Anda di halaman 1dari 2

Doa aGAR Dipermudahkan Urusan

by Ustaz Zahazan Mohamed on Thursday, 02 September 2010 at 12:18

Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan
membaca doa berikut :

    ‫إِ َذا‬ َ ْ‫ َو أَن‬، ً‫ َس ْهال‬ ُ‫هل إِالَّ َما َج َع ْلتَه‬


 ‫ت جَتْ َع ُل احْلُْز َن‬ َّ
َ ‫الل ُه َّم ال َس‬
ً‫َس ْهال‬ ‫ت‬ ِ
َ ‫شْئ‬
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau
jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau
mengkehendakinya” .[1]

Petua Beramal

Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian
berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah
swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf
ayat ke 7 :

ِ ِ ‫إِنَّا َج َع ْلنَا َما َعلَى اأْل َْر‬


ْ ‫ض ِزينَةً هَلَا لنَْبلَُو ُه ْم أَيُّ ُه ْم أ‬
)7( ‫َح َس ُن َع َماًل‬
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai
perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang
lebih baik amalnya”.

Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku
ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri
keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan
imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya ,
mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan
sebagainya. [2]

Dalam buku  As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan
memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud : “ Jadilah manusia yang
mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah
kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang.Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat
beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3]

      Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan . 

[1] HR Ibn Hibban no 2427 , Ibnus Sunni  no 351 , Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2886

[2] Lihat buku Mauqif al-Muslim , muka surat 51

[3] Lihat Kitab As’ad Imra`atin Fil Alam Bab Unzuri Ila al-Sahab Wa La Tanzuri Ila al-Turab, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni

Anda mungkin juga menyukai