Anda di halaman 1dari 3

SALAHKAH BERSIKAP PERKAUMAN

Kenapa manusia selalu bersifat hipokrit. Tak kurang juga yang merasa terlalu rendah diri sehingga
mengagungkan sesuatu yang bukan miliknya dengan andaian itu akan membuatkan dirinya menjadi
tinggi dan dihormati.

Hipokrit menafikan bahawa darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah perkauman
bangsanya Melayu, Cina, India @ apa sahaja jenis bangsa yang telah Tuhan tentukan untuk dirinya.
Rendah diri untuk mempertahankan perjuangan bangsanya untuk memartabatkan agama, bangsa
dan negaranya sendiri setelah dirinya sendiri mendapat nikmat yang melimpah ruah hasil dari
perjuangan pejuang-pejuang bangsanya yang terdahulu. Rendah diri apabila dituduh bersikap
perkauman oleh mereka yang sebenarnya mengamalkan sikap 'Perkauman Melampau' dengan
berselindung di sebalik Demokrasi, Hak Asasi dan Globalisasi.

Di mana jati diri manusia yang secara tidak sedar hidup dengan darah perkauman yang terus
mengalir dalam diri dan tubuhnya sendiri.

Benarkah yang menuduh orang lain perkauman mempunyai darah yang tidak ada langsung
semangat untuk berjuang melihat kaumnya maju dan dihormati oleh kaum lain?

Salahkah tuhan menciptakan manusia berbangsa-bangsa?

Salahkan membela nasib dan masa depan bangsa sendiri?

Salahkan berusaha dan berjuang untuk memastikan generasi masa depan pewaris bangsa kita dapat
menikmati kemakmuran lebih dari apa yang kita miliki hari ini?

Salahkan segala niat dan usaha pejuang bangsa selama ini untuk memantapkan kedudukan dan
tahap pendidikan, ekonomi dan sosial bangsanya agar mampu bersaing dengan cabaran semasa dan
tidak diperlekehkan. Salahkan...?

KAUM YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DI MALAYSIA

Di Malaysia, kaum apakah yang selama ini telah berjuang dan sanggup berkorban untuk
memastikan ketinggian dan kemuliaan syiar Islam di bumi bertuah milik kita ini? Kaum Cina?
Siapa???? Dr. Ridhuan Tee.... Siapa lagi...??? Kaum India? Siapa?????

Sekiranya kita benar-benar jujur, KAUM MELAYU lah yang telah sejak sekian lama diketahui dan
diakui sebagai kaum yang telah menjaga kesucian dan kemuliaaan Agama Allah ini di Semenanjung
Tanah Melayu yang namanya telah ditukar kerana sikap toleransi bangsa ini... Bangsa Melayu, satu-
satu Bangsa yang menjadikan pengamalan nilai-nilai moral ajaran agama Islam yang suci itu
sebagai syarat untuk tuan-tuan mengaku sebagai seorang yang berbangsa Melayu.

Sekali lagi, salahkan usaha UMNO selama ini memastikan Bangsa Melayu menguasai ilmu,
ekonomi, sosial, politik dan sebagainya dengan niat untuk memastikan pejuang dan penjaga
kesucian dan kemuliaan Agama Islam, agama yang sebenar dan diterima Allah, tidak kira dianya
Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu DAP (Melayu paling Bodoh) atau Melayu apa
pun dengan niat dan prasangka baik bahawa asalkan dianya Melayu dan Islam, dia tidak akan
sanggup mengkhianati agama dan bangsanya sendiri.

Salahkah bersifat perkauman? Yang salah adalah MELAMPAUI BATAS. Yang salah adalah
PERKAUMAN MELAMPAU. Adakah perjuangan UMNO Melampaui Batas. Pernahkah kita
mengambil hak kaum lain? Atau sebaliknya Melayu sentiasa dalam sejarahnya, sejak kaum lain
diterima menjadi rakyat negara ini, sentiasa diasak dan didesak dan selalu mengalah demi untuk
menjaga hati dan perasaan kaum-kaum lain serta menjaga keharmonian hidup bernegara.

Cuba selidiki sejarah perhubungan kaum di negara ini. Siapakah yang telah beberapa kali membuat
tuntutan-tuntutan Kaum secara Melampau khususnya ketika bangsa Melayu berpecah dari segi
sokongan politiknya kepada sesuatu parti. Salahkan Melayu mencurigai kaum-kaum yang telah
menghiris hati dan toleransi Melayu selama ini melalui Tuntutan-Tuntutan Perkauman Melampau
mereka.

Sdra. Haziq Abdullah Al Fateh, adakah mereka menjaga hati dan perasaan Melayu apabila bertindak
Melampau seperti yang pernah dilakukan oleh Pertubuhan SuQui?

Perjuangan Perkauman Melayu UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanahair ini bukan
Perjuangan Perkauman Melampau. UMNO berpijak di bumi yang nyata kerana tidak mahu
menafikan hakikat bahawa darah perkauman adalah sesuatu yang fitrah dan memang Allah ciptakan
dalam diri setiap manusia. Kadangkala mereka yang menafikan bersifat perkauman sebenarnya
adalah pengamal Perkauman Melampau yang berselindung di sebalik kekeliruan pihak yang lain
terhadap istilah Perkauman itu sendiri.

Merujuk kepada bangsa Melayu, yang lebih dikesali adalah apabila, kerana kekeliruan ini, segelintir
bangsa Melayu yang tidak memahami sejarah perjuangan bangsanya sendiri sehingga merasa begitu
rendah diri kerana terlahir sebagai bangsa Melayu dan mula merasakan dirinya akan lebih diterima
dan dihormati apabila memperlekehkan dan menuduh perjuangan bangsanya selama ini untuk
memartabatkan agama Islam yang suci dan syumul itu, bangsanya Melayu yang menjadi pejuang
dan penjaga kemurnian dan kesucian Agamanya Islam dan tanahairnya Malaysia sebuah negara
Islam yang menjadi contoh kepada negara Islam yang lain, sebagai perjuangan perkauman yang
melampau.

Salahkah UMNO merangka strategi menjaga kemurnian dan kesucian Islam dengan memastikan
bangsa Melayu sebagai pejuang dan penjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam itu terlebih
dahulu diperkuat, dipermantap dan diperkukuhkan dalam segala bidang agar keupayaannya sebagai
pejuang dan penjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam di Malaysia ini dapat dipertahankan dan
terus dipertingkatkan. Agar... penganut agama Islam itu dihormati kerana kehebatan yang
dimilikinya melalui pengamalan nilai-nilai yang diajarkan oleh Agama Islam.... Salahkah...???

Salahkah UMNO memilih untuk menggunakan strategi dan pendekatan sebegini dalam
perjuangannya, perjuangan penganut Agama Islam yang berketurunan Melayu melihat syiar Agama
Islam, satu-satunya agama yang diterima oleh Allah swt tersebar, terpelihara kesucian, kemurnian
dan ketinggiannya di negaranya sendiri.

Kalau ingin melihat bukti kepada hujahan ini, bukalah hati seluas-luasnya dan gunakanlah ilmu
dengan jujur. Lihatlah apa yang telah kerajaan yang Melayu UMNO menjadi terasnya ini telah
lakukan untuk memastikan bahawa Agama Islam di Malaysia ini sentiasa dijaga kesucian dan
ketinggiannya.

Hanya kerana seorang dua pemimpin UMNO yang juga manusia biasa sama seperti pemimpin parti
lain termasuk PAS yang telah melakukan kesilapan tidak bermakna UMNO secara keseluruhannya
bersalah, sehingga kita tidak mahu menerima dan tetap angkuh menafikan sumbangan yang telah
kita dan keluarga kita sendiri, tanpa mengira sokongan kita terhadap parti mana pun, nikmati hasil
dari perjuangan perkauman yang telah UMNO lakukan untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan
Tanahair kita ini.

Jika diizinkan Allah, saya akan cuba membuktikan apa yang telah Kerajaan Barisan Nasional yang
dipimpin oleh Melayu UMNO telah lakukan dari segi Rukun Islam yang Lima serta aspek-aspek
kehidupan Islam dari segi Aqidahnya, Muamalatnya, Munaqahatnya dan usaha menangani isu
Jenayah dan Perundangan Islam di kalangan penganutnya di negara yang tercinta ini, InsyaAllah.

~MataHati~ Tulisan ini adalah respon saya terhadap komen-komen dari Sdra Haziq Abdullah Al-
Fateh yang kononnya berbangsa Cina dan beragama Islam yang menuduh UMNO adalah sebuah
parti yang bersikap perkauman dengan rujukan sebenar 'Perkauman Melampau' sedangkan beliaulah
yang sedang berselindung disebalik Perjuangan Perkauman Melampau yang dituduhkan olehnya
kepada UMNO. Komen tersebut dibuat di wall KELAB PENYOKONG UMNO Facebook
(KPUMAYA) kelolaan saya.

Anda mungkin juga menyukai