Anda di halaman 1dari 13

Nama : Chan Li Kim

Loh Mei Wei

Kelas : 2 Melati
2 Dahlia

Guru Penasihat : Pn Chong Li Moi


BIL TAJUK MUKA
SURAT
1 Tahun baru cina-Jenis kebiasaan 1
2 Tahun baru cina-masa sambutan dan cara pelaksanaannya 2
3 Tahun baru cina-pantang larang sewaktu perayaan
4 Tahun baru cina-asal-usul dan adat resam
5 Tahun baru cina-kepercayaan
6 Hari natal-Jenis kebiasaan
7 Hari natal-masa sambutan dan cara pelaksanaannya
8 Hari natal-pantang larang sewaktu perayaan
9 Hari natal -asal-usul dan adat resam
10 Hari natal -kepercayaan
11 Hari natal-Jenis kebiasaan
Selepas projek ini, murid-murid dapat:

a) Mengenal pasti, tidak memperkecilkan, malah menerima dan


menghormati adat serta kepercayaan yang diwarisi secara turun-
temurun.

b) Mengamalkan adapt serta kepercayaan yang diwarisi oleh


keluarganya secara turun-temurun.

c) Amat menghargai tradisi keluarga sebagai satu khazanah lambing


budaya bangsa.

d) Menyedari tanggungjawab diri serta memainkan peranan untuk


mengekalkan tradisi kekeluargaan.

-TAHUN BARU CINA-

Jenis kebiasaan
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib
dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang
jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-
piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,
daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula
akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul
merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi
gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia,
malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao
(Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan
keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Masa sambutan dan cara pelaksanaannya


Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan
sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang
muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.
Sebelum Tahun Baru
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau
nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan
rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan
pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu
keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena
jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan
ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang
pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan
semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.

Hari pertama
Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[4]

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga
Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga
mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina
Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah
amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja.Keluarga yang mengalami kematian ahli
terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai
tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari
menziarahi kubur.

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi)
dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun
hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula
pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan
yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya
diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,
tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja
Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi
lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.


Hari ke-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié
(Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam
bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina
Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah
sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur
dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam
air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada
amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik
 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang
tahun.
 Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru
agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang
Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh
harapan untuk menambah kekayaan.
 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang
yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang(“Tuah buruk”)


 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina
kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan
"kasar" atau "sukar".
 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang
menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu
juga sama bunyinya dengan "kaya".)
 Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya
dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong
hasil dalam bahasa Kantonis".
 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar
tuah bagi tahun baru.
 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal
Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
 Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina
bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Asal Usul dan Adat Resam

1 bulan pertama Imlek setiap tahun ialah hari raya tradisional


orang Cina, iaitu tahun baru Cina. Tahun baru Cina yang juga
dipanggil “Guonian” ialah hari kebesaran yang paling meriah dan
penting di negeri Cina sudah sekian lama.

Di kalangan rakyat Cina, banyak terdapat riwayat tentang asal


usul Tahun Baru Cina. Salah satunya ialah, pada zaman purba,
terdapat sejenis binatang galak yang bernama “Nian”. Pada malam
terakhir setiap tahun, ia pergi ke setiap kampung dan keluarga,
untuk makan manusia. Pada suatu malam, “Nian” pergi ke sebuah
kampung untuk makan manusia lagi, tetapi kebetulan terdapat dua
orang kanak-kanak yang sedang bermain cambuk, dan mengeluarkan
bunyi yang menakjubkan. “Nian” setelah terdengar bunyi itu,
sangat terkejut dan melarikan diri. Ia pergi ke sebuah kampung
lagi, dan melihat sehelai baju merah yang digantung di depan
pintu sebuah rumah. Ia berasa pelik dengan baju merah itu, dan
secara kelam-kabut melarikan diri. Kemudian ia pergi ke sebuah
kampung lagi dan melihat ke dalam sebuah rumah , dan dalam rumah
itu sangat terang, lalu “Nian” terus melarikan diri lagi. Sejak
waktu itu, orang sudah tahu “Nian” takut pada bunyi, warna merah
dan cahaya yang terang, dan telah mendapat banyak cara untuk
menangkisnya, misalnya menyalakan mercun, menempel kuplet dan
memasang lampu, dan ini secara beransur-ansur menjadi adat resam
tahun baru Cina.

Kegiatan merayakan Tahun Baru Cina bermula sejak 23 bulan ke-12


tahun Imlek dan sampai 15 bulan pertama tahun kemudian, iaitu
pesta Capgohme, selama hampir sebulan. Dalam tempoh itu, terdapat
banyak jenis kegiatan bagi merayakannya, termasuk dalam kehidupan
harian, istiadat dan hiburan.

Semasa masuk ke bulan 12 tahun Imlek, orang Cina sudah mulai


menyapu rumah secara besar-besaran. Namun semasa malam terakhir
tahun itu, selepas makan malam sehingga keesokan harinya, menyapu
lantai adalah pantang kerana orang Cina menganggap kalau siapa
yang menyapu lantai pada waktu itu, dialah mengalami kerugian
duit.

Sempena merayakan Tahun Baru Cina, tidak kita di Cina utara di


Cina selatan, orang Cina sangat mementingkan mekanan. Pada malam
terakhir setiap tahun, mereka harus makan dan minum bersama-sama,
dan makanan juga bermacam-macam, tetapi lauk ikan amat penting
dan tak boleh dikurangkan. Di Cina utara, pada malam itu, mereka
harus makan Jiaozi atau Dumpling, semoga bahagia dan kehidupan
serba lancar pada tahun yang tahun. Di Cina selatan pula, mereka
harus makan kuih tahun baru supaya kehidupan makin tahun makin
bahagia.

Dalam tempoh merayakan tahun baru Cina, orang Cina suka menempel
dan menggantung kertas merah atau barang perhiasan bertuah di
depan pintu, halaman, bilik tidur, dinding, jendela dan perabot
supaya suasana menjadi meriah. Ini adalah istiadat menempel
kuplet, dewa pintu, lukisan tahun baru demikian untuk menunjukkan
orang berdoa supaya serba lancar, panjang umur dan hidup bahagia.

Bagi kegiatan hiburan pula, orang Cina sangat kaya dengan


perayaan tahun baru Cina, seperti memasang bunga api merupakan
yang sangat popular, teka-teki, mengunjungi pesta di kuil-kuil
dan menikmati kecantikan lampu bermain tanglong. Kegiatan
tersebut biasanya dimulakan sebelum malam tahun baru dan sampai
ke kemuncaknya iaitu pesta Capgohme.

Istiadat dalam tempoh Tahun Baru Cina juga banyak. Yang sangat
popular ialah saling menghadiahkan kad tahun baru, memberi angpau
dan mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina”. Pada malam terakhir
setiap tahun, selepas makan malam bersama-sama, generasi muda
mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada generasi tua, dan
generasi tua memberi angpau kepada kanak-kanak. Pada 1 bulan
pertama tahun Cina, orang memakai baju yang mewah dan cantik,
mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang tua,
kemudian menziarahi saudara mara dan kawan-kawan serta saling
mengucapkan “Selamat Tahun Baru”. Pada waktu itu, suasana hari
raya sangat meriah dan harmoni.

Kepercayaan

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang
tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar
hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna
pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah
berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan
pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒
(dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào
melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.
-Hari Natal-

Jenis kebiasaan
Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian,
disambut pada 25 Disember bagi memperingati keputeraan Jesus (Nabi Isa a.s.), pengasas
agama Kristian. Menurut Kitab Injil Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Siti Maryam
di Baitulmaqdis. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Jesus menepati ramalan
Yahudi mengenai kelahiran seorang penyelamat dari susur galur Nabi Daud, yang akan
menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja
(Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir,
Habsyah mengikuti takwim yang berlainan (takwim Julius berbanding takwim Gregory).

Krismas bukan sahaja disambut oleh seluruh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai
orang bukan Kristian sebagai perayaan kebudayaan yang sekular. Oleh sebab pemberian
hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi
antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Krismas menjadi peristiwa utama bagi
kebanyakan penggiat sektor peruncitan., Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7
Januari disebabkan mereka.
Masa sambutan dan cara pelaksanaannya
Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanayakan negara di
dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan beragama Kristian. Krismas disambut
di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh
kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing.

Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun,


namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia
menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25
Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.

Di seluruh dunia, sambutan Krismas berbagai-bagai bentuknya, dicerminkan oleh


kepelbagaian budaya dan tradisi negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas
walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima
kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan
dan pokok Krismas.
Adat resam
Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan
peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi
dan lakonan kelahiran Jesus. Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang dikaitkan
dengan adat memberi hadiah sempena Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil
gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitos Nordic dan Kristian, sementara
penampilan modennya dipercayai timbul pada abad ke-19.

Anda mungkin juga menyukai