Anda di halaman 1dari 28

“BERTEKAD CEMERLANG”

NAMA NO MATRIK TANDATANGAN

ALDEN ALEX RAYMOND BA09110143

MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF BA09110022

AIMY NABILLA BT MOHAMAD YUSOF BA09110233

STEFANIE VERONICA FERNANDEZ BA09110181

NUR IZWA NADIA BT ABDUL RAHIM BA09110274

KURSUS: TAMADUN ISLAM DAN ASIA (UW00202)

TAJUK: “BUDAYA KEBENDAAN (MATERIALISTIK) BARAT


DAN IMPAK TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA”

PENSYARAH: PUAN DAYANG HAFIZAH

MASA: 7:00 - 9:00 MALAM

TEMPAT: DEWAN KULIAH PUSAT 7 (DKP7)

(SEKSYEN 11)
ISI KANDUNGAN

1.0) PENGENALAN (BUDAYA KEBENDAAAN /MATERIALISTIK)

2.0) FAKTOR YANG MENYEBABKAN BUDAYA MATERIALISTIK

3.0 ) IMPAK KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

4.0 ) CARA-CARA MENANGANI BUDAYA MATERIALISTIK

5.0 ) KESIMPULAN

6.0 ) RUJUKAN

7.0 ) DAPATAN KAJIAN SOAL SELIDIK

8.0 ) RUJUKAN

9.0 ) LAPORAN MINIT MESYUARAT


1.0 PENGENALAN

Kita sering tertanya-tanya adakah generasi yang akan datang dapat mempertahankan
budaya dan adat resam yang kita amalkan sejak zaman dahulu lagi. Sejak akhir-akhir ini kita
dapat melihat dan merasai bahawa budaya dan adat resam yang diamalkan semakin hari
semakin pudar. Budaya yang menunjukkan ciri-ciri ketimuran masyarakat kita seolah-olah
ditranfomasikan menjadi satu budaya baru seperti budaya materialistik.

Sekadar memerhati di kompleks beli-belah di sekitar ibu Negara, kita dapat menyaksikan
masyarakat Malaysia yang memakai atau menggunakan barangan yang berjenama 1. Pandangan
kita tentunya tidak terlepas dari memandang baik dari segi pakaian yang menyaluti tubuh
mereka, aksesori seperti beg tangan sehinggalah kepada telefon bimbit, kenderaan yang
dipandu, produk-produk kecantikkan dan cermin mata hitam yang dipakai semuanya barangan
yang berjenama dan sudah pasti mahal harganya 2. Kebanyakkan mereka yang memakai
barangan yang berjenama akan mengunjungi cafe-cafe atau restoran-restoran yang elit seperti
Starbucks, Coffee Bean, hotel bertaraf lima bintang dan sebagainya. Topik yang melingkari
kehidupan mereka menjadi bualan ketika bersembang atau melepak bersama ialah tentang
ketaasuban mereka terhadap barangan yang berjenama yang terkini yang sering terpampang di
media cetak ataupun media elektronik 3.

Selain itu, jika dahulu mereka yang memakai barangan yang berjenama sering dikaitkan
dengan status seseorang, tetapi tidak lagi pada zaman era globalisasi ini, kebanyakan
masyarakat Malaysia sudah dapat memakai atau menggunakan barangan yang berjenama
asalkan mereka mempunyai wang yang banyak dan sedikit sebanyak sikap ini akan menjadi
ikutan rakyat Malaysia yang lain 4. Mereka akan berlumba-lumba untuk memenuhi keperluan diri
yang tidak sepatutnya itu untuk memastikan mereka berada dalam golongan yang tidak

1
Muhammad Haffy Zikry, 2009 , Dewan Siswa ,Remaja Dipasung Jenama, Dawama Sdn.Bhd
2
ibid.
3
Ibid.
4
Che Mahzan Ahmad, 2009 , Dewan Siswa, Pesona Jenama, Dawama Sdn.Bhd
ketinggalan dari segi berfesyen atau menggunakan gajet yang terkini 5. Citarasa masyarakat
Malaysia dewasa kini sudah jauh berubah. Mereka lebih berminat menggunakan atau membeli
barangan keluaran luar Negara berbanding dengan barangan tempatan 6.

Barangan yang berjenama yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang ialah Louis
Vuitton, Gucci, Prada, Georgio Armani, Salvatore Faragamo, Dior dan Dunhill. Jenama-jenama
berkenaan selalunya menjadi pilihan golongan yang lebih dewasa. Manakala, antara jenama
yang menjadi ikutan remaja pula ialah seperti Calvin Klein, Guess, MNG, DKNY, Quicksilver,
Billabong, Zara, Adidas, Nike dan Paul Smith yang mana rekaan dan fesyennya menepati
citarasa dan kemahuan remaja pada hari ini. Jenama tersebut rata-rata mampu dimiliki
meskipun harganya masih dianggap mahal.

Sikap masyarakat kita pada hari ini seolah-olah menunjukkan bahawa masyarat Malaysia
semakin hari semakin pudara identitinya. Identiti yang dimaksudkan ialah mengenai budaya
yang melambangkan masyarakat Malaysia seperti cara berpakaian dan ini dapat dilihat melalui
cara pemakaian masyarakat Melayu yang dahulunya menutup aurat dan memakai pakaian yang
bersopan, cantik dan tidak mementingkan jenama 7. Mereka juga menggunakan tekstil tempatan
untuk membuat pakaian seperti kain songket dan batik. Walaupun tekstil yang digunakan tidak
mempunyai jenama tetapi, baju yang dihasilkan itu tahan lama bak kata pepatah “alah membeli
menang memakai”. Akan tetapi, masyarakat zaman sekarang lebih gemar memilih tekstil dari
luar Negara seperti Indonesia, India, Itali, Cina, Korea, dan sebagainya. Antara contoh tekstil
yang terkenal yang dihasilkan dari luar Negara ialah sutera, shifon, lace, satin, sari dan lain-lain
lagi. Mereka menganggap bahawa barangan dari luar Negara adalah berkualiti dan tahan lama
berbanding dengan barangan buatan tempatan.

5
Ibid.
6
Hamzah Hamdani, 2009 , Dewan Bahasa Dan Pustaka
7
Ibid.
2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENGARUH BUDAYA KEBENDAAN BARAT
DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA.

Dunia komunikasi yang terbuka dan sentiasa berkembang dengan maklumat terkini
serta terknik penciptaan yang serba canggih, sering berubah menampakkan masyarakat hari ini
lebih ke arah budaya kebendaan barat. Di sini, kita dapat melihat bahawa media massa
merupakan medium yang sangat penting dalam mempengaruhi minda masyarakat. Dengan
adanya media massa berbentuk media cetak sehinggalah ke media elektronik seperti televisyen,
radio, internet, surat khabar, risalah, majalah, dan juga papan iklan maka segala maklumat
dapat disampaikan kepada masyarakat dengan tepat. Remaja merupakan pembeli utama
majalah hiburan dan fesyen. Pendedahan secara meluas kepada gaya semasa sedikit sebanyak
telah mewarnai dan mencorakkan kehidupan mereka. Apa sahaja benda atau rekaan terbaru di
pasaran, pasti mereka akan berusaha untuk mendapatkannya. Dalam memburu keinginan dan
kehendak ini, remaja sebenarnya tertipu akan barangan berjenama barat atau apa-apa sahaja
slogan yang digunakan oleh pengeluar barangan yang hanya merujuk kepada kualiti dan sifat
barangan tersebut, tetapi bukan sifat si pemakainya. Sementara gaya atau model yang
ditampilkan pula sememangnya sempurna dari segala segi. Perkara yang penting di sini ialah
tidak semestinya apa-apa yang digunakan atau dipakai ke badan model sesuai dengan diri si
pembeli.

Iklan-iklan dapat mempengaruhi masyarakat dengan warna-warna yang menarik


perhatian dan yang paling penting, iklan-iklan sering memaparkan promosi-promosi yang sering
menjerat pengguna untuk berfikiran bahawa mereka harus memiliki barang yang diiklankan itu.
Di sini, pengguna lebih bersifat ke arah kebendaan barat mungkin kerana iklan mempengaruhi
mereka untuk membeli barangan yang tidak penting untuk dimiliki dan kadang kala tidak
berguna dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini adalah disebabkan apabila masyarakat
melihat iklan-iklan yang mempromosikan barang yang menarik terutamanya iklan barangan
yang berjenama barat seperti Levi’s, Gucci dan sebagainya mereka akan terus membeli barang
tersebut kerana berpendapat bahawa memiliki barangan berjenama adalah sesuatu yang
melambangkan status ataupun taraf seseorang dan apabila mereka memiliki barangan
berjenama berkenaan mereka beranggapan bahawa status mereka jauh lebih tinggi dari orang
yang tidak menggayakan pakaian ataupun aksesori tersebut.
Hampir semua pengguna amat mengharapkan kepuasan yang maksimum terhadap
barangan yang ingin dimilkinya dan disebab itu mereka lebih memandang tinggi terhadap
barangan berjenama barat yang berkualiti tanpa mementingkan soal wang ringgit khususnya
bagi golongan berada dan yang berkemampuan. Selain itu, masyarakat pada era globalisasi ini
berfikiran bahawa barangan yang berjenama mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding
dengan barangan yang murah dan yang tidak berjenama. Bagi sesetengah pengguna pula,
mereka berpendapat bahawa dengan memiliki barangan yang berjenama barat seperti Louis
Vuitton, Gucci, DKNY dan sebagainya mereka akan merasa kepuasannya dan ini tidak akan
difahami oleh orang lain. Umum mengetahui, masyarakat hari ini lebih memandang kepada
status seseorang maka dengan memiliki banyak barangan berjenama dari Negara barat ini,
reputasi seseorang akan lebih terjaga khususnya kepada golongan yang terlalu mementingkan
taraf dan kedudukan.

Selain itu faktor persekitaran juga mempengaruhi sikap dan juga tingkah laku
seseorang. Sebagai contoh, apabila seseorang dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan sering
dilimpahi dengan semua barangan mewah sejak dari kecil maka tidak hairanlah apabila mereka
dewasa kelak mereka lebih memandang kepada barangan yang berjenama terutamanya
barangan dari barat. Mereka yang hidup dikelilingi oleh orang yang kaya dan mementingkan
jenama juga akan terasa terpengaruh untuk membeli barangan berjenama. Hal ini adalah
kerana mereka akan merasa tergugat dengan orang yang berada disekelilingi mereka yang
memiliki barangan yang berjenama tersebut.

Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat, maka kebanyakan masyarakat kita
mampu membeli barangan yang diingini. Hal ini disebabkan oleh pendapatan isi rumah yang
semakin meningkat dan menyebabkan masyarakat lebih cenderung untuk berbelanja lebih dari
kebiasaannya. Mereka berpendapat bahawa jika pendapatan meningkat, mereka mampu untuk
membeli barang yang sudah lama dihajati. Namun begitu jika pendapatan isi rumah meningkat,
harga barang-barang di pasaran juga akan meningkat dan pengguna juga akan mengalami
kerugian. Oleh itu, mereka akan melakukan apa-apa sahaja untuk memenuhi kemahuan dan
impian mereka. Selain itu, masyarakat Malaysia juga mempunyai sikap bersaing antara satu
sama lain. Hal ini adalah kerana apabila melihat orang yang lebih bagus kedudukan ekonominya
ditambah lagi apabila orang tersebut memiliki banyak barang berjenama, maka rasa persaingan
akan wujud untuk melihat ekonomi siapa yang lebih kukuh.
Apabila wujudnya persaingan, maka keinginan untuk mengatasi antara satu sama lain
akan wujud di dalam diri masing-masing dan ketika itulah sikap ingin menunjuk-nunjuk timbul.
Hal ini akan menyebabkan masyarakat bersikap materialistik dan membeli barang-barang di
luar kemampuan mereka hanya dengan tujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk bahawa
mereka pun mampu untuk memiliki barangan berjenama barat yang tinggi harganya contohnya
perabot Lorenzo .Mereka juga akan beranggapan bahawa masyarakat luar akan memandang
tinggi jika mereka menggunakan barangan dan pakaian yang berjenama barat.

3.0 IMPAK TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA

Sememangnya, budaya kebendaan atau lebih dikenali sebagai ‘materialistic’


mendatangkan kesan kepada masyarakat Malaysia khususnya, dimana ianya boleh dibahagikan
kepada dua aspek iaitu kesan positif dan negatif. Malaysia merupakan sebuah Negara yang
sedang pesat membangun dan dijangka akan mencapai Negara maju menjelang tahun 2020 8.
Namun dalam mengejar kemajuan, nilai-nilai MORAL tidak haruslah diketepikan begitu sahaja.
Sebelum mencapai wawasan 2020 seperti yang di perkatakan oleh mantan Perdana Menteri kita
yang ke-empat iaitu Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Malaysia telah
mengalami satu arus perubahan yang amat ketara dari segi sosialnya. Antara perubahan yang
dapat kita lihat ialah ‘budaya kebendaan barat’ yang semakin mendominasi masyarakat
Malaysia pada masa kini9.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, responden telah berhujah bahawa impak negatif
yang dapat kita bincangkan akibat daripada pengaruh kebendaan barat terhadap masyarakat
Malaysia ialah, ianya akan menimbulkan masalah sosial dalam kalangan remaja seperti masalah
pelacuran. Masalah pelacuran akan berlaku apabila sesetengah remaja sanggup menggadaikan
maruah demi mendapatkan apa yang mereka inginkan. Hal ini kerana faktor kurangnya
kemampuan untuk memiliki barangan berjenama barat seperti Gucci kerana harganya yang
amat mahal. Dan sememangnya perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam mayarakat
Malaysia kerana ini bukan sahaja mencemarkan maruah diri sendiri tetapi juga maruah
keluarga, bangsa dan Negara.

8
Haw Tian Soo, 6.5.92 ,Dr Mahathir Mahu Belia Siap Sedia, Berita Harian.
9
Ibid.
Selain itu, impak negatif yang berlaku terhadap masyarakat Malaysia adalah, mendorong
ke arah sikap mementingkan dri sendiri tanpa mengambil berat tentang kebajikan orang lain.
Dimana keadaan seperti ini akan membawa banyak keburukan kepada orang lain sedangkan
masyarakat Malaysia terkenal dengan budayanya yang tersendiri seperti, tolong-menolong dan
bantu-membantu. Masyarakat secara umumnya perlulah prihatin kepada golongan yang kurang
bernasib baik. Sebagai contoh, kita seharusnya menyumbangkan derma kepada golongan yang
memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan budaya daripada menbelanjakan duit tersebut
dengan membeli pelbagai barangan yang berjenama barat yang mempunyai harga yang mahal.
Dengan ini, secara tidak langsung kita dapat memberikan bakti dan sumbangan kepada orang
lain.

Menurut responden, selain masalah yang telah dinyatakan diatas, terdapat juga masalah
sosial lain yang berlaku iaitu, berlakunya jurang sosial antara masyarakat. Dimana orang yang
mempunyai kemewahan seperti melalui cara pemakaiannya yang menggunakan pelbagai
barangan yang mempunyai jenama besar dari barat seperti Levi’s, Prada, Louise Vuitton dan
sebagainya akan dipandang tinggi dan juga lebih dihormati berbanding dengan orang yang
hanya memakai barangan buatan tempatan yang tidak berjenama. Hal ini akan menimbulkan
ketidakpuasan dalam sesetengah masyarakat itu. Dalam pada itu, masalah ini juga akan
menimbulkan perasaan individualistik, mementingkan diri sendiri, serta perasaan tinggi diri
(ego) yang akan memberi kesan negatif kepada pembentukan gagasan 1 malaysia yang diwar-
warkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-enam Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun
Abdul Razak.

Selain itu masalah yang berlaku akibat daripada budaya kebendaan barat ialah,
sesetengah masyarakat akan melakukan apa sahaja cara untuk mencapai kesenangan ataupun
ingin memiliki kemewahan walaupun dengan cara yang tidak ‘HALAL’. Pernyataan tidak halal ini
bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang oleh Agama. Sebagai contoh,
melakukan kes penculikan, ragut ,rasuah dan sebagainya. Dan ini secara tidak langsung akan
mengundang bahaya serta mampu mengancam keselamatan masyarakat umum. Ini akan
menyebabkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat tergugat.

Selain itu, berdasarkan kepada kajian soal selidik responden juga telah mengatakan
budaya kebendaan barat mampu membawa kesan negatif kepada sesebuah institusi keluarga
itu. Dalam sesebuah institusi kekeluargaan pula sekiranya mereka mementingkan kebendaan
atau bersikap materialistik mereka akan menumpukan perhatian kepada kerjaya semata-mata
tanpa memikirkan keharmonian dalam keluarga sehingga membawa banyak masalah kepada
sesebuah keluarga. Hal ini boleh berlaku apabila kedua-dua ibu bapa tidak mempunyai waktu
untuk meluangkan masa bersama anak-anak sehingga menjadi penyebab utama kepada
berlakunya keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan. Sebaliknya kita seharusnya mempunyai
kesedaran bahawa apabila seseorang itu terlalu mementingkan kehendak mereka tanpa
mengetahui baik dan buruknya sesuatu keadaan, itu merupakan nafsu semata-mata.

Disamping itu, responden juga telah mengatakan bahawa budaya kebendaan barat ini
mampu memberikan impak negatif dari aspek ekonomi Negara kita. Impak negatif yang
dimaksudkan responden adalah barangan buatan Malaysia tidak mampu bersaing dengan
barangan luar Negara dan menyebabkan kepada ketidakstabilan ekonomi Negara. Dimana kita
dapat melihat walaupun kosnya tinggi tetapi dalam masa yang sama dapat menjamin kualiti
yang sangat baik. Sebagai contoh, mengimport lebih banyak kereta buatan Negara asing
sehingga mengabaikan kereta buatan Negara sendiri dimana hal ini akan menyebabkan lebihan
keluaran mata wang ke Negara asing lalu mengurangkan keuntungan Negara.

Pengaruh budaya kebendaan barat terhadap masyarakat Malaysia juga menyebabkan


pembaziran yang keteterlaluan. Masyarakat sanggup beberbelanja dengan boros untuk
mendapatkan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibat yang berlaku. Terdapat segelintir
masyarakat yang sanggup meminjam daripada ceti haram untuk memuaskan kehendak
mereka. Selain itu, kesan daripada masalah ini boleh menyebabkan kualiti hidup akan menurun
kerana dibebani oleh beban hutang yang banyak.

Namun yang demikian, berdasarkan kepada kajian soal selidik yang telah kami jalankan,
responden telah menyatakan bahawa walaupun budaya kebendaan barat ini memberikan impak
yang negatif terhadap masyarakat Malaysia dan juga ekonomi negara tetapi pada masa yang
sama ia mampu memberikan impak positif kepada sosio-ekonomi umumnya. Antara kebaikan
pengaruh budaya kebendaan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah, Meningkatkan taraf
hidup masyarakat. Hal ini dapat dinilai apabila nasyarakat berlumba-lumba untuk memperbaiki
taraf ekonomi dan sosial dan ini secara tidak langsung mampu meningkatkan taraf hidup
masyarakat Malaysia.
4.0 CARA MENGATASI MASALAH PENGARUH BUDAYA KEBENDAAN BARAT

Untuk menangani masalah budaya kebendaan barat ini terdapat pelbagai langkah yang
boleh diambil antaranya peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah
memainkan peranan dalam mendidik anak mereka serta tidak terlalu memanjakan anak-anak
mereka dengan pemberian pelbagai barangan yang berjenama terutamanya dalam lingkungan
umur remaja iaitu dengan mengawal setiap perbelanjaan mereka dan memastikan setiap wang
yang diberikan kepada anak-anak mereka perlu dibelanjakan ataupun digunakan dengan bijak
bagi mengelakkan berlakunya pembaziran10. Ini dapat dilihat dengan penggunaan wang yang
diberi itu dengan membeli keperluan yang lebih berfaedah seperti buku-buku pelajaran dan
bukanya menggunakan wang yang diberi itu membeli pelbagai barangan mewah yang
berjenama.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting terhadap anak-anaknya. Hal ini
kerana, dunia remaja adalah sebuah dunia yang rapuh dan mudah terpengaruh dengan
keadaan persekitaran terutamanya oleh rakan sebaya. Ibu bapa sebagai orang yang terdekat
seharusnya mengawasi setiap tingkahlaku anak mereka 11. Pengaruh ke atas barangan-
barangaan berjenama mewah ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa di peringkat awal seperti
kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” agar apabila mereka dewasa kelak,
mereka tidak akan terpengaruh dengan budaya barat yang sedikit sebanyak dapat melunturkan
nilai dan norma masyarakat Malaysia pada masa kini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, bahawa barangan berjenama kebiasaannya


mempunyai kualiti yang amat baik sesuai dengan harganya 12. Namun begitu, kita juga perlu
menerima hakikat bahawa masih banyak lagi barangan keluaran tempatan yang terdapat di
Malaysia atau yang kurang berjenama memiliki kualiti yang hampir sama. Jenama-jenama yang
terkenal telah menjadi daya tarikan dalam kalangan rakyat negara ini kerana mereka
beranggapan bahawa apabila mereka menggunakan sesuatu jenama tersebut ianya akan

10
Muhammad Haffy Zikry, 2009 , Dewan Siswa ,Remaja Dipasung Jenama, Dawama Sdn.Bhd.

11
Ibid.
12
Ibid.
membawa atau menampilkan satu budaya hidup moden, bergaya dan mengikut peredaran
masa (tidak ditelan zaman).

Selain daripada itu, masyarakat di negara ini yakni Malaysia perlulah menanam sikap
berjimat cermat. Hal ini amatlah penting untuk mengurangkan setiap perbelanjaan dan ini
secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran. Seterusnya peranan media massa media
massa seperti media elektronik ataupun cetak perlulah memainkan peranan dengan
memperbanyakkan paparan mengenai barangan buatan tempatan bagi memastikan rakyat
Malaysia tidak terpengaruh dengan budaya kebendaan yang mana memberikan impak negatif
terhadap rakyat Malaysia. Seperti yang kita lihat di dalam majalah-majalah hiburan seperti
Hai,Media hiburan, surat khabar, iklan-iklan di dalam televisyen ataupun iklan-iklan di papan-
papan iklan pada hari ini kebanyakannya memaparkan maklumat ataupun cerita yang berkaitan
dengan budaya meterialistik barat dan ianya ditambah lagi dengan cerita-cerita orang
kenamaan dan artis tempatan yang menggunakan pelbagai barangan berjenama mewah di
dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh di dalam akhbar Utusan Malaysia yang
memaparkan budaya meterialistik yang diamalkan dalam kalangan artis iaitu Dato Siti Nurhaliza
yang telah membelanjakan RM100 ribu ringgit untuk memiliki barangan berjenama itu iaitu
lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian berjenama Louis
Vuitton13. Tambahan pula, pada hari jadinya yang ke 31 tahun pada 11 january 2010, Datuk
Khalid Mohd Jiwa suaminya telah menghadiahkan Siti Nurhaliza dengan sebuah bag tangan
yang berjenama Louis Vuitton yang berharga RM40 ribu ringgit 14. Beg tersebut yang merupakan
edisi terbaru jenama tersebut dan merupakan satu-satunya model yang dijual di Kuala Lumpur
ketika ini dan pada hari jadinya yang ke 30 tahun tahun lalu suaminya telah menghadiahkan
seutas jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 ribu ringgit15.

Ini juga dapat dilihat daripada hantaran perkahwinan penyanyi itu yang diberi oleh
suaminya adalah set permata Chopard, kain lace, beg tangan Louis Vuitton dan seutas jam
tangan Roger Dubuis semasa pernikahan mereka pada 21 ogos 2006 16. Apabila media lebih
memilih memaparkan pelbagai barangan barat yang berjenama berbanding memaparkan
barangan buatan tempatan ini akan menyebabkan para pembaca lebih mengetahuhi dan
tertarik kepada barangan berjenama barat berbanding dengan barangan buatan tempatan dan
13
Utusan Malaysia.
14
www.Utusan.com.my, 12.1.2010 , Bag Tangan Lv Buat Siti, Utusan Malaysia.
15
Ibid.
16
Sadatul Mahiran Rosli dan Wan Syamsul Almy, 22.8.2006, Siti Sah Jadi Isteri Datuk K.
hal ini akan menyebabkan barangan buatan tempatan tidak mendapat tempat dihati pengguna
dan sekaligus dipinggirkan berbanding barangan buatan barat yang semakin mendapat
sambutan dan menjadi kegilaan rakyat malaysia. Oleh hal yang demikian, media massa perlulah
mengambil langkah yang sewajarnya dengan memperbanyakkan paparan mengenai barangan
buatan tempatan berbanding barangan buatan barat agar rakyat negara ini tahu akan kelebihan
dan kualiti buatan tempatan berbanding dengan barangan buatan barat.

Antara lain untuk menangani budaya meterialistik barat ini pihak kerajaan juga perlulah
memainkan peranan dengan menjalankan pelbagai bentuk kempen seperti ‘Belilah Barangan
Buatan Malaysia’ sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, telah melancarkan Kempen Beli Barangan
Malaysia pada 16 Januari 2009 17. Kempen ini akan dijalankan sepanjang tahun dengan promosi
untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara
untuk memberi impak kepada sektor ekonomi 18. Justeru itu, Pejabat-Pejabat Negeri dan
Cawangan-Cawangan KPDNHEP harus memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan
kempen tersebut19. Untuk menjayakan kempen itu, masyarakat pengguna, penjual, pengilang
dan media perlulah membantu kerajaan dengan bersungguh-sungguh agar kempen kali ini
benar-benar membuahkan hasil yang diharapkan.

Setiap pengguna seharusnya mengubah sikap dan tanggapan terhadap barangan


buatan tempatan. Kita tidak boleh menafikan masih ramai rakyat Malaysia terutama golongan
pertengahan dan atasan yang lebih cenderung untuk membeli barangan buatan barat. Jika
sikap sedemikian berterusan, kempen yang dijalankan kerajaan ini akan terbantut 20. Dengan
membeli barangan tempatan, kita bukan sekadar menyokong industri tempatan malah
membantu melestarikan ekonomi negara21. Membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya
mengurangkan pengaliran wang negara keluar. Membeli dan menggunakan barangan tempatan
adalah tindakan awal yang perlu kita ambil untuk bersama-sama menyumbang kepada
pengukuhan ekonomi negara22.

17
www.Pusat Maklumat Rakyat.Penerangan.gov.my/Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, 6.1.2009, Ucapan
Y.B Dato Shahrir bin Abdul Samad Menyeri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
18
Ibid.
19
Ibid.
20
Ibid.
21
Ibid.
22
Ibid.
Selain itu pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan(NGO) amatlah penting dalam
menangani masalah ini. Pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan(NGO) perlu digerakkan
bagi membentuk remaja yang bersifat dan berlandaskan kepada ajaran agama, budaya dan jati
diri yang kukuh. Masalah-masalah sosial remaja atau tingkah laku sosial remaja yang tidak
terkawal perlu ditangani secara berterusan. Hal ini penting kerana,tanda kepada keruntuhan
nilai, budaya, dan moral dalam kalangan remaja semakin terasa dinegara kita sejak
kebelakangan ini.

Ini kerana apabila kerajaan menjalankan kempen yang sedemikian ianya akan membuka
mata rakyat malaysia akan kesungguhan kerajaan dalam mempromosikan barangan buatan
tempatan yang setanding dengan barangan buatan barat sekaligus dapat mempertingkatkan
penjualan barangan tersebut hasil daripada promosi yang dijalankan secara besar-besaran yang
mendapat liputan media massa dan ianya akan dapat menaikkan nama negara sekaligus
pendapatan negara. Kerajaan juga telah melakukan pelbagai usaha bagi ,memupuk kesedaran
semangat patriotisme di dalam kalangan belia negara ini yang semakin diperlukan pada alaf
baru ini ekoran daripada pelbagai cabaran yang bakal dihadapi terutamanya ancaman
globalisasi seperti budaya meterialistik barat yang semakin hari semakin meresap ke dalam jiwa
belia negara ini23.

Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan menteri belia dan sukan
Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata kesedaran patriotisme itu perlu dalam membina
kekuatan dalaman diri yang akan menjadi tonggak kekuatan diri masing-masing daripada
terpengaruh dengan budaya-budaya barat serta mengenali apa yang harus ditapis dan dikikis
bukan saja pengaruh budaya barat tetapi segala-galanya yang mempunyai unsur-unsur
kebaratan24.

5.0 PENUTUP
23
Haw Tian Soo, 6.5.92 ,Dr Mahathir Mahu Belia Siap Sedia, Berita Harian, 6.12.92 ,Belia Profesional Tahun 2020
Akan Punyai Hidup Tersendiri, Utusan Malaysia, Amir Sarifudin, 19.2.2001 ,Generasi Muda Perlu Pupuk Semangat
Patriotisme, utusan Malaysia,19.2.2001, Kesedaran Patriotisme Di Kalangan Belia Perlu, Utusan Malaysia.

24
Ibid.
Konklusinya, sikap materialistik banyak memberikan impak negatif berbanding dengan
impak positif. Faktor ekonomi, politik dan juga sosial mempengaruhi budaya hidup sesebuah
masyarakat. Dari aspek ekonomi kita boleh lihat apabila pertumbuhan ekonomi yang pesat
maka pelbagai faktor mempengaruhi antaranya ialah persaingan. Apabila persaingan berlaku
maka masyarakat akan lebih berusaha dan bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup bagi
memperbaiki kehidupan mereka.

Bagi faktor sosial pula media massa seperti iklan, majalah, internet dan juga radio
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat kerana setiap
hari kita disajikan pelbagai penawaran yang bercorak kebendaan barat dimana akan menarik
minat masyarakat untuk memiliki barangan tersebut. Corak hidup dan juga persekitaran
individu juga meningkatkan minat kearah budaya materialistik itu sendiri yang mana jika
seseorang individu dibesarkan dengan dilimpahi kemewahan maka sudah tentulah apabila
menjadi dewasa kelak mereka akan terus cuba mendapatkan setiap barangan yang ingin
dimilikinya. Populariti artis tempatan itu sendiri adalah sebagai pendorong budaya kebendaan
ini. Hal ini kerana golongan artis sering menjadi idola dan ikutan masyarakat baik dari segi
pakaian mahupun penampilan mereka. Golongan artis kebanyakannya lebih memilih untuk
menampakkan diri dan cara hidup mereka lebih mewah dan bergaya contohnya dengan
memakai beg tangan yang berjenama seperti Louia Vuitton. Jadi secara tidak langsung
masyarakat tempatan semakin hari semakin berminat untuk mendapatkan barangan seperti
idola mereka tidak kira sama ada ia berjenama ataupun tidak. Filem-filem ataupun drama
tempatan pada hari ini kebanyakannya lebih berminat untuk membawakan cerita yang
memaparkan cara hidup yang mewah. Keadaan ini sekaligus mendekatkan lagi budaya
kebendaan kepada masyarakat dalam kehidupan mereka.

Budaya materialistik yang diamalkan tanpa batasan akan mempengaruhi kehidupan


seseorang. Seseorang itu mungkin akan melupakan budaya dan adat yang diamalkan sejak
turun-temurun. Oleh itu, sikap atau budaya kebendaan barat ini perlu ditangani dengan segera
agar ia tidak menular dalam sanubari masyarakat di Malaysia.
6.0 DAPATAN KAJIAN SOAL SELIDIK :

BUDAYA KEBENDAAN BARAT (MATERIALISTIK) DAN IMPAK


KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA
3.0 STATISTIK DAPATAN KAJIAN (RESPONDEN)
CARTA BAR JUMLAH RESPONDEN YANG DIKAJI
30

25

20

15 IMPAK POSITIF
IMPAK NEGATIF

10

0
SETUJU SANGAT SETUJU SANGAT TIDAK SETUJU

RAJAH 1

Berdasarkan kepada graf diatas, kami telah menjalankan kajian soal selidik keatas 42
responden, dan rajah 1 mununjukkan 27 orang responden bersetuju bahawa budaya
kebendaan barat membawa kepada impak negatif dan 11 orang responden sangat setuju
dimana pengaruh kebendaan barat membawa kepada impak negatif. Dalam pada itu, 4 orang
responden berpendapat bahawa budaya kebendaan barat juga membawa kepada impak positif
kepada masyarakat Malaysia. Mereka bersetuju dan sangat bersetuju bahawa budaya
kebendaan barat mendatangkan impak negatif kepada individu atau masyarakat kerana, ianya
boleh menyebabkan jurang sosial semakin jauh, menyebabkan berlakunya masalah sosial
seperti pelacuran, rasuah dan kegiatan jenayah dalam kalangan masyarakat semata-mata
dengan tujuan untuk mendapatkan barangan tersebut. Antara lain mereka juga berpendapat
budaya kebendaan barat ini akan menyebabkan individu itu lupa akan asal usul mereka, akan
menyebabkan berlakunya penindasan antara masyarakat disebabkan mereka terlalu sibuk
mengejar kabendaan dan menyebabkan individu itu terlalu boros dalam memiliki barangan
berjenama barat yang harganya terlalu mahal. Selain itu para responden juga, berpendapat
apabila seseorang itu terlalu mengejar kepada kebendaan ianya akan menyebabkan timbulnya
perasaan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kebajikan orang lain, timbulnya budaya
suka bermegah, berlakunya ketidakseimbangan dari segi ekonomi dan sebagainya.

Sebaliknya terdapat 4 responden yang bersetuju bahawa budaya kebendaan barat


memberikan impak positif kapada masyarakat kerana ianya boleh meningkatkan taraf hidup
sesebuah masyarakat itu dan menyebabkan individu itu bekerja keras untuk memperoleh
sesuatu dan meningkatkan motivasi diri di dalam diri masyarakat itu untuk terus bersaing dalam
mendapatkan taraf ekonomi yang baik dan sekaligus membolehkan mereka memiliki apa yang
mereka mahukan. Selain itu juga budaya kebendaan barat ini membolehkan individu itu
mendapat kesenangan dan keselesaan hidup serta ianya juga boleh menjana ekonomi Negara.

Dapat disimpulkan disini bahawa, budaya kebendaan barat sememangnya lebih banyak
mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif secara umumnya kepada masyarakat
Malaysia. Ini dapat dibuktikan berdasarkan dapatan kajian yang telah kami jalankan dengan
menggunakan kaedah kajian soal selidik yang respondennya terdiri daripada masyarakat luar
dan juga para pelajar. Oleh yang demikian pelbagai langkah perlulah diambil oleh kerajaan dan
masyarakat sendirinya bagi mengelakkan budaya ini terus diamalkan oleh masyarakat Malaysia
khususnya. Hal ini kerana sekiranya masalah ini tidak dibendung atau diatasi dengan segera
ianya akan melunturkan nilai dan moral masyarakat Malaysia.
7.0 LAMPIRAN

GAMBAR YANG MENUNJUKKAN CONTOH-CONTOH BUDAYA METERIALISTIK BARAT YANG


TERDAPAT DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
(Diantara barangan yang berjenama dari barat yang menunjukkan sikap meterialistik kepada si
pemilik dan pemakainya berikutan dari harganya yang begitu mahal mencecah ribuan ringgit
untuk satu barang sahaja contohnya seperti yang diatas barangan berjenama GUCCI yang
berasal dari negara ITALI iaitu kasut, bag tangan dan sebagainya)
(Dato Siti Nurhaliza Taruddin bersama dengan sebuah bag tangan yang berjenama Louis
Vuitton yang berharga RM40000 ringgit Malaysia. Beg tersebut yang merupakan edisi terbaru
jenama tersebut dan merupakan satu-satunya model yang dijual di Kuala Lumpur ketika ini)

(Para artis di Malaysia yang menggunakan barangan berjenama dari barat seperti Loise Vuitton
yang berasal dari negara Paris dan Gucci berasal dari negara Itali yang berharga ribuan ringgit
bagi setiap barangannya)
(Diantara contoh barangan berjenama dari barat yang menjadi plihan jenerasi muda zaman
sekarang untuk digayakan dalam kehidupan seharian seperti Adidas, Nike dan Levi’s)

(Budaya memanjakan diri di Spa yang dahulunya sangat terkenal di barat tetapi kini telah
menjadi budaya rakyat negara ini terutamanya bagi golongan elit)

(Pelbagai jenama cosmetics dari barat seperti MAC,DIOR,CHANEL dan BOBBI BROWN yang
menjadi pilihan pengguna terutamanya wanita berbanding cosmetics buatan tempatan
contohnya AVON)

8.0 RUJUKAN

- Muhammad Haffy Zikry, 2009 , Dewan Siswa , Remaja Dipasung Jenama, Dawama
Sdn.Bhd.

- Che Mahzan Ahmad, 2009 , Dewan Siswa, Pesona Jenama, Dawama Sdn.Bhd.
- Hamzah Hamdani, 2009 , Dewan Bahasa Dan Pustaka.

- Haw Tian Soo, 6.5.92 ,Dr Mahathir Mahu Belia Siap Sedia, Berita Harian.

- 6.12.92 ,Belia Profesional Tahun 2020 Akan Punyai Hidup Tersendiri, Utusan Malaysia

- Amir Sarifudin, 19.2.2001 ,Generasi Muda Perlu Pupuk Semangat Patriotisme,


utusan Malaysia.

- 19.2.2001, Kesedaran Patriotisme Di Kalangan Belia Perlu, Utusan Malaysia.

- www.Utusan.com.my, 12.1.2010 , Bag Tangan Lv Buat Siti, Utusan Malaysia, diekses


pada 24.1.2010.

-Sadatul Mahiran Rosli dan Wan Syamsul Almy, 22.8.2006, Siti Sah Jadi Isteri Datuk K,
Utusan Malaysia

-www.Pusat Maklumat Rakyat.Penerangan.gov.my/Kempen Belilah Barangan Buatan


Malaysia, 6.1.2009, Ucapan Y.B Dato Shahrir bin Abdul Samad Menyeri Perdagangan
Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, diekses pada 24.1.2010.

9.0 LAPORAN MINIT MESYUARAT

LAPORAN MESYUARAT PERTAMA

NAMA NO.MATRIK TANDATANGAN


ALDEN ALEX RAYMOND BA09110143
(KETUA KUMPULAN)
MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF BA09110022
(SETIAUSAHA)
AIMY NABILLA BINTI MOHD BA09110233
YUSOFF
STEFANIE VERONICA FERNANDEZ BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL BA09110274


RAHIM

Lokasi :Perpustakaan

Tarikh :8/1/2010 (waktu 3.00pm-4.30pm )

Perkara yang dibincangkan :

i) Membincangkan soalan yang baru diterima pengaruh budaya meterialistik barat


impak kepada rakyat Malaysia.
ii) Semua ahli kumpulan berpendapat bahawa soalan ini boleh dipandang dari 3
aspek iaitu faktor, kesan dan cara mengatasi.
iii) Seteruanya kami berbincang mengenai kajian soal selidik yang perlu dilakukan
untuk mengetahui adakah pengaruh budaya meterialistik barat ini memberi
impak kepada rakyat Malaysia dengan mengambil pelajar UMS dan orang luar
sebagai responden.
iv) Kami mengagihkan tugas kepada ahli-ahli kumpulan untuk mencari maklumat-
maklumat yang sesuai dengan tajuk berkenaan.
v) Kami menetapkan perjumpaan ke 2 pada 13/1/2010
vi) Kami telah bersurai pada jam 4.30pm

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

LAPORAN MESYUARAT KEDUA

NAMA NO.MATRIK TANDATANGAN


ALDEN ALEX RAYMOND BA09110143
(KETUA KUMPULAN)
MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF BA09110022
(SETIAUSAHA)
AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOF BA09110233
STEFANIE VERONICA FERNANDEZ BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL BA09110274


RAHIM

Lokasi :Perpustakaan

Tarikh :13/1/2010 (waktu 3.00pm-5.00pm)

Perkara yang dibincangkan :

i) Ketua kumpulan telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli-ahli


kumpulan dalam membincang tugasan titas ini.
ii) Kami telah berbincang mengenai soalan kajian soal selidik yang ingin dibuat
untuk diberikan kepada para responden serta mengumpulkan maklumat-
maklumat yang dicari dan telah berbincang mengenai masalah-masalah yang
dihadapi dalam mencari maklumat tersebut kerana di perpustakaan UMS tidak
mempunyai langsung maklumat yang berkaitan dengan tajuk kami.
iii) Oleh itu kami telah bersetuju untuk pergi ke Perpustakaan Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Perpustakaan Negeri Sabah dan Perpustakaan Tun Fuad Stephean
untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dalam menyelesaikan
masalah tersebut pada 15/1/2010.
iv) Kami menetapkan perjumpaan ke 3 pada 20/1/2010.
v) Kami telah bersurai pada pukul 5.00pm.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

LAPORAN MESYUARAT KETIGA

NAMA NO.MATRIK TANDATANGAN


ALDEN ALEX RAYMOND BA09110143
(KETUA KUMPULAN))
MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF BA09110022
(SETIAUSAHA)
AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOF BA09110233
STEFANIE VERONICA FERNANDEZ BA09110181
NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL BA09110274
RAHIM

Lokasi :Perpustakaan

Tarikh :20/1/2010 (waktu 3.00pm-4.00pm )

Perkara yang dibincangkan :

i) Ketua kumpulan telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli-ahli


kumpulan dalam membincangkan tugasan titas ini.
ii) Walaupun kami telah pergi ke tiga buah perpustakaan untuk memcari maklumat,
namun maklumat yang diperolehi masih sedikit lagi dan kami tidak memperolehi
sebarang maklumat daripada buku dan hanya memperolehi maklumat daripada
surat khabar.
iii) Ketua kumpulan kami telah mengarahkan ahli-ahli kumpulan untuk
mengabungkan maklumat-maklumat yang dicari dan mengolah maklumat
tersebut dalam bentuk karangan dan akan dihantar kepadanya pada perjumpaan
minggu depan.
iv) Seterusnya kami berbincang mengenai kajian soal selidik yang ingin dijalankan
dan telah sebulat suara mencari responden di lapangan terbang terminal satu
MALAYSIA AIRLINES dan pelajar-pelajar UMS sendiri dalam menjalankan kajian
tersebut dan menetapkan 26/1/2010 untuk menjalankan kajian soal selidik itu.
v) Kami menetapkan perjumpaan ke4 pada 27/1/2010
vi) Kami telah bersurai pada pukul 4.00pm

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

LAPORAN MESYUARAT KEEMPAT

NAMA NO.MATRIK TANDATANGAN


ALDEN ALEX RAYMOND BA09110143
(KETUA KUMPULAN)
MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF BA09110022
(SETIAUSAHA)
AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOF BA09110233
STEFANIE VERONICA FERNANDEZ BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL BA09110274


RAHIM

Lokasi :Perpustakaan

Tarikh :27/1/2010 (waktu 3.00pm-5.30pm )

Perkara yang dibincangkan :

i) Ketua kumpulan telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli-ahli


kumpulan dalam membincangkan tugasan titas ini.
ii) Maklumat-maklumat yang telah disiapkan dalam bentuk karangan telah
diserahkan kepada ketua kumpulan untuk digabungkan.
iii) Kami telah berbincang dan telah menyemak setiap maklum balas yang telah
dinyatakan oleh responden di setiap borang soal selidik yang telah kami berikan
kepada mereka serta sekaligus menganalisis borang tersebut dan membuat
laporan mengenainya.
iv) Kami menetapkan perjumpaan ke5 pada 3/2/2010
v) Kami telah bersurai pada pukul 5.30pm

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

LAPORAN MESYUARAT KELIMA

NAMA NO.MATRIK TANDATANGAN


ALDEN ALEX RAYMOND BA09110143
(KETUA KUMPULAN)
MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF BA09110022
(SETIAUSAHA)
AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOF BA09110233
STEFANIE VERONICA FERNANDEZ BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL BA09110274


RAHIM
Lokasi :Perpustakaan

Tarikh :3/2/2010 (waktu 3.00pm-4.30pm )

Perkara yang dibincangkan :

i) Ketua kumpulan telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli-ahli


kumpulan dalam membincangkan tugasan titas ini.
ii) Kami telah mengumpulkan semula semua hasil tugasan kami dan meminta setiap
ahli kumpulan untuk melakukan proses penyemakkan yang terakhir sebelum
tugasan ini dihantar.
iii) Akhirnya selesai juga tugasan titas ini walaupun kami mempunyai masalah untuk
mendapatkan maklumat mengenai tajuk ini namun begitu Puan Dayang telah
memberitahu kami bahawa jika maklumat yang diperolehi tidak mempunyai
sumber seperti daripada buku, Puan Dayang Hafizah akan melihat dari segi
kajian soal selidik yang kami lakukan.
iv) Ketua kumpulan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap ahli
kumpulan diatas sumbangan mereka dalam menjayakan tugasan ini.
v) Kami telah bersurai pada pukul 4.00pm.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

Anda mungkin juga menyukai