Anda di halaman 1dari 2

HARAKAH ISLAMIAH ASAS DAN MANHAJ PEMBINAAN

MUKADDIMAH

Perjuangan Islam adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan. Tuntutan ini merupakan
tuntutan Allah dalam erti kata menunaikan 'Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar. Perjuangan
menegakkan al-Haq ini adalah pembuktian umat Islam ini adalah umat terbaik. Firman Allah
S.W.T

Maksudnya: "Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan mereka itulah
orang-orang yang berjaya."
(Ali Imran: 104)

Di samping keperluan 'Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar ini, Harakah Islamiah bertujuan untuk
memastikan hak-hak Allah akan sentiasa tertegak dan didaulatkan di dunia ini. Oleh itu,
perjuangan ini dikatakan sebagai Jihad.

HARAKAH ISLAMIAH SATU TUNTUTAN

Banyak dalil-dalil Al-Quran dan hadis yang menuntut wujudnya Harakah Islamiah ini.
Pembuktian dalil Al-Quran dan hadis ini membawa makna betapa Harakah Islamiah mestilah
ditunaikan dan diadakan. Antaranya:

(a) Dalil Al-Quran

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalan Nya dalam
satu barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh." (As Saff: 4)

(b) Dalil Hadith dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu
adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)

(c) Dalil-dalil Qawa'idul Fiqhiyyah (kaedah fekah)

Maksudnya: "Jika tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang
membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."

(d) Dalil Aqli (akal) berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa.

Realiti memberikan pengajaran bahawa usaha berseorangan walaupun ikhlas sekalipun tidak
dapat meninggalkan kesan yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan.
Diperhatikan mereka yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak
boleh diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya secara
individu.

Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid: "Perangilah mereka sebagaimana
mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang, lembing dengan lembing dan panah
dengan panah."

MATLAMAT DAN TUJUAN HARAKAH ISLAMIAH

Matlamat Harakah Islamiah adalah untuk menegakkan Deen Allah di atas muka bumi ini. Ini
bermaksud apa yang ada dan berlaku di atas muka bumi ini hendaklah tunduk dan patuh
kepada undang-undang Allah sahaja. Matlamat ini berdasarkan kepada firman Allah S.W.T

Maksudnya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia ini melainkan untuk mengabdikan diri
kepadaKu." (Az-Zariyat: 56)

Maka pengertian ibadah yang luas ini termasuklah segala urusan dunia seperti pekerjaan,
kepimpinan dan pemerintahan. Manakala tujuan Harakah Islamiah boleh dilihat seperti
berikut:
(a) Membentuk dan mengarahkan masyarakat terhadap kesedaran Islam.
(b) Mentarbiyyah dan menyusun du'at (pendakwah) di dalam sebuah tandzim untuk
berperanan sebagai penggerak dakwah dan jihad dalam masyarakat.
(c) Mengetuai risalah perjuangan Islam yang syumul dan berfungsi sebagai contoh negara
Islam di segi organisasi.
(d) Menentang dan menghancurkan jahiliyyah hingga ke akar umbinya.
(e) Menegakkan daulah Islamiah di atas keruntuhan jahiliyyah dan terus berjuang untuk
berperanan sebagai pemimpin umat sejagat.

Anda mungkin juga menyukai