Anda di halaman 1dari 1

xxxxxxxxxxxxxxxxxx,

xxxxxxxxxxxxxxxxx,
Taman Krubong Jaya,
75250 Melaka.

22 JANUARI 2016

Kepada:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya,
(Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta)
Lot F51&F52, Tingkat 1, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,
Melaka
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Tuan,
BANTAHAN KEPADA NILAIAN CUKAI TAHUNAN 2016 AMBASSADOR VILLAGE,
DURIAN TUNGGAL
Dengan segala hormatnya, surat pihak tuan (No Akaun: 00000000000) bertarikh 18 April
2013 adalah dirujuk.
1.
Saya dengan hormatnya membantah kadar cukai tahunan sebanyak RM184.80
yang akan berkuatkuasa mulai 01 Julai 2016 untuk harta yang beralamat PT 8094
Ambassador Village, Durian Tunggal, 76100 Melaka berasaskan fakta-fakta berikut:
i.

Kadar cukai tahunan yang dikenakan sekarang adalah tidak berpadanan


memandangkan lot tanah yang dibeli masih lagi tidak wujud dan masih belum
siap sepenuhnya untuk kegunaan pembeli. Geran juga masih belum diperolehi
oleh pembeli.

ii.

Pihak MPHTJ masih belum menyediakan apa-apa kemudahan awam dan juga
apa-apa penyelenggaraan dalam kawasan terbabit yang bermanfaat kepada
pembeli.

3.
Saya secara rasminya mengikut peruntukan Seksyen 144 (3) mengemukakan
bantahan atas kadar nilaian yang ditaksirkan oleh pihak tuan berasaskan fakta-fakta yang
dikemukakan seperti di atas. Saya juga memohon agar nilaian cukai tahunan dikurangkan
dan saya juga memohon supaya bayaran untuk cukai taksiran ini ditangguhkan terlebih
dahulu disebabkan oleh perkara 1.1 seperti diatas.
4.
Segala keprihatinan daripada pihak tuan, diucapkan terima kasih. Semoga pihak
tuan dapat membantu menyelesaikan permasalahan ini sebaik mungkin.
Sekian, salam hormat dan terima kasih.
Yang benar,
.
ZULFA BINTI MOHD. NOOR
No Akaun: xxxxxxxxxx

Anda mungkin juga menyukai