Anda di halaman 1dari 2

Sunday, September 19, 2010

Didik Anak Bijak Cara Yahudi

Disusun oleh Abu Muhammad


cheguridhwan.blogspot.com

(Sebelum baca: Jangan salah sangka. Penulis berpendapat bijak bukan milik sesuatu bangsa atau
agama. Ia milik individu melalui persekitaran hidup, desakan hidup, sikap, latar belakang. Fokus
utama artikel ini ialah pemakanan dan cara orang yahudi merangsang kanak-kanak)

Apabila mengandung, ibu sering menanyi dan bermain piano. Ibu dan bapa akan membeli buku
matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Bagi orang Islam, kita gantikan nyanyian
dengan bacaan al Quran dan zikir. Manakala buku matematik boleh diganti dengan sodoku.

Semasa mengandung, ibu orang yahudi gemar makan kacang badam, kurma bersama susu.
Makan tengah hari mereka makan roti dan ikan tanpa kepala bersama salad digaul dengan badam
dan pelbagai jenis kekacang.

Selain itu, ibu juga memakan pil minyak ikan.

Menu orang Yahudi, mereka gemar makan ikan (hanya isi) dan memakan daging jika tiada ikan.
Mereka tidak makan daging bercampur dengan ikan dalam satu meja. Salad dan kacang terutama
badam satu kemestian.

Mereka memakan buah-buah terlebih dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jika makan
makanan hidangan karbohidrat seperti nasi atau roti, kita akan mudah mengantuk dan lemah
memahami pelajaran. Sunnah Rasulullah SAW di bulan Ramadhan berbuka dengan buah kurma
terlebih dahulu.

Jangan menghisap merokok kerana melahirkan generasi cacat otak iaitu lembab dan bodoh.

Di tadika,makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil
minyak ikan (code oil lever).

Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew,
Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah
suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak
kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran
muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius
muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan
perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi
sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah,
menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara
disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Anda mungkin juga menyukai