Anda di halaman 1dari 20

Nota ini di muat turun secara terus dari laman wed.

Di bawah harap maklum


http://search.yahoo.com/search?p=modul+pembelajaran+seni&ei=UTF-8&fr=FP-tab-
web-t-290&fl=0&x=wrt

E-Pembelajaran Interaktif - Penyelesaian Pengajaran Dan


Pembelajaran

Pengenalan

Canggih mana sekalipun, pengorbanan guru sangat diperlukan bagi


menyampaikan maklumat untuk pemahaman pelajar menguasai ilmu yang
disampaikan. Guru pula bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi merancang
menyampaikan ilmu itu dengan berkesan dan sistematik.

Pengajaran mungkin menjadi hambar dan kosong kiranya kegagalan guru dan
murid berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor itu
sangat berkait dan kuat hubungannya dalam proses mengajar dan belajar.
Apakah proses ini dapat digantikan dengan suatu metodologi yang lain?
Sudah tentunya tidak sepenuhnya. Dekad manapun, abad mana sekalipun
peranan guru tidak mungkin dipisahkan.

Modul E-Pembelajaran Interaktif yang diperkenalkan ini hanya suatu


alternatif, bagaimana sumber maklumat boleh digarap untuk disampaikan
secara elektronik kepada semua orang. Murid di bilik kelas, orang awam,
pengajar dan sebagainya, semua mereka ini boleh memperolehi maklumat
dan belajar di luar dari kelas formal yang biasa dan menjadi tradisi.
Bagaimanapun nilai murni merupakan kelangsungan yang berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran yang mungkin tanpa guru akan menyukarkan.

E-Pembelajaran mengurangkan beban guru dalam penyediaan bahan bantu


mengajar dan cara penyampaian. Hari ini, pembudayaan teknologi
maklumat dan komunikasi ‘ICT’ bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia
berperanan besar dalam pendidikan. Perkongsian maklumat boleh berlaku
dengan berkesan melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-Pembelajaran
walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik
untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah
tradisi ‘chalk and talk’

Konsep Dan Objektif E-Pembelajaran Interaktif

Konsep

E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul penyediaan bahan bantu


mengajar secara elektronik atau yang lebih tepat melalui teknologi
maklumat dan komunikasi. Modul dan kertas cadangan ini akan
membincangkan kepentingannya dalam proses pembelajaran dan membantu
guru-guru mengajar. Bagaimanapun ia bukanlah penyelesai ‘solution’ bagi
proses pengajaran dan pembelajaran.
E- Pembelajaran atau juga disebut sebagai ‘E-Learning’ adalah kaedah
pembelajaran secara elektronik dan digital. Ia telah lama diketengahkan
oleh intelektual pendidikan dunia dan Malaysia sendiri. Diharapkan melalui
modul ini terdapat kesedaran tentang pentingnya menambah baiki terutama
di peringkat perlaksanaan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik


yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas.
Pelajar tidak hanya memperolehi maklumat melalui buku tetapi terus
dengan mengakses laman web yang berkenaan. Bagaimana pun, maklumat
ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan
secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.

Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara


memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig
is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan. Kaedah
ini juga membantu guru menyelesaikan masalah penyampaian konsep sains
dan matematik. Mengajar kajian tempatan mungkin lebih berkesan kerana
murid memperolehi gambaran langsung tentang kejadian dan peristiwa.

Objektif

1. Mengwujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas


secara lebih berkesan dan sistematik.
2. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi
hari ini.
3. Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan
pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja
dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
4. Mengurangkan bebanan setiap guru, terutama dalam menyediakan
bahan bantu mengajar.
5. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara
lebih baik.
6. Menjimatkan masa guru, bagi menyedia dan memikirkan bahan Bantu
mengajar.

Peranan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1946, Dale telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran


manusia yang mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’, Dale
memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada
yang lebih mudah.
Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989. Teori Dale ini
telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.

Cadangan Perlaksanaan Program E-Pembelajaran Interaktif Dalam


Pendidikan

Semua orang mengharapkan suasana pembelajaran menjadi lebih baik dan


menarik. Guru terutamanya akan bertungkus lumus membantu pemahaman
muridnya. Bagaimanapun ia dapat diatasi melalui penggunaan media
pengajaran dan pembelajaran terutama melalui bahan multimedia. Melalui
teknologi multimedia, animasi, gambar statik, suara, muzik, teks, gambar
bergerak ‘filem’ dapat disampaikan serentak bagi membantu kefahaman
pelajar.

Melalui perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran elektronik ini, kadar


kefahaman murid akan lebih cepat dan pantas. Cara ini membantu menarik
minat murid bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Kosentrasi murid
terhadap bahan yang disampaikan mungkin lebih baik kerana ulangan dapat
dilakukan bergantung kepada kemampuan murid itu sendiri.

Sesuai sekali dilaksanakan, apabila pembelajaran yang berlaku dalam


keadaan murid bersedia untuk menerima pengajaran. Kaedah ini, mengubah
peranan guru dari penyampai ilmu sepenuhnya kepada fasilitator yang
menggerak minat murid-murid.
Modul Dan Bahan Multimedia Bagi Program E-Pembelajaran
Interaktif

Murid mungkin tidak dapat hadir ke sekolah, guru tidak dapat


menyampaikan sukatan pelajaran kerana terpaksa cuti sakit, dan banyak
lagi gangguan yang menyebabkan iklim pengajaran dan pembelajaran
menjadi tidak stabil. Melalui E-Pembelajaran Interaktif ia mungkin dapat
menyelesaikan penyampaian ilmu tersebut kepada semua murid walau di
mana sekalipun mereka berada asalkan boleh mengakses internet.

Peranan guru, selain dari mengajar ialah merancang pengajarannya.


Hasilnya adalah bergantung dari apa yang berjaya disampaikan. Melalui E-
Pembelajaran Interaktif ini, banyak konsep dan latihan dapat disampaikan
untuk dikuasai oleh murid. Guru tidak lagi mencatat latihan dan melukis
gambararajah di papan hitam. Guru dapat mengurangkan masa untuk
memberi kefahaman kepada murid melalui gerakan animasi yang menarik
dan jelas.

Perasaan ingin tahu murid adalah permulaaan yang baik untuk murid belajar
dan memperkembangkan kebolehan mereka. E-Pembelajaran berjaya
mengembangkan potensi sedia ada murid melalui perasaan ingin tahu
mereka. Mereka akan melayari bahan yang membantu mereka mendapat
jawapan yang dikehendaki.

Elemen Multimedia Dalam E-Pembelajaran Interaktif

Dalam 2 versi, laman web


atau perisian multimedia.
Laman Web Interaktif Untuk
Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahan bantu mengajar dalam projek ini dipersembahkan dalam dua versi
iaitu versi web dan perisian pembelajaran ‘courseware’. Kedua-duanya
mampu dijana dalam komputer yang ‘standalone’ atau juga berangkai
mengikut keperluan dan kemampuan murid. Murid-murid dapat
mempelajarinya mengikut keupayaan masing-masing. Hasilnya murid dapat
berkongsi pengalaman mereka dengan guru dan murid yang lain

E-Pembelajaran Interaktif ini mengabungkan sebahagian


pengajaran dan pembelajaran iaitu teks, tutorial,
memahami cerita uji minda dan latihan bahasa.
Interaktif dan mampu
menyampaikan maklumat
dengan lebih menarik dan
berkesan.
Mempermudahkan
konsep disampaikan
kepada murid atau pelajar.

Ekamedia atau teks dalam media dipersembahkan sebagai rujukan dan


panduan kepada murid atau pelajar masih digunakan. Dwimedia juga
mengabungkan teks dan gambar juga masih digunakan walaupun cara lebih
mudah menggunakan carta sahaja.

Oleh itu penggunaan multimedia adalah mengatasi kebolehan bahan bantu


mengajar lain sebelum ini. Bagaimanapun ini merupakan pandangan positif,
carta, papan buletin, kad dan alat bantu lain masih tidak dapat menandingi
kebolehan guru mengaplikasikan sekitarnya dalam pengajaran dan
pembelajaran.

E-Cerita

Cerita pendek yang


bersuara boleh
dieksplorasasi melalui
web atau pun perisian
multimedia

Pilihan
cerita
bersuara

Bahan teks dan


bergambar juga
mempunyai audio yang
boleh didengari sahaja.
Konsep tutorial
Penjelasan beranimasi bagi
dipersembahkan
Ayat pendek
setiap bahan yang ini.
Dipautkandalam
memperjelask dengan
program
ditutorialkan.
animasi yang
E-TUTORIAL
E-ANIMASI an kata.
interaktif
Pantas dan boleh
diulangi berkali-
Dengan pengujian dan
kali.
penilaian secara interaktif.

E-UJI MINDA

Mengikut kadar
kebolehan murid semasa
menjawab.
Setiap jawapan yang dipilih
terus sahaja diberi jawapan
sama ada salah atau betul.
Bahagian uji minda yang disediakan ini, dicadangkan dengan dua
kemudahan. Pertama setiap jawapan yang salah ataupun yang betul akan
diberi galakan sama ada tahniah ataupun cuba lagi. Dua ikon dibentuk, iaitu
teks sahaja ataupun dalam bentuk teks dan gambar.

E-GLOSARI

Interaktif dan
berpaut pada
penjelasan dengan
gambar juga ayat.
Teknik hypermedia
dan sangat mudah
sebagai peneguhan
konsep.

Susun Atur E-Pembelajaran Interaktif

Konsep E-
Pembelajaran

Laman Web &


Perisian Multimedia

Sukatan Mata Tutorial Dan Rujuk Pengujian Dan


Pelajaran/Subjek Semula Penilaian
Interaktif Ujian Bertulis/E-Test

Animasi

Latihtubi

Keberkesanan Perlaksanaan Program E-Pembelajaran Interaktif

Bil Metodologi Dan Media Teknik Tradisi Alternatif


Multimedia

01. Langkah Pengajaran Dan Disediakan oleh Struktur


Pembelajaran guru dengan disediakan dan
pengetahuan guru sebagai
menyeluruh. pembimbing.

02. Masa Pengajaran Dan Formal dalam Formal dalam


Pembelajaran kelas. Tiada kelas atau
ulangan kecuali kendiri, Rujuk
dengan nota. semula tanpa
had.

03. Cara Pembelajaran Lebih kepada Guru


lisan. membimbing
Gambaran yang dan segala teks,
dibuat oleh animasi,
murid hanya gambar dan
kekuatan daya tutorial
mengingat. dipersembahkan
secara
elektronik.

04. Media Media Tradisi Media-E


Teks Ada Ada
Animasi Tiada Ada
Gambar pegun Tiada Ada
Muzik/Audio Tiada Ada
Video Tiada Ada

05. Situasi Pengajaran Dan Bergantung Dibantu oleh


Pembelajaran kepada media, tumpuan
kebolehan dan kawalan
guru. kelas
berasaskan
minat murid.

06. Pencapaian Bergantung Dapat dikesan


kepada guru seawal mungkin
dan keboleh dengan
terimaan murid indikator
dalam tertentu. Mudah
pembelajaran menguasai
mereka. sesuatu
maklumat
disebabkan
rujuk semula.

07. Pengujian Berkala, Selapas


mengikut pembelajaran
pencapaian dibuat. Secara
kertas atau e-
test.

08. Tumpuan Sebahagian Mengikut


murid yang kelompok
berkebolehan kebolehan dan
pencapaian
kendiri.

09. Penyampaian Nilai Nilai dapat Tidak ada nilai


disampaikan yang berkesan
secara dapat
berkesan disampaikan
mengikut secara terus
kemampuan melalui
guru. komputer.

Model : Kertas konsep ini adalah dapatan merujuk kepada pandangan


ahli-ahli pendidikan.

Merujuk penjadualan keberkesanan media di atas, dapat menjelaskan


peranan yang mampu dibuat melalui pembelajaran secara elektronik
ataupun ‘e’. Namun demikian peranan guru sebagai penyedia, perancang,
fasilitator tidak dapat dipisahkan dari pengajaran dan pembelajaran
sebenar. Bahan bantu mengajar ini hanya lebih baik dan sesuai digunakan
mengantikan buku, carta, papan hitam/putih dan alat bantu lain. Jelaslah
bahan bantu elektronik ini mudah dibawa ke mana-mana dan dicapai di
mana-mana.
Panduan Pengguna

Penyediaan panduan pengguna penting bagi memudahkan pengguna


membuat rujukan bagi membantu mereka mengendalikan web ataupun
perisian multimedia seperti ini.

Pembangunan Dan Pembinaan Bahan E-Pembelajaran

Rekabentuk Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahan ini disesuaikan mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan


Malaysia. Elemen dan ciri bahan adalah berasaskan pendekatan rekabentuk
pengajaran yang dianjurkan oleh intelektual pendidikan seperti model-
model ASSURE, ADDIE, Dick & Carey, Heinich, Molenda dan Russell juga lain-
lain.
Mengunjur teknik yang terdahulu melalui bahan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer iaitu jenis latihtubi, tutorial, simulasi,
permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis ini membantu
menyelesaikan pengajaran dan pembelajaran.

Tutorial

Melaluinya bahan-bahan pembelajaran dapat disampaikan secara


berperingkat-peringkat dan diikuti dengan peneguhan sama ada bergambar
atau teks. Terdapat maklum balas (interaktif) yang membantu menjelaskan
pemahaman murid. Kandungan bahan boleh dipilih mengikut tahap
kebolehan murid.

Simulasi/ Animasi

E-Pembelajaran dapat mengambarkan situasi sebenar atau lakaran bagi


memperjelaskan sesuatu objek, proses dan juga peristiwa. Murid boleh
menganalisa gambaran yang diberikan. Penyelesaian atau keputusan boleh
dibuat oleh murid dan mereka memahaminya.

Permainan

Permainan melibatkan murid berinteraksi dengan komputer secara


permainan. Terdapat unsur-unsur keseronokan menggunakan audio visual
dalam proses ini. Ini membantu kemahiran mental murid.

Latihtubi /Uji Minda

Pengujian dibuat untuk meningkatkan ingatan dan pengalaman belajar.


Komputer mengemukakan soalan, manakala pengguna atau murid menjawab
soalan yang dikemukakan.

Penyelesaian Masalah

Menggunakan teknik e-pembelajaran, proses penyelesaian masalah boleh


dilakukan misalnya dengan mengemukan ujian minda ataupun penyelesaian
urutan gambar yang diberi.

Membangunkannya, seseorang harus menjadi pengurus pengajaran dan


pembelajaran, mengkaji keperluan murid. Menentukan sasaran dan
menyediakan rekabentuk pengajaran, membangunkan dengan kebolehan
menggunakan pelbagai perisian pembangunan multimedia sama ada yang
mampu menghasilkan animasi, bunyi dan interaktif yang sebaiknya. Begitu
juga mensasarkan penggunaannya, bukan sahaja teknik multimedia tetapi
melalui browser internet.
Perisian Pembangunan

Aplikasi Pengarangan

Modul dan bahan ini dibangunkan menggunakan aplikasi pengarangan


Macromedia Director, Flash, Dreamweaver, Animation GIF, Adobe
Photoshop, Adobe Imagestyler, dan Ms FrontPage dalam persekitaran
Windows. (Perisian berkaitan adalah versi pendidikan yang terdapat di PKG)

Animasi

Animasi dibangunkan dengan Director dan Flash, bagi ilustrasi atau grafik
dilakar semula ataupun ubah suai dari Clipart. Ubahsuai dibuat di
Powerpoint ataupun Word. Cantuman dilakukan dilakukan di Flash dan
Director. (Perisian berkaitan adalah versi pendidikan yang terdapat di PKG)

Audio

Tidak banyak dipersembahkan, bagi memudahkan proses loading di internet.


Bagimanapun proses ini, boleh dilakukan melalui pengunaan SoundForge
atau Windows Player Record. Banyak perisian boleh digunakan bagi tujuan
ini.

Teks Dan Grafik

Boleh dikombinasi dan dicantumkan menggunakan banyak aplikasi


komputer. Bagaimanapun bagi membina paparan antaramuka yang lebih
menarik lagi daya kreativiti diperlukan disamping penguasaan dalam seni
grafik komputer.

Komitmen E- Pembelajaran Sebagai Bahan Bantu Mengajar

Dalam modul ini, tiga persembahan bahan bantu mengajar elektronik


diperkenalkan antaranya telah diperjelaskan di atas, iaitu e-pembelajaran
interaktif yang mengabungkan pelbagai elemen dan kemampuan multimedia
interaktif. Berikut diperjelaskan tentang kelebihan Buku beranimasi sebagai
media alternatif menggantikan buku tradisi.

Buku Beranimasi
Bahan bantu mengajar ini berpandukan konsep ‘e-book’ tetapi adalah dalam
bentuk perisian dan bukannya bersekali dengan perkakasan. Ia amat menarik
untuk digunakan oleh kanak-kanak berusia 6 tahun hingga 9 tahun.

Selama ini kita hanya membaca buku dengan teks serta ilustrasi sahaja
dengan proses teknologi ICT buku tersebut boleh dibaca terus melalui web
atau CD. Ia berupaya mengambarkan keadaan dan situasi melalui proses
animasi dan boleh bersuara sama dengan proses filem animasi. (* Dalam
buku animasi yang dipaparkan tidak dimasukkan bunyi)

Bahan cerita boleh dimanipulasi sebagai bahan cerita yang hidup dan
nampak realisme. Proses pembelajaran berlaku dengan berkesan dan
pantas. Murid dapat menggambarkan keadaan sebenar secara langsung
tanpa penjelasan. Konsep animasi dan kartun ditunjukkan bagi menarik
minat murid dan kanak-kanak.

Bahan beranimasi ini


adalah alternatif
buku.

Boleh diakses di internet


juga melalui
penggunaan CD

Teknik yang
sama dengan
sebuah buku,
iaitu selakan.
Animasi berlaku antara
selakan-selakan yang dibuat
dan terdapat ceritanya
dsisipkan.

Bagaimanapun dalam atau


Pergerakan modul ini, animasi
struktur frame animasi adalah terlalu minima dan
yang berlaku.
tidak dapat dipersembahkan dengan baik. Ciri-ciri tersebut harus diperbaiki
terutama dalam jumlah frame yang banyak bagi memeperlihatkan kehalusan
pergerakkan.
Simulasi Sains

Dalam modul bahan bantu mengajar ini diperkenalkan multisains.


Pembelajaran sains dapat disampaikan dengan berkesan melalui beberapa
contoh persembahan bahan sains. Teknik persembahan pengajaran dan
pembelajaran agak berbeza, ianya lebih pada pendedahan simulasi dan
proses sains. Bagaimanapun dalam modul ini tidak dapat dipersembahkan
kesemuanya kerana bahan masih dalam versi beta.

Antaramuka Bahan Multimedia


Sains Rendah Tahun 4

Grafik Pegun Teks tutorial

Analisa Program

Animasi/simulasi

Kaedah buku

Latihtubi/Uji Minda
Laman Web Interaktif Bahasa Melayu

Web pembelajaran seterusnya adalah web perkongsian maklumat bahasa


Melayu terutama untuk murid-murid UPSR. Persembahan elektronik kali ini
lebih kepada penyampaian bahan secara elektronik dan web.

Laman yang lebih kepada


persembahan bahan
pembelajaran

Persembahan bahan
yang boleh disalin /
tampal
Cadangan Pengoperasian Pengajaran Dan Pembelajaran E-
Pembelajaran Interaktif

Selain dari murid dan pelajar, guru juga boleh mengadakan pengajaran
secara kelas di bilik darjah. Bagaimanapun beberapa alat elektronik selain
komputer diperlukan antaranya TV besar dan aksesori berkaitan seperti kad
TV dan kabel.

Oleh itu, tidak perlulah sebuah bilik komputer digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Bagaimana pun untuk proses latihtubi dan ujian
elektronik setiap murid mungkin memerlukannya. Jadi pembudayaan semua
guru diperlukan bagi menjayakan e-pembelajaran interaktif ini.

Penilaian Bahan

Bahan bantu mengajar ini adalah versi cadangan dan beta, banyak perkara
yang diambil kira untuk penambahbaiki. Penyediaan bahan perlu
diselaraskan oleh perekabentuk pengajaran dan pembelajaran yang terdiri
dari pakar berkaitan. Pengisian bahan harus disusun oleh pakar bidang dan
guru-guru cemerlang berkaitan.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memantapkan bahan ini.


Ini adalah merupakan satu cadangan penyelesaian dan pengajaran dan
pembelajaran.
E-Pembelajaran Interaktif dalam
pengajaran dan pembelajaran
murid dapat membantu
kecekapan murid belajar untuk
menguasai ilmu dan
penegetahuan. Ia mudah dan
berkesan dengan guru menjadi
sebagai fasilitator.

Pembangunan Dan Pandangan:


Sharuddin Bin Yusof 2002

http://search.yahoo.com/search?p=modul+pembelajaran+seni&ei=UTF-8&fr=FP-tab-
web-t-290&fl=0&x=wrt

Anda mungkin juga menyukai