Anda di halaman 1dari 3

Tahap 1

Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan


Takrif Pekerjaan Bagi Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan melakukan pelbagai aktiviti
kerja yang rutin, mengikut arahan dari personel atasan dalam mengendali dan
menyediakan bahan-bahan untuk diproses ;
Khususnya beliau :
1.

Membuat pembersihan am kawasan pengeluaran, peralatan


dan semasa penerimaan bahan mentah untuk pemprosesan

2.

Membuat persiapan awal bahan mentah untuk pemprosesan

3.

Membantu aktiviti pengeluaran

4.

Melaksana dan mengamalkan asas Amalan Perkilangan Yang


Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan amalan
kebersihan dan sanitasi yang baik

Tahap 2
Operator Pengeluaran Kanan Pemprosesan Makanan
Takrif Pekerjaan Bagi Operator
Makanan

Pengeluaran Kanan Pemprosesan

Operator Pengeluaran Kanan Pemprosesan Makanan melakukan pelbagai


aktiviti kerja yang merangkumi skop yang luas, kerja-kerja ini dilakukan pada
keadaan-keadaan yang berlainan dan
menyediakan

bahan-bahan

untuk

tidak rutin dalam mengendali dan

diproses

dan

mengawal

proses

pengeluaran ;
Khususnya beliau :
1.

Menyedia, mengendali dan menyelenggara rutin mesin dan


peralatan pemprosesan makanan dan pembungkusan

2.

Membuat aktiviti pengeluaran

3.

Memastikan kawasan pengeluaran dan peralatan dalam


keadaan bersih

4.

Mematuhui Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP) dan amalan


kebersihan dan sanitasi yang baik

5.

Melakukan kerja kawalan mutu ke atas bahan-bahan mentah,


pembungkusan, operasi pengeluaran dan produk

6.

Mengawas pengendalian bahan mentah dan hasil siap

7.

Memeriksa bahan mentah semasa penerimaan di kilang

8.

Menyimpan rekod pemprosesan

9.

Mengamal
Procedure)

Prosedur Operasi Standard (Standard Operating

Tahap 3
Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan
Takrif Pekerjaan Bagi Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan
Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan melakukan kerja yang
merangkumi skop yang luas. Kerja-kerja ini dilakukan

pada keadaan-

keadaan yang berlainan, kompleks dan tidak rutin; dalam mengendali dan
menyediakan bahan-bahan untuk diproses, mengawal operasi proses dan
menyelia personel pengeluaran bagi menentukan kualiti produk pengeluaran;
Khususnya beliau:
1.

Menyelia aliran pemprosesan makanan dan stok bahan mentah

2.

Menyelia Operator Pengeluaran dan personel bawahan

3.

Memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) diikuti dan


dipatuhi

4.

Memantau pelaksanaan Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP),


amalan kebersihan dan sanitasi yang baik

5.

Memantau dan mematuhi keperluan Akta Keselamatan &


Kesihatan Pekerjaan (OSHA)

6.

Memberi tunjuk ajar dan latihan kepada Operator Pengeluaran

7.

Menyelenggara premis pemprosesan dan peralatan secara am.

Anda mungkin juga menyukai