Anda di halaman 1dari 17

KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

GHP

TAHAP / LEVEL

SATU (1)

NO DAN TAJUK MODUL /


MODULE NO AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN
TUGAS / TASK (S) NO
AND TASK STATEMENT

M2K2
02.01
02.02
02.03
02.04
02.05

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN


JENIS-JENIS PENCUCIAN
JADUAL PENCUCIAN.
ALAT PEMADAM API
SOP PENGGUNAAN BAHAN PENCUCI
PERSEKITARAN KERJA BERSIH DAN
SELAMAT (5S)

OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVES

Modul ini menunjukkan kompetensi yang


diperlukan dalam menjalankan kerja berkaitan
kebersihan
dan
keselamatan.
Memberikan
pengetahuan dan kemahiran tentang kepentingan
aspek kebersihan dan keselamatan pengendali
makanan,
persekitaran
premis,
kebersihan
peralatan, sanitasi dan pencucian.

NO KOD / CODE NO.

GHP 5023 / M02/P(2/3)

Muka : 1 Drp : 14

`
TAJUK : PENCUCIAN DAN SANITASI PERALATAN
TUJUAN:
1. MENGGUNAKAN BAHAN PEMBERSIH DAN DETERGEN YANG SESUAI.
2. MENGGUNAKAN PERALATAN PEMBERSIHAN YANG SESUAI.
3. MENGGUNAKAN SANITASI HABA ATAU STIM DAN KIMIA PADA SUHU
DAN MASA SESUAI.
4. MELAKUKAN PENCUCIAN MENGIKUT KEPERLUAN KEKERAPAN
MENCUCI.
5. MENGAMALKAN PERSEKITARAN KERJA BERSIH DAN SELAMAT
MENGIKUT SISTEM 5S

NO. KOD

GHP 5023 / M01/P(1/3)

Muka :

2 drp :

PENGENALAN :
Pencucian dan sanitasi adalah aspek penting yang perlu diamalkan dalam pemprosesan
makana bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan. Tujuan pencucian adalah untuk
menanggalkan kotoran yang melekat pada peralatan manakala sanitasi pula bertujuan
untuk menyahkan mikroorganisma pada peralatan tersebut. Peralatan yang telah dicuci
dan disanitasi mestilah dikeringkan sebelum disimpan.
1. ISTILAH DALAM PENCUCIAN DAN SANITASI
1.1 MENCUCI
Proses mengeluarkan kotoran daripada permukaan dan menghalangnya
daripada berkumpul.
1.2 KOTORAN
Bahan yang tidak patut berada pada sesuatu permukaan.
1.3 SANITASI
Tindakan memusnahkan patogen dan mengurangkan mikroorganisma bukan
patogen tetapi tidak dapat memusnahkan spora.
1.4 BAHAN PENYAHJANGKITAN (SANITIZER)
Agen kimia yang memusnahkan sel vegetatif tetapi tidak mesti boleh
memusnahkan spora bakteria dan tidak boleh membersihkan kotoran
1.5 DETERGEN
Bahan yang tidak boleh membunuh mikroorganisma tetapi boleh membersihkan
kotoran
1.6 BAKTEROSTATIK
Bahan kimia yang hanya menghalang pembiakan miroorganisma dan tidak
membunuh
1.7 BAKTERIOSIDAL
Bahan kimia yang membunuh semua patogen, bukan patogen dan sel
vegetatif. Jenis bahan kimia yang ideal untuk tujuan sanitasi.
1.8 GERMICIDE
Agen yang digunakan untuk membunuh bacteria, kulat dan virus.

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

3 drp :

2. BAHAN PENCUCIAN
Serbuk atau larutan yang digunakan untuk encuci ialah sebatian yang boleh
megeluarkan kotoran dengan lebih berkesan. Bahan pencuci boleh dikelaskan
sebagai berasid atau beralkali menbikut pH larutan dalam air sesuatu bahan
pencuci.
2.1 PRINSIP ASAS MEMBERSIH
a) Membawa agen pencuci bersentuh langsung dengan kotoran
b) Menyahkan kotoran daripada permukaan.
c) Mengampaikan kotoran di dalam pelarut.
d) Menghalang kotoran melekat semula pada permukaan yang dibersihkan.
2.2 FAKTOR YANG DI AMBIL KIRA SEMASA MEMBERSIH
i) Langkah-langkah membersih
Prabilas
ii)

Jenis permukaan yang dibersihkan.


Permukaan paling ideal ialah stainless steel

iii)

Jenis kotoran.
Ini melibatkan tegangan permukaan, kelikatan, saiz partikel, kelarutan
dan tindakbalas kimia dengan permukaan.

iv)

Bekalan air
Air lembut/bermineral (liat)
Suhu air

v)

Agen pencuci.
Asid, alkali, neutral

vi)

Masa yang ada.

2.3 SIFAT-SIFAT AIR YANG DIPERLUKAN UNTUK PENCUCIAN PREMIS


MAKANAN
i)
Bebas daripada patogen.
ii)
Bebas daripada ion logam toksik.
iii)
Bebas daripada bau dan rasa yang kurang menyenangkan.
iv)
Bebas daripada mikroorganisma perosak.
v)
Mempunyai jumlah bahan terampai yang minima.
2.4 KESAN SUHU TINGGI KE ATAS KOTORAN

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD
a)
b)
c)
d)

Muka :

4 drp :

Mengurangkan kelikatan kotoran.


Mengurangkan ikatan antara kotoran dan permukaan.
Meningkatkan kelarutan kotoran.
Mengingkatkan tindakbalas kimia.

2.5 FAKTOR YANG MENENTUKAN SUHU YANG SESUAI UNTUK


PEMBERSIHAN
i)
Kotoran yang akan dibersihkan.
ii)
Agen pencuci yang akan digunakan.
iii)
Bahaya yang mungkin timbul.
iv)
Suhu yang biasa digunakan untuk mencuci ialah 43 54 C.
v)
Suhu untuk mencuci lemak haiwan ialah 70 C.
vi)
Suhu untuk mencuci kotoran berprotein ialah > 65 C
vii)
Suhu untuk tujuan menyahjangkit > 82 C
2.6 SABUN DAN BAHAN PENCUCI
a) SABUN Digunakan untuk mencuci kulit dan peralatan khusus.
Sifat sabun
Mekanisma Tindakan
1. Apabila minyak bercampur air, akan terbentuk 2 lapisan
2. Apabila sabun ditambah, tegangan permukaan akan menurun, lemak
mula berpecah menjadi partikel kecil (micelle).
3. Partikel micelle mempunyai cas yang sama, menolak antara satu
dengan lain dan dengan itu lapisan minyak terapung di permukaan.
Keburukan Sabun
Sabun bertindak balas dengan garam Ca, Mg dan Mg yang terdapat di
dalam air liat lalu membentuk gegelang pada bekas.
b) BAHAN PENCUCI Digunakan dalam operasi di kilang
2.7 KEBAIKAN BAHAN PENCUCI
a) Pengemulsi yang baik.
b) Bahan pemecah dan pengapung yang baik.
c) Tidak diperngaruhi oleh keliatan air.
d) Kebanyakkan larut dalam air sejuk.
2.8 SIFAT-SIFAT BAHAN PENCUCI YANG BAIK
a) Mudah dibilas.
b) Boleh menembusi dan membasahkan kotoran.
c) Mudah/cepat larut di dalam makanan dan kotoran.

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD
d)
e)
f)
g)
h)
i)

Muka :

5 drp :

Mudah mengampai dan menyebar.


Mudah membentuk emulsi dalam lemak.
Mempunyai sifat melembutkan air.
Tidak menghakis permukaan logam
Hanya diperlukan sedikit sahaja (ekonomi).
Mempunyai aktiviti germicidal.

2.9 JENIS-JENIS BAHAN PENCUCI


a) Pencuci berasid
Bahan ini digunakan untuk mencuci keladak, mineral, karat dan
sebagainya di sesuatu alat. Setelah dicuci, hendaklah dibilas
menggunakan air dengan segera supaya masa sentuhan di antara larutan
pencuci dengan alat hanya sekejap bagi mengelakkan permukaan alat
terhakis. Contohnya asid inorganic (asid asetik/laktik/tartaric/glukonik), asid
fosforik dan HCl (sesuai mencuci kerak tebal).
b) Pencuci neutral
Detergen sintetik organic yang digunakan untuk mencuci kotoran organik
seperti sisa organik iaitu minyak pelincir, abuk dan jelaga.
c) Pencuci alkali sederhana
Bahan ini digunakan untuk mencuci kotoran ringan seperti darah, lemak
dan tepung.
d) Pencuci alkali keras
Pencuci ini mengandungi soda kaustik (Natrium Hidroksida) bebas dan
digunakan untuk mengeluarkan kotoran degil yang melekat pada
permukaan alat atau untuk mencuci longkang. Soda kaustik akan bertindak
balas dengan bahan organik seperti lemak dan minyak dan melarut dalam
air melalui proses saponifikasi.
3. MENSANITASI
Memusnahkan patogen
Mengurangkan bilangan mikroorganisma perosak.
3.1 KAEDAH MENSANITASI
a) KAEDAH FIZIKAL
i)

Haba/stim (penggunaan air panas atau stim pada suhu dan masa tertentu)
Haba lembab adalah lebih baik daripada haba kering
Memerlukan suhu yang tinggi dan masa tertentu untuk membunuh lebih
banyak mikrob contohnya suhu 80 C/2min dan 100 C/0.5min

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

6 drp :

Kelebihan haba lembab


Dapat membunuh thermopile dan mikrob perosak
Tidak meninggalkan sisa berbahaya
Dapat mengurangkan pencemaran selepas proses.
Keburukan
Keberkesan kurang bagi peralatan besar yang mempunyai bahagian
berbeza. Bahagian berlainan bentuk dan saiz memerlukan suhu dan
masa yang berlaianan.
Menghasilkan keadaan premis yang tidak selesa.
b) KAEDAH KIMIA (penggunaan bahan kimia seperti pencuci pada kepekatan
dan masa tertentu)
i)

Ciri bahan sanitasi kimia


Selamat kepada pekerja.
Berkesan dalam keadaan yang digunakan.
Tidak mempengaruhi rasa dan bau makanan.
Mudah dibilas dan tidak meninggalkan sisa beracun.
Murah

ii)

Bahan sanitasi kimia


Klorin
- Agen pengoksida yang kuat
- Klorin adalah bakterisidal walaupun dalam jumlah yang kecil
- Memusnahkan kapsul mikrob
- Mengoksida sitoplasma sel
- Bertindak membentuk oksigen nascent
- Membentuk chloramines yang toksik
- Mengubah ketelapan sel
- Membentuk mendakan dengan protein bacteria
- Menghalang regeneration enzim
- Faktor mempengaruhi kestabilan klorin dalam larutan : Kepekatan klorin
Kehadiran mangkin
Kehadiran bahan organic
PH larutan
Suhu
Cahaya u.v
-

Tahap pengklorinan di premis

Air minuman : 0.025 - 2.0 ppm

Operasi biasa : 4.0 - 5 ppm

Pembersihan : 10.0 - 25 ppm

Menyahjangkit : 100.0 200.00 ppm

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

7 drp :

Iodophore - Bahan yang mengandungi iodine. Germicide yang baik dan


bersifat bakterisidal dalam julat pH yang luas.
Sebatian Ammonium Quatenary pencuci yang lemah tetapi
penyahjangkit yang baik
Acid Surfaktan Anionik menyahaktif enzim, menyahasli protein mikrob
dan meroskkan selaput sel

4.

ALAT MENCUCI DAN SANITASI


4.1 BALDI
Jenis baldi diperbuat daripada bahan tidak telap air seperti plastik atau
stainless steel. Baldi besar digunakan untuk merendam alat sederhana
seperti senduk, bekas menyukat dan bahagian mesin yang dibuka seperti bilah
pengisar dan takung adunan. Ia juga untuk menyimpan air untuk membilas.
Baldi bersaiz sederhana digunakan untuk merendam alat yang kecil seperti
skru dan bolt. Sementara itu baldi kecil digunakan untuk menyimbah atau
seperti gayung apabila hos tidak digunakan.
4.2 BESIN
Diperbuat daripada bahan tahan karat dan tidak telus air. Kegunaan untuk
merendam alat yang lebih besar.
4.3 PENYAPU DAN PENGUMPUL SAMPAH
Penyapu dan pengumpul sampah hendahlah diperbuat daripada plastik yang
kuat dan tidak mudah tercabut. Penyapu digunakan untuk mengumpulkan
kotoran besar seperti sisa buah-buahan, sayuran, kulit udang dan daging yang
terjatuh semasa proses memotong. Penyapu lidi atau sabut tidak boleh
digunakan kerana mudah basah dan menampung pembiakan mikroorganisma.
Penyapu yang terkena kotoran basah mesti dibersihkan dengan bahan
pencuci dan bahan sanitasi sebelum dikeringkan dan disimpan.
4.4 BERUS
Berus diperbuat daripada bahan tidak telap air. Berus plastik atau bahan lain
bukan organik boleh digunakan asalkan tidak menyerpih atau menggaris
permukaan yang dicuci. Berus digunakan untuk membuang kotoran yang
melekat pada permukaan seperti takungan, acuan dan bilah pengisar. Berus
sabut tidak boleh digunakan kerana mudah menyerap air diperbuat daripada
bahan organic boleh menyebabkan pembiakan mikroorganisma.

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

8 drp :

4.5 SCAPPER
Digunakan untuk mengikis kotoran yang degil seperti kerak pada permukaan.
Alat hendaklah diperbuat daripada bahan tidak telap air seperti stainless steel,
plastik dan bahan lain.
4.6 KAIN PENGELAP
Ia digunakan untuk mengelap permukaan yang kotor dan mengeringkan
peralatan yang telah dibersihkan. Kain yang berbeza mesti digunakan untuk
tujuan yang berbeza dan mesti bersih serta kering sebelum digunakan.
4.7 VACUUM CLEANER
Ia digunakan untuk premis yang berdebu seperti premis bakeri yan g banyak
menggunakan tepung dan premis rempah ratus. Penggunaan penyapu tidak
sesuai kerana tidak menyerakkan habuk halus ke udara dan mencemarkan
makanan yang diproses.
4.8 HOS AIR
Ia penting untuk mengalirkan air kepada permukaan yang hendak dibilas atau
memindahkan kotoran dari satu tempat ke tempat lain. Untuk menghasilkan
tekanan yang tinggi, muncung berbentuk sempit digunakan dan kegunaan
biasa muncung bulat lebih sesuai.
4.9 MOP
Alat pencuci yang mesti telap air. Bahan mop hendaklah tahan kepada bahan
pencuci dan sanitasi yang digunakan. Mop yang telah kotor perlu dibersihkan
dan diperah sebelum digantung di tempat khas.
4.10 BERUS SAWANG
Berus sawang hendaklah mempunyai tangkai yang panjang dan ringan. Ia
mesti di buat daripada bahan tidak telap air. Berus yang digunakan hendaklah
dibersihkan daripada kotoran yang melekat sebelum disimpan. Sekiranya
kotor, ia hendklah dicuci dan dijemur kering.
4.11 TANGGA
Ia digunakan untuk membersihkan tempat tinggi seperti siling, kipas dan
sebagainya. Saiz ketinggian tangga hendaklah sesuai dengan tugas
pembersihan. Tangga kayu tidak boleh digunakan kerana ia telap air dan akan
mereput dan berkulat.

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

9 drp :

4.12 LAMPU SULUH


Ia digunakan untuk menyuluh tempat yang gelap dan tersorok walaupun ada
lampu. Pencahayaan yang kuat diperlukan supaya dapat menjelaskan kotoran
yang tersorok.
4.13 ALAT PELINDUNG UNTUK PEKERJA
Apabila melakukan tugas berbahaya, pekerja perlu memakai alat pelindung
seperti helmet, google, dan sarung tangan yang tahan kepada bahan pencuci
dan bahan sanitasi yang kuat. Helmet berfungsi untuk melindungi kepada
daripada terkena objek yang keras.
2.3 ALAT PEMADAM API
Alat pemadam api boleh didefinisikan sebagai satu alat yang boleh mengawal dan
memadamkan kebakaran di peringkat awal. Ia boleh digerakkan oleh tenaga manusia
atau secara manual yang dikendalikan oleh seorang sahaja dalam satu masa. Alat
pemadam api ini hanya boleh mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan
mengikut kelas-kelas api yang diperuntukan pada setiap jenis alat pemadam api.
Penggunaannya adalah bergantung kepada punca kebakaran. Pengguna harus tahu
punca kebakaran supaya api dapat dikawal sebelum merebak menjadi besar.
Alat pemadam api ini digunakan dalam bantu mula untuk mengawal kebakaran. Alat ini
mempunyai beberapa jenis, antaranya jenis busa (foam), jenis serbuk ABC, jenis CO2,
jenis air dan jenis tekanan.
i) Pemadam Api Jenis Busa (Foam)
(Sumber Api: Kayu, Kertas, Tekstil,Cecair)
ii) Pemadam Api Jenis Serbuk ABC
(Sumber Api : Semua jenis kecuali peralatan elektrik)
iii) Pemadam Api Jenis Air
(Sumber Api:Kayu, Kertas, Tekstil)
iv) Pemadam Api Jenis Tekanan

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

10 drp :

(Sumber Api:Semua Jenis)


KELAS

JENIS

A
B
C
D

PEPEJAL
CECAIR
GAS
LOGAM

KEBAKARAN

ALAT/MEDIA
PEMADAMAN

5.

KAEDAH PEMBERSIHAN KAWASAN KERJA


Pembersihan kawasan kerja perlu dilalaksanakan untuk menghasilkan produk yang
berkhasiat dan selamat dimakan. Tugas pembersihan mesti dilaksanakan dengan
kaedah yang betul, sesuai, berjadual dan teratur supaya kerja dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Terdapat 6 kawasan kerja di dalam premis pemprosesan
makanan iaitu:5.1 Kawasan penerimaan bahan mentah
Kawasan menerima bahan mentah seperti tepung, gula di dalam guni dan
cecair di dalam tong atau tangki yang menjadi sumber awal pencemaran
ke dalam kilang.
Kekotoran atau pencemaran terdapat pada tayar kenderaan atau bahagian
meletak barang-barang.
Melakukan pembersihan di bahagian lantai di ruang penerimaan barang,
celah-celah palet tempat meletak guni, kotak dan tong serta sisa minyak
dari forklift dan sisa tumpahan bahan mentah daripada guni atau tong
dengan cara yang sesuai.

10

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

11 drp :

5.2 Setor Bahan Mentah


Ruang di mana ramuan untuk pemprosesan dan bahan pembungkusan
disimpan. Ramuan yang tidak stabil hendaklah disimpan di bilik sejuk atau
peti sejuk.
Barang hendaklah disimpan dalam susunan yang teratur. Barang yang
disimpan tidak bersentuhan dengan lantai dan dinding serta menggunakan
palet bukan kayu untuk mengelakkan kerumunan serangga dan tikus.
Pembersihan harian perlu dilaksanakan dengan mengeluarkan sampah
dan kotoran yang jelas kelihatan di laluan pekerja di dalam setor.
Pembersihan sekali sekala (mingguan/bulanan/tahunan) hendaklah dibuat
dengan mengeluarkan semua atau sebahagian besar barang di dalam
setor termasuk palet untuk membersihkan kawasan lantai dan dinding.
Kehadiran najis, urea dan tikus perlu dilaporkan segera kepada penyelia
untuk mengelakkan bahan makanan tercemar.

5.3 Kawasan penyediaan dan Pemprosesan


Kawasan ruang di mana ramuan pemprosesan disediakan dan
pemprosesan dijalankan termasuk memotong, mencuci, mengayak dan
menimbang. Aktiviti ini menghasilkan sisa seperti kulit buah, sisa tepung
dan sebagainya.
Aktiviti pemprosesan merangkumi aktiviti menggaul, membancuh,
merebus, menggoreng dan sebagainya. Lantai dan dinding menjadi kotor
akibat percikan minyak dan bancuhan yang menyebabkan kawasan
berdaki dan lantai menjadi licin.
Sisa-sisa kotoran perlu dibersihkan setiap hari selepas selesai proses
penyediaan dan pemprosesan menggunakan bahan pembersih dan
detergen yang sesuai mengikut jenis sisa.
5.4 Kawasan pembungkusan
Ruangan aktiviti pembungkusan produk yang telah siap dibuat. Kawasan
ini mesti berada pada tahap yang paling bersih kerana pada peringkat ini
produk tidak lagi menerima sebarang rawatan membasmi mikroorganisma.

11

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

12 drp :

Kawasan ini mesti diasingkan dari kawasan lain dan mempunyai suhu
serta kelembapan yang rendah.
Operasi pembersihan dilakukan sekiranya tiada proses pembungkusan
produk dilakukan untuk mengelakkan bahan pencemar terapung di udara
yang boleh mencemarii produk yang dibungkus.
Penggunaan ;vacuum cleaner adalah lebih sesuai untuk membuang habuk
dan penggunaan bahan pembersih sanitasi yang sesuai bagi mengelakkan
perubahan baud an warna produk yang dihasilkan.
5.5 Setor Hasil Siap
Setor ini dilengkapi dengan palet yang tersusun dan mempunyai lampu
yang terang. Palet mestilah dibuat daripada bahan tidak telap air.
Bahan yang siap hendaklah disimpan dengan teratur mengikut sistem
FIFO iaitu barang yang masuk dahulu untuk disimpan akan keluar dahulu
untuk dipasarkan.
Susunan palet atau rak tidak menyantak ke dinding kerana menyediakan
tempat yang gelap dan lembap yang amat disukai oleh haiwan perosak
seperti tikus dan lipas.
Aktiviti pembersihan dilakukan dengan mengeluarkan bungkusan pukal
yang telah kosong dan membersihkan habuk atau sisa hasilan yang jatuh
akibat pecah. Sampah dan kotoran dikumpulkan, dimasukkan ke dalam
bekas dan dibuang ke dalam tong sampah besar.
Sekiranya pembersihan harus dilakukan walaupun hasil siap masih ada di
dalam setor, ia hendaklah ditutup dengan kertas, plasik atau kain yang
bersih.

6. AMALAN PEMBUANGAN SISA


Panduan amalan pembuangan sisa memerlukan kawalan di setiap peringkat
penghasilan, penstoran, pemindahan, pengolahan dan pelupusan. Jabatan Alam
Sekitar selaku agensi kerajaan yang mentadbir undang-undang mengawal buangan
agar operasi pelupusan sisa terkawal.
6.1 Tujuan panduan amalan pembuangan sisa
6.1.1

Untuk melindungi kesihatan orang ramai dan alam sekitar.

12

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD
6.1.2
6.1.3
6.1.4

Muka :

13 drp :

Untuk memulihara sumber asli Negara.


Untuk mengurangkan jumlah buangan yang dihasilkan.
Untuk memastikan buangan diurus secara mesra alam.

6.2 Jenis sisa-sisa


6.2.1
6.2.2
6.2.3
6.2.4

Bahan pembungkusan
Kertas, plastik, tin, botol, getah dan logam
Bahan mentah
Bahagian buangan / sisa dari buah, sayur, ikan, ayam dan lain-lain
Bahan aditif/kimia/bahan pencuci yang telah rosak
Asid, bahan pengawet dan lain-lain.
Lain sampah semasa pembersihan dan pencucian.
Habuk, haiwan dan lain-lain.

6.3 Kaedah pembuangan sisa


6.3.1

Jenis pepejal
i)
Mengumpul sisa
Sisa dan sampah perlu kerap dipungut terutama makanan yang
berada di tempat persediaan, sinki premis, kawasan mencuci bahan
mentah dan lain-lain.
Sampah yang dipungut dimasukkan ke dalam tong kecil atau bekas
sampah di bawah meja yang diubahsuai menjadi troli.
Bekas sampah kecil perlu dikosongkan 2 kali sehari dan
membuangkan sampah ke dalam tong sampah besar di luar kawasan
pemprosesan.
ii)
Membungkus sisa
Sisa-sisa perlu diasingkan mengikut jenis. Bahan kimia hendaklah
dibungkus mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pembekal. Bahan
kimia jenis cecair hendaklah dimasukkan semula di dalam botol dan
dibungkus dalam kotak dan dilabel.
Sisa mentah yang berbau mestilah dibungkus dan diikat dengan betul
dan sempurna
Aktiviti pembungkusan hendaklah dilaksanakan berjauhan dengan
premis pemprosesan untuk mengelakkan pencemaran.
iii)
Menyimpan sisa
Sampah tidak boleh disimpan semalaman dalam kawasan premis.
Sampah perlu disimpan ke dalam tong dan tong perlu diletakkan di
tempat yang dingin.

13

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

14 drp :

iv)
Membuang sisa
Bahan-bahan buangan dari pemprosesan hendaklah dikeluarkan dari
kawasan kilang sekurang-kurangnya sekali sehari.
Sampah atau buangan hendaklah dibuang mengikut warna tong yang
ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Sampah-sampah perlu ditutup supaya tidak dikerumuni oleh lalat atau
serangga lain.
6.3.2

Jenis cecair
i)

pH atau keasidan sisa


boleh dirawat dengan menambah alkali atau kapur untuk
meneutralkan sisa.

ii)

Jumlah pepejal terampai


Pepejal terampai boleh ditapis atau dimendakkan.

iii)

Jumlah toksik yang terdapat dalam sisa


Jumlah toksik dapat dikurangkan melalui pross pencairan sisa atau
dirawat secara kimia.

iv)

Keperluan oksigen biologi (BOD)


Jumlah kepekatan oksigen dalam air sisa mengandungi bacteria
boleh diukur dengan menggunakan ujian standard seperti BOD5 di
mana jumlah oksigen disukat selama 5 hari pada suhu 20 C.

6.3.3

Jenis sisa gas


Sisa diasingkan dan dibawa keluar dengan cepat dari tempat
pemprosesan.

6.4 Konsep 5S
i)

Seiri
Asingkan barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan
membuangnya
Langkah yang dibuat :
a. Kenalpasit barang yang tidak diperlukan
b. Tampalkan KAD Notis Pembuangan pada barang
Nama barang
Mengapa barang berada di situ
Barang siapa/dari mana
Tarikh barang akan dihapuskan
c. Sampai tempoh buang-periksa KAD

14

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

15 drp :

ii)

Seiton
Menyusun barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah
diambil dan digunakan.
Tempat untuk semua
Semua ditempatnya.

iii)

Seiso
Membersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di
atas lantai, mesin dan peralatan.

iv)

Seiketsu
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja
yang tinggi pada setiap masa.

v)

Shitsuke
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik
dengan sendirinya.

15

17

GHP 5023 / M01/P(1/3)

NO. KOD

Muka :

16 drp :

SOALAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa penyakit bawaan makanan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Apakah perbezaan di antara sanitizer dan detergen?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Apakah jenis kerosakan makanan yang sering dikaitkan dengan amalan
pencucian dan sanitasi peralatan yang tidak betul.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
4. Berikan dua peralatan pembersihan yang boleh digunakan di makmal
pemprosesan.
i.

__________________________

ii. __________________________
5. Berikan 2 kaedah pengurusan sisa pepejal yang sistematik.
i.

________________________________________________________________
________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________
________________________________________________________________

RUJUKAN

16

17

NO. KOD

GHP 5023 / M01/P(1/3)

Muka :

17 drp :

Azhary B. Yahaya, Mohammad Jaafar B. Sahari. Pemprosesan Hasil Pertanian


Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Produktiviti dan Kecekapan Sektor Pertanian dan Industri Pemprosesan Makanan
Terpilih.
Buletin Teknologi Makanan Bil. 5 (2008)

17

17

Anda mungkin juga menyukai