Anda di halaman 1dari 6

Kaedah Dichotic Listening

Kaedah dichotic listening ini merupakan kaedah di mana ia dijalankan dengan cara
menyampaikan mesej yang berlainan di kedua-dua belah telinga responden. Kedua-dua mesej
disampaikan pada waktu yang sama. Dalam eksperimen dichotic listening ini , responden
dikehendaki menumpukan perhatian kepada salah satu sahaja mesej yang diterima sama ada
belah telinga kiri atau kanan. Selepas itu, peserta dikehendaki mengulangi semula apa yang
telah didengari dari sebelah telinga. Pada akhir keputusan ini, responden hanya dapat
mengenalpasti sama ada suara lelaki atau perempuan tanpa mengetahui mesej yang hendak
disampaikan.

Kaedah Precueing
Seterusnya ialah kaedah precueing. Kaedah precueing ini dilakukan untuk melihat
keupayaan seseorang dalam memberi respon terhadap rangsangan yang diterima dalam lokasi
yang berbeza. Prinsip umum di sebalik eksperimen precuing adalah untuk menentukan sama
ada menyampaikan petunjuk yang menunjukkan di mana rangsangan ujian akan dipaparkan
meningkatkan pemprosesan rangsangan ujian.

Para peserta dalam eksperimen Posner dan rakan-rakan (1978) ditahan mata mereka
supaya pegun sepanjang eksperimen, sentiasa melihat + itu. Mereka mula-mula melihat anak
panah petunjuk menunjukkan pada sebelah mana sasaran rangsangan adalah mungkin muncul
(kiri panel). Dalam Rajah 4.28a, petunjuk menunjukkan bahawa mereka harus menumpukan
perhatian mereka ke kanan. (Ingat, mereka melakukan ini tanpa menggerakkan mata mereka.)
Tugas peserta adalah untuk tekan kekunci sebagai secepat mungkin apabila persegi
sasaran telah disampaikan ke sisi (Panel kanan). Perbicaraan yang ditunjukkan dalam Rajah
4.28a adalah percubaan yang sah kerana persegi muncul di sebelah yang ditunjukkan oleh
petunjuk anak panah. Lokasi ditunjukkan oleh anak panah itu adalah sah 80 peratus daripada
masa. Rajah 4.28b menunjukkan satu percubaan yang tidak sah. petunjuk anak panah
menunjukkan bahawa pemerhati perlu menghadiri ke kiri, tetapi sasaran itu dikemukakan di
sebelah kanan.

Proses Kawalan Memori


Eksperimen ini telah dijalankan oleh Richard Atkinson dan Richard Shiffrin (1968. Di
dalam eksperimen ini ia melibatkan subjek yang bernama Rachel yang ingin memesan pizza
secara penghantaran ke rumah. Pada proses pertama, Rachel melihat menu yang dipaparkan
di laman utama pizza menerusi online. Rachel mula mencari dan melihat nombor
penghantaran ke rumah lalu dia cuba menghafal nombor tersebut (gambar a dan b). Pada
peringkat permulaan ini sensory memory berlaku, iaitu maklumat yang masuk akan
disimpan selama beberapa saat.
Selepas itu, memori jangka pendek (STM) mula berlaku dan item yang dapat
disimpan adalah sebanyak 5 hingga 7 item dan di antara 15 hingga 30 saat. Pada rajah c,
berlakunya proses mengulang semula atau mengingati nombor telefon yang disimpan dalam
memori jangka pendek Rachel. Proses mengingati nombor telefon berlaku dan ini melibatkan
memori jangka panjang (LTM) untuk menyimpan maklumat yang banyak dalam tempoh yang
lama dan berpanjangan. Selepas beberapa hari, Rachel cuba untuk mendapatkan semula
maklumat yang disimpan di dalam memori jangka panjang bagi mengeluarkan semula
nombor telefon penghantaran pizza ke rumah yang telah disimpan di dalam ingatan memori
jangka pendek.

Coding Maklumat dalam Short Term Memory (STM)


Auditory Coding
Eksperimen ini telah dilakukan oleh R. Conrad (1964) untuk menyiasat coding dalam
STM. Eksperimen ini melibatkan proses mengingat dan menulis kembali huruf- huruf yang
terpilih (yang ringkas) yang telah didedahkan kepada subjek melalui tayangan di skrin.
Keputusan eksperimen yang dilakukan oleh Conrad mendapati bahawa subjek lebih
cenderung melakukan kesilapan dalam mengenalpasti kad yang mempunyai sebutan huruf
yang sama seperti kad yang dilihat di skrin.
Lazimnya, kesilapan yang sering disalah anggap ialah kad huruf F yang disalah
anggap sebagai X atau S. Hal ini kerana sebutan bunyi huruf yang serupa dengan F akan
tetapi subjek juga akan keliru dengan huruf seperti E kerana kelihatan seperti huruf F.
Daripada keputusan eksperimen ini, Conrad membuat kesimpulan bahawa kod untuk STM
adalah auditori (berdasarkan bunyi rangsangan) daripada visual (berdasarkan visual yang
ditunjuk sebagai ransangan).

Visual Coding
Selain itu, visual coding ini merupakan salah satu proses pengekodan dalam bentuk
visual dalam STM kerana corak yang ditunjukkan dalam eksperimen ini sukar untuk
direkodkan secara lisan. Dalam rajah 5.10, subjek diuji dengan ujian corak untuk mengingati
visual yang dipaparkan dan perlu mengambil masa selama 3saat untuk satu corak visual
sebelum ditukarkan kepada corak yang lain.
Terdapat 2 corak matriks yang dipaparkan yang mana corak tersebut mempunyai
bentuk dan bilangan yang berbeza daripada pada lain. Dalam rajah tersebut menunjukkan,
corak yang kecik yang berukuran 2x2 matriks dengan 2 kotak segi empat yang diwarnakan
dengan lorekkan dan corak yang besar yang berukuran 5x6 matriks dengan 15 kotak segi
empat yang telah diwarnakan dengan lorekan. Dalam eksperimen ini didapati subjek telah
melakukan kesalahan kerana subjek telah melorekkan 9 kotak segi empat sahaja, Hal ini
berlaku disebabkan oleh subjek hanya mengingati corak yang dibentukkan oleh setiap matrik
dengan cara pengekodan visual.

Semantic Coding
Eksperimen yang telah dijalankan oleh Delos Wickens dan rakan-rakan melibatkan dua
kumpulan subjek dalam kategori yang berbeza. Satu kumpulan kategori buah-buahan dan
satu kumpulan lagi kategori pekerjaan. Eksperimen ini memerlukan peserta dalam setiap
kumpulan mendengar tiga perkataan. Sebagai contoh, pisang, pic, dan epal untuk kumpulan
buah-buahan dan perkataan peguam, bomba dan cikgu untuk kumpulan pekerjaan pada
percubaan pertama. Setiap ahli perlu menyebut perkataan itu mengikut susunan dan
mengulangi secara terbalik selama 15 saat. Mereka diberi sebanyak 4 kali percubaan dengan
kaedah yang sama tetapi kata-kata yang berbeza.
Tujuan eksperimen ini adalah untuk mewujudkan gangguan

proaktif, penurunan

dalam memori yang berlaku disebabkan oleh pembelajaran semantic coding dalam STM.

Anda mungkin juga menyukai