Anda di halaman 1dari 3

Menjalin persahabatan cara Rasulullah

Oleh Mohd Zamri Shafie

KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang
baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan.

Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan
persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.

Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib.


Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan
sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat
akhir zaman dalam memperjuangkan agama.

Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik.

Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda


bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat
sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al-
Baihaqi).

Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti
dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang
Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau
adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain
mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku,
engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah
mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah.
Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat
diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”

Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam
mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang
tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si
pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu
dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi.
Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat
mencium baunya yang busuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau
kawan yang baik, antaranya :

1.Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman

Sabda Baginda bermaksud:"Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang


yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa."
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

2.Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah kawan


yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya."

Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka
perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya."
(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

3.Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar

Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami
supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan
jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.

Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut
akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana
Allah.” (Hadis riwayat Muslim).

4.Membantu kawan ketika kesempitan

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim


dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak
mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya,
sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah
akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat,
dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan
melindunginya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
INTIPATI

Mencari sahabat sejati

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat
akhir zaman dalam memperjuangkan agama.

Mempunyaii kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah kebaikan.

Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang beriman dan bertakwa.

Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang buruk hendaklah dijauhi.

Anda mungkin juga menyukai