Anda di halaman 1dari 3

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL:

Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang
amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina,
kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk
mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu, para belia
harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk menanggung
kehidupan mereka.
Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan
mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang
pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar
gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan
dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari,
dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh
setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka.
Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu media
utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan. Masa dan
tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat resam suku kaum
masing-masing.

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA:

Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:


1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).
4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338
S.M).

Yunani Homer
Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia
petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit
dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.
Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan,
kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara
aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta
kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti
membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini, penduduknya
boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.

Yunani Sparta
Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai satu
profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua
pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ini bertujuan untuk
membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas,
daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran
yenyera yang amat diperlukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik,
lari dan lompatan serta permainan bola.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu, gusti,
tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

Yunani Athens Awal


Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk
menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni.
Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan
dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Orang Greek yang
menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan
pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang
pendidikan.
Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan
umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling
lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur),
aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling lembing dan lempar cakera bersaiz
besar, lompatan, bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan.

Yunani Athens Lewat


Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian, telah
berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan. Penduduknya
mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual. Tujuan
sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak. Antara
aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing,
memanah, equestrian dan tinju. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi
penonton daripada peserta.

Anda mungkin juga menyukai