Anda di halaman 1dari 11

ANATOMI KULIT MANUSIA

Kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan-lapisan tersebut adalah :


i.
ii.
iii.

Epidermis ( lapisan luar )


Dermis
Tisu Bawah Kulit
Gambarajah menunjukkan keratan rentas lapisan-lapisan kulit manusia:

DEFINISI MELECUR
Melecur didefinisikan sebagai kebakaran tahap pertama yang merupakan
kebakaran tahap yang tidak serius di mana ia hanya melibatkan lapisan kulit paling atas
iaitu lapisan epeidermis. Kulit yang melecur akan bertukar menjadi warna merah dan
kadang kala ia akan membengkak dan menyebabkan mangsa berasa sakit.

CARA MENANGANI MELECUR.


Lang kah 1 : Sejukkan kawasan yang melecur
i.

Alirkan air selama 15 minit di kawasan yang melecur. Jika langkah ini
tidak berhasil,

ii.

rendam di dalam air yang sejuk atau gunakan bahan

penyejuk
Menyejukkan kulit yang melecur dapat mengurangkan bengkak dengan
menghilangkan rasa panas pada kulit. Jangan letak ais pada kulit yang
melecur

Langkah 2 : Menyapu Losyen Pada Tempat Yang Melecur


i.

Jika kawasan yang melecur telah sejuk, sapu losen yang mengandungi
aloe Vera,

antibiotik atau pelembap. Ia akan mengurangkan kulit kering

dan buat anda rasa lebih selesa


Langkah 3 : Balut kulit yang melecur menggunakan pembalut yang telah disteril
i.
ii.

Jangan guna kapas, ia akan menyakitkan kulit


Balutan hendaklah secara longgar bagi mengelakkan tekanan pada kulit yang
melecur

.Ia

bertujuan

mengelakkan

daripada

terkena

udara,

dapat

mengurangkan rasa sakit dan melindungi kulit yang melecur


Langkah 4 : Makan ubat penahan sakit
i.
ii.

"Paracetamol" dan "mefanamic acid"


Melecur yang ringan boleh sembuh dalam masa seminggu hingga 2 minggu

iii.

tanpa sebarang rawatan


Dapatkan rawatan jika terdapat sebarang

tanda-tanda jangkitan seperti

bertambah sakit, kemerahan, demam, bengkak atau berair

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN SEMASA KULIT MELECUR


i.

Jangan guna ais. Meletakkan ais di tempat yang melecur boleh menyebabkan

ii.

kerosakan teruk pada kulit.


Jangan pecahkan kulit yang menggelembung. Cecair di dalam gelembung

iii.

berfungsi untuk melindungi daripada jangkitan.


Jika gelembung pecah, basuh kawasan tersebut menggunakan sabun dan air,

iv.

sapu ubat antibiotik dan balut dengan kain yang disteril.


Cuci dan ganti pembalut setiap hari.

Terbakar
Klasifikasi terbakar
1.

First Degree - dipermukaan kulit sahaja


a. Kemerah-merahan atau hilang warna
b. bengkak sedikit dan rasa sakit
c. cepat sembuh

2.

Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf


a. merah
b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]

c. bengkak yang nyata [beberapa hari]


d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.
3.

Third Degree
a. kerosakan tisu lebih dalam
b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Rawatan
1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
2. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
3. baringkan mangsa
4. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
5. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar hantar segera ke hospital

KECEDERAAN OTOT,TULANG & SENDI

KECEDERAAN TULANG

Kecederaan asas kepada tulang ialah fraktur (patah tulang) dan terkehel.
Fraktur ialah rekahan,kepatahan separa atau sepenuh pada tulang.
Ini boleh terjadi akibat terjatuh,hentakan dan ada kalanya disebabkan pergerakan salah.
Masalah terkehel biasanya adalah lebih ketara berbanding fraktur.
Masalah terkehel terjadi apabila tulang pada sendi terkeluar daripada kedudukan asalnya.
Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan hentakan kuat yang mengoyakkan ligamen
yang menarik tulang pada tempatnya.

Apabila tulang terkeluar daripada kedudukannya,sendi itu tidak lagi dapat berfungsi.
Hujung tulang yang terkehel biasanya membentuk bengkak atau lubang yang pada
biasanya tidak wujud.

KECEDERAAN OTOT & SENDI

Terseliuh ialah pengoyakan ligamen pada sendi.


Tersalah urat ialah keregangan dan pengoyakan otot dan tendon.Tersalah urat sering kali
terjadi disebabkan mengangkat sesuatu barang atau mengerjakan otot dengan keterlaluan.
Terkehel terjadi apabila tulang terkeluar dari kedudukan asalnya pada sendi.

TANDA-TANDA KECEDERAAN OTOT,TULANG ATAU SENDI

Kecacatan yang ketara


Lebam dan bengkak
Tidak berupaya menggunakan bahagian badan yang tercedera secara biasa
Serpihan tulang terdedah dari luka
Mangsa berasa tulangnya bergeser,mangsa berasa atau terdengar bunyi snapatau pop
pada masa kecederaan

RAWATAN UNTUK TULANG

Buat penilaian keadaan pesakit dan pastikan ketenatan kecederaan yang dialami
Pulihkan nafas pesakit jika perlu
Tahan darah jika terdapat luka atau patah terbuka
Ampu bahagian anggota yang patah secepat mungkin dengan menggunakan

penyokong(anduh) dan sebagainya.


Tenangkan perasaan pesakit
Hantar pesakit ke hospital dengan kadar segera.

RAWATAN UNTUK KECEDERAAN SENDI DAN OTOT

Rehatkan pesakit
Gunakan kiub air batu
Teknik tuaman
Tinggikan anggota yang terjejas
Jika berlaku di betis dan peha,ampu kaki pesakit.Tolak hujung jari aki ke arah mukanya
secara perlahan dan tegak,untuk meredakan kekejangan otot.

Anda mungkin juga menyukai