Anda di halaman 1dari 4

Latar Belakang Tamadun

Peningkatan tamadun bermaksud penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal


dan guna alam sekitar – bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks – selain
dapat kemahiran bagi hasilkan idea baru serta kemajuan menerusi aspek poltik,
ekonomi dan sosial.

 Tamadun Yunani
1. Greece – Laut Aegean dan Mediteranean
2. Negara Kota atau polis . Gabungan beberapa buah kampung 1000 – 800 sm.
3. Setiap kota ada ibu kota dikelilingi pertanian .Dalam kota : pasar, kubu, kuil,
dan istana.
4. Kota yg menonjol Athens, Sparta, dan Corinth. Lain corak pentadbiran dan
Tuhan.
5. Setiap kota @ Polis ada ibu kota – Acrapolis ada bangunan kerajaan dan
tempat keagamaan.
6. Agora tempat mesyuarat dan pusat ekonomi.

 Tamadun China
1. Lembah Hwang Ho dan Selatan Cina. Bermula dengan Dinasti Chin – Mula
meningkatkan tamadun terdahulu
2. Dinasti Chin 221 – 206 sm. Shih Huang Ti pengasasnya – wujudkan
empayar hingga Sg. Merah di Vietnam. Pemerintahan kerajaan pusat . Penuh
penaklukan dan peperangan

Peningkatan Sosial

Meliputi aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, sistem


sosial serta sains dan teknologi

Pendidikan
 Tamadun Yunani
1. Di Athes lahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani.
Manusia cemerlang penuhi tuntutan mental dan fizikal.- sumbang
kesejahteraan kehidupan manusia. Lahirkan tokoh spt: Thucidides dan
Herodutus. Pusat Cendekiawan Yunani dlm. Zaman Pericles. Penulis Sains
dan teknologi – Thales, Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.
2. Tumpuan pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato,
membaca, menghafal, dan menulis.
3. Sparta – pendidikan lahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah,
dan setia kepada negara kotanya.
4. Pentingkan latihan fizikal dan kemahiran senjata.
5. Perkembangan bila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan
Miletus.
 Tamadun China
1. Hargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat lulus
peperiksaan awam – yang tertua di dunia.
2. 3 peringkat – pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Rendah – tumpukan
kegiatan mengenal dan hafal ideogram dan 9 buku suci tanpa faham
maknanya. Menengah – karangan dan sastera. Tinggi – terjemahkan kitab
suci.
3. Kepentingan – utk pentadbiran. Peperiksaan awam 3 tahap. 1- Hsiu Tai :
setaraf ijazah pertama di daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, dua kali dalam
3 tahun, 2 - Chun Jen : sarjana di ibu kota daerah, 3 tahun sekali, dan 3 –
Chin Shih : Doktor Falsafah di ibu kota empayar hadapan maharaja, lulus
jadi pendidik, 3 tahun sekali
.
Pendidikan Tamadun Graeco-Roman / Greek
Greek mempunyai dua buah bandar besar iaitu Sparta dan Athens yang mempunyai dasar
pendidikan yang berlainan. Di Sparta, pendidikan adalah tugas negara. Kaum lelaki adalah
menjadi milik negara. Setelah seorang ibu melahirkan anak, bayi itu akan diserahkan kepada
suatu Jemaah Kaum Tua ( Council of Older People). Di sini bayi itu akan diperiksa dengan teliti
untuk memastikan sama ada akan menjadi seorang yang tegap, kuat dan sihat bila dewasa nanti.
Mereka berpendapat bahawa orang yang lemah tidak boleh menjadi benteng negara. Jika
seseorang bayi itu tidak dapat memenuhi syarat-syarat tertentu , maka bayi itu akan dibunuh atau
akan dibuang di pergunungan atau tempat yang terpencil dengan tujuan kanak-kanak itu akan
menemui ajalnya dengan sendiri atau dimakan oleh binatang buas. Sebaliknya, jika kanak-knak
itu memenuhi syarat-syarat yang ditentukan dan dijangka akan menjadi seorang yang berguna
kepada untuk masa hadapan, kanak-kanak itu akan diserahkan semula kepada ibu bapanya untuk
dijaga hinggalah berusia 6 tahun. Bila telah mencapai umur 6 tahun dia akan dihantar ke tempat
pendididkan khas yang dinamakan ‘Badan Kebajikan Masyarakat’. Di situlah dia diberi makan
dan pendidikan yang secukupnya. Dari umur 8 tahun hingga 18 tahun, kanak-kanak yang tinggal
diberek awam itu diberi latihan fizikal seperti berlari, melompat, bergusti, bertinju dan
sebagainya. Dari umur 18 tahun hingga 20 tahun, dia akan diberi latihan-latihan untuk
menghadapi peperangan. Apabila umurnya meningkat ke-30 tahun, dia diberi tugas untuk
mengawal tempat-tempat yang telah ditentukan oleh pemerintah bagi menghadapi sebarang
kemungkinan atau ancaman kepada negara. Kanak-kanak perempuan juga diberi pendidikan
menguatkan fizikal supaya menjadi sihat dan tegap agar dapat melahirkan keturunan yang sihat
dan kuat bila berkahwin nanti.
Tujuan pendidikan di Sparta jelas sekali untuk mendidik kanak-kanak supaya menjadi seorang
yang berani, tunduk kepada tatatertib, taat kepada pemimpin dan dapat menahan nafsu dan cinta
kepada negara. Bagi mencapai tujuan tersebut, cara yang dilakukan ialah:
a. memberikan pendidikan jasmani yang keras bagi membentuk tubuh yang kuat dan tahan
menderita
b. memberikan pendidikan bidi pekerti untuk mendapatkan sifat-sifat taat, patuh, sederhana, tahu
menahan nafsu dan cinta kepada negara.
c. Mengabaikan pendidikan rohani.
Di Athens pula peluang pendidikan diberikan kepada semua golongan, cuma bagi golongan kelas
bawahan mereka hanya berpeluang mendapat pendidikan membaca dan jasmani sahaja. Warga
Athens menitikberatkan pendidikan ilmu pengetahuan. Seseorang itu akan menjadi warganegara
yang baik jika dia mempunyai ilmu pengetahuan. Pada peringkat awal, kerajaan tidak mengambil
berat dalam mendidikan sekolah dan membiayai kanak-kanak miskin dan juga membayar gaji
guru. Pendidikan kanak-kanak diusahakan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Dari lahir
hingga berumur 7 tahun kanak-kanak itu dijaga oleh ibu bapanya. Bila berumur 7 tahun, mereka
mula berguru mengikut bidang yang dipelajari. Seorang guru untuk satu bidang. Corak
pengajaran terpulanglah kepada guru itu sendiri. Pelajaran diberi di bilik khas yang disediakan
oleh guru mereka. Gaji guru dibayar oleh ibu bapa mereka dan nilai bayaran itu terpulanglah
kepada taraf kedudukan dan kemampuan ibu bapa. Bila berumur 11 tahuyn, mereka menduduki
ujian yang berupa ujian jasmani dan akal. Jika berjaya, mereka akan diletakkan dalam golongan
warganegara dalam latihan (Citizen-cadet). Pada tahap ini mereka menjalani latihan tentera
selama 2 tahun. Pada akhir latihan ini mereka akan menduduki ujian dan jika lulus, mereka akan
disahkan menjadi warganegara penuh ( full citizenship), sistem pendidikan begini telah
melahirkan ramai ahli falsafah. Dengan itu jelaslah bahawa tujuan pendidikan di Athens adalah
untuk mencapai keseimbangan antara rohani dan jasmani – hidup dengan harmonis. Setiap
warganegara hendaklah setia kepada negaranya

Anda mungkin juga menyukai