Anda di halaman 1dari 2

Bagimanakah cara menganjurkan pameran hari terbuka?

Pada 31 April 2016 Insititut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah menganjurkan
Hari Terbuka Reka Bentuk dan Teknologi bersama Jabatan Sains Sosial. Pasukan Hari Terbuka
Reka Bentuk dan Teknologi

telah menjemput semua warga kampus.Terdapat beberapa

prosedur yang harus dititikberatkan sebelum menganjurkan sesebuah hari terbuka. Sebagai
pelajar yang mempelajari subjek Pengurusan Kokurikulum disarankan untuk menyertai Hari
Terbuka Reka Bentuk dan Teknologi. Hari Terbuka Reka Bentuk dan Teknologi menyumbang
pelbagai pengalaman kepada kami supaya dapat menganjurkan hari terbuka dengan baik.
Sebagai langkah pertama apabila bercadang untuk mengadakan sesuatu hari terbuka perlu
mengenali tujuan program tersebut. Tujuan merupakan antara elemen penting dalam
melaksanakan hari terbuka. Prosedur yang pertama adalah membuat perancangan awal
sebelum memulakan hari terbuka agar program dapat dijalankan dengan teratur. Mewujudkan
ahli jawatankuasa seperti pengerusi. setiausaha, jawatankuasa kebersihan, merupakan langkah
yang paling utama yang harus dilakukan. Perlantikan ahli jawatankuasa perlu dilantik mengikut
kemampuan seseorang. Perancangan program yang bakal diadakan juga salah satu aspek
penting dalam menganjurkan hari terbuka. Program-program yang dibincang dan dikehendaki
harus disenaraikan supaya memudahkan kerja semasa menganjurkan hari terbuka. Programprogram yang hendak diadakan perlu mempunyai persetujuan ramai dan tidak menyebabkan
sebarang perselisihan faham. Kertas kerja merupakan prosedur yang seterusnya yang perlu
ditekankan. Kelulusan kertas kerja amat penting dalam apabila program yang dianjurkan
memerlukan peruntukan wang. Kertas kerja perlu diserahkan kepada pihak IPG sekurangkurangnya tiga bulan sebelum hari terbuka dianjurkan. Contohnya, untuk hari terbuka RBT
tersebut pihak penganjur membuat kertas kerja pada bulan Januari dengan bantuan Puan
Norini Binti Omar dan juga Encik Mastor Bin Hemdi.
Tujuan penubuhan ahli jawatankuasa ada untuk mengagihkan tugas masing-masing.
Pengagihan tugas membantu untuk melaksanakan kerja dengan cepat dan sistematik.
Pengagihan kerja seperti kebersihan, jemputan, penyediaan alatan perlu dirancang dan
dilakukan dengan betul supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan antara ahli jawatankuasa.
Prosedur yang seterusnya adalah pengagihan tempat untuk mengadakan aktiviti yang
dirancang. Pengagihan tempat perlu sesuai degan pertandingan yang akan dianjurkan seperti
pertandingan pemasuan semula perlu disediakan di kawasan seperti kebun. Persiapan tempat
sebelum menganjurkan pertandingan sangat penting. Peralatan yang secukupnya perlu

disediakan supaya peserta dapat merasai keselesaan mereka semasa pertandingan dijalankan.
Selain daripada jualan di booth boleh juga mengadakan ceramah berkaitan dengan reka bentuk
dan teknologi seperti robotik. Persatuan dan kelab kokurikulum yang lain juga boleh turut
terlibat dengan aktiviti masing-masing agar dapat memeriahkan hari terbuka lagi. Keselesaan
tempat perlu memberi perhatian. Hal ini dapat memastikan keselesaan peserta dan
mengembirankan mereka. Contohnya, pihak penganjur Hari Terbuka Reka Bentuk dan
Teknologi mengadakan program mereka di bengkel RBT.
Di samping itu, hebahan tentang program yang dianjurkan merupakan aspek penting dalam
penganjuran program.Pengeluaran risalah, poster, sepanduk supaya maklumat tentang
program yang dianjurkan disebar dalam kalangan warga IPG. Kemudahan teknologi maklumat
juga dapat membantu dalam penyebaran maklumat dengan pantas. Ahli jawatankuasa yang
diagihkan tugas untuk memberi jemputan kepada warga kampus perlu melaksankan dengan
spontan agar mereka dapat merancang dan menghadirkan diri ke hari terbuka. Pihak penganjur
denga besar hatinya perlu menerima kelemahan mereka sekiranya pengunjung menyatakannya
dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat supaya dapat menganjurkan hari
terbuka yang lebih baik pada masa akan datang.
Konkluksinya, untuk menganjurkan sesebuah program perlu menguasai beberapa protokol
pengajuran. Protokol-protokol ini dapat dilaksankan dengan baik dan cepat sekiranya
mengamalkan nilai bekerjasama. Hal ini dapat membantu kita daripada bergantung kepada
orang lain. Penganjuran seperti ini memastikan nilai-nilai murni dapat diterapkan. Oleh itu,
semua orang perlu barganding bahu dalam menganjurkan sesuatu program dengan efektif.

Anda mungkin juga menyukai