Anda di halaman 1dari 1

RASIONAL KAJIAN

Program khidmat komuniti melibatkan zon Kuala Terengganu, zon Pasir Emas, dan zon
Seberang Perai Utara. Penyertaan program ini merupakan dari kalangan pelajar sekolah
menengah. Program khidmat komuniti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir
secara kreatif melalui teknologi seiring dengan tema program iaitu teknologi maklumat dan
komunikasi.
Rasional projek ini dilaksankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan asas para peserta
mengenai program atau perisian komputer. Semasa program berlangsung, mereka boleh
menggunakan pelbagai medium penciptaan logo seperti Canva, Logo Maker, dan Microsoft
Word untuk menghasilkan logo yang kreatif. Hal ini dapat membantu para peserta untuk
mengetahui cara penggunaan perisian komputer dan teknologi yang semakin berkembang
pesat.
Selain itu, rasional projek ini untuk memberi pendedahan untuk para peserta untuk
mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran. Para pelajar dapat
menggunakan ilmu yang diperolehi supaya proses pembelajaran menjadi lebih menarik.
Contohnya, mereka diberi pendedahan tentang fungsi aplikasi Microsoft PowerPoint melalui
aktiviti Ict dan Anda. Mereka dapat menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membuat
pembentangan yang cantik dan menarik serta dapat dibentangkan kepada rakan-rakan
Di samping itu, rasional projek ini untuk memupuk budaya berfikir secara kreatif dalam
kalangan pelajar untuk membantu mereka menyelesaikan soalan berbentuk kemahiran
berfikir aras tinggi. Pemikiran yang kreatif membolehkan mereka untuk menjana idea yang
baharu dan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai