Anda di halaman 1dari 44

FOLIO KOMSAS BAHASA

MELAYU
TINGKATAN 3

Nama : Nadia Nur Shazana Abu Talib Khan


Kelas : 3 Elit
Guru : En Hamir
ISI KANDUNGAN
1. Analisis Antologi Anak Bumi Tercinta

2. Analisis Novel Panas Salju


Antologi Anak Bumi Tercinta

PANTUN

PANTUN BUDI

Maksud Pantun

Rangkap 1 : Budi pekerti seseorang yang baik akan sentiasa disanjung,diingati dan

menjadi sebutan orang.

Rangkap 2 : Orang yang tidak bersopan dipandang keji atau rendah tarafnya sama

seperti besi yang sudah berkarat.

Rangkap 3 : Sudah menjadi adat resam hidup,iaitu kekayaan lebih diutamakan

daripada budi bahasa.

Rangkap 4 : Walaupun seseorang itu miskin,tetapi ia masih dipandang mulia

sekiranya bersopan santun.

Tema

Budi pekerti yang baik disanjung dan dipandang mulia oleh masyarakat.

Persoalan

1. Orang yang tidak bersopan dipandang hina.


2. Sikap mementingkan kekayaan mengakibatkan seseorang lupa pada budi

bahasa.

Bentuk

1. Pantun ini terdiri daripada empat rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama,iaitu empat baris serangkap.

3. Panjang pendek barisnya hamper sama,iaitu antara 3 hingga 6 patah kata atau 9

hingga 10 suku kata. Contohnya :

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung

4. Pantun di atas berbentuk terikat atau tidak bebas.

Unsur-unsur Bunyi

1 Asonansi : Hina besi kerana karat. (pengulangan vocal a)

2.Aliterasi : Asal hidup pandai berbudi. (pengulangan vocal d)

3.Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang,iaitu abab. Contohnya :

Bunga melati bunga di darat,

Bunga seroja di tepi kali;

Hina besi kerana karat,

Hina manusia tidak berbudi.


4.Jeda,iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun.

Contohnya :

Bunga Cina/di atas batu,

Jatuh daunnya/ke dalam ruang;

Adat dunia/memang begitu,

Sebab emas/budi terbuang.

Unsur-unsur Bunyi

1.Diksi bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Contonya :

Hina besi kerana karat.

2.Sinkope.Contohnya : Budi yang baik rasa nak junjung.

3.Repitisi. Contohnya : pandai melompat pandai berlari.

4.Anafora.Contohnya :

Bunga melati bunga di darat,

Bunga seroja di tepi kali;

5.Perlambangan.Contohnya : Sebab emas budi terbuang.

Nilai
1. Mengenang jasa.Contohnya,orang yang banyak berjasa akan dikenang.

2. Bersopan.Contohnya,orang yang bersopan akan dipandang mulia.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berbuat jasa kerana orang yang berjasa akan disukai dan

dikenang.

2. Kita janganlah mementingkan kekayaan dunia semata-mata sehingga

mengabaikan budi pekerti yang baik.

3. Kita hendaklah berbudi bahasa kerana amalan tersebut dipandang mulia.

PANTUN NASIB

Maksud Pantun

Rangkap 1 : Nasib diri yang malang kerana apa-apa yang dimiliki dirampas oleh

orang lain.

Rangkap 2 : Sikap perantau yang termenung sambil memikir-mikirkan nasibnya di

perantauan tanpa sanak saudara.

Rangkap 3 : Dalam keadaan yang malang tentulah sukar hendak melakukan

sesuatu dan keadaan menjadi tidak tentu arah.

Rangkap 4 : Biasanya banyak kawan yang mahu berkongsi kegembiraan tetapi tidak

ada kawan yang mahu berkongsi kesedihan.

Rangkap 5 : Seseorang berasa bahawa dirinya tidak berguna dan tidak memberikan

apa-apa manfaat kepada orang lain.


Tema

Kehidupan seseorang di dunia ini banyak ditentukan oleh faktor nasib,iaitu bernasib

baik atau tidak bernasib baik.

Persoalan

1. Nasib malang akan menyebabkan kesusahan dalam kehidupan.

2. Kesedihan biasanya akan dialami secara bersendirian.

3. Orang yang tidak memberikan sumbangan kepada masyarakat dianggap tidak

berguna hidupnya.

Bentuk

1. Pantun ini terdiri daripada daripada lima rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama,iaitu empat baris serangkap.

3. Panjang pendek barisnya hamper sama. Contonnya :

Pantun Lukut luas terbentang,

Teluknya penuh berbatu karang ;

Ibarat melukut di tepi gantang,

Masuk tak penuh keluar tak kurang.

4.Pantun di atas berbentuk terikat atau tidak bebas.


Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi.Contohnya

Di mana badan hendak dibawa(pengulangan vokal a)

2. Aliterasi.Contohnya :

Mengenang nasib dagang piatu (pergulangan konsonan n)

3. Rima akhir pentun terikat dengan struktur rima sengkelang,iaitu abab.

Contohnya:

Dari Jawa ke Bangkahulu,

Membeli keris di Inderagiri;

Kawan ketawa ramai selalu,

Kawan menangis seorang diri.

4. Adanya jeda. Contohnya :

Seri Mersing/lagu Melayu,

Mari dikarang/zaman dahulu;

Duduk termenung/menongkat dagu,

Mengenang nasib/dagang piatu.


Unsur-unsur Bahasa

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah dan mene.pati maksud. Contohnya :

Anak ayam disambar kilat.

2. Anafora.Contohnya :

Kawan ketawa ramai selalu,

Kawan menangis seorang diri.

3. Bahasa kiasan.Contohnya : Ibarat melukut di tepi gantang.

4. Sinkope.Contohnya : Masuk tak pernah keluar tak kurang.

5. Pengulangan kata.Contohnya : kata tak diulang dua kali.

Nilai

1. Tabah.Contohnya, tabah menghadapi nasib yang malang.

2. Insaf.Contohnya , insaf akan kelemahan diri yang tidak memberikan apa-apa

sumbangan dalam masyarakat.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menghadapi nasib yang malang dengan hati yang tabah.

2. Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan.

3. Kita hendaklah berbakti dalam masyarakat.


PANTUN PERIBAHASA

Maksud Pantun.

Rangkap 1 : Orang yang berketurunan (baka) mulia akan tetap mulia walaupun

terlantar di mana-mana sekalipun.

Rangkap 2 : Tidak perlu tergesa-gesa mencari sesuatu yang sudah pasti ada kerana

yang kita cari itu tidak akan ke mana-mana atau tetap akan kita perolehi.

Rangkap 3 : Perpaduan dalam masyarakat akan wujud melalui amalan

bekerjasama.

Tema

Kehidupan ini memerlukan sesuatu bandingan sebagai panduan untuk menempuh

kehidupan.

Persoalan

1. Faktor keturunan amat penting dalam menentukan darjat seseorang.

2. Jangan terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

3. Perlunya perpaduan dalam kehidupan masyarakat.


Bentuk

1. Pantun ini terdiri daripada tiga rangkap.

2. Panjang pendek barisnya hampir sama,iaitu antara 8 hingga 11 suku kata.

Contohnya

Hendak layari perahu payar,

Angin berpuput di Laut India;

Takkan lari gunung dikejar,

Hilang kabut nampaklah dia.

3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama,iaitu empat baris serangkap.

4. Pantun di atas berbentuk terikat atau tidak bebas.

Unsur-unsur Bunyi

1. Aliterasi. Contohnya : Hendak berlayar ke Teluk Betung (pengulangan vocal e)

2. Asonansi. Contohnya : Hendak layari perahu payar.(pengulangan konsonan r)

3. Rima akhir pantun ialah abab.

4. Adanya jeda.Contohnya :

Bual Bangsal/di Pulau Daik,

Menahan taut/ sambil mengilau;


Kalau asal/ benih yang baik,

Jatuh ke laut/ menjadi pulau.

Unsur-unsur Bahasa.

1. Pemilihan ungkapan yang indah (puitis).Contohnya : Hendak layari perahu

payar.

2. Anafora. Contohnya :

Bulat air kerana pembetung,

Bulat manusia kerana muafakat.

3. Hybrid (penggabungan kata). Contohnya,Takkan [daripada frasa tidak akan]

4. Peribahasa. Contohnya :

Takkan lari gunung dikejar,

Hilang kabut nampaklah dia.

5. Pemilihan kata dialek. Contohnya, taut dan mengilau.

6. Simplok.Contohnya :

Bulat air kerana pembetung,

Bulat manusia kerana muafakat.


Nilai

1. Sabar.Contohnya,tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau

tindakan.

2. Bekerjasama. Contohnya,sikap bekerjasam dan bermuafakat dapat mewujudkan

masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

3. Berhati mulia. Contohnya,sentiasa berhati mulia di mana-mana saja ia berada.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengekalkan sifat-sifat mulia di mana-mana saja kita berada.

2. Kita janganlah tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

3. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama demi mewujudkan

perpaduan dalam masyarakat.


SYAIR

SYAIR YATIM NESTAPA

Maksud Syair

Rangkap 1 : Asmara Dewa melihat seekor binatang yang bercahaya matanya.

Cahaya matanya bersinar hingga menyakitkan mata yang melihatnya.

Rangkap 2 : Asmara Dewa mencuba memujuk adiknya yang amat takut melihat

binatang tersebut. Asmara Dewa percaya bahawa binatang itu ialah seekor naga.

Rangkap 3 : Asmara Dewa mengajak adiknya melarikan diri sebelum mereka

ditangkap oleh naga itu. Baginda berasa takut melihat rupa naga yang

menggerunkan itu.

Rangkap 4 : Asmara Dewa mengubah fikiran kerana berasa tercabar oleh kehadiran

naga tersebut. Baginda berasa terhina sekiranya tidak menentang musuh yang

sudah hadir di hadapannya.

Rangkap 5 : Baginda menyerahkan nasibnya kepada ketentuan takdir. Baginda

sanggup mati dimakan oleh naga.Tambahan pula,mereka berdua ialah anak yang

tidak beribu bapa.


Rangkap 6 : Puteri hanya berdiam diri.Puteri rela mati kerana hidupnya kini

diselubungi penderitaan.

Rangkap 7 : Asmara Dewa menghampiri naga.Apabila menyedari bahawa Asmara

Dewa mendekatinya,naga mengangkat kepala dan membuka mulutnya.

Rangkap 8 : Naga melihat Asmara Dewa dan adiknya. Naga mara lantas

menghembuskan api dan mencelikkan matanya.

Rangkap 9 : Naga bertempik dengan suara yang bergemuruh hingga seolah-olah

dapat mengeruhkan air laut dan menggugurkan daun-daun kayu.

Rangkap10 :Naga berhadapan dengan Asmara Dewa dan adiknya.Naga

menggangap kedua-dua orang itu amat berani kerana sanggup menerima risiko

ditelan oleh naga sekali naga sakali gus saja.

Tema

Keberanian menentang musuh. Asmara Dewa berasa terhina jika dia bertindak

melarikan diri daripada musuh yang sudah berada di hadapannya.

Persoalan

1. Naga ialah seekor binatang menggerunkan.

2. Kematian ditentukan oleh takdir.


Bentuk

1. Syair ini terdiri daripada sepuluh rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama,iaitu empat baris serangkap.

3. Panjang pendek baris hampir sama,iaitu antara 4 hingga 5 patah kata atau 10

hingga 13 suku kata sebaris.Contohnya :

Asmara Dewa tersenyum lalu berkata,

“Sangatlah malu rasanya cita,

Seteru sudah bertentang mata,

Memberi aib nama yang leta”.

4. Semua baris syair ialah maksud.

5. Syair ini berbentuk terikat atau tidak bebas.

Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi. Contohnya :

Asmara Dewa lalu memandang (pengulangan vocal a)


2. Aliterasi. Contohnya :

Kepada fikir kakanda menyanka(pengulangan konsonan k)

3. Rima akhirnya sama,iaitu aaaa.

4. Adanya jeda. Contohnya :

“Jikalau sudah/janji di situ,

Matilah kita/sudah tertentu,

Kita pun anak/yatim piatu,

Biarlah dimakan/naga itu”.

Unsur-unsur Bahasa

1. Simile.Contohnya,Matanya seperti dammar sebatang.

2. Sinkope.Contohnya,sekali kutelan kedua pun hilang.

3. Pemilihan kata(diksi) yang berkesan.Contohnya,

Takut kekanda tidak terperi,

Memandang rupanya sangat ngeri.

Nilai

1. Penyayang.Contohnya,Asmara Dewa memujuk adiknya supaya berdiam diri

kerana takut melihat seekor naga.

2. Berani.Contohnya,Asmara Dewa berani melawan seekor naga.


3. Bertawakal.Contohnya,Asmara Dewa menyerahkan keselamatan dirinya kepada

takdir tuhan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menentang musuh.

2. Kita hendaklah senantiasa menjaga maruah diri.

3. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan.

4. Kita hendaklah percaya bahawa percaya bahawa kematian telah ditentukan oleh

takdir.

SYAIR CINTAI ALAM SEKITAR

Maksud Pantun

Rangkap 1 : Nasihat seorang kakak kepada adiknya supaya mencintai keindahan

alam semula jadi dengan menjaga kebersihan dan berusaha mencegah berlakunya

pencemaran.

Rangkap 2 : Kempen kebersihan yang dilancarkan hendaklah sama-sama dijayakan

supaya udara yang bersih dapat terus dinikmati.Apabila kesihatan terjaga,hidup

akan bahagia dan negara akan sejahtera.


Rangkap 3 : Kita harus mempunyai perasaan belas kasihan terhadap alam sekitar.

Sehubungan dengan itu,alam sekitar haruslah dijaga supaya tidak tercemar.

Rangkap 4 : Sekiranya tidak berlaku pencemaran air,hidupan-hidupan seperti

burung dapat hidup bebas dan selesa. Manusia pula dapat pergi bercuti untuk

menikmati keindahan semula jadi.

Rangkap 5 : Masalah jerebu pernah melanda negara kita. Punca bencana ini ialah

pembakaran terbuka dan asap dari kilang.Sebagai akibatnya,lapisan ozon menjadi

nipis. Oleh itu,keinsafan mestilah ada supaya masalah ini dapat ditangani dengan

segera.

Rangkap 6 : Amalan buruk seperti berludah,membuang sampah dan mengotorkan

alam sekitar hendaklah dibendung.Begitu juga halnya dengan tabiat buruk lain

seperti merokok dan menangih dadah.

Rangkap 7 : Penerokaan hutan menyebabkan berlakunya hakisan tanih secara

besar-besaran.Oleh itu,pelaksanaan pembangunan hendaklah dirancang dengan

teliti dan alam sekitar hendaklah diutamakan.

Rangkap 8 : Tanaman hiasan seperti bunga hendaklah ditanam di sepanjang jalan

supaya pemandangan kelihatan cantik.Suasana sebegini dapat menarik kunjungan

pelancong dan pendapatan negara akan bertambah.

Rangkap 9 : Muka bumi yang dianugerahkan Tuhan ini janganlah dirosakkan kerana

kesannya dapat memudaratkan kesihatan manusia.


Rangkap 10 ; Muka bumi hendaklah dijaga dengan baik sepanjang masa. Kalau

tidak Tuhan akan murka dan manusia akan hidup terseksa.

Rangkap 11 : Tanah,udara, dan laut merupakan anugerah Tuhan yang banyak

faedahnya.Maka,kita hendaklah bersyukur terhadap nikmat pemberian Tuhan itu.

Rangkap 12 : Manusia yang tidak berhati perut tergamak mencemarkan alam

semula jadi dengan membuang sisa buangan,baik di daratan mahupun di lautan.

Rangkap 13 : Perasaan belas kasihan pada muka bumi perlu ada pada manusia.

Sekiranya flora dan fauna diperlihara,manusia dapat hidup bahagia.

Rangkap 14 : Manusia hendaklah berfikir secara kreatif untuk mengindahkan muka

bumi.Hal ini penting untuk menjadikan kehidupan ini aman dan bahagia.

Tema

Pentingnya menjaga keindahan alam sekitar supaya tidak tercemar.

Persoalan

1. Pencemaran hendaklah dicegah daripada berlaku.

2. Alam sekitar yang bersih akan mewujudkan kehidupan yang aman dan bahagia.

3. Pentingnya udara yang bersih dalam kehidupan.

4. Perlunya manusia bersyukur terhadap nikmat pemberian Tuhan.

Bentuk

1. Syair ini terdiri daripada empat belas rangkap.

2. Bilangan baris dalam rangkap adalah sama,iaitu empat baris serangkap.


3. Panjang pendek barisnya hamir sama,iaitu antara empat hingga lima patah kata

atau sembilan hingga 12 suku kata sebaris.Contohnya,

Air sungai mengalir damai,

Kebakaran dan kilang punca angkara,

Kempen kebersihan sama dihayati,

4. Semua baris syair ini ialah maksud.

5. Syair ini berbentuk terikat atau tidak bebas.

Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi.Contohnya :

Jerebu berleluasa melanda negara. (pengulangan vokal e)

2. Aliterasi.Contohnya,

Cintailah keindahan jaga kebersihan.(pengulangan konsonan n)

3.Rima akhir sama,iaitu aaaa.

4.Adanya jeda.Contohnya :

Air sungai/mengalir damai,

Ombak berlagu/memukul pantai,

Unggas bernyanyi/suasana permai,

Di hari minggu/kita bersantai.


Unsur-unsur Bahasa

1. Personafikasi.Contohnya,

Ombak berlagu memukul pantai,

Lapisan ozon semakin menderita.

2. Inversi:Sihat badan wajah berseri(sepatutnya badan sihatwajah berseri)

3. Pemilihan kata (diksi) yang indah.Contohnya, perkataan keindahan. Kebersihan,

persekitaraan dan pencemaran.

4. Sinkope.Contohnya,ku dan mu.

Nilai

1. Cinta.Contohnya,cinta akan alam sekitar.

2. Bersimpati.Contohnya,bersimpati terhadap alam sekitar dengan tidak melakukan

sebarang kerosakan.

3. Memberikan nasihat.Contohnya,penyair menasihati adiknya supaya mencintai

alam sekitar.

4. Insaf.Contohnya,menginsafi bahawa pencemaran membawa akibat yang buruk.

Pengajaran.

1. Kita hendaklah mencintai alam sekitar.

2. Kita janganlah mencemari keindahan alam sekitar.

3. Kita hendaklah bersama-sama menjayakan kempen kebersihan alam sekitar.

4. Kita hendaklah berusaha mencegah pencemaran air dan pencemaran udara.

5. Kita hendaklah berusaha mengindahkan bumi ciptaan tuhan.


SYAIR TENAGA PEMUDA

Maksud Syair

Rangkap 1 : Sekiranya kaum belia dididik serta diberi bimbingan dan tunjuk ajar

yang baik ,mereka akan menjadi generasi yang berguna terutamanya untuk

menghapuskan musuh negara.

Rangkap 2 : Kaum belia sudah terkenal dengan kekuatan tenaga yang ada pada

mereka.Mereka berkemampuan melakukan kerja-kerja yang berat,sukar dan

mencabar.

Rangkap 3 : Kekuatan belia amat berguna.Mereka memiliki sifat berani menempuh

bahaya,tidak suka bertangguh, dan mempunyai keazaman yang tinggi.

Rangkap 4 : Kekuatan belia perlu diperlihara supaya tidak lemah semangat. Pada

usia yang muda,kaum belia mempunyai kekuatan.Mereka sanggup berusaha gigih

hingga ke titisan darah yang terakhir.

Rangkap 5 : Kekuatan generasi belia perlu dipelihara kerana kekuatan tersebut

amat bernilai pada masa akan dating.Merekalah generasi yang disandarkan


harapan untuk mempertahankan negara.Mereka dapat melakukannya kerana

bersemangat gigih dan berani.

Tema

Kekuatan generasi muda amat penting untuk mempertahankan sesebuah negara.

Persoalan

1. Golongan belia mempunyai tenaga yang kuat.

2. Golongan belia mempunya keberanian dan semangat waja.

3. Golongan belia perlulah diberikan pendidikan.

Bentuk

1. Syair ini terdiri daripada lima rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap sama , iaitu empat baris serangkap.

3. Panjang pendek barisnya hampir sama,iaitu antara 4 hingga 5 patah kata atau 9

hingga 13 suku kata.Contohnya,

Tenaga muda kalau dijaga

Kelak akhirnya sangat berharga,

Tenaga yang menjadi harapan negara,

Gagah berani mempertahankan negara

4. Semua baris syair adalah maksud.


5. Bentuknya terikat atau tidak bebas.

Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi.Contohnya

Tenaga pemuda tenaga bererti. (pengulangan vokal e)

2. Aliterasi.Contohnya :

Tenaga yang sedang gilang-gemilang (pengulangan konsonan g)

3. Rima akhirnya sama,iaitu aaaa.

4. Adanya jeda.Contohnya :

Tenaga pemuda/kalau dijaga,

Kelak akhirnya/sangat berharga

Tenaga yang menjadi/harapan bangsa

Gagah berani/mempertahankan negara.

Unsur-unsur bahasa

1. Anafora.Contohnya:

Tenaga pemuda tenaga bererti,

Tenaga yang berani menempuh mati,

2. Repitisi.Contohnya,tenaga pemuda tenaga bererti.


3. Simplok.Contohnya:

Beban yang berat dapat dijulang,

Benda yang jauh dapat dijelang,

4. Peribahasa.Contohnya,berputih tulang.

Nilai

1. Berani.Contohnya,pemuda mempunyai sifat berani menentang musuh demi

mempertahankan negara.

2. Gigih.Contohnya,pemuda berusaha sepenuh tenaga untuk membangunkan

negara.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berusaha mendidik golongan belia supaya mereka dapat berbakti

kepada negara.

2. Kita hendaklah berani mempertahankan nyawa demi tanah air.


SAJAK

RUMAH BARU

Maksud Sajak

Rangkap 1 : Telah ada perancangan untuk masa hadapan,iaitu wawasan 2020.

Generasi muda akan mendapat manfaat daripada wawasan tersebut.Justeru itu,

generasi muda mestilah diberi pendidikan supaya mereka menjadi rakyat yang

matang,cerdik,dan dapat mendukung cita-cita wawasan.

Rangkap 2 : Wawasan pada masa hadapan itu dibina secara kerjasama rakyat di

negara kita.Negara kita maju hasil daripada sikap bertolak ansur antara kaum-kaum

di negara kita.

Rangkap 3 : Melalui wawasan yang dibina itu diharapkan negara kita mempunyai

identity kebangsaan yang jelas.Rakyatnya pula akan sentiasa bersatu padu,hormat-

menghormati dan bekerjasama.Kesannya,keharmonian hidup dapat dinikmati.

Tema
Tanggungjawab mengisi pembangunan,perpaduan dan penggemblengan tenaga

untuk mencapai wawasan negara.

Persoalan

1. Masa depan negara ditentukan oleh generasi muda pada masa ini.

2. Kerjasama antara kaum amat penting dalam sebuah negara yang berbilang

bangsa seperti Malaysia.

3. Malaysia memerlukan identiti yang tersendiri sebagai sebuah negara yang

masyarakatnya bersifat majmuk.

Bentuk

1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap sama,iaitu enam baris serangkap.

3. Panjang pendek barisnya tidak sama,iaitu antara 2 hingga lima patah kata atau

enam hingga sebelas suku kata sebaris.Contohnya,

Telah kita siapkan rumah baru.

sampai akhir zaman.

4. Sajak ini berbentuk bebas.


Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi.Contohnya : kerana kita diamanah (pengulangan vokal a)

2. Aliterasi.Contonya : menjelang tahun wawasan (pengulangan konsonan n)

3. Rima akhir bebas.

Unsur-unsur Bahasa

1. Pengulangan ayat.Contohnya,baris pertama setiap rangkap adalah sama,iaitu

telah siapkan rumah baru.

2. Simbol.Contohnya,rumah baru lambang negara yang beridentiti kebangsaan.

3. Metafora.Contohnya,tiang muafakat,bumi toleransi,juadah kesejahteraan.

Nilai

1. Bekerjasama.Contohnya,negara ini akan dibina hasil kerjasama semua kaum di

Malaysia.

2. Bertolak ansur.Contohnya,negara maju hasil daripada hasil bertolak ansur dan

bersatu-satu semua kaum-kaum di Malaysia.

3. Berwawasan.Contohnya,generasi masa kini berhasrat untuk mewujudkan

sebuah negara yang beridentiti nasional pada masa akan datang.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berusaha mendidik generasi muda supaya dapat menikmati

wawasan negara pada masa akan datang.

2. Kita hendaklah sentiasa bekerjasama untuk membangunkan negara.

3. Kita hendaklah berusaha mewujudkan hubungan yang erat dan mesra antara

kaum supaya keharmonian hidup terus berkekalan.

BAHASA

Maksud Pantun

Rangkap 1 : Penyajak mengajurkan kita supaya mempelajari bahasa dengan betul.

Rangkap 2 : Bahasa digunakan untuk menyampaikan idea dan perasaan secara

teratur.

Rangkap 3 : Melalui bahasa kita akan dapat memahami sesuatu fakta,ilmu dan

perasaan kasih saying.

Rangkap 4 : Bahasa digunakan oleh tokoh politik untuk menyampaikan ideologinya.

Melalui bahasa hamba yang beriman dapat melaksanakan ibadah dan menyerah diri

kepada tuhan dengan khusyuk.

Rangkap 5 : Penyajak menganjurkan kita supaya mempelajari bahasa dengan betul.


Rangkap 6 : Melalui bahasa kita dapat mempamerkan ketinggian budi pekerti,

mewujudkan hubungan yang lebih erat,dan menyatupadukan masyarakat.

Rangkap 7 : Tanpa bahasa manusia tidak akan dapat berkomunikasi, ke arah saling

memahami dan bersatu padu.

Rangkap 8 : Penyajak menganjurkan kita supaya mempelajari bahasa dengan betul.

Tema

Bahasa digunakan sebagai wahana penting untuk membentuk sahsiah manusia

sama ada sebagai pemimpin atau rakyat.

Persoalan

1. Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan.

2. Bahasa berfungsi sebagai alat untuk perpaduan masyarakat.

3. Bahasa dapat menggambarkan ketinggian budi dan ilmu pengetahuan.

Bentuk

1. Sajak ini terdiri daripada lapan rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama,iaitu rangkap 1,5 dan 8

mempunyai 2 baris ,rangkap 2 dan 3 mempunyai empat baris,rangkap 6

mempunyai enam baris,dan rangkap 7 mempunyai tiga baris.

3. Panjang pendek barisnya tidak sama,iaitu antara satu hingga empat patah kata

atau tiga suku kata hingga dua belas suku kata sebaris.

4. Bentuk sajak ini bebas.


Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi.Contohnya,bahasa adalah pengatur (pengulangan vokal a)

2. Aliterasi.Contohnya,ranting perasaan yang bersiur ( pengulangan konsonan r)

3. Rima akhirnya bebas.

Unsur-unsur kata

1. .Anafora. Contohnya :

terlihat fakta padu

terlihat sinar ilmu

terlihat cinta baru

2. Metafora.Contohnya,cinta biru.

3. Repetisi.Contohnya,kita menjadi kita

4. Pengulangan rangkap.Contohnya,rangkap 1,5,dan 8,iaitu :

Mari kita berbahasa

sebaiknya
Nilai

1. Bersatu padu.Contohnya,perpaduan dapat diwujudkan melalui penggunaan

bahasa yang sama.

2. Rajin dan gigih berusaha.Contohnya,penyajak menganjurkan kita supaya gigh

mempelajari bahasa kerana banyak manfaatnya.

Pengajaran

1. Kita harus menggunakan bahasa yang betul dan sempurna dalam kehidupan.

2. Kita perlu menjadikan bahasa sebagai alat untuk memupuk perpaduan.

3. Kita haruslah sedar bahawa bahasa amat penting dalam kehidupan.

BILA BERJAUHAN

Maksud Pantun

Rangkap 1 : Penyajak menyatakan bahawa setiap ahli keluarganya perlu berada di

sampingnya.Penyajak mahu ahli keluarganya merasai apa-apa yang berlaku pada

dirinya.

Rangkap 2 : Penyajak berasa sunyi apabila berjauhan dengan keluarganya

walaupun dikelilingi oleh orang ramai.Namun begitu,penyajak tidak mengenali

mereka.Walaupun penyajak berada jauh,suara nakal anak-anak sentiasa

kedengaran.Ingatannya kepada keluarga menjadikan penyajak sedar akan

tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan suami.


Rangkap 3 : Harapan isteri dan kerinduan anak-anak menyedarkan penyajak akan

tugasnya sebagai seorang ayah dan suami dan mendorong penyajak agar tabah

menghadapi segala cabaran.

Tema

Perasaan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak semasa berjauhan

Persoalan

1. Kerinduan terhadap keluarga semasa berada di perantauan.

2. Hubungan keluarga bertambah erat semasa berjauhan.

3. Isteri dan anak-anak menjadi sumber kekuatan seorang ayah dan suami.

Bentuk

1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama,iaitu rangkap pertama

mempunyai 4 baris,rangkap kedua mempunyai 10 baris dan rangkap ketiga

mempunyai 6 baris.

3. Panjang pendek baris tidak sama,iaitu antara dua hingga lima patah kata atau

empat hingga empat belas suku kata sebarisnya.Contohnya,

erti diri,

kenakalan dan ketegasan di rumah tangga.


4. Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi. Contohnya,suara kalian ada di telingaku (pengulangan vokal a)

2. Aliterasi=kau semua mesti menikmati (pengulangan konsonan m)

3. Rima akhir sajak ini bebes.

Unsur-unsur Bahasa

1.Diksi = godaan keasyikan

2.Sinkope= ku,mu,kau,tak

3.Paradoks=dalam kesepian di tengah ramai.

Nilai

1. Kasih sayang.Contohnya,penyajak sayangkan isteri dan anak-anaknya yang

jauh ditinggalkan.

2. Insaf.Contohnya,penyajak insaf akan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan

suami.

3. Bertanggungjawab.Contohnya,penyajak yang berjauhan daripada keluarganya

sentiasa ingat akan tenggungjawab yang harus dipikul.

4. Keazaman.Contohnya,penyajak berazam untuk memelihara diri.

5. Kesetiaan.Contohnya,penyajak setia kepada isterinya.

Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa ingat akan keluarga apabila berjauhan.

2. Suami hendaklah sedar akan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

3. Kita hendaklah sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup.

4. Kita hendaklah berdoa untuk kesejahteraan orang yang kita sayangi.

5. Kita haruslah berazam untuk meningkatkan keupayaan diri dan menjadi orang

yang baik.

WANITA ZAMAN INI

Maksud Sajak

Rangkap 1 : Kaum wanita pada zaman moden ini dapat menjalani kehidupan tanpa

mendirikan rumah tangga atau bergantung pada kaum lelaki (suami).Taraf hidup

kaum wanita yang tinggi memugkinkan mereka mampu hidup bersendirian.

Rangkap 2 : Kaum wanita sekarang lebih senang hidup bersendirian tanpa ikatan

perkahwinan.Mereka beranggapan bahawa perkahwinan menyebabkan hidup

mereka terkongkong.Mereka tidak dapat bergerak bebas untuk melaksanakan


aktiviti peribadi .Mereka tidak sanggup mempertaruhkan nasib mereka yang belum

tentu bahagia di samping lelaki yang bernama suami.

Tema

Kedudukan kaum wanita pada zaman moden.Kaum wanita ingin hidup berdikari dan

tidak mahu terkongkong oleh ikatan perkahwinan.

Persoalan

1. Kemajuan dan kejayaan yang telah dicapai oleh kaum wanita.

2. Kaum wanita lebih mementingkan kegiatan social daripada hidup berumah

tangga.

3. Kebimbangan kaum wanita terhadap masa depan mereka setelah mereka

bergelar isteri.

Bentuk

1. Sajak ini terdiri daripada 2 rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama,iaitu rangkap pertama

mempunyai empat baris dan rangkap kedua mempunyai lapan baris.

3. Panjang pendek baris tidak sama,iaitu antara 2 patah kata hingga 6 patah kata

atau 4 hingga 15 suku kata sebaris.

4. Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur-unsur Bunyi
1. Asonansi.Contohnya,lebih bahagia hidup sendiri (pengulangan vokal i)

2. Aliterasi.Contohnya,pergerakan diri (pengulangan konsonan r)

3. Rima akhir sajak sama.

Unsur-unsur Bahasa

1. Pengulangan baris.Contohnya,wanita zaman ini(baris pertama pada rangkap

1dan 2)

2. Sinkope.Contohnya,tak perlu bersuami.

3. Pemilihan katanya berkesan.Contohnya,berdikari,membatasi,memperjudi

Nilai

1. Berdikari.Contohnya,kaum wanita sekarang mampu hidup berdikari tanpa

mengharapkan lelaki.

2. Berkeyakinan tinggi.Contohnya,kaum wanita sekarang yakin bahawa mereka

dapat hidup bahagia tanpa ikatan perkahwinan

3. Berani.Contohnya,kaum wanita sekarang berani hidup bersendirian dan bersaing

dengan lelaki untuk mencapai kejayaan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan supaya mampu hidup

berdikari.

2. Kita hendaklah berhati-hati memilih pasangan hidup supaya dapat menikmati

kebahagiaan pada masa akan datang.


3. Janganlah sombong dengan kejayaan hingga sanggup mengetepikan perintah

agama.

4. Kaum lelaki hendaklah berusaha membangunkan maruah diri supaya dapat

mengembalikan kepercayaan kaum wanita.

KETIKA KAMI BERCERITA TENTANGNYA

Maksud Sajak

Rangkap 1 : Ketika penyajak dan adik-beradiknya berbincang tentang bapa mereka,

bapa mereka sedang tidur.Penyajak tahu bahawa bapanya tidur nyenyak walaupun

beralaskan tikar mengkuang yang lusuh.

Rangkap 2 : Setiap malam sebelum tidur,bapa penyajak akan bermesra dengan

anak-anaknya.Mereka duduk mengelilingi lampu minyak tanah yang kecil.

Penderitaan hidup bapa seolah-olah menjadikan hubungan mereka semakin erat.

Rangkap 3 : Penyajak tidak pernah bertanya tentang kehidupan bapanya yang

miskin.Penyajak tidak pernah kesal akan penderitaan hidup yang terpaksa

ditanggung oleh mereka.Semuanya itu adalah ketentuan takdir.

Rangkap 4 : Semasa penyajak berbual dengan adik-beradiknya tentang bapa

mereka,penyajak teringat akan harapan bapa kepada anak-anaknya.

Rangkap 5 : Bapa mengharapkan anak-anaknya tidak akan hidup menderita seperti

yang telah dialaminya.

Tema
Pengorbanan dan harapan seorang bapa kepada anak-anaknya.Walaupun bapa

hidup menderita tetapi bapa sentiasa mengharapkan ank-anaknya hidup tanpa

dibelenggu oleh masalah kemiskinan.

Persoalan

1. Kekaguman anak-anak terhadap kegigihan bapa membesarkan mereka.

2. Penderitaan dan kemiskinan hidup dihadapi dengan tabah.

3. Kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya.

Bentuk

1. Sajak terdiri daripada lima rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.

3. Panjang pendek barisnya dalam rangkap juga tidak sama.

4. Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi : duduk mengelilingi pelita minyak tanah (pengulangan vokal i)

2. Aliterasi : aku cukup kenal (pengulangan kosonan k)

3. Rima akhirnya bebas.

Unsur-unsur Bahasa

1. Simile: semacam pahit getir pengalamannya,

2. Metafora : hutan kehidupan,laut sejarahnya.

3. Sinkope : ku,mu.
4. Simbol : ombak melambangkan cabaran hidup dan gelombang melambangkan

penderitaan.

5. Pemilihan kata yang tepat : mengisi malam-malam,mengelilingi pelita.

Nilai

1. Kasih sayang. Contohnya,bapa penyajak sayang akan anak-anaknya.

2. Mengenang jasa.Contohnya,penyajak dan adik-beradiknya menghargai jasa

bapa yang membesarkan mereka.

3. Tabah.Contohnya,bapa penyajak tabah menghadapi penderitaan dan

kemiskinan hidup.

Pengajaran.

1. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang telah bersusah

payah membesarkan mereka.

2. Kita sebagai anak-anak mestilah menghormati bapa.

3. Kita hendaklah memelihara perhubungan dalam keluarga supaya sentiasa ereat.

4. Kita hendaklah tabah menhadapi takdir.

5. Kita haruslah berusaha untuk memenuhi harapan bapa.

USIA

Maksud Sajak

Rangkap 1 : Penyajak menghadapi penambahan usia dengan perasaan yang

tenang.Penyajak sedar bahawa penambahan usia menyebabkan umur semakin

pendek.Oleh itu,kehendak atau keinginan harus dibataskan.Peristiwa-peristiwa pada


masa yang lalu ditinggalkan dan peristiwa-peristiwa akan datang dinanti dengan

penuh harapan.

Rangkap 2 : Penyajak sedar dan sayang akan kehidupan.Usia yang bertambah

dapat meningkat kematangan dan ketabahan menghadapi pelbagai ragam masalah

hidup.Oleh itu,arah kehidupan hendaklah menjurus pada hakikat hidup yang

sebenarnya.

Rangkap 3 : Dengan kuasa dan kehendak Tuhan,usia dilanjutkan atau dimatikan

dengan tiba-tiba.

Tema

Bersyukur terhadap nikmat usia yang diberikan oleh Tuhan.Oleh itu,nikmat usia

hendaklah diisi dengan matlamat kehidupan yang sebenarnya.

Persoalan

1. Usia yang bertambah menyebabkan jangka hayat semakin pendek.

2. Peristiwa-peristiwa dalam hidup akan berlalu seiring dengan peningkatan usia.

3. Peningkatan usia bermakna bertambahlah pengalaman dalam hidup.

4. Hidup dan mati ditentukan oleh Tuhan.

Bentuk

1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.


3. Panjang pendek barisnya tidak sama.

4. Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur-unsur Bunyi

1. Asonansi : pagi tidak lagi berbau tanah (pengulangan vokal a)

2. Aliterasi : dengan keinginan sederhana.(pengulangan konsonan n)

3. Rima akhirnya bebas.

Unsur-unsur Bahasa

1. Pemilihan kata yang puitis dan indah.Contohnya,di sisian tenang.

2. Sinkope : ku,mu.

3. Pengunaan kata ganda : kupu-kupu,berhati-hati,tiba-tiba.

4. Lambang : kupu-kupu,lorong dan ungu.

Nilai

1. Bersyukur. Contohnya, penyajak bersyukur atas nikmat usia yang diberikan oleh

Tuhan.

2. Insaf. Contohnya,penyajak sedar akan kelemahan manusia dan kekuasaan

Tuhan yang menghidupkan dan mematikan manusia.

3. Berhati-hati.Contohnya,penyajak berhati-hati dengan matlamat hidup kerana

takut tergelincir ke arah yang salah.

4. Tabah. Cootohnya,penyajak tabah menghadapi cabaran hidup.

Pengajaran
1. Kita hendaklah sedar bahawa umur seseorang itu semakin hari semakin singkat.

2. Kita hendeklah berhati-hati supaya matlamat hidup tidak terpesong.

3. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup.

4. Kita hendaklah mengakui hidup dan mati seseorang itu ditentukan oleh Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai