Anda di halaman 1dari 3

Valentine Days And April Fool

Valentine Days dan April Fool mungkin 2 perkataan atau peristiwa yang tidak asing lagi
kepada kita hari ini terutama anak remaja seperti juga saya dan rakan-rakan pembaca. 2
peristiwa yang selalu dinantikan untuk disambut dan bergembira. Dari golongan pelajar,
mahasiswa, guru-guru, profesional dan semua lapisan masyarakat kita kebanyakkan mengerti
dan menyambut 2 hari "istimewa ini". Tapi berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar
mengerti makna atau sejarah yang telah berlaku yang saya kira memberi makna yang amat
mendalam kedalam hati sanubari umat Islam sehingga 2 peristiwa ini menjadi salah satu
perayaan atau sambutan anak muda kita terutamanya setiap tahun??

Bermulanya sejarah Sant Valentino dan Princess Victoria yang merupakan pasangan
kekasih yang amat mencintai antara satu sama lain dan beragama kristian beserta pengikut
mereka bersama-sama bersatu membantu King Ferdenand menjatuhkan kerajaan Islam
Andalusia. Sebuah sejarah kerajaan Islam terhebat yang terkenal sebagai zaman
kegemilangan ilmu pengetahuan, zaman yang melahirkan ramai cendekiawan agung yang
hebat, zaman gemilangnya ilmu sains, fizik, kimia, perubatan Islam dan lain-lain ilmu Islam.
Peperangan yang telah menyebabkan Andalusia terus lenyap di peta dunia. Peperangan ini
berlaku pada 14 Februari 1492 Masihi yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam di
Bandar Granada yang merupakan bandar terakhir tewas dan jatuh ke tangan tentera King
Ferdenand.

Kekalahan ini juga menyebabkan banyak buku-buku Islam dimusnah, dicuri dan dibuang
kedalam sungai-sungai menyebabkan banyak hasil karangan cendikiawan Islam terulung
hilang begitu sahaja. Hasil rompakan kitab-kitab Islam telah diambil, dikaji dan diterbitkan
semula dengan meletakkan diri mereka sebagai pengkaji, saintis, dan ilmuan yang
mencetuskan ilmu tersebut hingga dunia memandang tinggi kepada mereka.
Apa yang paling menyayat hati sebagai seorang Islam ialah pada hari
terakhir kekalahan tentera Islam dalam perang Andalusia ialah apabila Ratu Victoria yang
merupakan kekasih Sant Valentino memberi kata dua kepada tawanan Islam samada untuk
mengikut ajaran kristian atau keluar dari bumi Andalusia. Dengan berbekalkan keimanan,
kebanyakkan umat Islam ini lebih sayang kepada agama mereka dengan memilih untuk
keluar dri bumi Andalusia supaya dapat menyelamatkan akidah masing-masing. Mereka
diarahkan untuk keluar dari Andalusia dengan menaiki sebuah kapal yang telah disediakan
oleh Ratu Victoria di sebuah perlabuhan. Takkala umat Islam telah naik ke kapal, tentera
King Ferdenand telah mengunci semua pintu keluar kapal tersebut dan menyimbah dengan
petrol yang kemudiannya bertindak membakar umat Islam didalam kapal tersebut yang tidak
punya peluang lagi untuk keluar. Pasangan kekasih (valentino dan Victoria) beserta King
Ferdenand dan tenteranya bertepuk tangan di tepi perlabuhan tanda gembira kerana berjaya
mengenakan umat Islam. Umat Islam diperbodohkan oleh mereka. Peristiwa ini berlaku pada
1 April 1492 Masihi. Tarikh yang sangat sinonim dengan kita sebagai APRIL FOOL. Hari
Islam diperbodohkan. Sampaikan kepada rakan dan teman. Jangan kita termasuk orang yang
sama-sama bertepuk tangan melihat Islam dihina.

Dengarlah Seruan Jihad,


Bergema di Udara,
Kemenangan Ataupun Syahid,
Itulah Harapan Ummah..

Bina Kekuatan Dalam Jemaah,


Dengan Iman dan Mujahadah,
Itulah Ikhlas Para Pejuang,
Janganlah Cuba Menghalang.
Posted by wansaidin at 9:02:00 AM 0 comments    

Labels: april fool, hari kekasih, sejarah hitam Islam, valentine days

Anda mungkin juga menyukai