Anda di halaman 1dari 15

MESYUARAT AGUNG

BIL 1/2008
29 APRIL 2008
KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN
PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
OBJEKTIF
 Mengeratkan silaturrahim & ukhuwah
dikalangan kakitangan PPKA & keluarga.
 Menjaga kebajikan kakitangan PPKA.
 Meningkatkan pengetahuan sedia ada &
berkongsi pengalaman melalui musyawwarah
di antara kakitangan PPKA.
AKTIVITI DAN TUGAS BIRO
 Biro Sukan
 Mengendali / mengurus aktiviti latihan dan
kejohanan sukan sama ada di peringkat jabatan
atau antara jabatan bagi mengeratkan hubungan
silatulrahim antara staf dan juga pelajar.
Terdapat 3 wakil staf untuk melaksanakan tugas
biro ini.
AKTIVITI DAN TUGAS BIRO
 Biro Kebajikan
 Mengendalikan
hal-hal kebajikan dan aktiviti staf PPKA
disamping mengeratkan perhubungan antara satu
dengan lain.
 
 Jawatankuasa Hari Keluarga & Rekreasi
 Menguruskan semua aktiviti Hari Keluarga bersama dengan J/K
Jamuan, Ketua Sesi Sukaneka dan J/K Kutipan & Pemberian.
 Menguruskan aktiviti rekreasi bersama seperti lawatan atau
melancong ke destinasi tertentu.
 Jawatankuasa Kutipan & Pemberian
 Menguruskan kutipan yuran
 Mengutip derma kematian, sakit , perkahwinan dan derma
tertentu.
 Pemberian hadiah jika mendapat cahaya mata, perkahwinan,
kecemerlangan anak dan hari lahir.
AKTIVITI DAN TUGAS BIRO
 Jawatankuasa Jamuan
 Menguruskan Bilik Rehat termasuk kelengkapan ,
keperluan dan kebersihan.
 Jamuan mesyuarat.
 Jamuan bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan contoh
jamuan hari raya, ceramah, staf bakal pencen dan lain-
lain.
 Jawatankuasa Pemantapan Sahsiah
 Menguruskan aktiviti keagamaan seperti bacaan yassin /
doa selamat, Qurban / Aqiqah dan lain-lain.
 Mewakili PPKA diperingkat Jawatankuasa Pusat Islam.
 Mengelola aktiviti siri ceramah agama atau motivasi
sebulan sekali dan sebagainya samada daripada
kalangan staf PPKA atau jemputan luar.
AKTIVITI DAN TUGAS BIRO
 Biro Publisiti
 Mengurus dan membuat hebahan bagi segala aktiviti
yang akan dan sedang dijalankan di peringkat PPKA.
 Menghebahkan melalui laman web PPKA, e-mail atau
poster kepada semua staf. Terutamanya bagi
menaikkan semangat kerjasama berpasukan.
BELANJAWAN
 Yuran keahlian bagi Kelab Kebajikan PPKA
adalah dicadangkan mengikut jawatan ahli
seperti berikut;
 Staf Akademik :
 Profesor dan Profesor Madya = RM20/sebulan
 Pensyarah = RM15/sebulan
 Guru dan Penolong Pendaftar = RM10/sebulan
 Staf Teknikal & Pentadbiran : RM5/sebulan
 Cadangan permulaan tarikh kutipan yuran
kelab? Januari 2008?
BELANJAWAN
 Semua kutipan yuran untuk digunakan bagi
menampung kos aktiviti- aktiviti yang dijalankan
oleh kelab ini. Rekod perbelanjaan perlu dicatat
dan dibentangkan pada mesyuarat kelab.
Perancangan untuk perbelanjaan dilampirkan.
 Selain dari itu, terdapat kaedah lain yang
bersesuaian bagi menambah tabung kelab ini
sepert:
 Keuntungan dari penjualan barangan cenderamata
pusat pengajian kepada pelajar dan orang luar.
 Penjualan sebarang nota dan laporan makmal
dimasukkan ke dalam akaun kelab kebajikan.
AKTIVITI - AKTIVITI
 Majlis bacaan yasin dan kesyukuran
 Salah satu cadangan aktiviti kelab adalah majlis bacaan yasin
dan kesyukuran diadakan bagi merapatkan ukhuwah staf. Majlis
ini dicadangkan agar diadakan setiap 3 bulan pada pagi hari
Jumaat di pusat pengajian. 
 Jamuan- jamuan yang diadakan oleh pusat pengajian
 Melaluipenubuhan kelab ini, sebarang jamuan yang akan
diadakan di pusat pengajian akan dibiayai oleh kelab. Jamuan
adalah termasuk jamuan perpisahan, jamuan yang berkaitan
dengan sambutan perayaan dan sebagainya.
 Aktiviti Kesukanan
 Aktiviti
kesukanan yang melibatkan pusat pengajian bersama
jabatan dan pusat pengajian lain boleh diadakan melalui aktiviti
kelab ini. Bukan sahaja staf akan menjadi lebih aktif bersukan
malah dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kerja
berpasukan di antara staf pusat pengajian.
AKTIVITI- AKTIVITI
 Wacana Ilmiah
 Wacana ilmiah merupakan salah satu aktiviti yang telah
dicadangkan di peringkat majlis PPKA. Melalui aktiviti ini, wakil
staf akademik akan menyampaikan kuliah sebulan sekali bagi
menyampaikan idea- idea baru yang dapat membantu rakan-
rakan staf yang lain. Melalui kelab kebajikan PPKA, satu
jawatankuasa kecil boleh dibentuk bagi menganjurkan majlis ini.
 Hari Keluarga PPKA
 Buat masa sekarang, hari keluarga PPKA hanya dianjurkan oleh
pelajar- pelajar PPKA sahaja. Kelab kebajikan staf PPKA
seharusnya boleh menganjurkan hari keluarga PPKA. Melalui hari
keluarga ini, staf bukan sahaja dapat beriadah malahan dapat
mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara ahli keluarga staf
PPKA. Hari keluarga staf boleh diadakan di pusat rekreasi serta
kawasan pelancongan di luar kampur jika mendapat sokongan
dari semua ahli kelab.
AKTIVITI - AKTIVITI
 Sumbangan untuk perkahwinan, kelahiran & anak- anak staf
yang berjaya dalam peperiksaan. Khairat kematian &
sumbangan kebajikan untuk staf
 Sebelum ini, kutipan untuk sumbangan perkahwinan, kelahiran anak
staf di buat secara ad-hoc. Melalui kelab kebajikan, sumbangan boleh
diberikan terus kepada staf berkenaan. Walau bagaimanapun, jika
terdapat staf lain yang ingin menambah sumbangan boleh juga
berbuat demikian. Cadangan juga dibuat untuk sumbangan berbentuk
hadiah atau wang saguhati untuk anak- anak staf yang berjaya dalam
peperiksaan UPSR, PMR & SPM. Sumbangan kelab ini juga termasuklah
untuk khairat kematian dan sumbangan kebajikan lain bagi
mengurangkan beban staf PPKA.
 Papan kenyataan kelab
 Sebuah papan kenyataan kelab kebajikan dicadangkan untuk
diletakkan di pusat pengajian. Melalui papan kenyataan ini, sebarang
berita mengenai kebajikan staf akan dipaparkan termasuklah
makluman hari lahir staf, tarikh perkahwinan, tarikh kelahiran anak
staf yang baru lahir dan sebagainya. Melalui papan kenyataan ini, staf
akan mendapat maklumat terkini mengenai rakan staf lain.
AHLI JAWATANKUASA
 Berdasarkan undian yang telah dibuat,
berikut adalah senarai ahli jawatankuasa
kelab:
 Pengerusi: Puan Mastura Azmi
 Naib Pengerusi: Dr Farid Ezanee Mohammad
Ghazali
 Setiausaha: Puan Monaliza Mohd Nor
 Bendahari: Puan Fauziah Hashim
 Wakil Akademik: Puan Shafida Azwina
 Wakil Pentadbiran: Puan Fauziah Hashim
 Wakil Teknikal: Puan Nurul Akma Sunai
 Biro Sukan: Dr Megat Azmi Megat Johari
En Johari Alhadi Zainal Abidin
En Ahmad Halmi Ghazalli
 Biro Kebajikan: PM Dr Taksiah A Majid
Dr Mohd Sufian Yusoff
En Md Sayuti Ishak
Pn Zuraily Mohamed Zahari
En Mohd Taib Yaacob
 Biro Publisiti: Dr Leong Lee Vien
En Zulkifly Hashim
En Mohd Hurman Abdul Ghani
HAL – HAL LAIN
SEKIAN
TERIMA KASIH
JAMUAN MAKAN ADA DI TINGKAT ATAS

Anda mungkin juga menyukai