Anda di halaman 1dari 49

SGDT 5013

INFORMATION TECHNOLOGY IN EDUCATION

EDUCATION WEB TELEVISYEN

(EDUWEBTV)
PERNAHKAH ANDA MELAYARI
EDUWEBTV?
• Di sini anda boleh mendapatkan :
– maklumat berkaitan pendidikan
– soalan-soalan peperiksaan
– video-video pendidikan yang menarik
– isu-isu pendidikan
– perkongsian idea
– akses maklumat  dan tugasan untuk
kegunaan pelajar dan sebagainya.
• Layarilah : www.eduwebtv.com
APA ITU EDUWEBTV?
SURAT SIARAN
ABSTRAK
• Penggunaan TV Pendidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telah
lama dilaksanakan.
• Bermula dengan TVP pada tahun 1974 dan
kemudiannya Penggunaan TV pendidikan melalui
ASTRO telah dilaksanakan mulai Tahun 2000
dengan pemasangan peralatan dijalankan secara
berperingkat-peringkat di seluruh negara.
• Selepas itu, Kampus Astro juga telah dilancarkan
pada tahun lepas 2008 dan akhir sekali Education
Web Television (EduwebTV) pada tahun 2009.
ABSTRAK
• Penggunaan TV Pendidikan dalam proses
pengajaran dan 4 fasa perlaksanaan kemudahan
TV yang agak berbeza ini menandakan bahawa
medium TV penting dalam proses P&P. TV juga
merupakan alat bantu belajar yang terkenal di
negara-negara maju seperti AS, Eropah, Jepun,
China dan Australia.
• Di negara-negara membangun seperti Malaysia,
kesedaran menggunakan TV dalam P&P masih
rendah meskipun ia telah bermula sejak 35 tahun
yang lepas.
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN AUDIO VISUAL
• Molstad (1974) berpendapat media jika digunakan
bersama pengajaran ala tradisional akan
meningkatkan proses pengajaran.
• Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi
lebih berkesan jika penggunaan media dirancang
secara sistematik
• Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan
oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah
cina;
‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat
saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’
OBJEKTIF

• Memahami dan mengetahui secara


keseluruhan definisi, visi dan misi
EDUWEBTV
• Mengetahui tentang semua saluran dan
jenis pengguna yang terdapat dalam
Portal EDUWEBTV
• Mengetahui keperluan asas dalam
menggunakan Portal EDUWEBTV
STATISTIK SALURAN EDUWEBTV

Tarikh Cerapan : 12 Oktober 2010


SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN
SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN
SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN
SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN
SK PULAU LARAPAN, SEMPORNA
SK PULAU LARAPAN, SEMPORNA
KENAPA EDUWEBTV ?
PENGENALAN

• Eduwebtv merupakan projek di bawah KPM.


• Eduwebtv membolehkan penghantaran
program pendidikan untuk Guru dan Murid
ke arah mewujudkan lebih banyak lagi
sekolah bertaraf sekolah bestari.
• Eduwebtv merupakan satu usaha untuk
mengurangkan jurang pendidikan di bandar
dan luar bandar.
DEFINISI

• EDUWEBTV merupakan portal pendidikan


interaktif berasaskan video yang boleh
digunakan dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P)
VISI

• Untuk menjadi Portal Pendidikan


berasaskan Video Pendidikan bertaraf
dunia menerusi penerapan nilai-nilai murni
menggunakan teknik video
MISI

• Untuk menerajui pembangunan


Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
berteraskan teknologi maklumat dan
komunikasi yang kreatif sejajar dengan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006 – 2010.
COGANKATA

• Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital


Education for All)
SALURAN EDUWEBTV

• EDUWEBTV merupakan Portal


berasaskan kepada video pendidikan yang
mempunyai saluran-saluran tertentu yang
mempunyai fokus dan matlamat yang
berbeza.
• Terdapat 7saluran - Berita, Akademik,
Rencana, Wawancara, TV Pendidikan,
Interaktif dan Siaran Langsung.
BERITA

• Video berkaitan aktiviti KPM


• 2 bahasa (Melayu dan Inggeris)
• Saluran berbentuk Berita dalam
Pendidikan (News in Education) – aktiviti
KPM, isu semasa pendidikan, polisi
kerajaan dan program pendidikan di
sekolah
AKADEMIK

• Video berkaitan akademik seperti kursus


ahli akademik dalam dan luar negara
• Guru dan Murid dapat mengalami
pengalaman yang sama
• Pembakar semangat dan pencetus
inspirasi
RENCANA

• Rancangan khas – sebaran dan


perkongsian maklumat
• Contoh – Pendidikan Teknik dan
Vokasional
• Aktiviti pendidikan dan amalan-amalan
terbaik
WAWANCARA

• Saluran video wawancara atau temubual


bersama Personaliti Pendidikan yang
berperanan mewarnai halatuju program
dan agenda pendidikan negara
• Mengenali Personaliti Pendidikan
• Isu yang diwawancara sebagai panduan
TV PENDIDIKAN

• Bahan P&P yang diterbitkan oleh


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
• Rancangan berasaskan kurikulum sekolah
rendah dan sekolah menengah
• TV Pendidikan secara atas talian
• Matapelajaran – Bahasa Inggeris, Bahasa
Melayu, Matematik, Pendidikan Islam,
Sains dan Sejarah.
INTERAKTIF

• Video program utama KPM seperti


Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
• Pembestarian Sekolah
SIARAN LANGSUNG

• Rakaman siaran langsung program


anjuran KPM
• Contoh – Sambutan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 2010
JENIS PENGGUNA

• Pentadbir Sistem
• Pengguna Akhir
– Orang Awam
– Guru
– Murid
KEPERLUAN ASAS

• Pelayar Web – Internet Explorer (6 dan ke


atas)
• Windows Media Player (9 dan ke atas)
• Saiz paparan – 1024 x 768 ‘pixel’
• Sistem Pengoperasian – Windows 98
• Akaun E-mel (Pendaftaran EDUWEBTV)
KAJIAN
POPULASI & SAMPEL KAJIAN
• Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada
guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah
rendah yang di pilih di sekitar daerah Johor
Bahru.
• Tetapi bagi kajian ini, pengkaji akan
menggunakan kaedah pensampelan untuk
memudahkan kajian.
• Seramai 150 orang guru dari enam buah sekolah
rendah di Johor Bahru sahaja dipilih menjadi
sampel kajian.
POPULASI & SAMPEL KAJIAN

• Pemilihan sampel adalah secara rawak


dan jenisnya adalah pensampelan
berkelompok.
• Ini kerana guru-guru dipilih dari dua
kelompok sekolah yang berbeza iaitu
sekolah di kawasan bandar dan sekolah
di kawasan luar bandar.
INSTRUMEN KAJIAN
• Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen kajian untuk
mengumpulkan data dan maklumat daripada
responden.
• Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur
konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan
pandangan, selain daripada keterangan latar
belakang (Oppenheim (1966) dalam Mohd.Najib,
1999).
• Kaedah ini dipilih kerana ia sesuai dengan
kehendak pengkaji serta paling praktikal, berkesan
dan menjimatkan masa.
DAPATAN KAJIAN
• Kajian ini mendapati bahawa tahap kekerapan
penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan
guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi kedua-dua jenis sekolah
adalah di tahap yang rendah.
DAPATAN KAJIAN
• Bagi sekolah di kawasan bandar, majoriti guru
bersetuju mengatakan bahawa TV Pendidikan
memberi banyak idea dan kaedah pengajaran
berkesan kepada guru. Disebabkan beberapa
masalah seperti kekangan masa dan
kekurangan kemudahan menonton, ramai dalam
kalangan guru yang mengambil keputusan untuk
tidak menggunakan TV Pendidikan.
DAPATAN KAJIAN

• Selain itu, ramai juga dalam kalangan guru yang


bersetuju mengatakan bahawa para pelajar lebih
seronok belajar menggunakan TV Pendidikan
berbanding kaedah pengajaran tradisional jika
kemudahan TV Pendidikan dapat digunakan
sepenuhnya.
DAPATAN KAJIAN
• Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pernyataan
“saya menggunakan TV Pendidikan sebagai
bahan bantu mengajar saya” menunjukkan nilai
min yang paling rendah bagi sekolah rendah di
kawasan bandar.
• Ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru tidak
memanfaatkan kepentingan TV Pendidikan ini.
• Disebabkan hal inilah, majoriti responden tidak
pasti sama ada penggunaan TV Pendidikan dapat
mempertingkatkan prestasi pencapaian pelajar
ataupun tidak.
PERBINCANGAN
• Keseluruhannya, penggunaan TV Pendidikan
dan EDUWEBTV dalam kalangan guru sekolah
menengah adalah di tahap yang sederhana.
• Namun terdapat perbezaan yang signifikan
antara kategori sekolah dengan penggunaan
EDUWEBTV dalam P&P serta terdapat
perbezaan yang signifikan juga antara
responden yang memiliki komputer peribadi
dengan penggunaan EDUWEBTV walaupun
baru dilancarkan.
KESIMPULAN KAJIAN

• Menurut Dr. Maizurah (2000) dalam kertas


kerjanya yang bertajuk penggunaan TV
Pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran, menyatakan bahawa gambaran
visual di televisyen yang memaparkan keadaan
dunia sebenar boleh memberi pengalaman
konkrit bagi memudahkan proses pembelajaran.
KESIMPULAN KAJIAN

• Adalah amat merugikan kepada pihak yang


terlibat, khususnya Bahagian Teknologi
Pendidikan yang bertungkus-lumus
menyediakan program pendidikan tetapi tidak
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru.
KEBAIKAN EDUWEBTV

• Kawalan kelas lebih mudah.


• Bahan pengajaran yang menarik dan
meransang pelajar.
• Guru tidak memerlukan kemahiran yang
tinggi untuk menyediakan bahan.
• Pelajar dapat pengetahuan yang
bermakna dengan situasi pembelajaran
yang sebenar.
KEBAIKAN EDUWEBTV
• Penggunaan TV Pendidikan dan EDUWEBTV
dalam kalangan guru sememangnya dapat
membantu meningkatkan prestasi dalam bidang
akademik, malah turut dari aspek sosial.
• Pelbagai kemahiran mengajar yang positif
diterapkan melalui pengajaran menggunakan TV
Pendidikan dan EDUWEBTV.
• Motivasi seseorang guru dapat ditingkatkan lagi
untuk terus mengajar dengan lebih bersungguh-
sungguh.
KEBAIKAN EDUWEBTV
• Kaedah pengajaran menggunakan TV Pendidikan
dan EDUWEBTV ini mampu melahirkan guru yang
cemerlang dari pelbagai aspek sejajar dengan era
modenisasi pada masa kini yang memerlukan
pendidik yang berintelektual dan bersahsiah tinggi.
KEKANGAN EDUWEBTV
• Guru-guru tidak mempunyai kemahiran yang
mencukupi untuk menggunakan laman
EDUWEBTV.
• Sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan
komputer yang mencukupi untuk melayari
EDUWEBTV dan sistem rangkaian internet yang
kurang memuaskan.
KEKANGAN EDUWEBTV
• Apabila rangkaian internet kurang memuaskan,
maka guru-guru memerlukan masa yang
panjang untuk melayari EDUWEBTV dan
menghadapi masalah dalam memuat turun
bahan-bahan yang terdapat dalam laman
EDUWEBTV.
KEKANGAN EDUWEBTV

• Kemudahan LCD tidak mencukupi turut


menjadi salah satu masalah dalam
menggunakan EDUWEBTV sepanjang
proses P&P.
• Kurangnya kemahiran dalam
mengendalikan komputer dan internet
dalam kalangan responden juga menjadi
satu lagi masalah dalam penggunaan TV
Pendidikan yang berbentuk web.
DISEDIAKAN OLEH:
AIZUL FARED BIN MANSOR (807615)
FUZAINAH BINTI TAAHYADIN (807639)
HAMIDAH BINTI ABDULLAH (807641)

PROGRAM : MASTER OF SCIENCE - EDUCATIONAL MANAGEMENT


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
2010/2011

Anda mungkin juga menyukai