Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN UPSR

Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR mengandungi 3 soalan. Calon dikehendaki menj
awab 2 soalan sahaja. Masa yang diperuntukkan hanya satu jam. Calon dikehendaki
mengarang tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Karangan yang baik merupakan karangan yang mempamerkan kematangan calon memahami
kehendak soalan. Secara amnya ada beberapa langkah untuk menghasilkan karangan
yang baik.
A. PEMILIHAN TAJUK
a. Baca semua soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
b. Pilih soalan yang mudah dan sesuai dengan pemahaman dan pengetahuan.
c. Kumpulkan isi yang sesuai dan mencukupi.
B. RANGKA KARANGAN
a. Catatkan isi dan pengetahuan anda tentang isi yang dipilih.
b. Susn isi mengikut kepentingannya.
c. Buatlah rangka karangan yang mudah difahami. Rangka sesebuah karangan perlu m
empunyai pendahuluan, isi dan penutup.
d. Rangka karangan perlu sebagai panduan kepada calon selain mengelakkan menulis
isi-isi yang tidak penting.
C. PETA MINDA
a. Selain rangka karangan, peta minda juga merupakan teknik berkesan untuk menca
ri isi-isi penting.
b. Tambahan pula, peta minda merupakan sebahagian daripada kemahiran berfikir se
cara kreatif dan kritis yang sangat ditekankan penggunaannya.
c. Menerusi teknik ini, karangan murid lebih mudah dinilai secara jelas.
d. Contoh karangan yang berdasarkan peta minda
D. MUNULIS KARANGAN
a. Tulis karangan berdasarkan rangka yang telah dibuat.
b. Karangan yang baik mesti mempunyai pendahuluan, isi penting dan penutup.
c. Ayat hendaklah ringkas dan padat. Pemilihan perkataan pula mestilah tepat dan
mudah difahami.
d. Isi hendaklah berkait rapat di antara satu sama lain. Justeru itu, guna penan
da wacana supaya menampakkan kesinambungan isi, Contohnya, di samping itu, tamba
han pula, sehubungan itu, walaupun, namun, dan sebagainya.
E. MENYEMAK KARANGAN
a. Langkah terakhir, semak karangan anda.
b. Pastikan semua isi ditulis, tiada kesalahan ejaan, tanda baca, penanda wacana
dan tatabahasa.
c. Pastikan tulisan anda jelas dan mudah dibaca. Tulisan yang kotor akan menyuka
rkan pemeriksa membaca karangan anda.

Anda mungkin juga menyukai