Anda di halaman 1dari 1

Penyaduran

Salah satu kegunaan elektrolisis dalam kehidupan seharian merupakan


penyaduran. Penyaduran merupakan penyaduran nipis satu logam pada permukaan
logam yang lain melalui proses elektrokimia (Osborne, n.d.). Penyaduran bertujuan
untuk melindungi logam tersadur daripada kakisan atau untuk memperbaiki rupa dan
nilainya. Untuk melakukan proses ini, logam yang hendak disadurkan perlu
diletakkan di katod yang direndamkan ke dalam elektrolit yang mengandungi ion
logam yang akan menyadurnya, manakala pada anod merupakan logam yang
digunakan untuk menyadur. Contohnya, logam silver dijadikan anod. Maka, larutan
silver nitrat akan digunakan sebagai elektrolit. Semasa elektrolisis, anod akan
terlarut untuk membentuk ion logam. Ion- ion ini kemudian bergerak ke katod dan
terenap sebagai lapisan logam yang nipis. Dengan itu, logam yang hendak disadur
yang dijadikan katod akan dilitupi lapisan logam yang nipis yang dijadikan anod.
Logam yang digunakan untuk menyadur biasanya argentums, aurum, nikel, kuprum,
kromium atau platinum, bertindak sebagai lapisan pelindung. Beberapa perkara
yang perlu diambil kira untuk mendapat hasil saduran yang cantik termasuklah
membersihkan logam yang hendak disadurkan dengan kertas pasir terlebih dahulu.
Dalam konteks ini, pembersihan bermaksud kebebasan dari sebarang tanda habuk,
gris, minyak , kakisan, bahan pencemar dan bahan asing (Reama, 1917). Dalam
proses penyaduran, logam yang disadur diputar perlahan- lahan semasa dapat
menghasilkan penyaduran yang lebih sekata dan cantik. Dengan mengaplikasikan
elektrolisis dalam proses penyaduran, kehidupan seharian menjadi lebih mudah dan
lebih berkualiti. Contohnya, penyaduran logam yang tidak berkarat pada pagar yang
permukaannya besi yang bersifat mudah berkarat, dapat menjimatkan wang kerana
keluli tahan karat sangat mahal berbanding dengan besi. Penyaduran kromium juga
dilakukan ke atas banyak objek seperti bahagian-bahagian kereta, paip mandi,
penunu gas dapur dan rim roda.

Osborne, K. (n.d.). Electroplating. Retrieved from http://nzic.org.nz/ChemProcesses/


metals/8G.pdf.
Reama, H. H. (1917). The cleaning and electro-plating of metals. Brooklyn, NY:
Oakley Chemical Company

Anda mungkin juga menyukai