Anda di halaman 1dari 2

Tujuh Cara Tampil Menawan

1. Jangan keterlaluan

Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana is akan
mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan
tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai
maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara menyebabkan
bulu mata anda kelihatan seperti palsu.

Begitu juga dengan bedak asas, is perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan
kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan
ketika mengenakan solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.

2. Mengenakan gincu dengan betul

Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu
kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk
dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan
di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.

3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri

Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang
berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan
pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.

Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan
aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan
solekan malam.

4. Jangan ragu-ragu mengenakan solekan

Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan
kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang
nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak
mengenakan sebarang solekan langsung.

5. Mengenal pasti keseluruhan penampilan anda

Penting untuk anda mengenal pasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut dan juga
bentuk muka dan badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula
jadi. Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap.
Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak
memerlukan anda memakai pelembab yang mengawal minyak.
6. Memilih warna rambut yang sesuai

Sama seperti solekan, warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit
yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu juga
sebaliknya.

7. Sentuhan terakhir

Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan
anda tidak hilang atau pudar.

                  

CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA
SEJATI, HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH

Anda mungkin juga menyukai