Anda di halaman 1dari 5

Petani yang Baik Hati

Di suatu desa, hiduplah seorang petani yang sudah tua. Petani ini hidup seorang diri
dan sangat miskin, pakaiannya penuh dengan tambalan dan rumahnya terbuat dari
gubuk kayu. Musim dingin sudah tiba, Pak Petani tidak punya makanan , juga tidak
mempunyai kayu bakar untuk menghangatkan diri, jadi hari ini Pak Petani hendak pergi
ke pasar untuk mencari pekerjaan. Ketika keluar dari rumah, dilihatnya ada sebutir telur
tergeletak diatas tanah bersalju.

Dengan hati-hati dipungutnya telur tersebut dan dibawanya ke dalam rumah. Pak
Petani menyelimuti telur itu dengan kain lusuh dan meletakkannya di dalam kardus agar
tetap hangat. Setelah itu dia pergi ke pasar untuk bekerja.
Pak Petani membuat telur itu menjadi hangat setiap hari sampai telur itu menetas.
Ternyata telur itu adalah telur Burung Camar, mungkin induknya menjatuhkannya ketika
hendak pindah ke tempat yang lebih hangat. Pak Petani merawat Burung Camar kecil
itu dengan penuh kasih sayang. Dia selalu membagi setiap makanan yang diperolehnya
dari bekerja di pasar. Ketika harus meninggalkan Burung Camar itu sendirian, Pak
Petani akan meletakkannya di dalam kardus dan menyalakan perapian agar Burung
Camar tetap hangat.

Hari-hari berlalu, Burung camar kecil tumbuh semakin besar. Pak Petani sadar, Burung
Camar ini tidak selamanya akan tinggal bersama dirinya. Dengan berlinang air mata,
Pak Petani melepaskan Burung Camar itu agar pergi ke selatan, ke tempat yang
hangat.
Suatu hari, Pak Petani terbaring sakit karena kedinginan, dia tidak punya uang untuk
membeli obat, kayu bakar dan makanan.
Toktok..tok., terdengar suara dari pintu rumah Pak Petani.
Ternyata Burung Camar itu kembali, diparuhnya terdapat benih tanaman.
Pak Petani heran Burung Camar itu masih mengingatnya, dibiarkannya Burung Camar
itu masuk dan memberinya minum. Sambil memandang benih yang dibawa oleh burung
Camar, Pak Petani bertanya-tanya benih apakah ini ? dapatkah aku menanamnya di
tengah musim dingin ini ? tanyanya dalam hati.
Burung Camar keluar dari rumah Pak Petani, membuat lubang di halaman rumah Pak
Petani lalu menanam benih itu . Ketika hari menjelang senja Burung Camar itu pergi
meninggalkan Pak Petani.

Esok harinya, keajaiban terjadi, benih yang ditanam Burung Camar tumbuh menjadi
Pohon lengkap dengan buahnya hanya dalam sehari !!!! Pak Petani sangat terkejut
melihatnya.

Dalam kekeliruannya itu, petani berjalan menuju ke rumahnya. Tiba-tiba petani tersebut
terdengar bunyi teriakan seolah-olah ada kecemasan. Puas petani tersebut mencari
arah suara itu itu, akhirnya petani tersebut sedar bahawa suara teriakan itu datang dari
puluhan semut yang sedang berjalan dihadapannya. Semut tersebut merayu supaya
petani tersebut tidak memijak mereka. Semut tersebut sedang berpindah mencari
sarang baru kerana sarang mereka telah dimusnahkan. Mendengar cerita semut
tersebut, petani berasa kasihan dan membenarkan semut-semut untuk membuat
sarang di atas pokok ajaibnya. Semut-semut gembira dengan keputusan petani
tersebut. Semut tersebut berjanji akan menjaga pokok tersebut daripada dirosakkan
oleh orang lain atau pencuri buah.

Semakin hari, sakit petani semakin teruk. Petani tidak berdaya untuk keluar mencari
rezeki. Petani menjadi semakin lemah dan kelaparan.
Karena lapar, Pak Petani memakan buah pohon itu. Ajaib, tubuhnya menjadi kuat dan
dia tidak merasa sakit. Petani dan semut menjaga pohon itu dengan baik. Meskipun
musim dingin, pohon itu terus berbuah dan tidak menjadi kering. Pak Petani menjual
buah itu dan mendapatkan banyak uang.
Sekarang Pak Petani tidak lagi kedinginan dan kelaparan. Meskipun demikian , Pak
Petani tetap murah hati, dia ingat bahwa apa yang diterimanya sekarang adalah buah
dari ketulusannya menolong sesama makhluk hidup
Read more at http://kisahbuahhati.blogspot.com/2013/02/petani-yang-baikhati.html#vtgys7MqB05cW1Kw.99

Format Skrip Drama Pentas


Skrip drama pentas mempunyai formatnya yang sendiri. Anda wajar mengikut
format yang standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca, difahami
oleh pengarah drama dan yang penting ia menunjukkan yang anda memahami
genre sastera yang anda tulis. Dalam format penulisan skrip, anda perlu
memuatkan perkara-perkara yang berikut:
Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama
anda), judul sumber asal (novel) jika skrip drama itu karya adaptasi, nama dan
tempat terbit (jika diterbitkan) dan tahun.
Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira
150 patah perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak,
tema dan perjalanan cerita dan yang penting mampu menarik minat pembaca
untuk membaca seterusnya skrip drama anda.
Watak dan senarai watak Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat
dalam drama anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti
bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat tertentu watak itu.
Pecahan babak juga perlu.
Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa
dan watak. Oleh itu, ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu
sebelum sesuatu adegan itu bermula.

Format atau stail menaip skrip terdapat beberapa bentuk. Lihatlah bentuknya
daripada beberapa skrip yang pernah anda baca.
Di sini saya sertakan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis,
petikan babak 12 drama Patah Sayap Terbang Jua tulisan Othman Haji
Zainuddin yang diadaptasi daripada novel Patah Sayap Terbang Jua karya A.
Samad Ismail.
12. DERETAN KEDAI/ SINGAPURA/MALAM
Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh
lampu elektrik yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia
memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari
antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu. Wahab bersiulsiul kecil dan mendendangkan lagu keroncong Kemayuran.
WAHAB (Menyanyi)
Kiri jalan, kanan pun jalan
Nona manis endung disayang
Lateralala lala lala.
Di tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan
Pesan pun jangan
Sama-sama
Menanggung rindu.
Ketika ini Inah ikut sama menyanyi
INAH & WAHAB
Kirim jangan
Pesan pun jangan
Sama-sama
Menanggung rindu
Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya.
INAH

: Ada apa Hab, kau nak jumpa aku?

WAHA
: Banyak perkara.
B
INAH

: Apa yang boleh kutolong?

WAHA : Kau tolong aku seperti kau tolong


B
Hashimoto
INAH

: Tolong Hashimoto?

Penutup
Setelah anda membaca tulisan ini, diharapkan anda mendapat sedikit
pengetahuan tentang kaedah-kaedah penulisan skrip drama pentas. Ia mungkin
belum cukup untuk menjadikan anda penulis skrip yang baik kerana penulis
skrip drama pentas yang baik menuntut kerja-kerja pemerhatian masyarakat ,
banyak membaca naskhah skrip drama yang baik dan perlu juga banyak
menonton teater. Bagaimanapun ia sudah cukup untuk menggerakkan anda
memulakan suatu penulisan skrip.

Anda mungkin juga menyukai