Anda di halaman 1dari 3

DIALOG PENGENALAN ·

Karangan jenis dialog, biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang tentang
sesuatu perkara.
· Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, dialog atau perbualan, dan wawancara atau
temuramah.
· Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan mencari isi penting dan
menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu.
· Dalam karangan dialog, kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan
memberikan pendapat.
Untuk menulis temuramah pula pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang
ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.
· Pastikan anda menggunakan kata ganti diri yang sesuai yang sesuai dengan watak dan situasi dialog
tersebut. Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan “Encik”,
“Tuan” ,atau “Pak cik”.
· Tidak digalakkan menggunakan kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “tidak”. ·
Penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.
· Jangan salah format, markah anda akan dipotong.
Contoh Soalan
Sebagai penulis majalah sekolah, kamu diminta untuk menemuramah seorang murid yang telah
dianugerahkan sebagai murid cemerlang di sekolah kamu. Tulis temuramah itu selengkapnya. Panjang
karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau kehendak dialog
yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan
semasa membuat rangka karangan.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka
karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas. Contoh
Peta Minda: .
Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang, binalah ayat-
ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
. Langkah 4
Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa
dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.
Baca contoh karangann di bawah ini. Mardiah : Selamat pagi saudari Ainatul. Saya, Mardiah,
penolong pengarang majalah sekolah kita. Saya telah ditugaskan untuk menemuramah saudari. Saya
berharap saudari tidak keberatan. Ainatul : Selamat pagi. Saya bersedia memberikan kerjasama.
Mardiah : Terima kasih kerana saudara bersetuju ditemuramah. Saya ucapkan tahniah atas kejayaan
saudari. Bagaimanakah perasaan saudara apabila terpilih menjadi murid cemerlang tahun ini?
Ainatul : Saya bersyukur dan berasa gembira atas kejayaan yang saya anggap satu detik sejarah
dalam hidup saya. Mardiah : Saya saudari sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Apakah rahsia yang
membuat saudari sentiasa cemerlang? Ainatul : Tiada rahsia, sebenarnya kejayaan saya dalam
pelajaran banyak bergantung kepada beberapa perkara seperti cara saya belajar, dorongan ibu bapa
tetapi yang lebih penting ialah bimbingan yang tidak pernah daripada guru-guru. Mardiah : Saudara
sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum. Bagaimanakah saudara dapat membahagi-bahagikan masa?
Ainatul : Saya ada jadul dan saya akan sentiasa mematuhi jadul tersebut. Justru itu, walaupun saya
aktif dalam pelbagai kegiatan kelab dan permaianan tetapi saya masih cemerlang dalam pelajaran.
Mardiah : Apakah cita-cita saudari? Ainatul : Saya bercita-cita menjadi seorang doktor dan berhasrat
untuk berkhidmat di luar bandar. Mardiah : Syabas saudari! Saya cukup berbangga dengan pemilihan
saudari sebagai murid cemerlang pada tahun ini. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih
dan selamat berjaya. Ainatul : Sama-sama. Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat
kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda.
Peta minda hendaklah seberapa ringkas . Langkah 4 Selepas mengarang , anda hendaklah membaca
semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur
ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan. Latihan minggu ini. Tulis karangan di bawah ini.
Bagi tiap-tiap soalan panjangnya mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak
melebihi 120 patah perkataan. 1 Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang aktiviti sambutan hari
kebangsaan yang akan diadakan di sekolah kamu. Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu
selengkapnya. 2 Kamu berbual-bual dengan rakan kamu yang baru menyertai satu perkhemahan,
untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti tersebut kerana kamu juga akan menyertai satu
perkhemahan Tuliskan perbualan antara kamu dan rakan kamu itu. 3 Kamu dan kawan kamu berbual-
bual mengenai lawatan sambil belajar yang baru kamu sertai. Tuliskan perbualan kamu dan rakan
kamu selengkapnya. GLOSARI: Perarakan : iring-iringan yang mengarak sesuatu, usungan atau
kereta dan lain-lain untuk mengarak, kumpulan yang berarak mengasaskan: menyandarkan atau
meletakan pada sesuatu sebagai asas, mendasarkan, membangunkan pada peringkat permulaannya,
mendirikan, memulakan penubuhan sesuatu mengawit : membuat supaya tahan lama atau tidak
busuk, rosak dan sebagainya, memelihara atau mengekalkan kesegaran sesuatu seperti makanan
membantutkan : menyebabkan bantut atau terbantut, menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan
atau kemajuan dengan menimbulkan halangan atau rintangan perbatasan : sempadan atau sesuatu
kawasan, daerah, sempadan, keadaan yang menyakat atau membatasi baucer : dokumen yang
menunjukkan bahawa wang telah dibayar bagi barang-barang dan lain-lain yang telah diterima atau
dokumen yang boleh ditukarkan dengan barang-barang atau perkhidmatan tertentu bengkel : tempat
membaiki kereta dan lain-lain, kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja, mesyuarat atau
perbincangan secara kelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu
pemborong : orang yang membeli secara keseluruhannya atau secara besar-besaran atau orang yang
melakukan pekerjaan secara keseluruhannya seperti mendirikan bangunan Contoh latihan karangan
soalan 3 Anuar : Apa khabar, Ikram. Ikram : Khabar baik, Anuar. Anuar : Bagaimana dengan
perkhemahan pengakap pada minggu lepas, seronok? Ikram : Oh, memang menyeronokkan. Banyak
pengalaman yang telah saya perolehi ketika menyertai perkhemahan tersebut. Anuar : Bulan
hadapan, saya akan menyertai kelab kembara yang akan mengadakan perkhemahan di Tasik Kenyir,
apakah persiapan yang mesti saya lakukan? Ikram : Sebelum pergi berkhemah, kita perlu memastikan
segala kelengkapan perkhemahan seperti khemah dan tali adalah mencukupi. Anuar : Selain khemah,
apakah lagi kelengkapan yang perlu kita sediakan? Ikram : Kita perlu juga menyediakan pelbagai
keperluan diri seperti tuala, ubat gigi, lampu suluh dan makanan. Selain itu, bagi setiap kumpulan,
barang-barang seperti parang, periuk, mancis api serta bekalan makanan untuk kumpulan perlu
disediakan. Anuar : Apakah perkara-perkara lain yang perlu saya ketahui untuk pergi berkhemah?
Ikram : Keselamatan adalah perkara yang sangat penting. Ketika kita mengikuti perkhemahan, kita
perlulah sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Anuar : Terima kasih, Kamal. Semoga
maklumat yang telah kamu berikan dapat dijadikan panduan kepada saya dan rakan-rakan kita yang
akan menyertai aktiviti perkhemahan bulan hadapan . Ikram : Sama-sama. Saya ucapkan, selamat
berkhemah Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Anda mungkin juga menyukai