Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus sejarah ini.
Penghargaan yang khusus saya tujukan kepada guru mata pelajaran Sejarah saya, Puan
Tamil Selvi A/P Supramani. Beliau telah membantu dan membimbing saya dalam
memahami lebih mendalam tentang kerja kursus ini yang diberikan ini. Penerangan serta
bimbingan yang diberikan kepada saya telah banyak membantu dan menyumbangkan
idea dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Penghargaan ini juga diberikan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Liaw Saw
Keong dan Choong Li Li yang banyak memberi sokongan kepada saya dari segi
semangat dan kewangan. Tambahan pula, saua ingin menujukan penghargaan ini juga
khusus kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan memberi idea serta
inspirasi kepada saya. Antara daripada mereka ialah Fauziah Fathimah Binti Mohamed
Abusalih, Michelle Liu Jo Yee, Amina Husna Barakah, Gan Huey Min, Aqilah Binti
Kamaruzaman dan sebagainya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Segala
budi serta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan tidak mampu dibalas.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja
di Perpustakaan Negara Malaysia dan Wisma Sejarah kerana mereka telah banyak
mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk mencari maklumat dan buku-buku ilmiah
mengenai Dato’ Bahaman untuk saya. Tanpa mereka, saya tidak mendapatkan maklumat
dan buku ilmiah dalam masa yang suntuk ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua. Segala budi serta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan tidak mampu dibalas. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai