Anda di halaman 1dari 7

UNSUR-UNSUR PENTING BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN

HARMONIS
1.0 PENGENALAN
Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara
meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam
kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai
institusi perkembangan ilmu.
Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu
implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara
langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu.
Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan
generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia
yang berbudaya fikir dapat bersaing di medanantarabangsa serta menjanakan
idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan
negara.
Tahun 2004 dan tahun-tahun yang akan mendatang bukan sahaja
berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama
menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah
diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya
menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam
bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah
mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.
Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu
menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk
melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari.
Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah
seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi
dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang
teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat
dalam falsafah pendidikan negara.
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran


masyarakat dan negara."

Ironisnya, gabungan empat unsur utama yang saling berkait dan


bergantungan ini akan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
seperti yang termaktub dalam dasar pendidikan negara.

2.0
UNSUR-UNSUR PENTING BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG
SEIMBANG DAN HARMONIS.

2.1

UNSUR INTELEK

Unsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan
daya pemikiran yang inovatif, logikal, analitis dan ilmu yang bermanfat. Walau
bagaimanpun, unsur-unsur intelek yang diterapkan ke dalam dasar pendidikan
negara banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan teori barat. Barat menggariskan
bahawa ideologi intelek adalah bersifat antroposenik, iaitu kepusatan manusia
semata-mata. Ideologi barat misalnya memutuskan hubungan individu dengan
Tuhan. Barat menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang terdiri daripada
enam bahagian iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan
biologi, perkembagan kognitif dan interaksi sosial.

Menurut Nik Aziz Nik Pa dalam bukunya Potensi Intelek menjelaskan


dalam perkembangan daya intelek, kita tidak harus mengenepikan unsur agama
Islam dalam pendidikan. Ini disebabkan manusia adalah mahluk ciptaan Tuhan
yang paling istimewa dan lahir dengan segala macam keistimewaan dan
anugerah. Berdasarkan pendekatan tauhid, terdapat tujuh perkembangan
intelek itu, hakikat teori kecerdasan, hakikat metafona kecerdasan, mitos
tentang kecerdasan, hakikat insan, hakikat pintar cerdas, fungsi perkembagan
individu, dan fungsi pembangunan keluarga.

Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang tinggi dan bermutu.
Akal merupakan alat peneroka dan pemyelidik ilmu dan maklumat kepad
manusia. Akal yang waras secara berterusan penting untuk menjana ilmu dan
maklumat terkini sejajar dengan tuntutan semasa. Antara otak dan akal
sememangnya mempunyai perkaitan yang amat rapat, akal tidak sihat tanpa

adanya otak. Oleh yang demikian, otak itu sendiri memainkan peranan yang
amat penting dalam pelahiran yang waras.

Kelebihan seseorang itu bergantung kepada penggunaan otaknya bagi


berfikir. Otak yang berada di hemisfera kanan misalnya berfungsi untuk
mengawal bahagian kiri badan dan merupakan sesuatu yang amat unik. Dalam
bahagian ini, seseoarang itu berkebolehan berbahasa, bertutur, analisa
matematik, analitik, logik, rasional, turutan dan disiplin. Manakala, hemisfera
kanan pula berfungsi untuk proses non verbal, holistik, .lutnitif, visual, muzik,
perasaan, dan imaginatif kerohanian. Berdasarkan kegunaan, otak hemisfera kiri
digunakan untuk menanamkan perasaan mencintai sama ada kepada insan dan
juga Tuhan.

Kesimpulannya, berdasarkan pendapat Imam Ghazali otak berfungsi


sebagai ingatan, perasaan, mensintesis, dan daya berfikir, visual atau bayangan,
Oleh yang demikian, para pendidik tidak seharusnya mengenepikan agama itu
sendiri kerana agama bukan sahaja bersesuaian dengan perkembangan daya
intelek malah membantu untuk mendorong proses merealisasikan daya intelek
dengan sempurna dan membekalkan daya petunjuk bagi perkembangan intelek
secara beradab terutamanya dalam perkembangan dunia yang semakin
mencabar kini. Sekiranya konsep dan kepercayaan kepada Tuhan Maha Pencipta
itu diterapkan nescaya impian falsafah pendidikan negara akan tercapai
terutamanya melahirkan masyrakat yang berilmu pengetahuan, dan berakhlak
mulia akan tercapai.

2.2 UNSUR ROHANI

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah dierti sebagai batin
yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu
yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal
dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Imam Al-Ghazali (1058-1111) mentafsirkan rohani sebagai perkara yang


terdiri daripada akal, nafsu jiwa dan roh. Mengikut pandangan Islam,
perkembagan rohani seseorang insan remaja terdiri daripada pelbagai peringkat.
Pada peringkat awal remaja, iaitu lingkungan umur 12-15 tahun, remaja
telah memahami nilai ketuhanan, dosa dan pahala secara konseptul. Pada
peringkat ini, mereka memerlukan kepuasan rohanian untuk menghadapi dugaan

hidup. Pada peringkat ini juga remaja mudah terpengaruh pada persekitaran dan
rakan sebaya dalam perkembangan rohaninya.

Namun, remaja yang berusia lingkungan 15 hngga 20 tahun mula


mempunyai pegangan yang kukuh kepada agama. Mereka telah percaya tentang
kewujudan Tuhan, dosa dan pahala serta hari pembalasan. Mereka juga mula
memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara abstrak. Remaja dalam
lingkungan umur ini juga mula mempersoalkan aspek-aspek kerohanian secara
logik. Malah, kadang-kadang timbul perasaan ragu, gelisah dan curiga terhadap
perkara-perkara yang berkaitan kerohanian.

Kesimpulannya, bagi meningkatkan perkembangan rohani remaja,


pendidikan agama harus ditekankan seperti yang dilakukan pada masa
kini.Kesedaran tentang Tuhan sebagai pencipta alam semesta dan bend-benda di
sekeliling terus ditegaskan. Melalui pendidikan agama, semangat sayang kepada
Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan Tuhan tetap akan
diperkukuhkan. Maka, dengan ini perinsip dalam falsafah pendidikan negara
iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai.

2.3

UNSUR EMOSI

Menurut Freud, seorang ahli psikologi dan psikiatri terkenal telah


membahagiakan perkembangan manusia kepada tiga bahagian iaitu id, ego dan
superego. Ia merupakan bahagian personaliti tidak sedar yang berfungsi sebagai
stor prnyimpanan keinginan manusia dan ia telah didorong oleh tenaga libido.
Ego wujud seawal bayi berusia enam bulan dan pada waktu itu ia mengandungi
pemikiran realistik, dan logik yang tersusun. Ia berfungsi mengawal supaya
keinginan itu tidak akan melanggar nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.

Freud juga berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia berkait


rapat dengan perkembagan fizikal. Ciri perkembangan emosi remaja dapat
dikenal pasti apabila remaja mulai menaruh minat terhadap rakan sebaya yang
berlainan jantina. Selain itu, mereka mula merasa ingin bersosial dengan rakan
sebaya. Malah pada peringkat ini, mereka telah didorong oleh tenaga libido yang
memotivasikan tingkah laku.

Oleh itu sejajar dengan tuntutan falsafah pendidikan negara, seseorang pendidik
itu harus tahu tentang emosi dan rohani pelajar mengikut peringkat
perkembangannya. Pada peringkat ini golangan remaja harus dikawal dan
dicegah daripada perkembangan rohani yang tidak diingini. Pendidik sewajarnya
bersifat penyayang dan membantu pelajar serta membimbing mereka agar
menyelesaikan masalah rohani mereka dengan cara yang berpatutan di samping
menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar.

2.4

2.4.1

UNSUR JASMANI

PSIKOMOTOR

Psikomotor merujuk kepada potensi atau kematangan seseorang dan kesediaan


untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran
yang baru. Seseorang individu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor
sekiranya tubuh badannya telah sampai kematangan selaras dengan latihan
fizikal yang diperlukan. Kematangan psikomotor ini meliputi perkembangan otot,
tulang, anggota , pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh tubuh
badan.

Peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang sebaya adalah


berbeza-beza, memandangkan fizikal setiap orang adalah unik dan tersendiri.
Bagaimanapun, kesediaan psikomotor yang tinggi adalah membolehkan
seseorang menjalankan aktiviti harian dalam program pembelajaran yang cekap
dan berkesan. Kesediaan psikomotor ini adalah penting untuk pembelajaran
dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Muzik dan Kemahiran
Hidup.

Melihat senario pendidikan dan pembelajaran di Malaysia pada masa kini,


kesediaan psikomotor memainkan peranan yang amat penting bagi membentuk
kokurikulum di sekolah. Malah, sistem yang diikuti oleh pelajar di sekolah telah
dirancang mengikut tahap psikomotor terutamanya latihan-latihan permainan
bagi menajamkan lagi kemahiran pelajar. Malah, pelajar-pelajar juga telah

didahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang lain untuk membina
daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan pergerakan yang cekap.

Kesimpulannya, pada tahap kematangan dan kesediaan psikomotot yang


tertentu dan peringkat-peringkat, proses pembelajaran boleh diterapkan dengan
nilai-nilai Islam supaya mampu melahirkan insan yang lebih seimbang pada
masa akan datang. Ini kerana fizikal yang sihat dan matang tidak akan sihat
tanpa disusuli dengan kematangan dalam beribadat dan menyembah Pencipta
yang Esa. Dengan ini, matlamat dan wawasan falsafah pendidikan negara akan
tercapai seperti dalam petikan Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

2.4.2

KOGNITIF

Kognitif merujuk kepada kesediaan mental seseorang untuk belajar sesuatu. Ia


berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, mengsintesis dan menilai. Biasanya, perkembangan intelek
seseorang adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya iaitu
murid-murid sekolah rendah hanya perlu bersedia untuk belajar operasi konkrit,
dan apabila telah masuk sekolah menengah, mereka mula sanggup bersedia
untuk belajar operasi yang kompleks.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newmah (1937),


dan Sheildo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza-beza dengan rakan sebayanya.
Perbezaan kecerdasan antar individu boleh diperhatikan daripada prestasi
pelajar dalam kelas.

Dengan kata lain, kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu ialah


kesanggupan seseorang yang dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
menerima faedahnya. Seseorang itu dikatakan mempunyai kesediaan kognitif
apabila pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang
diperlukan.

Kesimpulannya, dalam unsur kognitif ini maklumat yang diterima akan diproses
melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumt yang lain yang
sedia ada dalam ingatan, iaitu diubah secara disusun semula. Oleh itu, bagi
melahirkan generasi yang ideal, maklumat tentang ketuhanan dan keagamaan
sentiasa disalurkan kepada mereka supaya maklumt ini terus sebati dalam diri
pelajar itu bagi melahirkan generasi yang seimbang.

3.0 KESIMPULAN

Konklusinya, sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, maka
aspek rohani perlulah ditegaskan dengan maksud menghubungkan manusia
(Insan) dengan Allah (Pencipta). Ini tentulah menyentuh persoaalan dasar
kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah. Apabila diperkatakan konsep rohani,
maka wajarlah dihayati aspek keimanan, tradisi keilmuan, ketakwaan, serta amal
yang salih. Oleh itu, dengan wajar perkara-perkra ini dihayati di dalam
pembelajaran agar dapat mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan negara.

Ilmu dan kebijaksanan tidak bermakna sekiranya tanpa unsur ketuhanan


dan rohani dalam kehidupan manusia. Tiada gunanya kemajuan sekiranya tanpa
kasih sayang dan sikap menghormati dan menyayangi mahluk ciptaan Tuhan itu
sendiri.

Dicatat oleh keligit97lense

Anda mungkin juga menyukai