Anda di halaman 1dari 6

Perbualan:KebaikanMembacaSuratKhabar

Soalan :
Semasa menunggu bas sekolah sampai, kamu dan rakan kamu berbual-bual
tentang kebaikan membaca suratkhabar.
Tulis perbualan kamu dan rakan kamu itu selengkapnya.
Rangka karangan :
Pemulaan :
Menegur - memberi salam - bertanya khabar
Isi 1 :
Kebaikan suratkhabar - dapat berita dalam dan luar negara - perkembangan
semasa - cuaca
Isi 2 :
Menambah perbendaharaan kata - perkataan baharu - ejaan yang betul
Isi 3 :
Melancarkan pembacaan - sisipan untuk murid - contoh latihan UPSR
Penutup :
Bas sampai - sambung esok - jumpa lagi

Perbualan:KebaikanMembacaSuratKhabar
Amer : Assalammualikum
Naim : Waalaikumussalam
Amer : Kamu sedang buat apa?
Naim : Saya sedang membaca surat khabar.
Amer : Apakah kelebihan membaca suratkhabar?
Naim : Dengan membaca surat khabar, kita dapat mengetahui berita dalam dan
luar negara. Kita juga dapat
mengetahui perkembangan semasa
Amer : Dengan membaca surat khabar juga, kita dapat mengetahui ramalan cuaca
dalam setiap negeri.
Naim : Selain itu, kita juga dapat menambah perbendaharaan kata kita. Membaca
surat khabr mengatahui
perkataan yang baharu yang dapat memantapkan karangan pada waktu
peperiksaan.
Amer : Kita juga dapat mengetahui ejaan yang betul pada perkataan yang agak
sukar untuk dieja.
Naim : Dengan membaca surat khabar jugs, kita dapat melancarkan pembacaan
kita.
Amer : Di dalam setiap surat khabar pasti terdapat sisipan untuk murid. Kita
dapat membuat latihan yang
telah diesediakan.
Naim : Bas sudah samapi. Terpaksalah kita sambung pada keesokan hari.
Selamat tinggal.

DIALOG PENGENALAN
Karangan jenis dialog, biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang
tentang sesuatu perkara.
Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, dialog atau perbualan, dan wawancara
atau temuramah. Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan
mencari isi penting dan menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu. Dalam karangan dialog,
kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat.
Untuk menulis temuramah pula pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang
ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.
Pastikan anda menggunakan kata ganti diri yang sesuai yang sesuai dengan watak dan situasi
dialog tersebut. Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan
Encik, Tuan ,atau Pak cik.
Tidak digalakkan menggunakan kependekan seperti kan, tak, dan tidak. Penggunaan
bahasa kiasan dan peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.
Jangan salah format, markah anda akan dipotong. Soalan Perbincangan Sebagai penulis majalah
sekolah, kamu diminta untuk menemuramah seorang murid yang telah dianugerahkan sebagai
murid cemerlang di sekolah kamu. Tulis temuramah itu selengkapnya. Panjang karangan kamu
mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
LANGKAH 1 Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti.
Fahamkan tema atau kehendak dialog yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang
penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.
LANGKAH 2 Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaikbaiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah
seberapa ringkas. Contoh Peta Minda: .
LANGKAH 3 Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa
mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan
markah di bahagian ini. Baca
contoh karangann di bawah ini.
Mardiah : Selamat pagi saudari Ainatul. Saya, Mardiah, penolong pengarang majalah sekolah
kita. Saya telah ditugaskan untuk menemuramah saudari. Saya berharap saudari tidak
keberatan.
Ainatul : Selamat pagi. Saya bersedia memberikan kerjasama.

Mardiah : Terima kasih kerana saudara bersetuju ditemuramah. Saya ucapkan tahniah atas
kejayaan saudari. Bagaimanakah perasaan saudara apabila terpilih menjadi murid cemerlang
tahun ini?
Ainatul : Saya bersyukur dan berasa gembira atas kejayaan yang saya anggap satu detik
sejarah dalam hidup saya.
Mardiah : Saya saudari sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Apakah rahsia yang membuat
saudari sentiasa cemerlang?
Ainatul : Tiada rahsia, sebenarnya kejayaan saya dalam pelajaran banyak bergantung kepada
beberapa perkara seperti cara saya belajar, dorongan ibu bapa tetapi yang lebih penting ialah
bimbingan yang tidak pernah daripada guru-guru.
Mardiah : Saudara sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum. Bagaimanakah saudara dapat
membahagi-bahagikan masa?
Ainatul : Saya ada jadul dan saya akan sentiasa mematuhi jadul tersebut. Justru itu, walaupun
saya aktif dalam pelbagai kegiatan kelab dan permaianan tetapi saya masih cemerlang dalam
pelajaran.
Mardiah : Apakah cita-cita saudari?
Ainatul : Saya bercita-cita menjadi seorang doktor dan berhasrat untuk berkhidmat di luar
bandar.
Mardiah : Syabas saudari! Saya cukup berbangga dengan pemilihan saudari sebagai murid
cemerlang pada tahun ini. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat
berjaya.
Ainatul : Sama-sama. Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan
.
Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda
hendaklah seberapa ringkas .
Langkah 4 Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua
kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan ,
tanda baca dan ejaan.
Latihan minggu ini. Tulis karangan di bawah ini. Bagi tiap-tiap soalan panjangnya mestilah tidak
kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
1 Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang aktiviti sambutan hari kebangsaan yang akan
diadakan di sekolah kamu. Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.

2 Kamu berbual-bual dengan rakan kamu yang baru menyertai satu perkhemahan, untuk
mendapatkan maklumat mengenai aktiviti tersebut kerana kamu juga akan menyertai satu
perkhemahan Tuliskan perbualan antara kamu dan rakan kamu itu.
3 Kamu dan kawan kamu berbual-bual mengenai lawatan sambil belajar yang baru kamu sertai.
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
GLOSARI: Perarakan : iring-iringan yang mengarak sesuatu, usungan atau kereta dan lain-lain
untuk mengarak, kumpulan yang berarak mengasaskan: menyandarkan atau meletakan pada
sesuatu sebagai asas, mendasarkan, membangunkan pada peringkat permulaannya, mendirikan,
memulakan penubuhan sesuatu mengawit : membuat supaya tahan lama atau tidak busuk, rosak
dan sebagainya, memelihara atau mengekalkan kesegaran sesuatu seperti makanan
membantutkan : menyebabkan bantut atau terbantut, menyebabkan tidak dapat mencapai
kejayaan atau kemajuan dengan menimbulkan halangan atau rintangan perbatasan : sempadan
atau sesuatu kawasan, daerah, sempadan, keadaan yang menyakat atau membatasi baucer :
dokumen yang menunjukkan bahawa wang telah dibayar bagi barang-barang dan lain-lain yang
telah diterima atau dokumen yang boleh ditukarkan dengan barang-barang atau perkhidmatan
tertentu bengkel : tempat membaiki kereta dan lain-lain, kilang kecil tempat tukang-tukang
bekerja, mesyuarat atau perbincangan secara kelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukartukar pendapat tentang sesuatu pemborong : orang yang membeli secara keseluruhannya atau
secara besar-besaran atau orang yang melakukan pekerjaan secara keseluruhannya seperti
mendirikan bangunan

CONTOH LATIHAN KARANGAN SOALAN 3


(perbualan antara kamu dan rakan kamu mengenai perkhemahan)
Anuar : Apa khabar, Ikram. Ikram : Khabar baik, Anuar.
Anuar : Bagaimana dengan perkhemahan pengakap pada minggu lepas, seronok?
Ikram : Oh, memang menyeronokkan. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi ketika
menyertai perkhemahan tersebut.
Anuar : Bulan hadapan, saya akan menyertai kelab kembara yang akan mengadakan
perkhemahan di Tasik Kenyir, apakah persiapan yang mesti saya lakukan?
Ikram : Sebelum pergi berkhemah, kita perlu memastikan segala kelengkapan perkhemahan
seperti khemah dan tali adalah mencukupi.
Anuar : Selain khemah, apakah lagi kelengkapan yang perlu kita sediakan?
Ikram : Kita perlu juga menyediakan pelbagai keperluan diri seperti tuala, ubat gigi, lampu
suluh dan makanan. Selain itu, bagi setiap kumpulan, barang-barang seperti parang, periuk,
mancis api serta bekalan makanan untuk kumpulan perlu disediakan.
Anuar : Apakah perkara-perkara lain yang perlu saya ketahui untuk pergi berkhemah?
Ikram : Keselamatan adalah perkara yang sangat penting. Ketika kita mengikuti perkhemahan,
kita perlulah sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh guru.
Anuar : Terima kasih,
Kamal. Semoga maklumat yang telah kamu berikan dapat dijadikan panduan kepada saya dan
rakan-rakan kita yang akan menyertai aktiviti perkhemahan bulan hadapan .
Ikram : Sama-sama. Saya ucapkan, selamat berkhemah

Anda mungkin juga menyukai