kedudukan apendiks tersebut.

Perbincangan
Apendiks adalah satu lebihan yang berada pada usus perut. Ianya
bercirikan sakit di bahagian Right Iliac Fossa.Sekiranya berlaku jangkitan ia
boleh seseorang individu berasa amat sakit. Appendisitis yang teruk boleh
menyebabkan appendiks pecah (perforated appendicitis ) sekaligus
menyebabkan pembentukan abses (nanah) di dalam kaviti abdomen atau juga
peritonitis,pelvic abcess,septicaemia dan lain-lain.
Appendiks terbentuk dari cecum ketika embrio lagi. Dalam orang
dewasa, apendiks berukuran purata 10 cm panjang tetapi ianya berbeza dalam
julat antara 2-20 cm. Sungguhpun lokasi asas appendiks adalah tetap, lokasi
penghujung appendiks boleh berbeza iaitu di retrocaecal ataupun di pinggang
( pelvis ) sehinggalah terletak di kawasan peritonium. Appendiks tidak memberi
sebarang kegunaan dan fungsi fisiologi di dalam badan manusia dan oleh kerana
itu,pembuangannya tidak menjejaskan fungsi tubuh.
Appendisitis pula ialah keadaan di mana berlakunya inflamasi pada
apendiks vermiform yang boleh berlaku akibat:

Najis keras
Benda asing
Kinking of appendix
Neoplasm
Worm Colic.

Appendisitis diklasifikasikan sebagai satu keadaan perubatan kecemasan


dan pembuangan apendiks (Appendicectomy) boleh dilakukan sama ada melalui
cara Laparotomy atau Laparoscopy.Appendisitis akut boleh didiagnos melalui
pemeriksaan fizikal yang berikut:

Rebound Tenderness
Rovsing Sign
Murphy Sign
Psosas Sign
Obturator Sign - apendiks terikat pada otot Obturator Internus dan
kesakitan akan dirasai oleh pesakit jika fleksi dan rotasi dilakukan oleh

pinggang pesakit.
Sitkovskiy (Rosenstein)'s sign pesakit akan merasa lebih sakit apabila
berbaring mengiring ke sebelah kiri.

Penyiasatan lain yang turut dijalankan ialah :

Full Blood Count (FBC)


Blood Urea Serum Electrolyte (BUSE)
Urine FEME
Total White Differential Count ( TWDC )
CT Scan

Patofisiologi Appendisitis
Punca utama berlakunya appendiks ialah akibat sekatan pada lumen
appendiks akibat faktor tertentu dan apabila ini berlaku,appendiks mula dipenuhi
dengan mukus dan mula membengkak.Ini akan meningkatkan tekanan dalam
appendiks kerana kapilari darah dan saluran limfatik mengalami
6

trombus.Keadaan ini boleh pulih secara semulajadi tetapi hal ini amat jarang
berlaku.Selepas itu,bakteria mula membiak di dalam karung appendiks dan
gumpalan nanah mula terhasil dari inflamasi tisu.Pada ketika ini,pesakit mula
merasa sakit dan sekiranya rawatan tidak diberikan,appendiks akan meletup dan
ini akan merebakkan jangkitan ke bahagian berhampiran.
Antara diagnosa perbezaan bagi penyakit ini ialah :

Ectopic Pregnancy
Gastroenteritis
Renal Colic
Peptic Ulser
Pankreatitis
Testicular Torsion

Rawatan
Secara amnya,apabila pesakit telah disahkan menghidapi Appendicitis,
rawatan surgeri akan dilakukan secepat mungkin untuk mengelak berlaku
komplikasi kesihatan yang lain. Pesakit akan dirujuk ke dalam wad sugikal
sebagai persiapan untuk menjalani pembedahan. Pesakit diminta untuk
menandatangani surat kebenaran bagi pemberian ubat bius dan kebenaran
melakukan pembedahan. Pesakit juga diminta berpuasa dan segala penyiasatan
akan dijalankan seperti pengambilan darah untuk GXM, FBC, TWDC dan lainlain.
Antara prosedur yang dilakukan untuk memulakan pembedahan ialah:

Antibiotik akan diberikan sebelum pembedahan sekiranya ada tanda


tanda sepsis dan sekiranya tiada,antibiotik profilaksis akan tetap diberikan
untuk mengelak jangkitan.
General Anaesthesia diberikan dan pesakit dipasangkan dengan tiub
endotrakeal serta dibaringkan dalam posisi supine.
Kawasan abdomen diperiksa dan dibersihkan ketika pesakit sudah berada
di bawah pengaruh anesthesia.
Sekiranya benjolan akibat appendicitis kelihatan, insisi akan dilakukan
betul-betul di atas kawasan tersebut dan sekiranya tiada benjolan dilihat,
insisi akan dilakukan di McBurneys point iaitu 1/3 dari anterior superior
iliac spine (ASIS) kerana ia merupakan tempat di mana pangkal apendiks
berada (hujung apendiks berada di tempat yang tidak tetap ).
Lapisan dinding abdomen dibuka dan didedahkan.
Perkara yang paling penting ketika membuka dinding abdomen ialah
untuk menjaga integriti dinding tersebut tanpa menyebabkan terlalu
banyak kerosakan tisu bagi mengelakkan berlakunya masalah Insicional
Hernia dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Semasa peritoneum diteroka, apendiks yang mengalami inflamasi
diperiksa dan Ligation dan pemisahan apendiks akan dilakukan pada
pangkal apendiks tersebut.
Sesetengah pakar bedah memilih untuk menghalakan pangkal apendiks
yang telah dipotong ke dalam cecum sebelum dijahit.
Dinding abdomen kemudiannya ditutup mengikut lapisan dan ini dilakukan
berhati- hati bagi mengelakkan kecederaan tisu dan memastikan tisu
cepat sembuh.
Permukaan kulit dijahit atau ditutup menggunakan clippers.
Luka pesakit dibersihkan dan pesakit dibawa ke wad pemulihan.

Pesakit kemudiannya akan dimasukkan semula ke dalam wad


pembedahan untuk menjalani rawatan post operation. Di wad, tanda- tanda vital
pesakit seperti suhu, pernafasan dan tekanan darah akan dipantau setiap masa.
Pemberian diet yang seimbang adalah perlu dan pesakit akan diberikan
pendidikan kesihatan tentang cara menjaga kebersihan dan kepentingan
mengamalkan pemakanan ubat yang dibekalkan.
Pesakit akan dibenarkan keluar sekiranya tahap perkembangan kesihatan
adalah memuaskan. Pesakit juga akan diminta hadir ke hospital atau klinik
berdekatan untuk mencuci luka pembedahan.

Rumusan
Appendisitis adalah peradangan pada apendiks vermiformis dan
merupakan penyebab abdomen akut yang paling sering terjadi. Penyakit ini
boleh berlaku pada semua umur samada lelaki atau perempuan, tetapi lebih
sering menyerang lelaku yang berusia 10 sampai 30 tahun.
Penyakit ini perlu mendapat perhatian yang lebih serius kerana ianya
adalah satu keadaan kecemasan di mana apendiks yang pecah boleh
menjangkiti organ-organ yang berhampiran. Oleh itu, anggota kesihatan
terutama penolong pegawai perubatan dan doktor perlu lebih fokus dalam
melakukan pengesanan awal pada pesakit yang mengalami masalah ini sama

ada di hospital mahupun di klinik kesihatan. Hal ini adalah penting untuk
memudahkan dalam melakukan rawatan yang berkesan kepada pesakit

Rujukan

Dr. Abd Hamid Mat Sain. (2011, February 3). PENYAKIT APENDIKS AKUT
(ACUTE APPENDICITIS). Retrieved January 19, 2016, from
http://www.columbiaasia.com/penyakit-apendiks-akut.html#.Vp8YSVIod50
Gear JS, Brodribb AJ, Ware A, Mann JI (1981). "Fibre and bowel transit
times". Br. J. Nutr. 45 (1): 7782.
Hugh TB, Nitecki S.,et al (1990"Appendicectomy--becoming a rare
event?". Med. J. Aust. 175 (1): 78.

10

Nitecki S, Karmeli R, Sarr MG (1990). "Appendiceal calculi and fecaliths as


indications for appendectomy". Surg Gynecol Obstet 171 (3): 1858.
Dr. Jonah Azariah. (201, September 22). Rawatan awal halang derita
apendiks. Retrieved January 19, 2016, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130922/kn_04/Rawatanawal-halang-derita-apendiks

11

Anda mungkin juga menyukai