Anda di halaman 1dari 11

(ular, ayam, awan, itik, ulat)

(petani, perigi, tomato, kelapa, kereta)


Kisah Si Jalak
Pada zaman dahulu, terdapat seorang petani yang tinggal di sebuah hujung
kampung. Petani itu bernama Pak Ahmad. Pak Ahmad mempunyai sebuah
ladang tomato yang sangat luas.
Selain itu, Pak Ahmad juga turut mempunyai seekor ayam jantan dan
lima ekor itik. Pak Ahmad begitu sayang akan ayam jantan yang
dinamakannya, Si Jalak. Si Jalak berkawan baik dengan salah seekor itik Pak
Ahmad yang bernama Si Kuning.
Pada suatu hari, Pak Ahmad telah pergi ke pekan untuk membeli 10 biji
kelapa dengan menaiki kereta biru. Petani itu telah berpesan kepada Si Jalak
supaya memerhatikan ladang tomatonya daripada dimakan oleh ulat.
Ayam jantan Pak Ahmad duduk di atas perigi yang berdekatan dengan
ladang tomato tuannya. Awan cerah yang berarak menandakan hari sudah
lewat petang. Tiba-tiba, Si Jalak berkokok sekuat-kuatnya. Pak Ahmad baru
sahaja pulang dari pekan terdengar akan kokokan ayam kesayangannya.
Pak Ahmad terus berlari mencari-cari arah bunyi kokokan tersebut.
Kemudian, Pak Ahmad terlihat seekor ular sawa sedang bergelut dengan Si
Jalak. Petani itu mengambil kayu yang berdekatan dan terus membunuh ular
sawa. Akhirnya, ayam jantan Pak Ahmad berjaya diselamatkan daripada
dimakan oleh ular.

Anda mungkin juga menyukai