Anda di halaman 1dari 84

Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.

com]  1 
 

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  2 
 

Kandungan 
Mukadimah ............................................................................................................................................. 4 
Cinta dan Khusyuk ................................................................................................................................... 7 
Memberi Pujian ..................................................................................................................................... 10 
Redha, Pasrah dan Berserah ................................................................................................................. 12 
Di mana Niat? ........................................................................................................................................ 15 
Bagaimana ............................................................................................................................................. 17 
Kita Tidak Disarankan Untuk Berusaha ................................................................................................. 21 
Memiliki Kesedaran Tertinggi #1 .......................................................................................................... 22 
Memiliki Kesedaran Tertinggi #2 .......................................................................................................... 24 
Jangan Takut Pada Allah ....................................................................................................................... 29 
Dimanakah Jodoh? ................................................................................................................................ 31 
Islamic NLP for Parenting: Mengetahui Sikap Utama Anak .................................................................. 34 
Memiliki Kesedaran Tertinggi #3: Latihan ............................................................................................ 39 
Memiliki Kesedaran Tertinggi #4 .......................................................................................................... 41 
Siapakah Sebenarnya “Aku”? ................................................................................................................ 44 
Berlatih Segalanya Hanya Daripada Allah SWT ..................................................................................... 45 
Bermasalah Dalam Hidup Itu Mulia ...................................................................................................... 48 
Bahagia Itu Pilihan................................................................................................................................. 49 
Memiliki Kesedaran Tertinggi: Rasa Yang Tiada Rasa ........................................................................... 51 
Isra’ Dan Mikraj: 2 Pengajaran Penting ................................................................................................. 53 
Jalan Kehidupan Sendiri ........................................................................................................................ 56 
Buatlah Kebaikan, Kebaikan Akan Datang ............................................................................................ 58 
Pasrah dan Berserah Itu Meyakinkan. .................................................................................................. 61 
Islamic NLP for Parenting: Pelukan Hati ke Hati ................................................................................... 63 
Khusyuk Dahulu, Baru Mudah Sabar Dan Solat .................................................................................... 65 
Minta Pada Allah SWT ........................................................................................................................... 67 
Hati Orang & Hati Kita ........................................................................................................................... 71 
Hayati Lirik Di Atas Sajadah Cinta ......................................................................................................... 73 
Hanya Berbicara .................................................................................................................................... 74 
Mereka Yang Berpenyakit Tenat ........................................................................................................... 76 
Dugaan Orang Beriman ......................................................................................................................... 78 
Rahsia Kejayaan .................................................................................................................................... 79 
Bagaimana SEDAR itu? .......................................................................................................................... 81 

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  3 
 

Hubungan SEDAR dan IHSAN ................................................................................................................ 82 
Penutup ................................................................................................................................................. 84 
 

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  4 
 

Mukadimah 

Assalamualaikum wbt.

Pada 12 Oktober 2008, saya membuat keputusan untuk membeli satu domain iaitu
menggunakan nama saya sendiri fuadlatip.com. Pertama kali setelah 10 tahun
memiliki domain sendiri, saya menggunakan nama sendiri untuk domain kali ini.

Saya mempunyai berpuluh-puluh domain kerana giat aktif sehingga kini di dalam
perniagaan internet. Di dalam perniagaan internet, memiliki domain sendiri adalah
wajib untuk meningkatkan kredibiliti di dalam perniagaan. Pelanggan perlu kenal
lebih dekat kepada pemilik perniagaan di alam maya (internet) untuk berurusan.

3 hari selepas membeli domain fuadlatip.com, barulah saya menggunakan domain


tersebut. Pada mulanya saya ingin gunakan untuk perniagaan internet tetapi saya
terus berkomunikasi dengan Allah SWT memohon jalan yang terbaik untuk saya
gunakan domain ini. Domain fuadlatip.com berbeza dengan domain-domain yang
lain kerana ia menggunakan nama saya sendiri.

Alhamdulillah akhirnya daripada beberapa entri tentang perniagaan internet (jika


saudara layari laman web fuadlatip.com dan lihat entri awal) saya digerakkan oleh
Allah SWT untuk berkongsi berkenaan Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan. Mulai 3
November 2008 saya mula berkongsi tentang Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan.

Konflik jiwa, fikiran dan hidup bertuhan membuatkan saya mencari sejak sekian
lama hal ketuhanan dan Islam yang sebenarnya. Paling hebat konflik ini berlaku di
sekitar tahun 2002 hingga 2004 sehinggakan ada kalanya saya tinggalkan solat
hanya kerana saya berasa solat tidak memberikan saya ketenangan.

Pencarian ini membuatkan saya berjumpa dengan beberapa orang guru yang
membantu saya mencerahkan hal yang sentiasa menjadi tanda tanya tentang jiwa
sejak beberapa tahun.

Saya merupakan penganut Islam sejak dilahirkan. Ibu bapa saya penganut Islam.
Saya diajar agama sejak kecil. Namun saya masih merasakan Islam ini satu agama
yang berat. Terasa susah untuk masuk syurga dan mencapai ketenangan kerana
bukan mudah untuk mengelakkan diri melakukan maksiat atau keburukan. Tidak
perlu melihat perkara besar, mengumpat juga satu maksiat.

Saya yakin ramai yang berasa sedemikian tetapi terus menganut agama Islam tanpa
banyak soal. Hakikatnya Islam yang dianuti hanyalah agama ikutan dan bukan
agama yang dapat menerangi perjalanan kehidupan ini.

Saya juga sering tertanya hal berkenaan dengan jiwa. Sebagai contoh, kita tahu
dengki itu dimurkai Allah SWT, tetapi mengapa perasaan itu datang. Kita cuba
membuangnya namun kita tetap terus dengki.

Malas itu merupakan kemusnahan di dalam kehidupan. Namun malas itu amat sukar
untuk dibuang. Ia terus membelenggu diri kita sehingga ia menjadi masalah utama di
dalam setiap hal untuk memiliki kejayaan.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  5 
 

Kita sering kali gelisah dan resah dengan hal yang dikatakan cubaan Allah SWT.
Kita tahu segala-galanya adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT namun
penerimaannya sekadar di fikiran, tidak sampai ke jiwa.

Konflik jiwa dan fikiran terus menerjah di dalam kehidupan kita. Sering kali kita tewas
dengan jiwa yang lemah yang hanya mengikut fikiran dan emosi. Kita gagal
membawa jiwa ini berserah sebenar-benarnya kepada Allah SWT (total surrender).

Mengapa mudahnya saya membuat maksiat, keburukan dan kejahatan sedangkan


amat berat untuk saya lakukan kebaikan. Bukankah Allah SWT Maha Berkuasa dan
pasti keburukan yang saya lakukan adalah kehendak Allah SWT. Mengapa Allah
SWT melarang saya melakukan keburukan, fujur dan semua perkara yang
dilarangNya tetapi saya diilhamkan dengan keburukan itu?

Mengapa susahnya untuk mendapat ketenangan yang dijanjikan di dalam Islam?


Mengapa sukar untuk mendapat khusyuk di dalam solat? Mengapa saya selalu lupa
pada Allah SWT? Mengapa mudahnya untuk benci, dengki, marah dan sebagainya
pada orang lain?

Mengapa setiap doa yang dimohon sukar mendapat jawapannya. Kekadang


sehinggakan kita rasa Tuhan tidak menyayangi kita kerana tidak memakbulkan doa
kita.

Inilah konflik jiwa yang menghantui diri saya tentang ketuhanan yang sentiasa
bermain di fikiran suatu ketika dahulu. Konflik yang saya hadapi pasti juga berlaku
pada saudara semua.

Saya kongsikan pengalaman-pengalaman saya dan isteri keluar daripada konflik


kejiwaan ini di fuadlatip.com. Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT kerana
menemukan jodoh saya dengan seorang isteri yang juga mencari seperti saya. Kami
sama-sama mempunyai konflik kejiwaan tentang hal hidup BerTuhan yang sebenar.

Islam yang diwarisi jelas tidak mampu menyelesaikan konflik yang melanda jiwa
saya dan isteri. Kami sering saling tertanya hal-hal jiwa, jasad, roh, fikiran, nafsu,
keburukan, maksiat dan sebagainya. Kerana itu kami berdua bermula dengan
pencarian ketenangan yang banyaknya datang daripada barat.

Bermula tahun 2005, kami mula belajar tentang fikiran sedar, bawah sedar dan
mempraktikkan meditasi barat. Kami cuba memahami tentang gelombang fikiran,
hukum tarikan, ESQ dan sebagainya. Namun masih tidak upaya menyelesaikan hal
ketuhanan yang mendalam. Lalu mencari pula hal kejiwaan, kaitan dengan roh dan
sebagainya.

Ketenangan di dalam islam tidak perlu membuang segala material seperti mana
yang sering diwar-warkan di dalam mencari keimanan.

Iman tidak perlu dicari. Ia anugerah Allah SWT. Apa yang perlu kita lakukan adalah
mendekati Allah SWT dengan total surrender. Yakin akan Allah SWT iaitu Tuhan

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  6 
 

Yang Maha Esa, yakin akan Sifat dan Zat Allah dan yang tertinggi yakin akan
perbuatan (Af’al) Allah SWT. Iman akan dianugerahkan oleh Allah SWT.

Kepercayaan akan hadir dan ia amat kukuh. Tidak ada apa pun yang mampu
melemahkannya. Keyakinan dan kepercayaan yang bulat dan kukuh akan hal
ketuhanan akan sendiri diakui oleh percakapan, perbuatan dan jiwa. Inilah iman
yang dimaksudkan di dalam islam.

TETAPI PERSOALAN UTAMANYA, BAGAIMANA UNTUK MEMILIKI


KEYAKINAN INI? BAGAIMANA UNTUK MEMILIKI KESEDARAN TERTINGGI?
BAGAIMANA MENCAPAI KETENANGAN YANG DIJANJIKAN ALLAH SWT?

Banyak artikel yang saya kongsikan di dalam menjawab persoalan di atas


berdasarkan pengalaman saya dan isteri.

Semoga fuadlatip.com memberikan manfaat kepada saudara semua di dalam


menjalani kehidupan bertuhan yang sebenar di mana kita bersaksi tiada tuhan
melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah. Mudah-
mudahan dengan kefahaman di dalam entri yang dituliskan mampu menyelesaikan
PERSOALAN UTAMA iaitu memiliki keyakinan dan kesedaran tertinggi akan hal
ketuhanan lalu memiliki ketenangan yang abadi yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Allahyarham Ustaz Zawawi Mat
Saman, Ustaz Abdul Ghani Abidin, Ustaz Setiyo Purwanto, Dr Azhar Hj Sharif, Ustaz
Abu Sangkan, PM Dr Hadzli Hashim, Dr Norliza Mohamad Zaini (Isteri) dan semua
yang membantu saya di dalam memiliki jiwa yang positif di dalam hidup berTuhan.

Islam itu sederhana. Berserah, redha dan pasrah total pada Allah SWT itu mudah.
Menjadi orang yang beriman itu mudah. Khusyuk dalam kehidupan ini mudah.
Memiliki ketenangan itu mudah. Memiliki kesedaran tertinggi itu mudah. Indahnya
Islam ini. Allah SWT tidak pernah menyusahkan hambaNya. Hanya hambaNya yang
menyusahkan diri sendiri di dalam hidup BerTuhan.

Wassalam

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  7 
 

Cinta dan Khusyuk 

Kita tidak pernah mencipta rasa cinta,


tetapi kita hanya menerima rasa cinta tersebut.
Kerana itu di dalam laman web Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan
(http://www.fuadlatip.com), saya sentiasa menyarankan untuk selalu berdoa agar
Allah berikan kepada kita rasa cinta padaNya. Kita tidak mampu menciptakan rasa
cinta itu tetapi ia adalah kurniaan Allah SWT lalu kita memohon untuk
mendapatkannya.

Begitulah dengan khusyuk di dalam solat.


Kita tidak menciptakan rasa khusyuk solat,
tetapi kita memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.
Kita hanya mendapatkannya,
bukan menciptakan rasa khusyuk itu.

Perasaan khusyuk tidak mungkin mampu kita perolehi jika kita tidak memiliki
KESEDARAN dan KEPERCAYAAN bahawa sebenarnya ketika solat, kita
sedang berhadapan dengan Allah SWT.
(Fahami, hayati dan rasai makna Ihsan).
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka
sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
(QS: Thaha 20:14)

Khusyuk di dalam solat itu mudah.


Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu
(QS: Al-Baqarah 2:185)

Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita
samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan
ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).

Lalu bagaimana untuk memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN itu?


Bagaimana mengharapkan agar Allah mengilhamkan kepada kita taqwa dan
bukannya fujur?
Kita mestilah ingat Allah agar Allah ilhamkan ketaqwaan dan bukannya menjadikan
jiwa kita tertutup rapat, keras membatu dan gelap gelita (fujur).
Mintalah pada Allah, komunikasilah denganNya di dalam setiap apa yang kita
lakukan, fikirkan, rasakan dan semuanya agar kita sentiasa ingat Allah.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong,
sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang
persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  8 
 

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju


Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
(QS: Al-Insyiqaaq 84:6)

Kita bersolat setiap hari 5 waktu, tetapi kita masih memiliki masalah jiwa
(penyakit a’in). Kita masih berasa hebat dan merasakan orang lain tidak hebat.
Kita sentiasa berasa taksub, dengki, megah, sombong, riak, ego, takabur dan
lain-lain sifat mazmummah.
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan
Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan
(ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
(QS: Al-Ankabuut 29:45)

Berapa ramai orang yang solat namun hanya mendapat letih dan penat.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

********

Adakah solat itu suatu keperluan atau kewajipan? Siapa sebenarnya yang
memerlukan solat? Allah atau kita?
Jangan jadikan solat itu semata-mata hanya kewajipan.
Jadikanlah solat itu satu keperluan (di dalam solat itu ada hikmah untuk di miliki)
untuk diri kita disamping
ia merupakan satu kewajipan yang perlu kita lakukan.

Maka yang memerlukan solat itu sebenarnya adalah kita. Jika kita melakukan
solat kerana kewajipan semata-mata, ia seolah-olah seperti Allah yang memerlukan
solat. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Jika manusia tidak memuji Allah
sekalipun, Allah tetap Maha Hebat dan Maha Berkuasa. Tidak sedikit pun
menjejaskan pujian ke atas Allah.

Masalah utama kenapa kita solat 5 waktu sehari semalam, namun kita masih berasa
solat itu sangatlah berat. Ini kerana kita tidak pernah atau jarang sekali mengecapi
nikmat solat.

Solat itu lebih baik daripada tidur.


Ini menunjukkan bahawa solat itu merupakan istirehat untuk umat islam di mana ia
lebih baik daripada istirehat tidur. Tetapi mengapa masih tidak kita kecapi? Mengapa
terasa penat dan letih ketika melakukan solat? Ini kerana kita gagal mendapatkan
rasa khusyuk di dalam solat.

*******
Adakah saudara belum pernah merasai nikmat khusyuk di dalam solat? Saya tidak
mampu memberikan rasa khusyuk tersebut tetapi inshaAllah (dengan izin Allah)
saya boleh bantu bagaimana untuk memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  9 
 

Sesungguhnya khusyuk di dalam solat itu sangat mudah. Tidak seperti yang telah
banyak diperkatakan di mana khusyuk di dalam solat mesti dicapai dengan pelbagai
syarat yang awalnya sudah menjadikan solat itu berat.

Analogi: Jika saya mampu dan sentiasa merasai nikmat air kopi, namun
sesungguhnya saya tidak mampu menceritakan betapa nikmatnya air kopi tersebut
kepada mereka yang belum pernah merasakannya.

Tetapi saya hanya mampu memberitahu dan mengajar bagaimana membuat air kopi
dan cara terbaik untuk meminumnya agar sesiapa pun dapat merasai nikmat air kopi
sepertimana saya serta mereka yang lain dapat merasai kenikmatan air kopi
tersebut (dengan izin Allah).

*********

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan


kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu
sendiri, serta (pada kejadian) Segala binatang Yang dibiakkanNya, terdapat juga
tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang
meyakininya. dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada)
rezeki Yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-
tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu
mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang mahu
menggunakan akal fikiran. itulah ayat-ayat penerangan Allah Yang Kami bacakan
kepadamu (Wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka Dengan
perkataan Yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah
dan tanda-tanda kekuasaannya (Mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
(QS: Al Jaatsiyah 45:3-6)

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  10 
 

Memberi Pujian 

Segala PUJI bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian Alam.


Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

Kita akan melafazkan segala puji bagi Allah SWT sekurang-kurangnya 17 kali di
dalam Al-Fatihah dan 17 kali ketika iktidal di dalam solat 5 waktu sehari semalam.
Malah kita melafazkannya berulang kali ketika berzikir. Kita melafazkannya lagi
setelah kita makan, setelah kita diberi kejayaan, setelah kita mendapat berita yang
baik dan sebagainya.

Namun sejauh mana ’segala puji bagi Allah SWT’ meresap ke dalam jiwa kita? Di
kala kita mengungkapkan kata-kata tersebut, adakah kita memahami sebenarnya
kata puji itu bermakna, SELURUH PUJIAN DAN SELURUH APA YANG ADA DI
LANGIT DAN DI BUMI BESERTA ISINYA ADALAH LAYAK DAN MILIK HANYA
UNTUK ALLAH SWT.

Jika semuanya adalah milik Allah, maka apa lagi yang berhak menjadi milik
manusia? Sedarilah bahawa kita MANUSIA TIDAK MEMILIKI APA-APA.

Nah! Di sini kita mampu mendidik diri kita dan juga sahabat-sahabat kita agar
memuji diri dan mereka dengan kata-kata pujian yang mengingati Allah. Sekurang-
kurangnya diri kita dan mereka tidak terlalu bangga sehingga riak, lupa diri, takabur,
sombong, hebat, ego dan sebagainya apabila menerima sesuatu kejayaan daripada
Allah.

Hayati iktidal kita setelah kita bangun dari rukuk dengan merasakan bahawa diri kita
tidak punya apa-apa kerana segala-galanya adalah milik Allah SWT.

Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.


Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

***

Di masa kita biasa memuji seseorang kerana kehebatan mereka dengan kata-kata,
“hebatnya kamu”, marilah kita tukarkannya kepada, “Alhamdulillah, terima kasih
Allah kerana memberikan kamu kehebatan”.

Ketika memuji kecantikan, “cantiknya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima


kasih Allah kerana memberikan kamu cantik”.

Ketika memuji kejayaan, “tahniah kerana berjaya”, tukarkan kepada “Alhamdulillah,


terima kasih Allah kerana memberikan kamu kejayaan”.

Ketika memuji kepandaian, “pandainya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah,


terima kasih Allah kerana menjadikan kamu pandai”.

Ketika memuji kebaikan, “baiknya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima


kasih Allah kerana memberikan kamu sifat kebaikan”.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  11 
 

Ketika memuji rakan yang telah berubah, “Alhamdulillah kamu telah berubah”,
tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan hidayah
kepada kita”.

Beranikan diri untuk mengungkapkannya kepada sahabat kita ketika mereka


menerima sesuatu daripada Allah SWT. Mengapa kita bimbang untuk mengatakan
sedemikian? Sedangkan ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua yang
percaya bahawa TIDAK ada Tuhan melainkan Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  12 
 

Redha, Pasrah dan Berserah 

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)

“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.

Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita.
Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu?
Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha
dan berserah.

Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir
Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’
selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila
menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke
atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana
untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.

Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi
hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita
lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat,
pasti khusyuk solat gagal dimiliki. Apatahlagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh
kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan
tidak berserah pada Allah SWT.

Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan
berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di
masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa
kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.

Jika kita telah tahu kita akan gagal peperiksaan sedangkan keputusan sebenar
belum pun keluar, pasti kita akan redha dan bersedia ketika mengambil keputusan
peperiksaan. Mereka yang dihukum gantung sampai mati seharusnya berasa lebih
redha dan bersedia untuk mati kerana mereka telah tahu masa kematian mereka
walaupun yang mematikan mereka adalah Allah SWT bukanlah tali gantung itu.

Namun kebanyakan kita tidak mampu mengetahui apakah yang akan berlaku di
masa hadapan kecuali mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Maka
seharusnya kita mesti menjadi orang yang dekat dengan Allah untuk mendapat
ilham rasa mengetahui sesuatu di masa hadapan kita. Apabila kita dekat dengan
Allah SWT, Allah SWT akan mengilhamkan kita dengan taqwa sehingga kita dapat
mengetahui getaran rasa dengan jelas sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan
kita.

Bagaimana untuk dekat dengan Allah SWT? Kita perlu berserah. Lalu persoalannya
bagaimana untuk berserah?

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  13 
 

Saya telah lama mempraktikkan doa mengikut doa solat istikharah. Bentuk doa solat
istikharah merupakan doa yang benar-benar mempunyai kepasrahan dan
penyerahan segala ketetapan kepada Allah SWT. Jika saudara semua membaca
doa-doa yang ada di dalam laman web saya, semuanya berbentuk seperti doa solat
istikharah.

Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di masa
hadapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita telah pasrah, redha dan
berserah dari awal lagi semasa kita berdoa.

Doalah seperti doa solat istikharah. Ia sesekali tidak membuatkan diri kita berfikir
negatif dengan menyebutkan ‘jika sesuatu itu gagal’ tetapi kita berserah pada Allah
seandainya sesuatu itu tidak memberikan kebaikan kepada diri kita, maka kita
redha, pasrah dan berserah kepada Allah untuk sesuatu yang lebih baik.

Doa solat istikharah:


“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu
pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku)
dengan kemahakuasaanMu.

Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung,


sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau
mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal
yang ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang
mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk
agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka
takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku
dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah
persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di
mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”

(HR. al-Bukhari)

Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila:
1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia
memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita,
keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika
ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga
kita, sahabat kita dan lain-lain.

Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia
bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama,
kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita
akan lebih redha, pasrah dan berserah.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  14 
 

Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT:

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  15 
 

Di mana Niat? 

Dari ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi bahawa dia berkata: “Aku mendengar Umar
bin Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi
wasallam bersabda, “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan
bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan.”

Saudara,

Kita tahu kerana sejak kecil kita telah diajar untuk melakukan sesuatu mesti
didahului dengan niat. Inilah yang diingatkan oleh ibu bapa atau guru-guru agar kita
melakukan sesuatu dengan niat yang baik.

Namun, jika dilihat pada sabda Rasulullah, “tiap-tiap amal perbuatan harus disertai
dengan niat’“.

Apakah makna disertai? Jika Rasulullah mengatakan ‘disertai’, maka di manakah


sebenarnya niat itu? Di permulaan, di tengah-tengah atau di hujung setiap
perbuatan?

Selama ini kita memahami dengan memprogramkan fikiran kita bahawa niat itu
mestilah di awal setiap perbuatan semata-mata. Lalu kita hanya membaca niat atau
menanamkan niat di awal perbuatan sahaja.

Cuba kita ingat kembali bersama-sama ketika kita lapar, apakah yang perlu kita
lakukan? Mudah sahaja jawapannya…kita perlu makan.

Makan…ia akan terlintas di fikiran kita yang kita perlukan makanan kerana kita lapar.
Kita akan memikirkan makanan yang kita rasa ingin makan ketika itu. Kita akan
menggerakkan tubuh badan untuk mengambil makanan, mencari makanan,
memasak makanan atau juga pergi membeli makanan.

Lihatlah, apabila kita lapar, kita terus memasang niat di awalnya iaitu ingin makan.
Niat ini difahami oleh seluruh diri kita. Fikiran kita tahu yang kita ingin makan, jiwa
kita terasa ingin makan dan juga seluruh anggota badan bergerak untuk
mendapatkan makanan dengan pelbagai cara.

Lihat lagi, semasa kita berada di dalam perjalanan mendapatkan makanan, niat itu
masih tetap utuh dalam diri kita bahawa kita perlukan makanan untuk dimakan. Niat
ini akan terus kekal semasa kita makan sehinggalah kita selesai makan.

Saudara,

Apabila kita melakukan sesuatu dan kita berniat kerana Allah SWT, maka
seharusnya kita menyedari bahawa sepanjang masa kita melakukan sesuatu itu
adalah kerana Allah SWT.

NIAT BUKANLAH HANYA BERADA DI AWAL ATAU DI TENGAH-TENGAH ATAU


DI AKHIR SESUATU PERBUATAN. NIAT PERLU ADA SEPANJANG MASA
KETIKA MELAKUKAN SESUATU PERBUATAN.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  16 
 

Saudara,

Kenang kembali ketika kita solat. Apabila kita berniat dan mengangkat takbir,
biasanya fikiran sudah hilang entah ke mana. Kita memikirkan pelbagai perkara
sehingga lupa bahawa kita sedang mengadap Allah SWT.

Niat kita hanyalah di bibir tetapi ia tidak ada di jiwa. Seluruh anggota kita melakukan
rukun tanpa kesedaran, tanpa IHSAN (menyedari bahawa kita sedang mengadap
Allah SWT atau menyedari bahawa Allah sedang melihat segala perbuatan kita).

Niat kita tidak berada di sepanjang kita solat. Maka apakah kita memenuhi rukun
solat yang pertama iaitu NIAT? Adakah saudara baru terfikirkan hal ini?

Begitu juga ketika kita melakukan kerja-kerja di tempat kerja kita. Ketika kita
melakukan kerja, kita telah lupa kesedaran bahawa apa yang kita lakukan adalah
kerana Allah SWT.

Ketika bercakap dengan kawan-kawan, kita juga selalu lupa yang Allah SWT berada
dekat dengan kita. Lalu kita bercakap perkara-perkara yang lagho. Kita bercakap
besar dan sombong dengan berasa diri kita sudah cukup baik dan bagus samada
dari sudut dunia dan juga sudut akhirat (berasa diri sudah terlalu tinggi taqwanya).

***

Sebenarnya kita perlu melatih diri kita untuk sentiasa ingat bahawa setiap apa yang
kita lakukan, kita lakukan kerana Allah SWT dengan menyedari bahawa Allah SWT
sentiasa melihat kita.

Cara yang termudah adalah ingat Allah SWT dan untuk ingat Allah, kita hendaklah
sentiasa BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH ketika melakukan apa jua kerja.
Komunikasi dengan Allah mampu membuatkan kita mengekalkan niat perbuatan kita
kerana Allah SWT.

Semoga selepas ini kita tidak lagi berniat hanya sekadar di bibir dan ia dilafazkan di
awal perbuatan sahaja. Kita akan memastikan bahawa niat kita mulai hari ini adalah
NIAT SEPANJANG MASA DI SETIAP PERBUATAN KITA.

Komunikasilah dengan Allah SWT setiap saat. Mulakannya dari sekarang.

“Ya Allah, Tuhan yang tidak pernah lupa. Aku memohon kepadaMu agar aku tetap
terus mengingatiMu sepanjang perbuatanku ya Allah. Agar setiap perbuatanku tidak
terpesong daripada jalan yang lurus iaitu jalan-jalan yang telah Engkau berikan
nikmatnya pada orang-orang sebelum aku, jalan-jalan yang Engkau Redha dan
bukanlah jalan-jalan yang sesat. Terima kasih Allah, terima kasih.”

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  17 
 

Bagaimana 

Bersyukurlah dengan apa yang ada.


Bagaimana hendak berasa syukur?
Rasa tidak bersyukur bukan sesuatu yang dibuat-buat.
Ia hadir sendiri dari dalam jiwa.

Berpuashatilah dengan segala apa yang kita miliki.


Bagaimana hendak berasa berpuashati?
Rasa tidak puashati datang sendiri dalam jiwa.

Bersabarlah dengan segala ujian Allah SWT.


Bagaimana ingin bersabar?
Jiwa memang sedih, kecewa dan sebagainya dengan apa yang berlaku.

Untuk berjaya, kamu kena kuat berusaha. Kamu kena rajin.


Bagaimana untuk kuat berusaha sedangkan kita memang malas?

Kalau kamu malas, kamu kena banyak solat, kamu kena banyak baca Al-Quran.
Bagaimana nak solat kalau memang malas?
Bagaimana nak baca Al-Quran kalau memang malas?

Bertaubatlah untuk bersihkan hati.


Bagaimana nak bertaubat kalau memang malas nak bertaubat?

Kalau kamu marah, kamu pergi ambil wudhuk dan solat.


Bagaimana dalam keadaan marah, kita nak pergi ambil wudhuk dan solat
untuk hilangkan marah?
Memang kita rasa nak marah.

Cukuplah beberapa perkara saya sebutkan di dalam artikel ini walaupun sebenarnya
terlalu banyak lagi kita diarahkan oleh rakan-rakan dan juga pakar-pakar
pemantapan diri di dalam mengatasi masalah kita.

Kita seringkali diminta oleh rakan-rakan mahupun pakar-pakar di dalam bidang


pemantapan diri untuk melakukan sesuatu yang pada asasnya memang susah untuk
dilakukan. Kita seringkali disarankan untuk melakukan sesuatu yang saya panggil
sebagai ‘High Level Suggestion’ atau cadangan bagi mereka yang sudah benar-
benar mempunyai kesedaran.

Apabila kita memberi respon ke atas saranan seperti saya berikan di atas, pasti kita
pula akan dikata seorang yang banyak dalih tapi tidak buat-buat. Kita akan diberikan
pula dengan ayat “hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”. Sedangkan apa
yang kita nyatakan adalah sememangnya apa yang ada di jiwa kita.

Kita memerlukan saranan-saranan “Low Level Suggestion”. Kadang-kadang kita


terasa terlalu bosan dan penat mendengar saranan-saranan “bersabarlah,
bersyukurlah, tabahkan hati” dan sebagainya. Ini adalah kenyataan ramai di antara
kita berasakan sedemikian.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  18 
 

Kita jarang diberitahu “bagaimana” untuk benar-benar menyelesaikan masalah kita.


Sebagai contoh, di dalam keadaan seseorang sedang sedih kerana kematian orang
yang dikasihi, kita hanya memberikan saranan “bersabarlah”.

Kita tidak tahu sebenarnya saranan itu lebih menyakitkan kerana kita memberikan
saranan bersabar tetapi bagaimana? Penerima saranan pasti akan lebih tertekan
dengan saranan itu kerana ramai yang menasihati beliau agar bersabar tetapi
“bagaimana” nya terpaksa beliau fikirkan sendiri.

***

“High Level Suggestion” adalah saranan untuk fikiran. Ia bukan saranan untuk jiwa.
Maka ia sesuai untuk mereka yang sudah benar-benar mantap jiwanya. Lalu
bagaimana dengan kita orang kebanyakan di mana jiwanya masih berbolak balik
kekuatannya? Kita memerlukan saranan di peringkat jiwa.

Saudara,

Di dalam menyelesaikan masalah jiwa ini, kita perlu kembali kepada Allah. Untuk
berada dekat dengan Allah, kita perlu BERKOMUNIKASI dengan Allah dan minta
pada Allah.

Bagaimana hendak berkomunikasi kalau kita malas?

Beritahu pada Allah yang kita malas berkomunikasi. Bukankah ia juga merupakan
komunikasi.

“Ya Allah, aku malaslah nak berkomunikasi denganMu ya Allah”. Ini juga satu
komunikasi. Kita tidak kurang ajar dengan Allah tetapi kita meluahkan apa yang kita
rasa pada Allah.

Apa yang terlintas di fikiran, yang kita nampak, yang kita dengar, yang kita rasa dan
sebagainya, cakapkanlah dengan Allah SWT.

Masalah kita pada hari ini kerana kita terlalu menjaga apa yang kita ucapkan pada
Allah sedangkan JIKA KITA TIDAK UCAPKAN PUN, IA JUGA ADA DALAM
FIKIRAN KITA. Dan Allah mengetahuinya.

Sejak kecil kita diajar supaya jangan ucapkan sebarang kata dengan Allah untuk
mengelakkan kurang ajar. Lalu kita pun berjaga-jaga kata-kata kita sedangkan di
dalam fikiran kita pelbagai perkara kita ingin katakan pada Allah.

Kita terlupa bahawa walaupun sesuatu yang kita tidak katakan pada Allah dalam
bentuk kata-kata, Allah tetap akan tahu apa yang kita fikirkan malah Allah tahu apa
yang akan kita fikirkan.

Saya yakin dan amat-amat yakin semua orang mengetahui kita perlu bersyukur,
bersabar, rajin, wajib mengikut perintah Allah dan sebagainya, namun ia terasa
sukar untuk dilakukan bukan?

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  19 
 

Maka mintalah pada Allah dan minta itu juga merupakan satu komunikasi.

“Ya Allah, aku tahu aku perlu bersyukur kepadaMu ya Allah. Tapi aku tak boleh nak
rasa bersyukur ya Allah. Bantulah aku ya Allah. Berikan rasa syukur itu dalam jiwaku
ya Allah.”

“Ya Allah, aku kehilangan orang yang aku sayang ya Allah. Aku sedih ya Allah. Aku
rasa kehilangan ya Allah. Aku rasa hidup aku tidak ada apa ertinya lagi ya Allah.
Sukarnya hidup aku ni ya Allah. Sabarkanlah aku ya Allah” luahkan segala-galanya.
Jika kita tidak meminta apa-apa pun tidak mengapa yang penting adalah komunikasi
dengan Allah.

“Ya Allah aku malaslah ya Allah. Malaslah aku buat kerja ni ya Allah. Tapi kerja ni
kena siapkan hari ini ya Allah. Berilah aku rajin ya Allah. Berilah ya Allah. Terima
kasih Allah. Terima kasih.”

***

Jika kita menasihati seseorang beritahulah dengan jelas. Sebagai contoh; ketika
sahabat kita dalam keadaan sedih,

“Sabarlah, cuba minta pada Allah supaya bersabar. Cakap je pada Allah apa yang
ko fikirkan. Luahkan je apa benda sekali pun dalam fikiran ko. Ko cakap je macam
ni,

“Ya Allah, berilah aku sabar ya Allah. Aku sedih sangat ni ya Allah. …….”
sambungkanlah mengikut keadaan sahabat saudara itu.

Saranan harus jelas dan ajarkan bagaimana untuk lakukan. Berikan contoh.

Jika tidak, berdiam, senyum dan berkomunikasilah dengan Allah (memohon agar
sahabat kita diberikan kesabaran) ketika bersalam dengan kawan yang sedih adalah
lebih baik daripada berkata pada sahabat “sabarlah” atau “bersyukurlah dengan apa
yang ada” dan sebagainya.

Jika kita memberikan ceramah motivasi, jelaskan saranan. Jangan hanya beritahu
saranan-saranan yang sebenarnya semua orang tahu.

Elakkan memberikan ceramah motivasi begini:


“Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita kena rasa cukup. Kalau kita tak
rasa cukup, kita akan mengeluh, akan rasa tertekan dan sebagainya”.

“Kita tidak boleh rasa marah. Kita kena buang rasa marah.”

Elakkan juga saranan-saranan yang “High Level Suggestion” kerana saranan-


saranan tersebut akan menambahkan kesukaran untuk kita lakukan.

Contoh: Bersyukurlah dengan apa yang ada. Untuk rasa bersyukur, cuba kita
fikirkan apa yang kita miliki. Kita ni bernasib baik daripada orang lain. Banyak dah
kita ada.”

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  20 
 

Ini merupakan “high level suggestion” di mana ia mempunyai tahap keberkesanan


yang rendah jika disarankan kepada mereka yang sukar untuk bersyukur. Mulut
mengatakan syukur namun bagaimana dengan jiwa?

Jelaskan dengan sejelas-jelasnya “bagaimana”. Berikan contoh-contoh.

Kerana itu saudara akan lihat di dalam laman web ini akan disertakan contoh-contoh
agar memudahkan pemahaman pembaca. Jelas dan mudah dilakukan.

***

Saudara,

Hanya Allah yang boleh membuatkan kita bersabar, bersyukur, rajin, berpuashati
dan sebagainya. Lalu saranan kita perlu sampai ke “Low Level Suggestion” ketika
kita memberikan saranan kepada mereka yang mempunyai masalah. Ajar mereka
untuk sentiasa berkomunikasi dengan Allah.

Bagi mereka yang tidak pernah lakukan, lakukanlah dan lihatlah kesannya di mana
kita akan sentiasa ingat Allah setiap masa. Jika tidak mahu lakukan pun, cakaplah
pada Allah “Ya Allah aku malas nak lakukan apa yang Fuad kata ni ya Allah.
Macamlah betul sangat apa yang dia kata ni. Dia bukan hebat pun. Buat apa nak
komunikasi-komunikasi.

Jika kita sering berkomunikasi, dikala kita dilanda masalah, pasti kita tidak teringat
sesiapa pun kecuali Allah untuk mengadu dan meminta pertolongan. Kemudian
barulah ilham-ilham datang untuk kita menyelesaikan masalah kita samada perlu
meminta pertolongan orang lain atau tidak.

Pepatah ada mengatakan:


Seharusnya masa yang terbaik untuk kita melakukan kebaikan adalah sejak dahulu
lagi. Namun jika kita tidak melakukannya lagi, masa yang terbaik adalah
SEKARANG.

Mulalah berkomunikasilah dengan Allah sekarang.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  21 
 

Kita Tidak Disarankan Untuk Berusaha 

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.


Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

Jika kita membaca ayat di atas, Allah SWT menyarankan kepada kita agar meminta
pertolongan (doa) dengan sabar dan solat.

Ketika kita mempunyai masalah atau keinginan maka ayat ini menyarankan agar kita
meminta tolong kepada Allah, kemudian bukan berusaha namun kita disarankan
untuk bersabar kemudian setelah itu kita juga tidak disarankan untuk berusaha
namun malah disuruh solat.

Kesimpulannya, kita tidak pun diminta untuk berusaha. Kita hanya di minta untuk
meminta dan kemudian dirikan solat. Jadi tetapkan keinginan kita dengan berdoa,
kemudian bersabarlah dan terakhir solat.

Sederhana kan?….Demikianlah Al-Quran.

Pandangan daripada saudara semua dengan hal ini amatlah di tunggu-tunggu.


Terima kasih.

Penerangan jelas di dalam artikel di bawah:


Memiliki Kesedaran Tertinggi #1
Memiliki Kesedaran Tertinggi #2

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  22 
 

Memiliki Kesedaran Tertinggi #1 

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian


makhluk),ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu
Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, ia
mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
(QS: Al-’Alaq 96:1-5)

Artikel Redha, Pasrah dan Berserah dan Kita Tidak Disarankan Berusaha telah saya
bawakan sebelum saya ingin menulis artikel ini. Ia bertujuan untuk membawa
saudara semua mencapai kepada kesedaran yang lebih tinggi.

Terima kasih Allah kerana saudara semua mempunyai kesedaran yang tinggi dan
saya melihat betapa BerkuasaNya Allah di dalam menuntun kita untuk lebih dekat
denganNya.

Pemahaman surah QS: Al-’Alaq 96:1-5 dijelaskan bahawa kita perlu mendapatkan
ilmu. dan seringkali dijelas kita perlu mendapat ilmu dengan membaca sesuatu yang
ada tulisan. Namun jarang kita dijelaskan bahawa Allah menyuruh kita bukan sahaja
mendapatkan ilmu melalui pembacaan sesuatu berbentuk tulisan tetapi sebenarnya
kita lebih lagi seharusnya membaca alam ini.

Tatkala kita melihat debu yang berterbangan, kita hanya memikirkan yang
berterbangan itu debu. Kita memikirkan debulah yang berusaha untuk bergerak.

Jarang sekali terlintas di fikiran kita untuk membaca alam bahawa yang
menggerakkan debu itu adalah angin. Debu hanya pasrah kepada gerakan angin.
Debu tidak langsung berusaha untuk bergerak kerana yang menggerakkan adalah
angin.

Nah! Jika kita pergi lagi kepada kesedaran yang tertinggi, kita perlu membaca alam
bahawa yang menggerakkan angin dan debu adalah Allah SWT. Angin dan debu
juga pasrah dan redha dengan aturan Allah SWT. Angin dan debu mengikut dan
berserah pada kehendak Allah walaupun suka atau pun terpaksa.

***

Begitu juga dengan usaha kita. Jika kita melihat dari syariat, ya memang kitalah
berusaha. Namun sewajibnya kita melihat dari sudut kesedaran yang tertinggi
(hakikat) di mana Allah yang mengilhamkan untuk kita berusaha. Malah Allah yang
menggerakkan segala anggota badan kita untuk berusaha. Allah mengilhamkan
fikiran, gerak rasa, emosi, gerak hati dan mengatur persekitaran di dalam ‘usaha’
yang kita katakan.

Kita hanyalah seperti angin dan debu yang hanya mengikut aturan Allah samada
suka atau terpaksa. Yang mampu kita lakukan hanyalah berserah.

***

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  23 
 

Di dalam hal menuju kejayaan pula, kita seringkali melihat orang berjaya dengan
usaha mereka sendiri sedangkan Allah yang memberi ilham kepada mereka untuk
berjaya. Lalu kita berusaha menjadikan mereka idola kita dengan harapan kita
mampu mengikut langkah-langkah mereka.

Ia tidak salah, tetapi kita sewajibnya membaca alam ini dengan kesedaran yang
tertinggi. Perjalanan kehidupan orang yang berjaya tidak sama dengan perjalanan
kehidupan kita. Bermakna tidak semestinya kaedah yang mereka gunakan akan
memberikan juga kejayaan kepada kita.

Allah yang menjayakan mereka lalu sewajibnya kita berserah pada Allah SWT. Kita
sering bimbang dengan rezeki kita sedangkan Allah SWT yang mengaturkan segala-
galanya. Maka mengapa perlu dibimbangkan tentang rezeki yang kita perolehi atau
yang bakal kita perolehi?

***

Begitu juga dengan mereka yang telah berubah. Kita seronok melihat orang lain
berubah. Kita menyanjungi mereka dan menjadi idola kita. Kita berasa hebatnya
mereka yang berubah. Kita sentiasa memuji mereka.

Namun kita jarang masuk ke kesedaran yang tertinggi di mana sebenarnya mereka
tidak langsung mempunyai apa-apa kudrat untuk berubah. Mereka tidak mampu
melakukan apa-apa sebenarnya. Semua perubahan daripada keburukan kepada
kebaikan adalah kerana Allah SWT. Lalu sewajibnya sekali lagi kita melihat kuasa
yang mengubahkan mereka. Kuasa yang memberi kesedaran kepada kita dan
mereka. Yang Maha Kuasa iaitu Allah SWT.

Kita kembali kepada fitrah. Kita tidak mampu melakukan apa-apa kecuali pasrah,
berserah, redha dan berdoa dengan sabar serta bersolat dengan khusyuk.

***

Semoga kita sentiasa membaca alam ini dengan kesedaran yang tertinggi.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  24 
 

Memiliki Kesedaran Tertinggi #2 

Saudara perlu membaca artikel-artikel di bawah sebelum membaca artikel ini.


1.Kita tidak disarankan berusaha
2.Memiliki kesedaran tertinggi #1

Setiap apa yang saya tulis merupakan persoalan yang mungkin saudara juga
fikirkan selama ini. Namun disebabkan kita dididik agar tidak menyuarakan
persoalan yang dikatakan “mengarut” lalu kita hanya berdiam diri. Tetapi jauh
dilubuk hati kita, ia masih tertanya-tanya.

Saya melihat masalah utama kita adalah memahami makna usaha, redha, pasrah
dan berserah. Telah kukuh di fikiran kita bahawa yang dikatakan ‘usaha’ ini difahami
sebagai gerakan yang kita lakukan dengan kuasa kita sendiri. Manakala redha,
pasrah dan berserah adalah sesuatu yang pasif. Jika seseorang itu redha, pasrah
dan berserah, orang itu dikatakan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha. Hanya
diam dan tidak melakukan apa-apa.

Kesalahfahaman yang bertahun lamanya tertanam di fikiran kita membuatkan kita


makin jauh dengan Allah SWT. Kita tidak menyedari secara tidak langsung kita
menafikan hak muklak Allah ke atas diri kita. Kita tidak menyedari bahawa yang
dikatakan ‘usaha’ itu adalah berkomunikasi (berdoa) dengan sabar dan bersolat.

Kita tersalah faham dengan memahami bahawa mereka yang rajin berusaha
sehingga menjadi kaya raya adalah kerana ‘usaha’ mereka sendiri. TIDAK! ia adalah
aturan Allah SWT. Dengan mata kasar kita, kita melihat mereka yang berusaha
sedangkan Allah yang menggerakkan mereka.

Jika kita faham bahawa ‘usaha’ yang kita lakukan adalah hanya mengikut aturan
Allah, maka sudah pasti kita akan berkomunikasi (berdoa) dengan sabar dan solat
kerana hanya berdoa dan solat dengan bersungguh-sungguh (khusyuk) dengan
yakin mampu mengubah qada’ dan qadar Allah SWT.

Urusan ‘usaha’ adalah hak Allah. Jika Allah makbulkan permintaan kita, Allah pasti
menggerakkan kita (yang kita kenali sebagai ‘usaha’) untuk melakukan apa yang kita
mohon.

Maka pasrah, redha dan berserah bukan sesuatu yang pasif. Ia adalah AKTIF. Kita
perlu bekomunikasi setiap saat. Memohon kepada Allah, berdoa, meminta izin,
meminta pilihan yang terbaik di sisi Allah dan sebagainya.

Sekiranya kita berasa malas, apakah kita ingin memberi alasan bahawa “Allah telah
takdirkan dan aturkan aku malas“? Kita perlu mengubah diri kita kerana kita diberi
pilihan untuk melakukan perubahan. Bagaimana? Memohon pada Allah untuk
meminta menjadi rajin.

“Ya Allah, aku berasa malas sangat hari ini ya Allah. Tapi aku tahu aku kena rajin
untuk cari rezeki ya Allah. Tapi memang aku rasa malas sangat-sangat ya Allah. Ya
Allah, aku perlukan rezeki ya Allah. Maka aku perlu rajin ya Allah. Ya Allah,

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  25 
 

gerakkanlah seluruh diri aku supaya rajin ya Allah. Gerakkkan ye ya Allah. Terima
kasih ya Allah. Terima kasih”.

***

Ketika saudara bernafas, adakah saudara berusaha untuk bernafas? Apakah proses
pernafasan saudara merupakan satu usaha saudara untuk menggerakkannya?

Jika saudara lihat dari kesedaran biasa kita, maka pernafasan itu adalah usaha kita.
Makan itu usaha kita. Bekerja itu usaha kita dan sebagainya.

Namun jika dilihat daripada kesedaran tertinggi, jika pernafasan merupakan usaha
saudara, saudara perlu melakukan sekurang-kurangnya dua usaha iaitu menarik
nafas dan menghembus nafas. Hakikatnya bukan sekadar tarik dan hembus bukan?
Proses pernafasan yang begitu rumit tidak mampu dijalankan atas usaha kita.

Lalu usaha siapakah sebenarnya yang mengaturkan proses pernafasan kita ini?
Allah SWT mengaturkan proses pernafasan kita, bukan kita. Kita tidak ada daya dan
upaya untuk melakukannya. KITA HANYA RELA DINAFASKAN.

Kita hanya pasrah, redha dan berserah dengan ketentuan yang Allah telah tetapkan
untuk kita. Kita bernafas atas kehendak Allah SWT.

Jika Allah tidak mahu memberi kita bernafas, kita tidak terdaya untuk memaksa Allah
memberikan kita bernafas atau kita berusaha bernafas sendiri.

Apa yang kita mampu adalah berkomunikasi dengan Allah, meminta agar Allah terus
memberi kita bernafas. Apabila Allah izinkan kita bernafas, maka pasti Allah akan
menggerakkan kita untuk bernafas. Bernafas inilah yang kita lihat seolah-olah
‘usaha’ kita sedangkan ia adalah aturan Allah.

***
Selagi kita memikirkan sesuatu TIDAK dengan kesedaran yang tertinggi, maka kita
masih terikat dengan tafsiran ‘usaha’ yang biasa dibahaskan.

Al-Quran diturunkan untuk semua tahap manusia. Ia berbeza-beza mengikut


peristiwa di mana setiap ayat Al-Quran akan diwahyukan setelah sesuatu peristiwa
itu berlaku.

Jika surah Alam Nasyrah ayat 7-8 dijadikan ukuran untuk kita berusaha, bagaimana
pula dengan satu ayat Al-Quran di bawah:

“maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang
menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad)
Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar
(untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang
Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(QS: Al-Anfal 18:7)

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  26 
 

Jika dilihat dengan kesedaran biasa, kita akan berkata Rasulullah SAW yang
berusaha tetapi Allah SWT menegaskan bahawa bukan sebenarnya Rasulullah
SAW berusaha di dalam penglemparan yang dinyatakan. Tetapi Allah SWT yang
mengaturkan semuanya. Adakah ketika itu sahabat-sahabat Rasullullah SAW
melihat Allah SWT yang melempar? TIDAK!!.

Allah SWT yang mengaturkan pembunuhan itu dan lemparan yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW adalah atas kehendak Allah SWT. Kita melihat seolah-olah
Rasulullah yang berusaha melakukan lemparan tetapi hakikatnya adalah Allah SWT
yang mengaturkan. Inilah kesedaran tertinggi di mana sebenarnya kita hanya pasrah
dengan ketentuan Allah.
Ini bermakna ada tahap kesedaran yang perlu kita bangunkan. Ingatlah bahawa kita
sedang membincangkan tahap kesedaran yang tertinggi. Bukan tahap kesedaran
biasa.

Kesedaran serba Allah tidak mampu di dalil dengan ayat Alam Nasyrah tersebut.
Bukannya salah namun kurang tepat. Keadaan manusia itu berbeza-beza. Sebagai
contohnya, dalam keadaan sekarang yang aman damai, maka tidak sesuailah kalau
kita menggunakan ayat atau hadith-hadith perang. Lebih baik menggunakan ayat-
ayat Al-Quran dan hadith-hadith kasih sayang.

Namun hakikat tetap hakikat bahawa setiap semua yang ada di bumi dan di langit
dan di antaranya adalah mengikut aturan Allah SWT. Allah mengaturkan agar kita
berfikir, maka kita akan berfikir. Allah mengaturkan agar kita berasa suka, maka kita
akan berasa suka. Allah mengaturkan agar kita makan, maka kita makan. Allah
mengaturkan kita bekerja, maka kita bekerja. Allah mengaturkan kita berkahwin,
maka kita berkahwin. Allah mengaturkan kita bersolat, maka kita bersolat.

Kita tiada daya apa pun termasuklah untuk ber’usaha’ seperti pengertian yang kita
fahami. Usaha ini adalah kuasa Allah yang menggerakkan segala tubuh badan kita.
Yang mampu adalah hanya pasrah dan berserah.

Mungkin agak sukar untuk diterima dan penuh dengan persoalan di jiwa saudara.
Namun dengan kesedaran yang tertinggi, pasti saudara mampu memahami dengan
baik.

***

Kembali semula kepada kesedaran biasa kita (bukan kesedaran yang tertinggi), lalu
apakah kita tidak berusaha? Mana mungkin kita tidak berusaha. Gerakan yang
diaturkan Allah itu adalah gerakan yang kita kenali sebagai usaha kita (jika kita
berfikir dengan kesedaran biasa kita). Tetapi kita berusaha atas kehendak Allah.

Allah yang membuatkan kita berusaha. Pasti Allah menggerakkan kita dan geraknya
kita itulah kita kenali selama ini dengan nama ‘usaha’ pada tahap kesedaran biasa
kita. Mana mungkin seorang khalifah di muka bumi yang menjalankan segala
kehendak Allah SWT tidak berusaha.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  27 
 

Khalifah bermakna wakil Allah. Kita merupakan wakil Allah di dalam mentadbir alam
ini. Allah mentadbir Allah ini melalui diri kita sebagai wakilNya. Kerana itu kita
dikatakan lebih mulai daripada Malaikat dan Iblis.

Sebagai soerang khalifah atau wakil Allah, Allah pasti menggerakkan diri kita kerana
mana mungkin Allah tidak akan menggerakkan diri kita (yang dikenali sebagai
usaha) di dalam mentadbir alam ini. Khalifah Allah mestilah aktif dan bergerak
(usaha) di dalam mentadbir alam ini.

Tetapi kita tidak boleh melakukan segala-galanya mengikut kehendak kita kerana
segala gerakan kita merupakan gerakan atas kehendak Allah SWT. Namun Allah
juga tidak menzalimi diri kita dengan melakukan perkara-perkara buruk dan
mempunyai sifat-sifat yang buruk.

Jika Allah memberi gerakan kepada kita untuk melakukan keburukan, Allah juga
memberi kita peluang untuk membuat pilihan melakukan kebaikan. Allah berikan
qada’ dan qadar baik dan buruk kepada kita. sebagai ujian Allah kepada
khalifahNya.

Oleh itu kita wajib berdoa dengan sabar dan bersolat agar Allah menggerakkan kita
untuk melakukan kebaikan di muka bumi ini dan mendapat balasannya di akhirat
nanti. Kita mohon pilihan yang terbaik di sisi Allah untuk kita (memohon membuat
pilihan yang terbaik di sisi Allah telah banyak saya tuliskan di dalam artikel sebelum
ini).

Kita mengubah diri kita dengan doa yang sabar dan bersolat. Jika kita tidak berdoa
dengan sabar dan bersolat, Allah tetap terus dengan kehendakNya dan tidak
mengubah qada’ dan qadar yang diberikan kepada kita.

[note] Hanya Qada’ mu’allaq (takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz) yang boleh diubah.
Qada’ Mubram (takdir yang pasti) tidak boleh.

Lakukan KOMUNIKASI, berdoa, sabar dan bersolat. Kita hanya pasrah, berserah
dan redha dengan kehendak, aturan dan segala perancangan Allah SWT.

Di kala kita ada masalah, berserah sahaja pada Allah. Kita berdoa dengan
yakin….full stop.

Kita berdoa dan berkomunikasi pada Allah:

“Ya Allah, aku ada masalah ya Allah. Aku ini lemah ya Allah tak mampu nak
selesaikan masalah aku ya Allah. Aku ini bodoh ya Allah. Ya Allah, aku memohon
kepadaMu untuk selesaikan masalah aku ya Allah. (jelaskan masalah pada Allah.
Jelaskan apa yang kita inginkan pada Allah)“.

“Ya Allah, aku tidak tahu nak pilih pilihan-pilihan yang ada ya Allah. Tunjukkan aku
ya Allah.”

“Ya Allah, aku tidak tahu samada perkara ini baik atau tidak untuk dilakukan ya
Allah. Tunjukkan aku ya Allah samada aku perlu lakukan atau tidak ya Allah. Engkau

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  28 
 

yang menggerakkan seluruh tubuhkan ya Allah. Jika baik ya Allah, Engkau gerakkan
tubuhku untuk melakukannya ya Allah. Jika tidak, hindari perkara itu daripadaku ya
Allah”.

“Ya Allah, aku tidak mahu melakukan perkara itu ya Allah, ya Allah lakukanlah
sesuatu agar aku terhindar untuk melakukan perkara itu ya Allah. Terima kasih
Allah, terima kasih.

***

Jika saudara masih melihat kita perlu berusaha di mana ia bermakna Allah SWT
tidak berkuasa mutlak ke atas kita, di sini saya ingin memberi pilihan iaitu

Pilihan 1
Kalau kita memilih bahawa Allah MUTLAK dalam berkuasa ke atas kita dan segala
benda yang ada di muka bumi dan di langit serta di antaranya, bermakna kita tidak
ada daya dan upaya apa pun. Maka seterusnya adalah kita bergerak dan berusaha
mengikuti kehendak Allah. Kita bekerja, cari duit, jadi kaya, belajar, baca laman web,
baca blog dan sebagainya semuanya adalah mengikut kehendak Allah SWT.

Pilihan 2
Kalau kita masih ada usaha, masih ada kekuatan disamping kekuatan Allah maka
ini bermakna Allah SWT tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas diri kita. Maka
jangan meninggalkan Allah dan mohonlah redhaNya atas usaha-usaha yang kita
lakukan (atas kehendak kita tadi, bukan kehendak Allah). Saya percaya akhirnya
saudara akan sedari bahawa saudara akan perlahan-lahan kembali kepada
kepercayaan dengan kukuh bahawasanya Allah berkuasa MUTLAK ke atas
saudara.

***

Saya telah bawakan satu perkara di mana kita membincangkan satu perkara iaitu
‘berusaha’ dan memandangnya dari pandangan kesedaran yang tertinggi. Saya
percaya saudara semua telah memahami dan menyedarinya.

Selama ini kita jarang diajarkan oleh guru-guru kita untuk melihat sesuatu dari sudut
kesedaran tertinggi. Sebab itu apabila kita disarankan untuk melihat dari sudut
kesedaran yang tertinggi, kita jadi keliru, terasa tidak betul, salah faham dan
sebagainya.

Semoga kita semua mampu memandang perkara lain di dalam kehidupan kita ini
dengan kesedaran yang tertinggi untuk memastikan jiwa positif dan hidup bertuhan
yang sebenarnya.

Wallahualam. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  29 
 

Jangan Takut Pada Allah 

Perkataan ‘Jangan’ di dalam tajuk artikel ini (Jangan takut pada Allah) merupakan
satu perkataan yang negatif untuk ayat saranan atau nasihat. Sedaya upaya elakkan
perkataan ‘jangan’ ketika memberi saranan. Namun saya gunakan juga kerana saya
berasa ayat tersebut sesuai dengan perkataan jangan.
[Note: Saranan terbaik adalah, dekatlah pada Allah, cintai Allah dan sebagainya.]

Saudara,
Setiap hari jumaat, kita sering mendengar khutbah jumaat yang menyarankan agar
kita ‘takut pada Allah’. Begitu juga di dalam ceramah-ceramah atau saranan-saranan
yang selalu kita dengar. Setiap kali mendengarnya, saya berasa tidak senang
kerana saranan itu menyuruh sesiapa yang hadir untuk takut pada Allah.

Saranan ‘takut pada Allah’ ini tidak ada bezanya dengan saranan ‘takut pada
penjahat’, ‘takut pada hantu’, ‘takut pada binatang buas’ dan sebagainya.

Saranan takut pada Allah membuatkan kita lebih jauh daripada Allah. Sewajibnya
kita lebih dekat dengan Allah. Menyayangi dan mencintai Allah SWT.

Walaupun banyak firman di dalam Al-Quran menyebut ‘Ittaqullah’, tetapi elakkan


menterjemah ke dalam bahasa melayu sebagai ‘takutlah Allah’ atau ‘takutlah pada
Allah’ ketika memberi saranan.

Apa yang sebenarnya perlu ditakuti?


Sebenarnya kita perlu ‘takut pada murka Allah’. Nyatakan ketika kita menyarankan
kepada pendengar tidak kira semasa ceramah, syarahan, khutbah dan sebagainya
dengan jelas, perkara yang perlu ditakuti adalah MURKA ALLAH SWT, bukan takut
pada Allah.

Perkara yang paling saya takut adalah murka Allah.

Ketika saya beribadah, saya bimbang dan takut Allah murka dengan ibadah saya.

Ketika saya solat, saya bimbang dan takut Allah murka dengan solat saya.

Ketika saya berpuasa dan sedekah, saya bimbang dan


takut Allah murka dengan puasa dan sedekah saya.

Ketika saya mempunyai banyak wang, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan wang yang saya miliki.

Ketika saya mencapai kejayaan, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan kejayaan saya.

Ketika saya memiliki kesenangan, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan kesenangan saya.

Ketika saya susah hati, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan susah hatinya saya.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  30 
 

Ketika saya sedih, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan kesedihan saya.

Ketika saya bercakap, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan percakapan saya.

Ketika saya menulis, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan penulisan saya.

Ketika saya membaca, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan apa yang saya baca.

Ketika saya melihat, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan apa yang saya lihat.

Ketika saya mendengar, saya bimbang


dan takut Allah murka dengan apa yang saya dengar.

***

Janganlah takut pada Allah tetapi takutlah murka Allah. Komunikasi dengan Allah
setiap saat untuk mengingati Allah agar kita sentiasa dekat dengan Allah.

[note]:
Takut pada Allah jauh beza maknanya dengan Takut pada murka Allah.
Takut pada Allah: Membuatkan kita semakin jauh pada Allah
Takut pada murka Allah: Membuatkan kita semakin dekat dengan Allah. Kita tidak
mahu Allah murka dengan kita kerana jika Allah murka, kita bimbang dan takut Allah
tidak kasih dan sayang pada kita.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  31 
 

Dimanakah Jodoh? 

Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku


tetapi tanyalah pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.

Suatu petang ketika hujung minggu, saya bersama isteri dan anak saudara (cucu
sulung daripada 30 orang cucu mak) berbual-bual di rumah saya tentang jodoh.
Anak saudara, gadis berumur 26 tahun, masih bujang dan bekerja sebagai jurutera
rangkaian dengan sebuah syarikat telekomunikasi besar di Malaysia.

Jodoh, tidak dapat dinafikan merupakan persoalan besar di dalam kehidupan hari ini
sehingga ia sudah dianggap masalah hidup terhadap ramai individu. Ramai yang
terus berdepan dengan ketentuan Ilahi yang masih belum menemukan ramai
hambaNya yang masih belum bertemu dengan jodoh.

Saya dan isteri mempunyai ramai kawan yang masih belum bertemu dengan jodoh.
Anak saudara saya juga berhadapan dengan persoalan ini.

Pada petang itu, beliau meminta pendapat daripada saya (pakcu) dan isteri saya
(makcu) tentang mencari jodoh. Dengan kerja yang baik, kemahiran memasak tidak
perlu dipertikaikan lagi (ditugaskan memasak jika datang ke rumah saya), rupa yang
cantik, baik dengan semua mak dan bapa saudara dan beberapa ciri-ciri lain telah
menjadi persoalan besar mengapa beliau belum bertemu dengan mana-mana lelaki.

Jawapan yang saya beri sudah pasti kembali kepada Allah SWT. Sudah pasti
jawapan yang keluar daripada mulut saya tidak hanya teori semata-mata. Pasti ada
‘how to’.

Saudara/i yang masih bujang,


Sememangnya jodoh dan pertemuan di tangan Allah, hatta segala ketentuan dan
perancanaan ditentukan oleh Allah SWT. Dalam soal bertemu jodoh, mencari jodoh
dan yang berkaitan dengannya, kita seharusnya bertanya kepada Allah SWT.

Kebanyakan daripada mereka yang belum bertemu dengan jodoh, mereka sering
bertanya pada Allah hanyalah sekadar “MENGAPA AKU BELUM BERTEMU
DENGAN JODOH?“. Soalan “MENGAPA” sebenarnya satu soalan biadap terhadap
Allah SWT. Kita seolah-olah mendesak Allah ingin mengetahui mengapa Allah
melakukan perancangan “tidak menemukan kita jodoh” dan perancanaan ini
diberikan kepada kita.

Di dalam Islamic NLP yang banyak membicarakan kefahaman kerohanian (spiritual)


berlandaskan agama islam tulen dan kaitannya dengan jiwa, fikiran dan kehidupan
manusia telah MENGHARAMKAN soalan “MENGAPA” kepada mereka yang
mempunyai masalah.

Soalan “MENGAPA” membawa erti kepada desakan untuk diberikan jawapan


berbentuk sebab sesuatu itu tidak berlaku dan sudah pasti ia sesuatu yang “AMAT
BIADAP” apabila kita bertanyakan Allah dengan soalan “MENGAPA”. Segala yang
berlaku adalah kehendak Allah dengan perancanganNya.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  32 
 

Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku tetapi tanyalah
pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.

Bagaimanakah soalan yang terbaik?


Di dalam komunikasi dengan Allah untuk membicarakan hal jodoh, tanyalah Allah
tuntutan-tuntuan atau jalan-jalan untuk memperolehi jodoh yang bukan sekadar
memiliki jodoh tetapi memiliki jodoh yang terbaik di sisi Allah.

Tanyalah pada Allah jalan-jalan yang perlu dilakukan untuk ditemukan dengan jodoh
pilihan Allah SWT. Mohonlah pada Allah memberikan gerakan rasa yang kuat untuk
melakukan tuntutun-tuntutan ke arah memiliki jodoh yang terbaik.

Jalan-jalan dan tuntutan-tuntutan inilah yang perlu diketahui kerana pasti setiap apa
yang kita inginkan, kita perlu melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT. Samada jalan itu makin mendekatkan kita dengan apa yang kita inginkan atau
semakin jauh ia bergantung kepada pilihan jalan yang kita pilih (pilihan qada’ Allah).
Maka tanyalah Allah jalan yang terbaik agar kita semakin hari semakin dekat dan
akhirnya memiliki sesuatu yang kita inginkan.

Sebagai contoh, mungkin Allah mengkehendaki kita menambahkan lagi sedekah


yang biasa kita berikan. Mungkin juga sehingga Allah mengkehendaki kita
menunaikan haji atau umrah. Mungkin Allah belum menerima taubat kita. Mungkin
Allah perlukan kita menambah ibadah lebih banyak. Mungkin kita mempunyai
banyak keburukan yang pernah kita lakukan. Mungkin ada orang yang belum
memaafkan kejahatan yang pernah kita lakukan. Mungkin kita perlu menukar
penampilan kepada yang lebih sopan. Perlu membuang sikap-sikap buruk yang kita
tidak sedari selama ini dan sebagainya.

Pelbagai kemungkinan yang tidak mampu saya senaraikan di sini. Daripada saudara
memeningkan kepala memikirkan apakah kemungkinan-kemungkinannya, adalah
lebih bik bertanya Allah untuk mengetahui jalan yang mana yang perlu kita lalui
untuk memiliki jodoh yang terbaik. Apabila kita mengetahui jalan-jalannya dan
tuntutun-tuntutan Allah, maka mudahlah kita untuk melaluinya, menyelesaikan
masalah jika ada dan sebagainya.

Setiap manusia mempunyai ketentuan-ketentuan yang telah direncanakan oleh


Allah. Sememangnya jalan-jalan dan ketentuan yang direncanakan oleh Allah tidak
sama untuk setiap manusia. Seharusnya kita redha, pasrah dan berserah pada Allah
tetapi ingat!!, redha, pasrah dan berserah bukanlah sesuatu yang pasif. Ia AKTIF.
Komunikasi dengan Allah untuk mengetahui jalan-jalan yang perlu dilalui.

Jauhi tuduhan-tuduhan melulu kepada mana-mana individu dengan mengatakan


mereka penyebab kita tidak memiliki jodoh. Jauhi prasangka buruk kepada sesiapa
sahaja. Jauhi perkara-perkara yang memeningkan kepala untuk kita fikirkan tentang
sebab musabab tidak bertemu jodoh ini.

Mulai saat ini, mohonlah pada Allah dengan penuh rendah diri untuk mengetahui
jalan-jalan dan tuntutan-tuntutan yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita di dalam
hal memiliki jodoh.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  33 
 

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih
sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha
Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba
yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang
memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan
keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam


kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini
merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah,
terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka
aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di
sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya
Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya
Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk
aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-
tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan
yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah
aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat
memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai
dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Terima kasih Allah, terima kasih. Amin.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  34 
 

Islamic NLP for Parenting: Mengetahui Sikap Utama Anak 

Tidak dapat dinafikan, pendidikan anak-anak zaman teknologi pesat membangun ini
merupakan satu hal yang amat mencabar. Ini kerana peluang anak-anak untuk
mengakses dunia luar (yang banyak kesannya) tidak mampu dihalang lagi dengan
adanya teknologi serba canggih yang memberi banyak pintu pengaksesan dunia
luar.

Ibu bapa yang dilahirkan dan belajar di zaman teknologi yang tidak semaju hari ini
menambahkan lagi cabaran di dalam membesarkan anak-anak yang lahir dan
belajar pada zaman ini. Ibu bapa perlu aktif di dalam memiliki ilmu bagi mendidik
anak-anak disamping tidak menyekat anak-anak berkembang dengan ilmu teknologi
yang moden ini.

Di dalam pendidikan anak-anak, perkara yang terpenting yang perlu diberikan


penekanan sudah pasti adalah pendidikan jiwa mereka. Nasihat Luqman Al-Hakim:

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, ISInya ialah
IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Kita membaca banyak artikel dan buku-buku mendidik anak-anak. Kita juga banyak
mendengar syarahan dan ceramah berkenaan dengan pendidikan anak-anak.
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana banyak memberikan kita ilmu di dalam
pendidikan anak-anak.

Di dalam Islamic NLP for Parenting, saya lebih suka menerangkan praktikal di
dalam melaksanakan sesuatu perkara. Dengan penerangan praktikal bagaimana
mahu melakukan sesuatu itu, saudara lebih mudah menyesuaikannya dengan hal
yang saudara tempuhi.

Sikap Utama Anak


Di dalam pendidikan anak-anak, perkara utama yang perlu kita ketahui adalah sikap
utama anak-anak. Terdapat hanya dua sikap manusia iaitu menjauhi (away) dan
mendekati (toward). Dengan kefahaman dua sikap ini, maka mudahlah kita
memberikan saranan atau nasihat serta tunjuk ajar kepada anak-anak kita.

Menjauhi (Away) dan Mendekati (Toward)


Sikap menjauhi bermakna, anak-anak kita akan mengikut arahan jika akibat
daripada arahan itu berkaitan dengan orang lain dan juga berbentuk ancaman.
Manakala sikap mendekati adalah sesuatu arahan itu mempunyai akibat berbentuk
ganjaran dan untuk diri anak itu sendiri.

Untuk memahami, saya berikan satu contoh:

Kita meminta anak kita belajar atau membaca buku. Kita boleh mengenalpasti
samaada mereka mempunyai sikap utama iaitu menjauhi atau mendekati dengan
melihat arahan yang mana mudah untuk mereka turuti.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  35 
 

Arahan mendekati (toward)


“kakak…jom baca buku nak. Nanti kalau kakak rajin baca buku, kakak jadi budak
pandai. Kakak boleh jadi doktor. Ubat ayah, ubat mama, ubat adik, umat semua
orang. Jom baca nak.”

Arahan menjauhi (away)


“kakak…jom baca buku nak. Semua orang baca buku. Ayah baca buku, mama baca
buku, kak long baca buku, nenek pun baca buku. Seronokkan baca buku sama-
sama. Mari sini..duduk dengan ayah dan mama. Kita baca buku nak. Kalau kakak
tak baca buku, kakak tak pandailah. Nanti damiya, tasya, fatini semua jadi pandai.
Kakak je tak pandai. Jom baca buku jom…”

Daripada contoh di atas, arahan mendekati membawa akibat kepada diri anak
sendiri. Jika anak membaca buku, dia akan jadi pandai dan boleh jadi doktor. Akibat
daripada membaca buku adalah suatu ganjaran untuk dirinya.

Manakala arahan menjauhi membawa akibat kepada diri orang lain. Maksudnya,
anak membaca buku sebab ayah dan mama membaca buku. Maka anak ingin
membaca buku disebabkan beliau ingin sama-sama baca buku seperti orang lain.
Sebab orang lain beliau nak baca buku.

Akibat daripada tidak membaca buku adalah suatu ancaman di mana mereka akan
berasa diri mereka tidak sama dengan ayah, mama dan kawan-kawan lain ketika itu
di mana ketika semua orang membaca buku, diri dia sahaja tidak membaca buku.
Lalu dia berasakan perlunya dia membaca buku untuk berada sama-sama dengan
orang lain.

Ancaman kedua adalah jika mereka tidak membaca buku, maka mereka akan jadi
budak yang tidak pandai tidak seperti rakan-rakan mereka yang dikatakan pandai. Ia
merupakan akibat yang pasti tidak dapat diterima oleh anak-anak kerana mereka
sentiasa ingin rasa lebih baik daripada kawan-kawan.

Walaupun kita tidak mahu mereka melakukan sesuatu kerana orang lain, namun
untuk menggerakkan anak-anak untuk melakukan sesuatu pada awalnya, tidaklah
menjadi masalah jika mereka melakukan kerana orang lain. Ini kerana akhirnya
mereka sendiri yang mendapat manafaat seperti contoh membaca buku. Walaupun
membaca buku kerana orang lain, bukankah mereka juga akhirnya menerima ilmu
dan mendapat manafaat hasil pembacaan mereka?

Bagaimana Mengetahui Sikap Utama Anak


Kita boleh mengetahui sikap utama anak-anak dengan melihat maklumbalas ketika
memberikan arahan. Maklumbalas tidak semestinya dalam bentuk percakapan tetapi
juga dalam bentuk kelakuan. Cubalah berikan dua jenis arahan seperti yang saya
huraikan di atas dan lihat arahan mana yang mudah untuk diikuti.

Tidak dapat dinafikan, tidak semua anak-anak akan memberikan maklumbalas


walaupun kedua-dua jenis arahan di atas diberikan. Namun tidak semestinya satu
jenis arahan saja diberikan dalam satu masa. Saudara semua boleh
menggabungkan kedua-dua jenis arahan menjauhi dan mendekati.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  36 
 

kakak…jom baca buku nak. Nanti kalau kakak rajin baca buku, kakak jadi budak
pandai. Kakak boleh jadi doktor. Ubat ayah, ubat mama, ubat adik, umat semua
orang. Jom baca nak. Semua orang baca buku. Ayah baca buku, mama baca buku,
kak long baca buku, nenek pun baca buku. Seronokkan baca buku sama-sama. Mari
sini..duduk dengan ayah dan mama. Kita baca buku nak.“

Juga tidak dapat dinafikan, arahan di atas hanya berkesan kepada peringkat umur
tertentu. Namun, di dalam artikel ini, saya ingin membawakan sikap utama yang
perlu diketahui agar mudah di dalam memberikan nasihat dan saranan kepada
anak-anak kita.

Dari segi aturan ayat untuk menasihati atau memberi arahan, saudara perlulah
melihat tahap umur anak-anak saudara. Anak-anak remaja mungkin lebih suka
kepada ganjaran yang berupa fizikal berbanding ganjaran yang tidak nampak seperti
menjadi pandai dan sebagainya.

Dua Jenis Perintah Allah SWT


Sedari atau pun tidak, Allah SWT memberi perintah kepada hambaNya dengan
perintah berbentuk mendekati dan menjauhi. Allah SWT memberikan perintah
dengan akibatnya berbentuk ganjaran iaitu syurga dan segala kenikmatan. Allah
SWT juga memberikan perintah dengan akibatnya berbentuk ancaman iaitu neraka
dan segala azab.

Walaupun pada dasarnya, Allah SWT ingin kita melakukan segala perintahNya
hanyalah kerana Allah SWT, bukannya kerana ganjaran dan ancaman Allah SWT,
tetapi fitrah manusia itu yang mempunyai dua sikap utama iaitu menjauhi dan
mendekati, maka Allah SWT terangkan akibat-akibat daripada perbuatan samada
kita ikut perintah Allah SWT atau mengingkarinya.

Berdasarkan kepada bentuk perintah yang Allah SWT berikan di dalam Al-Quran,
kita bukan sekadar memahami isi Al-Quran tetapi kita juga melihat bagaimana cara
Allah SWT mendidik kita melalui ayat-ayat Al-Quran di mana Al-Quran memandu diri
kita di dalam membentuk jiwa yang positif dan hidup bertuhan.

Kesimpulan
Dengan mengetahui dua bentuk didikan yang Allah SWT ajarkan kepada kita, maka
gunakanlah di dalam kita mendidik anak-anak kita. Mendidik anak-anak memerlukan
kesabaran dan sudah pasti kesabaran itu adalah pemberian Allah SWT.
Komunikasilah dengan Allah SWT agar jiwa kita sentiasa diilhamkan dengan
kesabaran dan semangat yang tiada putusnya di dalam mendidik anak-anak.

Saya akan cuba menulis artikel Islamic NLP for parenting yang lain dan saudara
akan dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas betapa pentingnya
mengetahui sikap utama ini. Doakan agar saya diilhamkan oleh Allah SWT dengan
idea-idea penulisan yang dapat memberikan manafaat kepada kita semua.

[note] Saudara juga boleh mengetahui sikap utama selain daripada anak-anak
saudara iaitu pasangan saudara suami/isteri, bos, kawan-kawan, keluarga, pelajar
dan sebagainya.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  37 
 

Formula K(5T)

Saya pernah memberitahu di dalam laman web ini tentang formula K(5T) tetapi tidak
menulisnya dengan jelas. Formula K(5T) perlu kita ingat sentiasa agar kita sentiasa
mempunyai visi yang jelas setiap hari di dalam hidup kita sebagai mukmin.
Kehidupan sebagai mukmin (orang yang beriman) jauh bezanya dengan kehidupan
sekadar muslim (pengikut) apatah lagi sebagai seorang kafir.

Apakah formula K(5T)


Saya merumuskan visi harian yang perlu kita ada di dalam kehidupan seharian kita
di dalam formula K(5T) . 5T bermakna:

T1: Tekad untuk dekat dengan Allah SWT.


T2: Taubat yang sebenar-benarnya.
T3: Tinggalkan semua maksiat dan semua yang dilarang oleh Allah SWT.
T4: Taat pada semua perintah Allah SWT.
T5: Tebarkan kebaikan kepada semua makhluk.

Kekadang di dalam kita cuba untuk mencapai semua kerja di dalam kehidupan
seharian kita, kita tergelincir, terlupa, terpesong dan sebagainya agar segala kerja
yang kita lakukan perlulah dilakukan hanya kerana Allah SWT. Kita jauh daripada 5T
di atas.

Kerja kita membuatkan kita semakin jauh dengan Allah SWT. Kerja kita menambah
lagi dosa. Kerja kita melanggar perintah Allah SWT. Kita tidak taat pada Allah SWT
dan kita lebih banyak melakukan keburukan pada manusia dan makhluk lainnya.

Maka di dalam melakukan 5T, banyakkanlah K=komunikasi dengan Allah,


memohon, berdoa, meminta, mengadu dan segala-galanya hanya pada Allah SWT.

Komunikasi dengan Allah membuatkan kita lebih yakin kebahagiaan hanya datang
daripada Allah. Kita sentiasa sedar bahawa Allah SWT sentiasa berada dekat
dengan kita. Kita sentiasa sedar bahawa segala ketentuan adalah hak Allah SWT.

Dengan komunikasi, kita berasa lapang dada kerana kita meluahkan segala
masalah pada Allah. Kita bersemangat kerana kita yakin segala apa yang berlaku
adalah atas kehendak Allah SWT. Kita lebih pasrah, redha dan berserah kerana kita
tahu takdir baik atau buruk hanyalah pada fikiran kita. Hakikatnya pasti terbaik di sisi
Allah SWT.

Di dalam kita berkomunikasi, kita perlu tahu dan sedar bahawa kita mempunyai visi
harian iaitu 5T. Kita tidak sekadar berkomunikasi sahaja tetapi mestilah memahami
tujuan kita berkomunikasi (5T) agar Allah tuntuni jasad dan rohani kita berada dekat
dengan Allah SWT.

Kita berkomunikasi dengan Allah SWT agar kita sentiasa sedar dan merasai bahawa
segala gerak kerja, usaha, apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasakan dan segala-
galanya datang dari Allah SWT dan kembali kepadaNya.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  38 
 

Semoga kita sentiasa memiliki nilai yang tertinggi di dalam formula K(5T) di atas
setiap hari.

[note] Untuk mereka yang baru membaca Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan, bacalah
artikel jawapan daripada Allah SWT. Juga kepada mereka yang banyak masalah,
bacalah artikel jawapan daripada Allah yang pernah saya tuliskan. Klik sini untuk
artikel tersebut.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  39 
 

Memiliki Kesedaran Tertinggi #3: Latihan 

Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia.

Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana?


Bacalah satu persatu dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya.
Tidak berkesan jika hanya membaca di dalam hati). Sedari bahawa Allah itu sedang
mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan ‘aku’ di dalam doa di bawah
adalah saudara sendiri. InshaAllah, sedikit-sedikit saudara akan berasa dekat
dengan Allah.

ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan
menentangMu dengan selalu mengutamakan usahaku ya Allah. Aku sering
mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku ya Allah. Selalu merungut
sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala
kehendakku ya Allah. Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.

ya Allah…. (pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah
SWT).

Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat
pilihan di dalam kehidupan ini ya Allah. Aku membuat pilihan hanya menggunakan
nafsuku tanpa meminta petunjuk daripadaMu ya Allah. Aku terlupa bahawa setiap
apa yang berlaku adalah datangnya dari diriMu ya Allah.

ya Allah…. (pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah
SWT).

Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di
dalam kejayaan yang aku miliki ini ya Allah. Aku berasakan pencapaian aku pada
hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku ya Allah. Aku berasakan bahawa
kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pada hari ini ya Allah.

ya Allah…. (pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah
SWT).

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku
akan aku padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki
aku untuk hidup lebih baik dan lebih baik.

Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan
aku padamkan dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku
untuk menerima segala ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini
adalah di atas kehendak diriMu ya Allah. Aku tidak berdaya untuk memiliki apa-apa
usaha pun ya Allah.

ya Allah…. (pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah
SWT).

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  40 
 

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan
untuk hidup yang lebih baik. Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih
untuk hidup miskin sedangkan Engkau menyatakan bahawa Tangan di atas lebih
baik daripada tangan di bawah.

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk aku terus bernafas ya Allah. Engkau
menghendaki jantung aku terus berdegup ya Allah. Engkau terus menghendaki mata
aku untuk terus melihat ya Allah. Engkau tetap menghendaki telinga aku untuk terus
mendengar ya Allah. Engkau sentiasa menghendaki mulut aku untuk terus
bercakap, makan dan merasa makanan ya Allah.

ya Allah…. (pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah
SWT).

Engkau menghendaki aku mampu bersolat, Engkau menghendaki agar aku


bersedekah, berzakat, melakukan kebaikan kepada semua orang. Engkau
mengkehendaki aku bekerja, bersahabat, berkongsi ilmu, berkeluarga dan segala-
galanya ya Allah.

Engkau mengkehendaki aku memiliki kereta, rumah, kerja, isteri, anak dan banyak
lagi nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku
mencari ilmuMu sehingga ke tahap yang lebih tinggi ya Allah.

Engkau mengkehendaki untuk aku berkongsi tentang kebesaranMu ya Allah.


Engkau mengkehendaki untuk aku memiliki rasa cinta dan berada dekat dengan
diriMu semakin hari semakin dekat ya Allah. Engkau mengkehendaki aku hidup
penuh dengan ketenangan ya Allah.

ya Allah…. (pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah
SWT).

ya Allah Aku RELA untuk hidup senang ya Allah. Aku RELA untuk hidup dengan
penuh kejayaan ya Allah. Aku RELA mengikuti apa sahaja kehendakMu ya Allah.
Aku PASRAH untuk hidup tenang ya Allah. Aku REDHA untuk terus mencari ilmuMu
ya Allah. Aku redha, pasrah dan rela untuk terus bernafas ya Allah.

Untuk itu ya Allah senangkanlah aku ya Allah, berjayakanlah aku ya Allah dan
baikkanlah hidup aku Ya Allah..amin ya Allah ya rabbbal a’lamin.

Semoga kita tersedar daripada lamunan yang panjang dengan doa di atas. Amin

[note]: Terima kasih ustaz Setiyo Purwanto, Solat Centre Solo, Indonesia yang
banyak menyedarkan diri saya.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  41 
 

Memiliki Kesedaran Tertinggi #4 

Ilmu itu dipelajari, kemudian difahami agar mudah diingati, kemudian dipraktikkan.
Untuk apa? Agar kita dapat merasai lalu mengukuhkan lagi kesedaran hal mutlak
Allah SWT.

Sedar itu perlu dikukuhkan dengan rasa. Rasa sebenar tidak dapat digambarkan
dengan penulisan dan pembacaan semata-mata. Rasa sebenar tidak mampu
dipindahkan daripada seseorang ke seseorang yang lain.

Kerana itu ilmu perlu dipraktikkan dengan cara yang dipelajari dan difahami.

Jika gagal untuk merasai, pelajari lagi, fahamkan lagi lalu praktikkan semula.

Ulangi proses ini. Pasti kita akan sampai kepada kesedaran yang tertinggi.

Inilah proses pembelajaran baik di mana peringkat pun serta apa jua bidang pun.
Sains dan teknologi, sains sosial, pengurusan dan perniagaan, perubatan dan
sebagainya yang mana semua ilmu tersebut termasuk di dalam Agama Islam.

***
Memiliki kesedaran tertinggi tidak mampu tercapai jika sekadar banyak belajar,
banyak berguru, banyak baca kitab, buku dan artikel dalam blog, banyak firman dan
hadith dihafal dan lain-lain seumpamanya.

Memiliki kesedaran tertinggi perlu dipraktikkan. Namun untuk dipraktikkan, perlu


belajar, berguru, baca kitab dan buku dan seumpamanya agar apa yang dipraktikkan
adalah betul dan mengikut jalan yang lurus. Baru ada rasa untuk dinikmati dan
akhirnya sampai ke kemuncak RASA YANG TIADA RASA (benar-benar berada di
alam spiritual yang sangat tenang). Benar-benar semuanya ke Allah SWT.

Jika ilmu dipraktikkan dengan jalan yang lurus (manafaat, tidak dimurkai Allah dan
tidak sesat) maka pasti kita akan lebih rendah diri dan kuat jiwa ke Allah SWT.

Banyak ilmu tetapi tidak dipraktikkan jauh lebih rendah baiknya berbanding orang
yang kurang ilmu tetapi dipraktikkan dengan sepenuhnya sehingga sampai kepada
kesedaran yang tertinggi. Yang terbaik banyak ilmu dan dipraktikkan.

Ilmu apa pun juga, belajarlah sehingga memiliki kepada kesedaran yang tertinggi
kerana semua ilmu adalah AGAMA dan agama yang benar adalah AGAMA ISLAM.
Untuk mengukuhkan kesedaran tertinggi, ilmu mesti dipraktikkan dengan jalan yang
lurus.

***
Bagaimana mereka yang membaca laman web ini semakin hari ada peningkatan
dalam diri mereka untuk dekat kepada Allah? Kerana mereka belajar, mereka faham
dan ingat kemudian mereka praktikkan. Lalu mereka merasai kesannya.

Saudara yang baru membaca artikel di sini juga pasti mampu mencapai kesedaran
yang tertinggi. InshaAllah.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  42 
 

Islamic NLP for Parenting: Melembutkan Hati Anak

Seminggu yang lepas, mak saya berada di rumah saya selama seminggu sebelum
beliau pergi ke rumah kakak saya. Kesempatan yang ada, saya gunakan
sepenuhnya untuk menimba ilmu keibubapaan daripada mak saya. Saya ingin tahu
bagaimana untuk melembutkan hati anak.

Saya mempunyai 10 orang adik beradik (4 lelaki dan 6 perempuan). Saya


merupakan yang bongsu. Saya bertanya kepada mak saya tentang bagaimana mak
dan arwah ayah membesarkan anak-anak beliau.

Dalam keadaan yang kekurangan, beliau mampu menjaga anak-anak dengan baik
dan menjadi orang yang baik-baik. Alhamdulillah semua 10 orang menjadi manusia
yang taat, tidak mempunyai masalah sesama adik beradik, sentiasa mengasihi dan
tolong menolong dan sentiasa mengasihi mak dan arwah ayah.

Mak saya memberikan petua yang tidak pernah diceritakan. Apakah petuanya yang
dirahsiakan selama ini?

Setiap kali menyedia dan memasak makanan untuk keluarga, mak akan membaca
“Ya Rahman, Ya Rahim” ketika memasak dan menyuap makanan ke dalam mulut
anak-anak beliau.

Mak menambah lagi, ketika menyedia dan menyuap makanan itu, beliau hanya ingat
“hanya Engkau ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang mampu
memberikan anak aku kenyang dan sihat. Terima kasih Allah kerana memberikan
rezeki kepada anak-anak aku“. Itulah kata-kata mak di dalam hati ketika
menyuapkan anak-anak mak makan. Rupanya mak terlebih dahulu mengamalkan
“terima kasih Allah SWT” sejak dulu lagi.

Mak kata lagi, mak juga beri kucing dan ayam mak makan dengan menyebut “Ya
Rahman, Ya Rahim“. Kucing-kucing dan ayam-ayam peliharaan mak semuanya
jinak-jinak dan tidak menyusahkan tuan rumah (mak).

Wah! sungguh menarik rahsia yang mak berikan kepada saya.

Benarlah, selalunya orang-orang yang memiliki kesedaran tertinggi ini hidup mereka
tenang. Patutlah arwah ayah dan mak, walaupun mereka susah namun mereka
mampu membesarkan 10 orang anak-anak penuh dengan ketenangan. Tidak
merungut, tidak mengeluh dan sentiasa rajin berusaha dan beribadat kerana mereka
yakin benar segala-galanya adalah ketentuan Ilahi dan doa dengan sabar serta solat
mampu mengubah takdir kehidupan.

Terima kasih Allah. Terima kasih mak. Al-fatihah untuk arwah ayah.

***
Apa kata selain daripada anak-anak kita, kita cuba kepada suami atau isteri pula
untuk melembutkan hati mereka. Sesekali suapkan mereka makan sambil
menyebut di dalam hati “Ya Rahman, Ya Rahim“.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  43 
 

Jangan lupa juga ketika menyediakan makanan samada memasak, menghidang


makanan atau juga membancuh air. InshaAllah lembut hati suami atau isteri. Maka
ketika suami meminta isteri membancuh air, janganlah merungut. Inilah peluang
terbaik untuk melembutkan hati suami :D.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  44 
 

Siapakah Sebenarnya “Aku”? 

Kita tidak pernah cuba bertanya ketika kita berkata…


ini diri aku, tangan aku, mulut aku, hidung aku, kehidupanku, rasaku, cintaku,
kebahagiaanku, kesedihanku, kesusahanku, rumah aku, kereta aku, anak-anak aku,
kerja aku, duit aku dan sebagainya,

KITA TIDAK PERNAH BERTANYA……


SIAPAKAH YANG DIKATAKAN “AKU” ITU?

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  45 
 

Berlatih Segalanya Hanya Daripada Allah SWT 

[note] Tahu dan sedar merupakan dua perkara yang sangat berbeza. “Tahu” tidak
sampai ke jiwa tetapi “Sedar” sampai kejiwa dan menjiwainya dengan sepenuhnya.

Sedarkah kita sesungguhnya nikmat setiap suapan ketika makan berbeza


nikmatnya? Kita tidak akan dapat mengecepi perbezaan nikmat setiap suapan ketika
makan jika kita makan sambil bersembang atau juga asyik ligat memikirkan tentang
kehidupan kita ini.

Begitu juga dengan nikmat melakukan kerja dan segala aktiviti harian kita. Allah
SWT memberikan kita sangat terperinci nikmat-nikmatNya yang jarang kita rasakan
kerana sibuk dan asyik dengan fikiran yang memikirkan pelbagai hal kerja dan
kehidupan.

Mulai pada saat ini, marilah sama-sama kita berlatih sedar segalanya hanya
daripada Allah SWT di dalam melakukan segala aktiviti.

Ketika kita makan, sedarlah bahawa yang memberikan kita makan dan kenyang
adalah Allah SWT. Tidak hanya sekadar ‘tahu’ makanan yang kita makan itu sedap
dan mengenyangkan sahaja tetapi hubungkan terus jiwa kita dengan Allah SWT
dengan penuh kesedaran. Allah yang memberikan kita nikmat sedap dan kenyang.

Walaupun orang lain makan makanan yang sama seperti kita makan, belum tentu
mereka juga akan memiliki nikmat sedap dan kenyang kecuali dengan izin Allah
SWT.

Setiap nikmat yang kita perolehi dalam setiap suapan merupakan Maha Hebatnya
Allah SWT di dalam memberikan nikmat kepada kita sehingga sebegitu rupa
hebatnya. Ketika makan, jiwailah setiap suapan dan hubungkan terus jiwa dengan
Allah SWT dengan mengucapkan “Terima kasih Allah SWT” apabila merasai setiap
nikmat suapan.

Ketika kita melakukan kerja, sedarlah bahawa yang menggerakkan segala kerja
adalah Allah SWT. Bukan sekadar kita hanya ‘tahu’ kita banyak kerja tetapi terus
sambungkan jiwa kita dengan Allah SWT bahawa yang memberikan kerja yang
banyak adalah Allah SWT.

Sedarlah bahawa yang menjayakan atau menggagalkan kerja kita adalah Allah
SWT. Latihlah diri kita untuk sedar segalanya hanya Allah. Sebutkan selalu “Terima
kasih Allah SWT” kerana memberikan kita kerja yang baik, rezeki yang halal.
Ucapkan “Terima kasih Allah SWT” di kala kita menyelesaikan kerja kita, menerima
ilmu baru dan sebagainya walaupun kecil.

Apabila kita berlatih dan sedar setiap masa segala kerja adalah di bawah
penguasaan Allah SWT, maka kita tidak akan kelam kabut dengan kerja kita yang
banyak setiap hari. Kita melakukan dengan tenang. Dengan penuh berserah, pasrah
dan redha. Ingatlah bahawa di dalam Islam, berserah, pasrah dan redha merupakan
aktiviti yang aktif.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  46 
 

Ketika kita belajar, sedarlah bahawa yang memberi kita kefahaman serta yang
memahamkan kita adalah Allah SWT. Ikatkan hubungan jiwa kita dengan Allah SWT
sepanjang masa ketika belajar.

Berlatihlah agar kita sedar bahawa kita tidak mampu menjadi bijak dan pandai jika
tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoalah pada Allah SWT agar kita sentiasa
diilhamkan dengan Taqwa dan dijauhkan diri kita dengan ilham fujur.

Ingat Allah ketika belajar bukan hanya sekadar membaca doa penerang hati di awal
dan sesudah pembelajaran tetapi seharusnya hati ini mesti terus bertaut sedar
segalanya hanya Allah SWT sepanjang masa pembelajaran. Sedar akan Maha
Hebat dan Maha Tinggi ilmu Allah SWT.

Berlatihlah untuk menyedari dan merasai sebenar-benarnya segala-galanya hanya


Allah SWT yang Maha Menentukan, Maha Pemberi, Maha Penguasa dan apa
sahaja yang ada di langit dan dibumi serta di antaranya tunduk dan patuh kepada
Allah SWT samada suka atau pun terpaksa.

Berlatihlah dengan berkomunikasi dengan Allah SWT agar jiwa ini sentiasa
berhubungan dengan Allah SWT.

Berkomunikasilah dengan Allah SWT–>

Ketika makan:
“Ya Allah terima kasih Allah sebab kasi aku masih dapat lagi rasa lauk ikan ni
dengan rasa yang sedap. Sedap betul makan nasi dengan lauk ikan ni. Terima
kasih Allah sebab kasi aku rezeki halal.”

“Aku nak suap nasi dengan ikan dan sayur ni pula ya Allah. Hmmmm sedapnya ya
Allah. Terima kasih ya Allah kerana masih beri rasa nikmat sedap dalam suapan aku
ni ya Allah. Terima kasih”.

Ketika melakukan kerja:


“Ya Allah banyaknya kerja aku ni ya Allah. Bantu aku untuk menyelesaikan satu
persatu ye ya Allah. Kasi aku jalan yang mudah untuk selesaikannya ya Allah. Kasi
aku seronok dan semangat lakukan ye ya Allah.”

“Oh laporan ni aku kena siapkan petang ni ya Allah. Ish! sistem ni pun aku kena
siapkan hari ni juga ni ya Allah. Adusss mana satu nak buat dulu ni ya Allah. Ya
Allah kasilah idea kat aku ni ya Allah. Mana satu dulu nak buat ni ya Allah. Aku nak
buat sistem ni dululah ya Allah. Nanti petang ni lepas makan, aku buat laporan tu.
Laporan tu tak banyak pun. Bantu aku ye ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih”.

“Oh macam ni rupanya nak buat sistem ni ye ya Allah. Barulah aku tahu ya Allah.
Terima kasih ya Allah sebab kasi aku tahu. Terima kasih sangat-sangat ya Allah.
Hebatnya Engkau ya Allah. Sampai komplek macam ni sistem Engkau jadikan ya
Allah. Maha Besar Engkau ya Allah. Maha Besar.”

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  47 
 

Ketika belajar:
“Ya Allah, fahamkanlah aku apa yang pensyarah ajarkan di depan sana ya Allah. Oh
baru aku tahu apa maknanya “close loop integration” ni ya Allah. Hebatnya ilmuMu
ya Allah. Oh…cross product dan dot product tu beza rupanya ya Allah. Ya Allah
bodohnya aku ya Allah. Selama ni aku ingat sama. Terima kasih Allah sebab beri
aku faham dan ilmu. Terima kasih sebab keluarkan aku dari kebodohan. Terima
kasih Allah, terima kasih.”

Kesedaran yang kita miliki tidak mampu dipelajari dengan meniru perilaku orang lain,
kerana di dalam diri kita ada hakikat agama yang fitrah dan suci sesuai dengan
tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

Kita akan merasakan betapa indahnya iman yang menggetarkan Qalbu. Bukan
keimanan yang digagaskan oleh fikiran. Akan tetapi dari jiwa dan hati nurani yang
bersih. Kita akan benar-benar mampu untuk mengikat hubungan dengan Allah SWT
setiap saat, mengadu segala hal, mengagungkan Allah dan sebagainya.

Semoga Allah terus menuntun kita agar memiliki kesedaran yang tertinggi iaitu sedar
SEGALANYA HANYA DARIPADA ALLAH SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  48 
 

Bermasalah Dalam Hidup Itu Mulia 

Bermasalah dalam hidup itu mulia.


Berhutang itu Mulia.
Terdesak itu Mulia.
Terhimpit itu Mulia.
Tertekan itu Mulia.
Sakit itu Mulia.

Mari fikirkannya dengan kesedaran yang tertinggi…..

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  49 
 

Bahagia Itu Pilihan 

Jika kita tidak bahagia, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia. Jika kita
malas, sebenarnya kita yang memilih untuk malas. Jika kita tidak kaya, sebenarnya
kita yang memilih untuk tidak kaya. Jika kita tidak pandai, sebenarnya kita yang
memilih untuk tidak pandai. Jika kita banyak masalah, sebenarnya kita yang memilih
untuk banyak masalah.

Mahu bahagia atau tidak adalah pilihan. Yang penting itu harus memiliki kesedaran
yang tertinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah SWT. Full
stop.

Maka terpulang kepada kita samada mahu pilih bahagia atau tidak di dalam
membuat pilihan. Jika mahu bahagia, mudah saja, sentiasa memastikan diri berada
dekat dengan Allah SWT. Ingat dan berserah pada Allah SWT sahaja. Tidak perlu
yang lain awalnya kerana yang lain PASTI akan menyusul apabila jiwa ini ingat dan
berserah pada Allah SWT. Jadinya nanti tidak ada paksaan di dalam beribadah.

Ibadah yang menyusul itu dilakukan kerana benar-benar ikhlas kerana diilhamkan
Allah SWT dengan Taqwa terus masuk ke dalam jiwa. Allah menggerakkan segala-
galanya.

Yang berbezanya, kita beribadah tapi lupa dan tidak berserah pada Allah. Lalu
ibadah yang kita lakukan adalah kerana selain daripada Allah SWT. Kita beribadah
kerana kita ingat untuk jadi kaya, kerana ingat hidup kita yang tertekan dan lain-
lain.

SALAH? Tidak salah tetapi jika kita ingat dan berserah pada Allah SWT terlebih
dahulu, semua itu akan menyusul. Allah pasti menggerakkan kita untuk beribadah.
Ibadah kita khusyuk. Pasti kualitinya tinggi sekali. Lalu pasti apa yang kita mohon
diperkenankan. Ingin jadi kaya, ingin hidup tenang dan lain-lain, tidak menjadi
masalah lagi.

Yang perlu diingat adalah Allah yang memberikan kekayaan, Allah yang
memberikan kita hidup tenang, Allah yang memberikan segala-galanya. Inilah
kesedaran yang tertinggi.

Apabila kita bekerja dengan khusyuk, kekayaan akan datang. Bila kita hidup dengan
jiwa yang positif, ketenangan pasti hadir. Kerana hidup kita adalah kehidupan yang
diserahkan kepada Allah SWT.

Kita berserah dan pasrah untuk dinafaskan. Berserah dan pasrah untuk mengangkat
kaki dan tangan untuk bekerja. Berserah dan pasrah untuk berfikir. Berserah dan
pasrah segalanya mengikut kehendak Allah SWT.

Berserah dan pasrah itu bukan “ambil mudah”. Jika ambil mudah, bimbang kita tidak
mahu bernafas sedangkan kita perlu bernafas.

Ingat dan berserah pada Allah SWT menanamkan rasa cinta pada Allah SWT.
Ibadah yang dilakukan hasil gerakan yang digerakkan Allah SWT pasti ibadah yang

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  50 
 

bercahayakan keikhlasan. Kualitinya sangat tinggi. Ia pasti menjadi ibadah yang


terbaik di sisi Allah SWT kerana dilakukan mengikut kehendak Allah SWT.

Ingat dan berserah sahaja pada Allah. Untuk mudah mengingati dan berserah pada
Allah, komunikasilah dengan Allah SWT.

Maka, terpulang samada ingin bahagia atau tidak. Ia pilihan kita. Walaupun
kebahagiaan itu milik Allah dan hak Allah untuk menentukan kita bahagia atau tidak,
namun sebagai hambaNya, kita hanya mampu melakukan tuntutan (yang dijelaskan
oleh Al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Tuntutan itu
adalah ingat dan berserah pada Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  51 
 

Memiliki Kesedaran Tertinggi: Rasa Yang Tiada Rasa 

Artikel ini adalah artikel yang ke-100 Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan.

Semasa belajar saya diterangkan oleh guru saya, keadaan kesedaran tertinggi itu
adalah keadaan rasa yang tiada rasa. Aduh! Cukup sukar untuk memahami rasa
yang tiada rasa ini. Bila ditanya, jawapan yang diberi adalah, rasa yang tiada rasa
bukan untuk difahami dengan memikirkannya. Rasa yang tiada rasa perlu dialami
dahulu dan barulah faham sebenarnya maksud rasa yang tiada rasa ini.

Lama. Memang lama untuk mendapat rasa yang tiada rasa. Berlatih setiap hari
barulah mampu memiliki rasa yang tiada rasa. Kekadang ia kuat kekadang ia lemah.

Apabila kita disedarkan tentang kebesaran Allah SWT, kita berasa diri kita tiada apa-
apa. Kita sedih, kita menyesal, kita ketakutan dengan dosa, kita rasa diri kita tidak
layak untuk syurga Allah SWT lalu kita rasa kita takut membuat kesalahan kepada
Allah SWT lagi.

Adakah kita sudah memiliki kesedaran yang tertinggi di mana kita mula mengalami
rasa sedih, rasa bersalah, rasa gembira, rasa bersyukur, rasa diri kita tiada apa-apa
dan sebagainya? TIDAK. Kita masih berada di wilayah rasa yang masih berasa. Kita
berasa sedih. Kita berasa takut. Kita berasa menyesal. Kita berasa bersalah.
Pelbagai rasa menyelubungi diri kita.

Segala rasa yang kita rasa tersimpan di dalam fikiran kita. Maka ia belum sampai ke
wilayah kerohanian. Roh kita telah wujud sebelum jasad ini dijadikan Allah SWT.
Fikiran kita dijana oleh otak kita yang wujud bersama wujudnya jasad kita. Maka
rasa yang ada wujud ketika otak dan jasad ini wujud dan berkembang hingga ke hari
ini di mana otak dan jasad wujud selepas wujudnya roh.

Yang kita inginkan adalah akses ke wilayah kerohanian (spiritual). Roh kita dijadikan
oleh Allah SWT untuk sentiasa ingin berada dekat dengan Allah SWT. Tidak kira
siapa kita samada mukmin atau musyrikin. Roh kita pernah menyatakan tanpa ragu-
ragu bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT di alam malakut lagi iaitu sebelum
ditiupkan ke dalam jasad.

Apabila kita mampu akses ke wilayah kerohanian ini, kita akan memiliki kesedaran
yang tertinggi. Kita akan mengalami rasa yang tiada rasa. Kita dikatakan mengalami
keadaan Super Sedar.

Merasai sesuatu rasa setelah melihat video tentang kebesaran Allah, mendengar
muzik atau lagu nasyid yang memberikan kita rasa diri kita yang tiada apa-apa ini
masih berada di wilayah rasa.

Apakah rasa yang tiada rasa?


Ketika kita mengalami rasa yang tiada rasa, kita berada di atas wilayah rasa.
Hentakan emosi kesedihan yang kuat samada dari dalam dan luar menyebabkan diri
kita tertekan. Jika kita berada di wilayah rasa, kita akan menderita. Jika rasa itu rasa
yang gembira, kita mudah lupa diri akibat diasyikkan dengan kegembiraan tadi.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  52 
 

Keadaan di atas rasa adalah keadaan rasa yang tak berasa. Ketika kita sedih, kita
tidak berasa sedih tetapi kita sedar yang diri kita sedih. Hentakan emosi sedih yang
kuat tidak mempengaruhi kita tetapi kita sedar yang kita mengalami hentakan dan
goncangan kesedihan tersebut.

Ketika kita gembira, kita tidak rasa gembira (bukan bermakna kita sedih) tetapi kita
sedar yang kita sedang bergembira. Maka kita tidak lupa diri ketika gembira.

Itulah dikatakan kesedaran yang tertinggi. Mereka yang memilikinya akan lebih
mudah mengatasi dan mengawal rasa tersebut berbanding mereka yang terlibat di
dalam emosi sedih atau gembira itu.

Contoh yang lain adalah ketika kita rasa tiada siapa yang menghargai diri kita.
Ketika kita berada di kesedaran yang tertinggi, rasa tiada siapa yang menghargai
tersebut sedikit pun tidak memberikan kesan kepada kita namun kita tetap sedar
yang kita sedang mengalaminya iaitu sedar tidak dihargai. Lalu dengan cepat kita
mampu merubah diri kita menjadi orang yang dihargai.

Ketika kita berada di kesedaran tertinggi, kita tidak dipengaruhi oleh keadaan dari
sekeliling dan juga dari dalam diri kita. Kita tidak dipengaruhi oleh ruang dan waktu.
Kita tidak dipengaruhi dengan apa yang berlaku pada kita samada sedih atau
gembira atau apa sahaja. Yang pasti kita sentiasa tenang. Kita sentiasa berada di
atas rasa.

Memiliki kesedaran tertinggi hanya mampu dimiliki apabila jiwa kita berserah kepada
Allah SWT. Kita berada dekat dengan Allah SWT dengan penuh kecintaan
kepadaNya. Kita tidak mungkin memiliki kesedaran tertinggi jika kita tidak mampu
mengingati Allah SWT setiap saat.

Cara yang termudah untuk mengingati Allah SWT adalah sentiasa berkomunikasi
dengan Allah SWT. Tukar sahaja semua mind chat (bercakap dengan diri sendiri)
kepada berkomunikasi dengan Allah SWT. Ia perlu dilatih.

Semoga setiap hari kita sentiasa berada dekat dengan Allah SWT agar kita memiliki
kesedaran yang tertinggi.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  53 
 

Isra’ Dan Mikraj: 2 Pengajaran Penting 

Hari ini kita mengungkap kembali peristiwa besar umat Islam yang memberikan
banyak pengajaran dan juga banyak kesankan kepada kita iaitu Isra’ dan Mikraj.
Sejak kecil kita mendengar tentang peristiwa besar ini dan sudah pasti kita telah
tahu peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya.

Hari ini saya ingin mengupas dua pengajaran penting yang seharusnya diutamakan
di dalam mengambil pengajaran daripada peristiwa Isra’ dan mikraj ini.

Pengajaran Pertama
Isra’ dan mikraj berlaku selepas kewafatan Siti Khadijah isteri kesayangan
Rasulullah dan kewafatan bapa saudara Rasulullah iaitu Abu Talib. Kerana sedih
dengan kewafatan kedua-dua orang yang disayangi, Baginda Rasulullah berhijrah
ke Thaif tetapi Allah telah menentukan bahawa Baginda tidak diterima di Thaif.

Selepas peristiwa ini, Allah SWT telah mengIsra’ dan mikraj Rasulullah
mengadapNya.

Secara ringkas pengajaran yang kita boleh ambil di sini adalah, Rasulullah sangat
sedih dengan kewafatan orang yang disayanginya sehingga kesedihannya
berlarutan berhari-hari. Kemudian ditimpa lagi dengan kesedihan kerana tidak
diterima di Thaif.

Kesedihan ini adalah hal dunia. Rasulullah sedih kerana hal dunia. Allah SWT
mengubat kesedihan Rasulullah dengan mengIsra’ dan mikraj Rasulullah terus
mengadap Allah SWT dan ternyata Rasulullah dapat menghilangkan rasa sedih
baginda. Ini dapat menyedarkan kita, umat Islam bahawa Allah SWT adalah segala-
galanya.

Kesedihan yang kita alami kebanyakannya adalah hal dunia dan ia hanya dapat
dipulihkan dengan Isra’ dan mikraj. Apakah Isra’ dan mikraj kita pada hari ini? Iaitu
doa dengan sabar dan solat.

Kita berserah pada Allah SWT, kita berdoa dan bersolat. Mendirikan solat
merupakan satu Isra’ kita mengerjakannya dan jiwa kita Mikraj kepada Allah SWT.

Malangnya kita pada hari ini tidak melakukan Isra’ dan mikraj ini. Kita hanya
mendengar peristiwa Isra’ dan mikraj hanya berlaku pada Rasulullah. Namun diri kita
jarang mendapat Isra’ dan mikraj sedangkan di dalam peristiwa Isra’ dan mikraj
Rasulullah, Allah bukan sekadar mengfardhukan Solat itu hanya sekadar nama Solat
yang perlu dijalan 5 waktu sehari semalam. Tetapi Allah SWT memberikan juga Isra’
dan mikraj kepada kita.

Ketika solat, adakah wudhuk kita sempurna? Tukmaninah kita sempurna? Bacaan
kita sempurna dan sebagainya. Jika ia belum sempurna, maka Isra’ kita belum
sempurna.

Kemudian, ketika kita mendirikan solat, adakah kita benar-benar bermikraj kepada
Allah SWT? Sejauh mana fikiran dan jiwa kita kekal berhubung dengan Allah SWT

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  54 
 

ketika solat? Atau jiwa kita melayang entah ke mana. Jiwa kita perlu mikraj kepada
Allah SWT dengan berserah, redha dan pasrah. Jika ini tidak dicapai, jiwa kita tidak
kuat untuk mengharungi pelbagai halangan dan dugaan.

Peristiwa Isra’ dan mikraj bukan sahaja Rasulullah mengalaminya. Ia juga untuk
semua umat Islam untuk mengalamimya. Namun pengalaman mengalaminya sudah
tentu istimewa untuk Rasulullah di mana Rasulullah berIsra’ dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa dan kemudian bermikraj mengadap Allah SWT. Manakala kita berIsra’
dengan gerakan solat yang betul disamping jiwa kita mikraj kepada Allah SWT.

Pengajaran Kedua
Isra’ dan mikraj berlaku pada tahun ke sebelas (11) kerasulan Rasulullah. Ini
bermakna, sebelum Isra’ dan mikraj ini, umat islam mengambil masa 10 tahun untuk
menguatkan jiwa mereka. Mereka dikukuhkan kepercayaan dan keimanan mereka
pada Allah SWT dan Rasulullah.

Perkara yang diingati ramai daripada peristiwa Isra’ dan mikraj adalah tentang
kewajipan solat 5 waktu sehari semalam. Rasulullah menasihati kita umat islam agar
menyuruh anak-anak kita mendirikan solat ketika umur 7 tahun dan rotan mereka
jika tidak mendirikan solat ketika umur 10 tahun.

7 tahun kerana ketika ini, seorang kanak-kanak sudah memahami dengan sebaiknya
tentang baik dan buruk. Jiwa mereka mampu beriman dengan sebenar-benarnya.
Bukan iman ikut-ikutan. Kerana itu Rasulullah meminta umat Islam untuk menyuruh
kanak-kanak berumur 7 tahun mendirikan solat.

Kemudian 10 tahun adalah cukup untuk memantapkan jiwa mereka. Jika ibu bapa
mendidik mereka sejak kecil dengan menguatkan jiwa mereka, mengajar mereka
agar mereka sedar bahawa setiap apa yang mereka lakukan sentiasa diperhatikan
oleh Allah SWT Yang Maha Melihat, dan menanamkan keyakinan dan kepercayaan
kepada Allah SWT dan Rasulullah, pastinya tidak mempunyai masalah untuk
mendirikan solat ketika umur 10 tahun.

Kesimpulan
Dua pengajaran yang saya bawakan daripada peristiwa Isra’ dan mikraj adalah
berkenaan dengan soal jiwa. Keyakinan bahawa kebahagian adalah datangnya dari
jiwa yang sejahtera dan HANYA ALLAH SWT yang dapat memberikan
kesejahteraan itu.

Kemantapan jiwa perlu dilakukan sejak kecil lagi. Disamping diri kita, kita
seharusnya mendidik anak-anak kita untuk memantapkan jiwa agar mencapai
kepada kesedaran yang tertinggi. Jiwa yang positif akan dapat menyelesaikan
semua masalah yang ada kerana kita benar-benar pasrah, redha, berserah kepada
Allah SWT.

Pengajaran Isra’ dan mikraj bukan sekadar peristiwa-peristiwa di dalamnya sahaja


tetapi berlakunya peristiwa itu sendiri juga menguji tahap keyakinan jiwa umat islam
terhadap kesahihan berlakunya peristiwa itu. Ia adalah hal jiwa dan hati.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  55 
 

Semoga kita memiliki jiwa yang positif di dalam kita menjalani hidup berTuhan iaitu
meyakini TIADA Tuhan MELAINKAN ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW
adalah Rasulullah.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  56 
 

Jalan Kehidupan Sendiri 

Setiap daripada kita telah ditentukan jalan kehidupan kita sendiri. Kita tidak boleh
meniru jalan kejayaan yang sama dengan orang lain untuk berjaya. Jika jalannya
sama, ia kerana telah ditentukan begitu. Bukan kerana kita mengikut langkah orang
yang berjaya itu.

Maka jangan tertekan jiwa dan fikiran sekiranya kita tidak berjaya seperti orang lain
yang berjaya sedangkan kita mengikut langkah-langkah yang sama seperti apa yang
dilakukan orang yang berjaya itu.

Yang penting kita mengutamakan Allah SWT. Jika kita berjaya setelah mengikut
langkah orang lain yang berjaya maka ia adalah kerana ketentuan Allah SWT.
Langkah orang lain itu tidak menentukan samada berjaya atau tidak. Mungkin jika
orang lain yang mengikutnya, orang itu tidak akan berjaya seperti saudara yang
mengikutinya.

Hidup kita ini ada jalannya sendiri. Tetapi kita dituntun dengan Al-Quran dan Sunnah
agar kita tidak keluar dari lingkungan agama. Yang penting, tanyalah Allah SWT
jalan-jalan kejayaan kita. Biarlah kita dituntun dengan jalan-jalan kejayaan itu. Kita
pasrah, redha dan berserah untuk dijadikan orang yang berjaya. Tetapi ingat,
pasrah, redha dan berserah bukannya pasif.

***
Saya dijemput untuk hadir ke ceramah motivasi adik Nik Nurmadihah di Putrajaya
hujung minggu ini. Satu perkara yang menarik perhatian saya bukanlah kerana cara
beliau belajar tetapi kepasrahan, redha dan penyerahan secara total beliau kepada
Allah SWT. Dengan penyerahan secara total (total surrender) kepada Allah SWT,
Allah SWT menuntun beliau dengan jalan-jalan kejayaan.

Didiklah anak-anak kita agar berserah dengan sebenar-benarnya kepada Allah


SWT. Ajar mereka BERKOMUNIKASI dengan Allah SWT.

Jika mereka malas solat, didik mereka agar beritahu Allah SWT bahawa mereka
malas solat. Jika mereka malas belajar beritahu Allah yang mereka malas belajar.
Tidak perlu menadah tangan ketika beritahu Allah. Ketika bermain pun tidak
mengapa.

“Ya Allah, kakak malas solat ya Allah. Nanti kalau kakak rajin, kakak solat ye ya
Allah”

“Ya Allah, along rasa malas nak belajarlah ya Allah. Kalau rajin nanti, along
belajarlah ye ya Allah”

“Ya Allah, angah benci tengok along. Angah rasa nak tumbuk je along ya Allah.
Geramnya angah ni ya Allah”

“Ya Allah mak tu bising jelah suruh belajar. Achik nak main ni kejap je ye ya Allah.
Nanti achik belajar lah”

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  57 
 

Alhamdulillah, saya mengambil masa 3 bulan mengajar anak saya yang kecil. Nur
Durrotun Nasihah baru berumur 2 tahun 11 bulan. Beliau masih tidak mampu berfikir
seperti anak-anak umur 7 tahun ke atas untuk berkata-kata seperti di atas. Tetapi
setiap kali beliau dapat susu, dapat apa saja, beliau akan berkata “terima kasih
Allah”.

Selalu saya mendengar ketika beliau bermain, beliau berzikir “Subhanallah,


Alhamdulillah……..”. Ini bermakna anak-anak boleh diajar perlahan-lahan untuk
menguatkan jiwa mereka. Biar mereka bergantung hanya kepada Allah SWT dengan
mengadu kepada Allah SWT.

Kuatkan jiwa kita dan anak-anak dengan hanya bergantung kepada Allah SWT,
pasti yang lain menjadi mudah.

***
Setiap pagi apabila bangun tidur, saya berdoa secara ringkas:

“Ya Allah, Tuhan sekelian alam. Tuhan yang Maha Besar rahmatNya. Ya Allah,
dengan kemahiran yang aku ada ya Allah, aku memohon agar Engkau tunjukkan
aku jalan-jalan kejayaan pada hari ini ya Allah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih.
Amin”

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  58 
 

Buatlah Kebaikan, Kebaikan Akan Datang 

“Apabila kita berusaha untuk menyedarkan


orang ramai betapa perlunya kita kembali
kepada Allah, pasti kita akan diduga dengan
pelbagai perkara. Bersedialah dengan dugaan
dan ujian tersebut kerana ia pasti datang”

Suatu petang (beberapa bulan lepas) saya ke bilik pensyarah senior yang juga
merupakan salah seorang guru yang banyak mengajar saya tentang jiwa positif ini.
Beliau memberi nasihat kepada saya:

Di dalam kita berdakwah, mengajak kawan-kawan kita agar dekat dengan Allah
SWT dengan sebenar-benarnya, kita pasti tidak disukai syaitan. Kita PASTI akan
diuji oleh Allah SWT dengan mengizinkan syaitan yang sentiasa tidak senang
dengan kita yang berusaha di dalam menyedarkan kawan-kawan tentang jiwa positif
dan hidup berTuhan yang sebenarnya ini.

Hati kawan-kawan juga diuji dengan perasaan-perasaan yang kurang baik terhadap
diri kita.

Pensyarah senior itu menambah lagi, ketika itu, kembalilah kepada Allah SWT. Pasti
jiwa kita akan kuat dan terus bersemangat.

Nasihat yang diberi di suatu petang dahulu benar-benar berguna buat saya pada
petang ini. Semoga Allah SWT menuntun saya ke jalan yang terbaik di sisiNya.
Amin.

[noted] Semoga kisah ini sedikit sebanyak bermanafaat buat saudara.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  59 
 

Jiwa Dan Wang

“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,


nescaya Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(QS: al-Talaq:23)

Di sebuah tasik yang besar ada 2 orang pemancing yang paling hebat antara
ratusan pemancing yang ada. Pemancing A dan pemancing B. Ilmu memancing
mereka tidak mampu ditandingi. Setiap kali memancing, pasti banyak ekor ikan yang
mereka perolehi.

Disebabkan kehebatan memancing mereka, lalu sekumpulan pemancing lain ingin


belajar memancing daripada mereka berdua.

Pemancing A berkata, “Jika saudara semua ingin belajar memancing dengan saya,
saudara semua perlu membayar saya yuran kursus memancing sebanyak RM400
seorang.”

“Wah! mahalnya. Kenapa terlalu mahal? Kami juga mencari rezeki dengan
memancing dan hasil yang kami perolehi tidak sehebat tuan,” kata sekumpulan
pemancing.

“Jika saya berikannya secara murah atau percuma, kamu pasti tidak akan
menghargai ilmu saya. Juga, jika saya berikan ilmu saya kepada kamu semua, kamu
pasti akan pandai memancing. Jadi bagaimana saya mahu memperolehi rezeki yang
banyak lagi jika kamu sudah pandai memancing. Kamu akan mengganggu hasil
tangkapan saya“.

Sekumpulan pemancing itu berbincang sesama sendiri. Mereka mengambil


keputusan tidak mahu belajar dengan pemancing A. Mereka bertemu pula dengan
pemancing B.

“Salam sejahtera saudara semua. Seperti ada hajat baik datang berjumpa dengan
saya, ” Sambut pemancing B.

“Kami berhajat untuk belajar memancing dengan tuan. Kami dapat tahu tuan
pemancing yang hebat,” kata orang sekumpulan pemancing itu.

“Saya tidaklah hebat. Tuan boleh belajar memancing dengan saya,” pemancing B
sudi mengajar sekumpulan pemancing memancing dengan cara yang betul.

“Boleh kami tahu berapa yurannya?” tanya sekumpulan pemancing.

“Tiada yuran, tetapi ada dua syaratnya. Pertama, saya tidak mempunyai wang untuk
menyediakan umpan dan juga peralatan memancing. Jadi tuan-tuan perlu sediakan
atau boleh berikan saya sedikit wang untuk saya cari umpan yang terbaik. Kedua,
Jika tuan-tuan pergi memancing, jangan lupa menjemput saya. Tidaklah bosan saya
memancing sorang-sorang,” kata pemancing B.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  60 
 

“Baiklah, kami setuju,” sahut sekumpulan pemancing dengan gembira.

Mereka belajar memancing dari sehari ke sehari sehingga mahir. Kini, setiap kali
memancing, pasti sekumpulan pemancing tadi mendapat banyak ikan. Apabila
mereka mendapat ikan yang banyak, mereka akan berikan kepada pemancing B
beberapa ekor ikan hasil tangkapan mereka sebagai hadiah tanda penghargaan ilmu
yang telah diberikan kepada mereka.

Apabila pemancing lain mengetahui hal ini, lebih ramai yang ingin belajar daripada
pemancing B. Apabila mereka mahir, mereka menghadiahkan dengan pelbagai
bentuk hadiah tanda penghargaan. Hadiah atau pemberian mereka tidak pernah
putus apabila mereka mendapat tangkapan ikan yang banyak. Ada yang beri dalam
bentuk wang dan ada juga memberikan ikan hasil tangkapan mereka kepada
pemancing B.

Pemancing B juga mendapat ramai kawan. Kehidupan pemancing B semakin


bahagia dan tenang.

Pemancing B ikhlas membantu tanpa mengharapkan malah tidak pernah terfikir


tentang balasan yang diterimanya. Tetapi Allah SWT memberikan rezeki dari arah
yang tidak disangka-sangka.

***

Yakinlah pada Allah SWT bahawa rezeki pasti ada untuk mereka yang sentiasa
ingat Allah SWT. Menjadi masalah utama apabila kita terlalu bimbang dengan rezeki
yang ada sedangkan urusan rezeki adalah urusan Allah SWT.

Kita memerlukan rezeki, memerlukan wang dan sebagainya tetapi keyakinan di


dalam memperolehinya sentiasa rendah. Kita tidak yakin dengan melakukan kerja
dengan ikhlas, kita akan pasti akan memperolehi rezeki. Kita biasanya ingin lihat
rezeki dahulu barulah mahu melakukan kerja.

Yakinlah rezeki pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka setelah kita
melakukan sesuatu dengan ikhlas. Yang lebih menggembirakan, dengan keikhlasan,
kita akan lebih tenang dan gembira kerana pasti ramai yang sudi berkawan dan
menuntut ilmu dengan kita.

Bagaimana untuk ikhlas? Komunikasilah dengan Allah memohon ikhlaskan jiwa kita.

“Ya Allah, aku rasa tak ikhlas nak buat kerja ni ya Allah. Tapi ya Allah, Engkau
meminta untuk aku ikhlas ya Allah. Ya Allah, Engkau ikhlaskanlah jiwa aku ni ya
Allah. Bantu aku ya Allah. Janganlah aku ni fikir duit saja ya Allah di dalam
melakukan pekerjaan ya Allah. Aku yakin Engkau akan beri rezeki pada aku. Ya
Allah, ikhlaskan aku ye ya Allah. Terima kasih ya Allah, Terima kasih.”

Semoga cerita tersebut dikenang sentiasa.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  61 
 

Pasrah dan Berserah Itu Meyakinkan. 

Saya telah sarankan agar kita berdoa mengikut format doa solat sunat istikharah jika
ingin melakukan sesuatu kerja. Saya telah sarankan di dalam artikel saya bertajuk
Redha, Pasrah dan Berserah.

Apabila kita berdoa, doalah seperti ini:

“Ya Allah, aku ingin lakukan [nyatakan apa yang saudara ingin lakukan]. Ya Allah,
jika ia baik di sisiMu ya Allah maka ya Allah, Engkau jayakanlah ya Allah.

Tetapi ya Allah, seandainya jika ia tidak baik di sisiMu ya Allah, maka ya Allah
janganlah Engkau jayakan ya Allah. Berikan aku jalan-jalan yang terbaik di dalam
kehidupan aku ini ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

Saya pernah menceritakan satu kisah pasrah kepada muslimah Gombak dan
beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan KL 2 minggu yang lepas. Saya selitkan
sebuah cerita di dalam syarahan untuk menerangkan dengan lebih jelas berkenaan
dengan Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan ini.

Sebagai contoh, puan-puan hendak pergi ke Pasaraya Giant. Puan ingin mengajak
suami untuk pergi. Sebelum meminta, puan berdoa dahulu kepada Allah, meminta
yang terbaik seperti doa di atas. Lalu ada dua kemungkinan utama yang akan
berlaku iaitu samada suami setuju atau tidak.

Situasi 1
Katakan suami puan setuju.

Maka ingatlah bahawa sebenarnya Allah SWT yang menggerakkan hati suami untuk
setuju pergi bersama puan. Apakah yang puan rasa? Puan akan rasa gembira
kerana Allah SWT memperkenankan doa puan. Apabila puan mengingati doa puan
kembali, puan berkata, jika baik di sisi Allah, maka jadikan.

Sekarang apa yang puan minta sudah dimakbulkan. InshaAllah maknanya, pergi ke
Pasaraya Giant itu adalah baik di sisi Allah. Maka puan akan lebih yakin untuk pergi
ke Pasaraya Giant kerana Allah yang menggerakkan hati suami agar setuju untuk
pergi ke sana.

Namun ketika membeli belah itu, berdoalah dengan doa yang sama agar setiap
pilihan kita ditentukan oleh Allah SWT, bukan kita.

Situasi 2
Jika suami tidak setuju.

Maka ingatlah bahawa sebenarnya Allah SWT yang menggerakkan hati suami agar
tidak setuju. Maka sebenarnya, tidak pergi ke Pasaraya Giant itulah yang terbaik
buat puan yang ditentukan oleh Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  62 
 

Jika puan mengingati kembali doa yang puan baca, pasti puan tidak akan rasa
kecewa kerana tahu ia bukan terbaik untuk puan pergi ke Pasaraya Giant. Ia tidak
ditentukan oleh suami puan tetapi Allah SWT yang menentukan.

Maka puan akan yakin dan tenang kerana tidak dapat pergi ke Pasaraya Giant
adalah kehendak Allah SWT. Puan meminta daripada Allah lalu Allah berikan
jawapannya. Sudah pasti apa jua jawapan Allah SWT akan memberikan keyakinan
kepada diri kita.

***
Daripada kedua-dua situasi ini, bukankah ia lebih MEYAKINKAN diri kita di dalam
melakukan sesuatu? Walaupun apa yang kita minta itu tidak berlaku, tetapi kita tetap
tenang dan yakin kerana ia ketetapan Allah SWT.

Melafazkan doa seperti itu membuatkan kita benar-benar pasrah dengan keputusan
Allah SWT. Ia lebih meyakinkan kita.

Jika apa yang kita harapkan berlaku, kita akan bertambah yakin melakukan kerana
kita tahu ia adalah yang terbaik di sisi Allah SWT. Ia memberikan kita semangat
yang lebih kerana kita tahu kita pasti akan dapat melakukan dengan berjaya.

Jika ia terbaik di sisi Allah SWT, pasti Allah SWT menggerakkan seluruh alam ini
untuk menjayakan apa yang kita minta. Kekadang kita merasakan ia sebagai satu
keajaiban kerana tidak disangka-sangka sesuatu yang kita tidak fikirkan akan terjadi.
Ada sahaja jalan-jalan dan perkara-perkara yang membantu kita di dalam
menjayakan apa yang ingin kita lakukan. Semuanya berjalan lancar.

Jika ia tidak terbaik di sisi Allah SWT, pasti Allah SWT menggerakan seluruh alam
ini untuk menggagalkan apa yang kita minta. Kekadang kita merasakan sesuatu
yang biasa kita lakukan dan selama ini akan memberikan kita kejayaan, tetapi hari
itu tidak berjaya. Mengikut akal fikiran, ia seperti sesuatu yang mustahil. Tetapi kita
tetap tenang dan yakin kerana ia bukan terbaik di sisi Allah SWT.

Maka berdoalah dengan format doa solat sunat istikharah di dalam membantu kita
lebih pasrah, redha dan berserah. Kita telah bersedia dari awal lagi dengan dua
kemungkinan atau dengan beribu kemungkinan yang akan berlaku di dalam hidup
kita.

Kita pasti akan lebih yakin dan bersemangat di dalam melakukan sesuatu kerana
kita tahu apa yang kita ingin lakukan adalah terbaik atau tidak di sisi Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  63 
 

Islamic NLP for Parenting: Pelukan Hati ke Hati 

Nur Durrotun Nasihah semakin membesar. Lagi dua


minggu beliau berumur 3 tahun. Bercakap jangan
ditandingi. Tanya itu ini.

Jika di rumah pelbagai perkara dilakukannya. Jika


tidak diawasi, ada sahaja kerjanya yang bukan-
bukan. Main air, main bedak, punggah sana sini.
Saya tidak melarang jika beliau ingin bermain apa
sahaja kecuali yang membahayakan.

Namun kekadang kelakuan beliau benar-benar


menguji kesabaran ayah dan mama. Ketika ini, jika
kita marah, sebenarnya ia boleh merosakkan jiwa
beliau walaupun beliau takut untuk melakukan
perkara yang tidak disenangi.

Jika ditegur dengan baik, memang susah untuk


didengari. Jika tidak ditegur langsung, lagi pelbagai
perkara yang jadi.

Saya megambil pengajaran daripada arwah ayah saya. Beliau suka memeluk saya
sejak saya kecil sehingga besar walaupun saya sudah berumur 20 tahun lebih. Saya
rasa tenang di dalam pelukan seorang ayah. Juga di dalam pelukan mak. Ketika itu
saya berasa sungguh damai. Rasa yang pasti tidak mampu ditulis di sini. Diketika itu
apa sahaja arahan mereka mudah diikuti.

Hari ini Nasihah sengaja menumpahkan air di atas meja TV. Kemudian menyapu air
tersebut dengan tangan. Dibasahnya DVD-DVD berdekatan yang ada. Di basahnya
sebuah majalah yang berada di situ. Mulanya saya ingin menegur beliau. Tetapi
saya teringat cara arwah ayah mendidik anak-anaknya dengan memeluk anak-
anaknya hati ke hati dan terus sambung ke Allah SWT.

Saya mendapatkan Nasihah dan memeluk beliau. Saya bawa beliau mengingati
Allah SWT. Di kala saya memeluk beliau, saya terus sambung dengan Allah SWT
walaupun sambung ke Allah SWT itu sememangnya setiap saat. Tetapi kali ini saya
membawa hati anak saya untuk mengingati Allah SWT.

Bagaimana? Cukup sekadar memeluk, diam dan saya mengingati dan memohon
kebaikan untuk anak saya daripada Allah SWT. Saya tidak mampu menenang jiwa
anak saya kecuali Allah SWT yang menenangkan. Lalu saya minta saja pada Allah
SWT.

Awalnya gelisah dan ingin lepaskan diri. Tetapi kemudian beliau tenang, tidak
gelisah dan diam sahaja. Setelah itu mudah mendengar kata-kata saya.

***

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  64 
 

Pelukan hati ke hati kemudian dibawa mengingati Allah SWT mampu melembutkan
hati sesiapa sahaja. Peluklah anak-anak kita walaupun mereka sudah dewasa
kerana dengan pelukan hati ke hati dan disambung ke Allah SWT, pasti mampu
melembutkan hati mereka. Begitu juga dengan suami atau isteri. Peluklah mereka
dan sambungkan hati kita kepada Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  65 
 

Khusyuk Dahulu, Baru Mudah Sabar Dan Solat 

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.


Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(QS: Al Baqarah 2: 45)

Saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat saya bahawa miliki dahulu khusyuk itu
di luar solat (di dalam setiap aktiviti kita), maka dengan mudah khusyuk itu akan
diperolehi dalam apa jua keadaan termasuk ketika solat. Artikel saya Khuyuk solat
#1 - #4 banyak menerangkan dengan jelas untuk memiliki khusyuk di dalam setiap
aktiviti yang kita lakukan.

Khusyuk itu maknanya MENYEDARI (tidak sekadar tahu dan ingat) bahawa Allah
SWT itu dekat dengan kita dan MENYEDARI bahawa Allah SWT sentiasa melihat
setiap apa yang kita lakukan. Kita sentiasa berada di dalam sedar hal yang
dikatakan Ihsan ini.

Ayat Al-Baqarah 2:45 tersebut selalu disalah ertikan di mana kita selalu MENCARI
KHUSYUK DI DALAM SOLAT. Sedangkan jelas Allah SWT berfirman bahawa sabar
dan solat itu mudah dilakukan bagi mereka yang khusyuk.

Bermakna khusyuk dahulu, sedar Allah itu dekat, sedar Allah sedang melihat diri kita
dalam apa jua keadaan kita, di dalam setiap aktiviti yang kita lakukan, SEDAR
KEHIDUPAN KITA INI ADALAH KETENTUAN ALLAH SWT dan barulah kita mampu
mencapai sabar dan mendirikan solat dengan penuh ikhlas.

Bagi orang yang khusyuk, sabar dan solat merupakan penolongnya. Maka orang
yang TIDAK KHUSYUK di dalam kehidupannya, MANA MUNGKIN AKAN SABAR
DAN TIDAK AKAN MENJADIKAN SOLAT ITU SEBAGAI PENOLONGNYA.

Menjadi kesulitan kita apabila kita ingin mencari khusyuk di dalam solat. Kita belajar
cara-cara solat yang khusyuk. Kita tidak mencari bagaimana untuk khusyuk di dalam
kehidupan kita. Maka sebab itu apabila kita mendirikan solat, kita terasa penat, letih
dan makin tertekan kerana kita cuba mendapatkan khusyuk itu di dalam solat.

Orang yang sentiasa khusyuk dalam setiap aktiviti kehidupannya, tidak akan gelisah,
sentiasa tenang, bersemangat, jiwanya positif dan segala kebaikan mudah dicapai.
Orang yang khusyuk di dalam setiap aktivitinya akan sentiasa sabar walau apa pun
menimpa. Sentiasa bersemangat dan tertunggu-tunggu waktu solat. Solat dirasakan
ringan dan asyik kerana itulah saat kemuncak mikraj kepada Allah SWT.

Orang yang khusyuk di dalam setiap aktivitinya akan lebih pasrah, redha dan
berserah kerana jiwanya sudah terkunci dengan kesedaran yang tertinggi bahawa
setiap apa yang dilakukan adalah kehendak Allah SWT. Setiap kehendak Allah SWT
pasti yang terbaik untuk dirinya walaupun jika mengikut akal fikiran mungkin tidak
baik bagi dirinya.

***

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  66 
 

Blog Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan ini membawa artikel kepada saudara agar
saudara memahami dan mengetahui bagaimana untuk mencapai kesedaran agar
kita sentiasa mengingati Allah SWT setiap saat melalui KOMUNIKASI dengan Allah
SWT. Kesedaran yang tertinggi inilah yang dikatakan khusyuk.

Inilah cara yang mudah dan mampu dilakukan oleh sesiapa pun tanpa mengira
sejauh mana ilmu agama yang dimilikinya. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa
atau golongan tua semuanya mampu berkomunikasi dengan Allah SWT. Seterusnya
mencapai tahap kesedaran tertinggi. Sesiapa sahaja mampu mencapainya.

***

Namun membaca artikel di sini, saudara hanya mampu sampai ke tahap memahami
dan mengetahui. Tahap menyedari dan merasai HANYA mampu dicapai jika
dilakukan. Komunikasi dengan Allah SWT perlu dilakukan dan saudara tidak akan
merasa semua artikel di dalam blog ini dapat membantu saudara jika saudara
TIDAK MELAKUKAN KOMUNIKASI dengan Allah SWT.

Lakukan sekarang.

Dengan penuh kesedaran bahawa Allah itu dekat dengan kita dan sedang melihat
kita, komunikasilah dengan Allah:

“Ya Allah, aku sedang baca blog fuad latip ini ya Allah. Ya Allah banyaknya artikel
aku nak baca ya Allah. Tak payahlah baca semua ya Allah. Ya penting aku tahu aku
kena komunikasi denganMu ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

***

Apabila setiap apa yang kita lakukan, kita ingat Allah SWT dan bukan sekadar ingat,
malah kita SEDAR Allah SWT dekat dengan kita dan Allah SWT melihat kita, maka
khusyuk itu mudah dimiliki.

SENTIASA HADIRKAN KESEDARAN BAHAWA ALLAH SWT ITU DEKAT, ALLAH


MELIHAT SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN DAN ALLAH MENENTUKAN
SEGALANYA DENGAN SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH SWT.

Saya yakin, saudara akan memiliki kesedaran yang tertinggi hari demi hari.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  67 
 

Minta Pada Allah SWT 

Saya menerima banyak email inginkan penjelasan tentang jiwa positif dan hidup
berTuhan ini. Saya tidak mampu memberi jawapan dan kadang-kadang memang
saya tidak memberikan apa-apa jawapan.

Setiap persoalan kita pasti akan hadir persoalan yang lain. Data atau informasi di
dalam otak kita tidak sama, lalu ketidaksamaan ini akan wujud ketidakpuasan hati
kita dengan sesetengah jawapan. Lalu kita akan bertanya dan terus bertanya.

Saya ingin memberi jawapan soalan-soalan yang biasa ditanya. Saudara lakukan
dan amalkan dengan jawapan yang saya berikan di bawah. Simpan dahulu soalan-
soalan atau persoalan-persoalan yang ada di dalam fikiran.

Soalan 1:
Saya cuba berkomunikasi, tetapi saya selalu lupa nak berkomunikasi. Apa cara
mudah untuk saya sentiasa ingat untuk berkomunikasi dengan Allah ni?
Jawapan 1:
Minta pada Allah cara yang termudah. “Ya Allah aku ingin nak berkomunikasi
sentiasa denganMu ya Allah, tapi aku selalu lupa. Macam mana ye ya Allah. Ajar
aku ye ya Allah. Terima kasih Allah”.
[noted]: Saudara jangan mengeluh dengan jawapan ini. Lakukan terus. Minta pada
Allah.

Soalan 2:
Saya ada masalah dengan suami saya. [masalahnya saya rahsiakan]. Saya tidak
tahu nak buat macam mana. Harap En Fuad boleh bantu.
Jawapan 2:
Minta pada Allah untuk selesaikan masalah. Lakukan terus. Jika hanya di baca,
saudara hanya berada di wilayah tahu dan faham. Tidak ada di wilayah rasa.

Soalan 3:
Saya tidak khusyuk dalam solat, macam mana saya nak khusyuk dalam solat?
Jawapan 3:
Minta pada Allah untuk khusyuk dalam solat. Lakukan terus. Jika hanya di baca,
saudara hanya berada di wilayah tahu dan faham. Tidak ada di wilayah rasa.

Soalan 4:
Saya nak berkahwin, tetapi saya ada masalah dengan tunang saya. [masalah saya
rahsiakan]. Boleh En Fuad bantu selesaikan.
Jawapan 4:
Minta pada Allah untuk berikan jawapan. Lakukan terus. Jika hanya di baca, saudara
hanya berada di wilayah tahu dan faham. Tidak ada di wilayah rasa.

***

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  68 
 

Pengajaran
Saudara pasti tidak puas dengan jawapan saya bukan?

Saya menerima banyak persoalan-persoalan dari pembaca. Sesungguhnya saya


bukanlah orang yang banyak ilmu. Saya bukan orang yang tahu serba serbi. Jika
saya banyak ilmu dan tahu serba serbi pun, saya pasti tidak mampu menyelesaikan
masalah jika Allah SWT tidak mengkehendaki masalah itu selesai.

Ilmu yang saya perolehi adalah ilmu Allah melalui guru-guru, pembacaan, kursus-
kursus, kelas pengajian, perbincangan dengan isteri saya, bahasa alam dan lain-
lain. Sesetengah merupakan ilham yang terus Allah SWT masukkan dalam jiwa
saya.

Dan saya hanya berkongsi di sini setelah ilmu itu benar-benar memberi manafaat
kepada diri saya dan keluarga.

Maka, apakah pengajarannya?


MINTA PADA ALLAH SWT. Apabila disarankan jawapan kepada persoalan dengan
“Minta pada Allah”, pasti kebanyakan kita menjawab kembali….”Aku pun tahu”.

“Aku pun tahu” dan “aku minta pada Allah SWT” merupakan sesuatu yang jauh
berbeza. Tahu dan faham sesuatu yang pasif. Ia bersifat diam. Tetapi meminta pada
Allah SWT merupakan satu aktiviti yang aktif. Kita meminta, menggerakkan segala
pengetahuan dan kefahaman yang diam itu untuk meminta penyelesaian kepada
Allah SWT.

Maka sekadar “aku pun tahu” tetapi tidak meminta kepada Allah SWT, saudara tetap
terus memikirkan masalah saudara. Tahu bahawa berkomunikasi dengan Allah SWT
membuatkan kita sentiasa ingat dan sedar Allah SWT tetapi tidak melakukannya,
hanyalah sekadar tahu.

Kita banyak berada di syariat. Kita bergaduh sesama kita hal syariat. Kita pening
memikirkan hal syariat. Hal yang sederhana di dalam agama menjadi lebih rumit
kerana kita hanya memikirkannya tanpa mengamalkannya.

Maka selamanya kita tidak berada di wilayah hakikat dan makrifat. Apabila orang
lain berada di wilayah hakikat dan makrifat, kita pula yang menafikannya dengan
berkata mustahil orang itu mampu khusyuk, mampu sedar Allah SWT itu dekat,
mampu sedar Allah sentiasa melihat kita, mampu rasa menyintai Allah SWT, mampu
rindu yang tiada putus pada Allah SWT dan sebagainya.

Syariat, tariqat, hakikat dan makrifat harus ada di dalam kehidupan kita yang hidup
berTuhan ini.

***
Saudara,
Pengalaman saya sebelum ini, setiap kali saya berguru, pasti saya kecewa kerana
banyak persoalan saya kepada guru tidak berjawab. Apabila didesak, jawapan yang
diterima adalah “Minta pada Allah”. Saya menerima jawapan itu dengan kecewa.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  69 
 

Akhirnya saya menyedari mengapa guru-guru saya berkata sedemikian atau


berdiam diri tidak memberi apa-apa jawapan pun kepada saya. Jika ditanya lagi,
mereka berkata, mereka juga minta pada Allah SWT agar Allah berikan
penyelesaian masalah saya terus kepada saya.

Banyak persoalan saya yang diajukan kepada guru-guru saya dapat diselesaikan
bukan menggunakan jawapan daripada mereka. Saya meminta pada Allah SWT
untuk menyelesaikannya dan Allah SWT aturkan kehidupan saya dan ketentuanNya.
Akhirnya saya dapat menyelesaikan banyak persoalan saya dengan pelbagai
perkara atau peristiwa yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ada jawapannya melalui ilham yang datang serta merta, melalui pembacaan, melalui
kawan-kawan, melalui isteri, melalui pengamatan sekeliling, melalui guru lain dan
pelbagai.

Rupanya itulah cara guru-guru saya mengajar saya. Minta pada Allah SWT dengan
penuh yakin.

***
Kini saya benar-benar berserah pada Allah SWT apabila saya mempunyai masalah,
hal, persoalan dan pelbagai. Saya minta sahaja pada Allah SWT. [full stop]. TIDAK
ADA TAPI-TAPI @ TETAPI @ apa saja.

Terserah pada Allah SWT untuk menentukan bagaimana cara saya menerima
jawapannya. Saya tidak akan mengingati lagi masalah tersebut kerana saya telah
yakin bahawa terserah pada Allah SWT untuk menyelesaikan masalah saya itu.
Saya tidak menggunakan pengetahuan dan pemahaman saya sahaja tanpa
menggerakkannya dengan bertanya pada Allah SWT.

Jika tidak selesai juga, biarkan kerana itu kehendak Allah SWT. Yang pasti saya
terus pasrah dengan gerakan-gerakan yang dikatakan usaha ini setiap hari. Tetapi
saya yakin pasti berjawab semua persoalan saya.

Jika Allah SWT menentukan saya perlu bertanya kepada orang lain tentang masalah
itu dengan gerakan rasa yang kuat, pasti Allah SWT menggerakkan diri saya untuk
bertanya kepada orang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Jika Allah menetapkan
seseorang akan memberitahu saya jawapan masalah saya, Allah pasti
menggerakkan orang itu dan berjumpa dengan saya walau apa pun cara.

Jika Allah SWT menentukan bahawa guru saya yang akan berikan jawapannya,
pasti Allah akan aturkan pertemuan saya dengan guru saya walaupun mereka terlalu
sibuk dengan hal mereka. Segalanya pasti. Maka mengapa perlu memeningkan
kepala untuk berfikir masalah yang ada? Tenang dan dengan ketenangan pasti
datang ilham daripada Allah SWT.

[Dr Muhd Azhar]: kadang2 kita faham namun pabila Allah membuka kata, tiada
bahasa yang mampu mengupas rasa… itulah Allah yang maha bijaksana merungkai
deria, mencambah rasa, memahami Dia… hanya Dia… hanya Dia… tiada dua.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  70 
 

Mintalah apa sahaja pada Allah SWT. Yakinlah pada Allah SWT. Allah SWT tidak
memberikan jawapan seperti mana manusia memberikan jawapan. Bacalah artikel
ini berulang kali agar saudara benar-benar mampu berserah 100% (total surrender)
kepada Allah SWT.

Semoga setiap saat, kita sentiasa berada dekat dengan Allah SWT. Kita bimbang
jika kita berganjak jauh walaupun hanya sedikit daripada Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  71 
 

Hati Orang & Hati Kita 

Hati adalah jiwa yang berbolak balik. Di dalam Al-Quran, hati disebut sebagai Qalbu
yang bermakna jiwa yang berbolak balik.

Seringkali kita berasa tidak puas hati dengan ramai orang. Ini kerana orang lain tidak
berlakuan seperti apa yang hati kita inginkan. Begitu juga dengan hati orang lain
terhadap kita. Lalu wujudlah terasa hati, sakit hati, benci, tidak suka dan sebagainya.

Perasaan ini datang di mana sahaja. Di tempat kerja, seringkali kita melihat bos atau
ketua marah-marah kerana tidak puas hati dengan kerja orang bawahan. Orang
bawahan pula tidak suka dengan bos yang suka mendesak dan sebagainya. Lalu
wujudnya ketidakpuasan hati kerana keinginan bos tidak sama dengan keinginan
orang bawahan.

Begitu juga ketika kita berkawan. Malah di dalam keluarga juga begitu. Terasa
dengan suami atau isteri juga kadang-kadang dengan anak-anak. Anak-anak pula
seringkali tidak puas hati dengan ibu bapa akibat daripada keinginan yang berbeza
ini.

Keinginan yang berbeza seringkali disebabkan oleh realiti sebenar dan realiti fikiran
yang tidak sama. (Baca tentang realiti sebenar dan realiti fikiran di sini). Maka
bagaimana kita menghadapi hal ini?

***

Kita tidak mampu mengawal hati orang lain. Malah kita juga tidak mampu mengawal
hati kita sendiri. Semuanya adalah ilham fujur yang datang daripada Allah SWT.

Apabila kita berhadapan dengan hal sebegini, kembalilah kepada Allah SWT. Hanya
Allah SWT yang mampu menenangkan hati kita dengan mengilhamkan hati kita
dengan Taqwa. Yang paling termudah adalah menenangkan hati kita sendiri
berbanding hati orang lain.

Makanya, tidak perlu pening kepala memikirkan kelakuan orang lain yang tidak kena
dengan keinginan diri kita. Jagalah hati kita dengan kembali kepada Allah SWT dan
inshaAllah dengan hati kita yang kembali kepada Allah SWT, pasti akan dapat
mempengaruhi hati orang lain.

***

Jika kita membaca sirah Nabiwiyyah, Rasulullah banyak menggunakan teknik yang
dikenali sekarang ini sebagai ‘Facing and Leading”. Teknik ini tidak menentang
mereka yang tidak sama kehendak atau keinginan dengan kita tetapi kita mengikut
mereka dengan dibatasi lingkungan yang ada dan sedikit-sedikit kita mengarahkan
mereka tadi kepada kehendak atau keinginan kita.

Teknik ini amat berkesan terutama di dalam mempengaruhi orang lain tanpa
menyakitkan hati orang lain. Ia harus dilakukan dengan sabar dan pandai bermain
dengan kata-kata.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  72 
 

Saya menggunakan teknik ini di dalam memimpin keluarga saya. Saya gunakan
juga di dalam kerja dan juga semasa mengajar pelajar-pelajar saya.

Di dalam NLP, teknik ini didokumenkan. Saudara boleh mencarinya di internet untuk
belajar. Ia cukup menarik.

***

Apabila keinginan kita tidak sama dengan keinginan orang lain atau sebaliknya dan
kita inginkan keinginan orang lain sama dengan keinginan kita, maka:

Pertama
komunikasilah dengan Allah SWT agar sabarkan diri kita. Komunikasilah dengan
Allah SWT apa sahaja yang kita rasa ketika kita mengalami hal hati ini.

“ya Allah, sakitnya hati aku pada bos aku ni. Kalau aku je, pasti dia tak puas hati ya
Allah. Kalau orang lain tu, buat salah pun takpe. Mengapalah bos aku ni benci
sangat dengan aku ni ya Allah. Aku buat kerja rajin lagi daripada yang lain pun, dia
tak puas hati dengan aku ya Allah. Ya Allah, sabarkan lah aku ya Allah. Dia bos aku
ya Allah. Aku hormat dia ya Allah. Ya Allah bersihkanlah hati dia supaya dia tak suka
marah-marah kat aku ya Allah. Bantu aku ye ya Allah. Terima kasih Allah. Terima
kasih”.

Kedua
Gunalah teknik “facing and leading” untuk menguasai keadaan. Dengan teknik ini
kita mampu mempengaruhi orang lain tetapi bukanlah untuk menerima segala
pandangan kita 100%. Cukuplah sekadar meredakan kemarahan, kebencian, tidak
suka orang itu kepada kita.

Kita tidak mampu melakukan langkah kedua jika tidak melakukan langkah pertama
kerana langkah kedua memerlukan kesabaran. Hanya Allah SWT yang mampu
memberikan kesabaran kepada kita. Kerana itu lakukan langkah pertama terlebih
dahulu sebelum yang kedua.

***

Mulai hari ini, tidak perlu merungut atau tertekan dengan sikap orang lain kerana hati
kita berbeza. Kita tidak dapat mengubah hati orang lain, maka jagalah hati kita agar
kita sentiasa dekat dengan Allah SWT disamping berdoa agar hati orang lain yang
berkaitan dengan kita dirahmati Allah SWT.

Perbanyakkan komunikasi dengan Allah SWT. Hanya Allah yang mampu


memberikan ketenangan kepada kita.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  73 
 

Hayati Lirik Di Atas Sajadah Cinta 

DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya

Allah itu dekat. Dekat sangat. Kita bukan seharusnya tahu Allah SWT itu dekat,
tetapi mesti SEDAR dan YAKIN Allah itu dekat. SEDAR dan YAKIN segalanya apa
yang ada di langit dan di bumi serta isinya adalah di bawah penguasaan Allah SWT.
Inilah apa yang Rasulullah katakan sebagai Ihsan.

Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya

Manusia hanya akan kembali kepada Tuhannya apabila di dalam kesusahan. Jarang
sangat yang sentiasa sedar akan Allah SWT di setiap saat kehidupannya. Manusia
lebih mudah meminta tolong daripada manusia lain tanpa meminta bantuan Allah
SWT terlebih dahulu.

Allah tempat ku mengadu


Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

KepadaMu ya Allah kami sembah dan kepadaMu kami minta pertolongan. Apabila
pergantungan kita total kepada Allah SWT, pasti rahmat Allah akan dimiliki dan jalan
hidup akan diterangi.

Andai kau sedar


Dirimu ciptaan Yang Kuasa
Mengapa senantiasa menjauh dariNya

SEDAR…… Apakah kita sedar atau sekadar tahu? Orang yang SEDAR pasti tidak
akan menjauhi Allah SWT. Namun selama ini kita hanya sekadar tahu tetapi tidak
sampai ke tahap KESEDARAN. Marilah kita sama-sama memiliki KESEDARAN
yang tertinggi iaitu hanya Allah SWT tempat pergantungan kita dalam apa jua
keadaan sekalipun.

Allah tempat ku mengadu


Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

Semoga jalan kehidupan kita dunia dan akhirat sentiasa dirahmati dan diterangi oleh
Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  74 
 

Hanya Berbicara 

Untuk minggu ini (hari ini - ahad ini) kita cuba berbicara dengan Allah SWT tanpa
memohon kepadaNya. Kita tahankan kehendak kita bagi melatih diri kita sebagai
persediaan di bulan Ramadhan agar kita tidak mempunyai pelbagai keinginan.

Kita hanya bercerita kepada Allah SWT apa yang kita fikirkan dan apa yang berlaku
di sekeliling kita. Memohon itu adalah kehendak iaitu keinginan diri.

Puasa bererti menahan diri agar diri kita dapat mengurangi kehendak atau keinginan
yang banyak dijanakan oleh fikiran. Lalu kita berlatih mulai hari ini kita tidak
berkehendak melainkan kehendak yang fitrah seperti makan, minum, pembersihan
badan, tidur dan yang berkaitan.

Kehendak yang dimaksudkan adalah kehendak yang dipohon setiap hari bagi
menyelesaikan masalah harian kita.

Mengapa hanya berbicara? Agar kita benar-benar serahkan kepada Allah SWT jalan
penyelesaian yang terbaik buat diri kita. Yang kita lakukan hanyalah bercerita atau
berbicara dengan Allah SWT hal yang kita alami.

Penahanan diri ketika berpuasa sebenarnya mengajar kita agar kita mampu
mengawal kehendak hawa nafsu ke arah yang berlebihan. Kita menahan telinga
untuk mendengar umpatan kerana umpatan merupakan hawa atau sesuatu yang
selalu yang diinginkan oleh telinga.

Kita menahan mata daripada melihat perkara-perkara yang dicegah kerana perkara
yang dicegah merupakan hawa atau keinginan yang selalu diinginkan oleh mata.

Kita menahan kombinasi mulut, lidah dan yang berkaitan daripada banyak bercakap
dengan kawan-kawan kerana bercakap merupakan hawa atau keinginan yang selalu
diinginkan oleh kombinasi anggota mulut yang berkaitan.

Kita menahan seluruh anggota jasad ini untuk memiliki setiap yang mereka (anggota
jasad) selalu inginkan. Lalu setelah itu pasti jiwa kita tidak lagi dipengaruhi oleh
kehendak jasad tetapi jiwa lebih mudah mendengar kehendak roh yang sentiasa
ingin dekat dengan Allah SWT. Kita akan kembali kepada fitrah dan menjadi hamba
yang benar-benar redha, rela, pasrah dan berserah.

Inilah latihan Ramadhan yang akhirnya disambut dengan kemenangan sebagai hari
raya fitrah setelah jiwa kita benar-benar mengikut fitrah sebagai hamba yang
berserah diri kepada Allah SWT secara total. Kita tidak mungkin akan memiliki jiwa
yang mengikut fitrah jika kita masih mengikut kehendak jasad yang dijana oleh
fikiran.

***

Mulai hari ini untuk minggu ini, mari kita berlatih hanya berbicara kepada Allah SWT
dan tidak sesekali cuba memohon keinginan kita kepada Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  75 
 

Jika ada masalah, ceritakan sahaja masalah tersebut tanpa memohon apa-apa.

“Ya Allah, progress PhD aku ni perlahan ya Allah. Takpe ya Allah. Aku nak baca 5
research paper yang aku dah kumpul ni ya Allah. Lepas tu aku nak buat
perbandingan. Esok aku present pada supervisor. Terima kasih Allah. Terima kasih”
<— Hanya cerita. Tiada permohonan agar semua jalan lancar dan sebagainya.

“Ya Allah, cancer aku ni makin teruk ya Allah. Sekarang ni rasa sampai ke tangan
pula. Lenguhnya tangan aku ni ya Allah. Ya Allah esok aku nak pergi hospital nak
check semulalah ya Allah. Lepas ni call doktor nak buat appointment. Terima kasih
Allah. Terima kasih.” <— Hanya cerita. Tidak permohonan apa-apa.

“Ya Allah, ni baru 11 haribulan ni ya Allah. Duit tinggal RM200 je dalam bank ni. Tapi
dah takde apa nak beli ya Allah. Bil-bil semua dah bayar. InshaAllah cukup nanti ni
RM200 ni. Bulan ni bagus masak di rumah je lah kan ya Allah. Jimat sikit. Terima
kasih ya Allah. Terima kasih” <—Hanya berbicara. Tidak ada keinginan atau hajat
yang dipohon.

***

Mudah-mudahan dengan latihan ini, kita mampu mengawal keinginan kita yang
saban hari kita memohon kepada Allah SWT. Mereka yang dekat dengan Allah SWT
bukanlah mereka yang banyak keinginannya tetapi mereka yang dekat dengan Allah
SWT adalah mereka yang sentiasa istigharah kepada Allah SWT.

Mereka yang dekat dengan Allah SWT ini sering bertanya (istigharah) kepada Allah
SWT jalan-jalan yang terbaik di sisi Allah SWT untuk diri mereka dan redha dengan
segala ketentuan Allah SWT walaupun perkara itu tidak baik dari pandangan fikiran
kita. Setiap yang ditentukan oleh Allah SWT merupakan yang terbaik buat diri kita.

Marilah sama-sama kita kurangkan keinginan kita sebagai latihan bulan Ramadhan
yang bakal tiba.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  76 
 

Mereka Yang Berpenyakit Tenat 

Saudara,

Kekadang hidup kita ini tidak disenangi oleh beberapa orang yang sentiasa tidak
berpuas hati terhadap kita. Sehingga kita sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya
yang dikehendaki oleh mereka itu.

Kita juga berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang berkaitan dengan
kehidupan kita. Suami, isteri, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa mertua, abang dan
kakak, jiran dan kawan-kawan sekerja. Hubungan silaturahim iaitu hubungan kasih
sayang kekadang tidak dapat terbentuk atau terperlihara dengan baik kerana
perasaan ketidakpuasan hati orang terhadap diri kita.

Sebagai contoh, di rumah kadang-kadang suami atau isteri berselisih faham. Suami
atau isteri mudah naik darah jika kita tersilap sedikit sahaja. Kekadang ada suami
atau isteri yang mempunyai masalah di dalam hal ibadah seperti jarang solat dan
sebagainya.

Anak-anak yang meningkat dewasa agak sukar untuk dinasihati. Mereka bukan
sekadar tidak mahu mendengar apa yang kita nasihatkan malah kekadang mereka
berani meninggikan suara pula.

Kekadang jiran pula tidak menyenangi dengan kehidupan kita.

Di tempat kerja, bos selalu marah-marah dan sering tidak puas hati dengan apa
yang kita lakukan. Kita ter’demotivasi’ apabila di marahi bos. Bos yang seharusnya
memberi banyak tunjuk ajar dan motivasi kepada kita (pekerja bawahan) tetapi
sering memarahi kita.

Kawan-kawan juga ada yang iri hati. Ada yang tidak puas hati terhadap diri kita.

*sekadar memberikan contoh-contoh yang selalu diadukan kepada saya.

***

Apabila kita berhadapan dengan mana-mana situasi di atas, kita akan berasa situasi
itu merupakan ancaman kepada kita. Situasi itu merupakan masalah besar kepada
kita dan kita bukan ingin menyelesaikannya tetapi memeranginya.

Apabila suami atau isteri dan anak-anak mempunyai masalah dengan ibadah wajib,
kita berasa ia satu hal yang tidak sepatutnya berlaku lalu kita memerangi dengan
ayat perintah atau suruhan.

Anak-anak yang bermasalah diperangi dengan nasihat yang memerintah atau


suruhan agar tidak melakukan sesuatu yang kita tidak senangi.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  77 
 

Apabila kita dimarahi oleh bos, kita bertindak memerangi dengan melakukan boikot
kerja atau juga bertindak memertahankan dengan memberikan alasan apa yang kita
lakukan adalah benar. Bukan bos.

***

Saudara,
Bagaimana sebenarnya ingin berhadapan dengan semua ini?

Sebenarnya mereka ini bukanlah orang yang memberikan ancaman atau masalah
kepada kita. Mereka yang dikatakan seperti di atas sebenarnya sedang berhadapan
dengan PENYAKIT TENAT ATAU KRONIK. Kita sebenarnya berhadapan dengan
manusia-manusia seperti di atas yang berpenyakit.

Bagaimana tindakan kita terhadap mereka yang berpenyakit tenat atau kronik? Pasti
kita akan simpati terhadap sesiapa yang mengidap penyakit yang sudah tenat dan
kronik ini. Kita berasa sangat kasihan sehingga menitiskan air mata melihat mereka.

Mereka yang iri hari, tidak puas hati, selalu marah-marah, masalah di dalam ibadah
dan sebagainya merupakan orang-orang yang berpenyakit tenat atau kronik. Kita
harus simpati dengan mereka. Mereka perlu diubati dengan perlahan-lahan kerana
sistem ketahanan mereka belum sekuat mana.

Lalu janganlah kita cepat gelisah, melatah, marah, benci, tidak suka dan sebagainya
kepada mereka ini. Jika perasaan ini ada, cepat-cepatlah kembali kepada Allah
SWT.

Mereka perlu disedarkan dan dikembalikan kepada Allah SWT dengan perlahan-
lahan. Jika mereka beribadah tetapi masih selalu marah-marah dan gelisah, mereka
belum kembali kepada Allah SWT dengan sebenarnya. Maka perlahan-lahan
dengan sabar kita menuntun mereka kembali kepada Allah SWT.

Kita kembali kepada Allah SWT dengan berserah kepada Allah SWT bersama hati-
hati mereka agar Allah SWT memberikan taqwa kepada mereka untuk memiliki
kesedaran.

Ingatlah, mereka bukan ancaman tetapi mereka adalah orang yang berpenyakit
tenat atau kronik yang tercari-cari ubat untuk penyembuhan. Allah menemukan kita
dengan mereka agar kita dipertanggungjawabkan untuk menyembuhkan mereka.
Tetapi ubati mereka dengan jalan-jalan yang dituntun oleh Allah SWT dengan sabar
dan perbanyakkan komunikasi dengan Allah SWT.

[note] Kita bukanlah lebih baik daripada mereka. Namun Allah SWT memberi
kesedaran kepada kita terlebih dahulu daripada mereka yang mempunyai masalah
jiwa. Lalu ubatilah mereka disamping kita mengekalkan tahap kesihatan jiwa kita ini
agar berada dekat dengan Allah SWT.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  78 
 

Dugaan Orang Beriman 

Saudara,

Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita
seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan
contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-
sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama
sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.

Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu
persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan
yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang
tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal
menimpa.

Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah


menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan
hakikatnya tidak begitu.

Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan
sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak
pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada
Allah SWT cukup kuat dan kukuh.

***

Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat
dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang
beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan
dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka.

Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka
sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya
hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu.
Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah,
pasrah dan redha.

Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari
kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT,
semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa
semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang
kita hadapi merupakan dugaan yang besar.

Semoga setiap saat, iman kita semakin bertambah. Amin

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  79 
 

Rahsia Kejayaan 

Percaya dan yakinlah Allah SWT, Sifat dan zatNya serta yang tertinggi adalah
perbuatan (Af’al) Allah SWT. Hidup akan sentiasa berjaya malah terus berjaya dan
berjaya dan berjaya dan berjaya tanpa henti.

Iman yang paling rendah adalah iman ikut-ikutan. Tidak dinafikan ramai di antara
orang islam zaman ini berada di tahap ini. Iman ikut-ikutan atau iman taqlid ini
HANYA sekadar mempercayai Allah SWT itu Tuhan Yang Esa tetapi tidak
mempercayai sifat dan perbuatan (Af‘al) Allah SWT. Mereka yang berada di tahap
keimanan seperti ini akan sentiasa resah dan gelisah dengan apa yang berlaku di
dalam kehidupannya.

Mereka yang beriman dengan iman ikut-ikutan ini akan sentiasa resah dan gelisah
jika apa yang diinginkan tidak tercapai dan lebih malangnya ada yang sanggup
menyalahkan Allah SWT kerana tidak memperkenankan doa mereka. Malah
sebenarnya mereka juga jarang berdoa kepada Allah SWT kerana sering merasakan
apa yang meraka miliki adalah hasil daripada usaha kuat mereka.

Keluarkanlah diri kita daripada tahap iman seperti ini dan berhijrah ke tahap yang
lebih tinggi.

Tahap kedua adalah iman ilmu di mana mereka yang yakin pada Allah SWT dan
yakin dengan SIFAT atau ZAT Allah SWT. Mereka yakin SIFAT Allah SWT Yang
Maha Memberikan Rezeki tetapi tidak yakin sepenuhnya Allah SWT Yang
Memberikan Rezeki. Mereka percaya SIFAT Allah SWT Yang Maha menghidupkan
dan mematikan segala makhluk tetapi tidak percaya Allah SWT yang menentukan
kehidupan dan kematian mereka. Mereka yakin SIFAT Allah SWT Yang Maha
memberikan kebahagiaan tetapi tidak yakin sepenuhnya Allah SWT yang
memberikan kebahagiaan.

Mereka ini sering berkata-kata seperti ini:

“Saya yakin Allah SWT memberi rezeki kepada kita…tetapi…”

“Kereta aku kena langgarlah. Aku redha..tapi…”

“Sedihlah, permohonan aku gagal. Aku tahu semuanya kehendak Allah


SWT….tetapi…”

“Aku bukan tak percaya Allah tu Maha Pengampun, tapi…”

Dan serba serbi tapi yang biasa diberikan. Kata-kata “Kita redha…tetapi…”
menunjukkan sebenarnya kita tidak redha. Jiwa kita masih lagi terbelenggu dengan
masalah yang datang. Redha yang dikatakan hanyalah keluar daripada mulut yang
berasal daripada fikiran yang menafsir ilmu yang dimiliki. Namun jiwa masih
memberontak menentang apa yang dikatakan fikiran.

Kerana itu kita sering terjumpa mereka yang banyak ilmu agama tetapi masih
mempunyai sifat amarah, dengki, pentingkan diri dan sebagainya. Iman ilmu

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  80 
 

hanyalah iman luaran yang tidak terserap ke dalam jiwa. Mereka solat tetapi masih
tidak tenang kerana mereka melakukannya sekadar solat itu perkara yang wajib.
Mereka berpuasa tetapi sekadar letih dan dahaga kerana tahu puasa itu perkara
wajib.

Sekadar memiliki ilmu agama sehingga peringkat pengajian yang tinggi tidak
menjanjikan seseorang memiliki iman yang tinggi.

Inilah iman ilmu yang mana kita juga seharusnya keluar dan berhijrah ke tahap yang
lebih tinggi.

Iman Ayyan merupakan iman yang bukan sekadar yakin Allah SWT itu Tuhan Yang
Esa dan yakin dengan sifat dan zat Allah SWT tetapi juga yakin yang sebenar-
benarnya akan perbuatan (Af’al) Allah SWT.

Kita mempercayai Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang lalu kita yakin dan
berusaha untuk memilikinya. Kita yakin Allah SWT Maha Pemurah dengan rezeki
dan pelbagai kenikmatan, lalu kita memohon untuk mendapatkan rezeki dan redha
dengan ketentuan rezeki yang Allah SWT tetapkan. Kita yakin bahawa segala apa
yang berlaku di dalam kehidupan kita ini adalah ketentuan Allah SWT dan setiap apa
yang Allah SWT tentukan adalah yang terbaik untuk kita.

Mereka yang berada di tahap iman seperti ini merupakan orang yang berjaya dunia
dan akhirat. Mereka akan sentiasa rasa bahagia kerana mereka yakin yang
membahagiakan mereka adalah perbuatan Allah SWT (izin Allah SWT) bukan
selain daripada Allah SWT. Mereka kaya kerana mereka yakin Allah SWT yang
memberikan rezeki. Mereka sihat kerana mereka yakin Allah SWT yang
menyembuhkan segala penyakit. Mereka berani kerana mereka yakin Allah SWT
sentiasa melindungi mereka. Mereka berjaya kerana mereka yakin Allah SWT
sentiasa memakbulkan segala permohonan mereka.

Maka berusahalah untuk kita berada di dalam golongan yang memiliki iman yang
tertinggi. Kita juga mampu untuk hidup dalam ketenangan di bawah lindungan Allah
SWT. Tahap iman ini tidak susah untuk dimiliki. Ia mudah dan teramat mudah untuk
kita miliki. Bangunkan kesedaran kita agar kita sentiasa sedar setiap apa yang
berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT dan pastinya ia terbaik buat diri kita.

Binalah keyakinan kesedaran ini dengan sentiasa merasakan Allah SWT itu dekat
dengan kita. Menyedari dan merasai Allah SWT sentiasa melindungi dan
menyayangi diri kita. Mendahulukan Allah SWT dalam apa jua keadaan atau dalam
semua keadaan.

Di kala jiwa kita berselisih dengan fikiran, kembalilah kepada Allah SWT dengan
berkomunikasi dengan Allah SWT. Tukarkan segala mind-chat kita kepada
berkomunikasi dengan Allah SWT. Sedar dan rasai dengan sebenar-benarnya
kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan kita ini. Sesungguhnya Allah SWT itu
Tuhan dan kepadaNya kita berserah dan bergantung harap.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  81 
 

Bagaimana SEDAR itu? 

Orang bertanya saya SEDAR itu bagaimana?

Analogi mudahnya:
Ketika kita menonton tv bersama pasangan, kita tidak memikirkan pasangan di
sebelah, tetapi kita SEDAR pasangan kita ada di sebelah. Ketika kita asyik
menonton, kita masih sedar pasangan kita bersama-sama kita juga menonton.

Begitu juga perihalnya kesedaran akan Allah SWT. Ketika kita melakukan kerja, kita
SEDAR Allah SWT berada sangat hampir dengan kita dan kita SEDAR Allah SWT
sentiasa melihat diri kita, apa yang kita kerjakan dan apa yg kita fikirkan.

Ketika kita duduk, berdiri, berjalan, baring dan dalam semua keadaan, kita SEDAR
Allah SWT berada sangat hampir dengan kita dan melihat kita. Apa yang kita lihat,
kita dengar, kita kata, kita fikir, yang terlintas di hati, semuanya diketahui Allah SWT.
Lalu ketika di dalam keadaan SEDAR, apakah kita sanggup melakukan maksiat,
keburukan, kejahatan dan melanggar larangan Allah SWT?

Kesedaran ketika solat


Analogi mudahnya:
Ketika kita bersembang dengan sahabat, fikiran kita fokuskan kepada apa yang kita
sembangkan. Kita akan mengingati perkara-perkara yang berkaitan dengan apa
yang kita sembangkan. Kita SEDAR kita sedang bersembang dengan sahabat dan
kita SEDAR siapa sahabat kita itu. Kita SEDAR ketika itu kita berada di mana. Kita
menjadi asyik bersembang dan kadang-kadang berjam-jam lamanya.

Ketika kita berhubung samada melalui telefon atau berhadapan dengan orang yang
kita sayang, kita bukan sahaja memikirkan apa yang kita sembangkan, kita juga
memikirkan diri orang yang kita sayang itu. Kita SEDAR kita sedang bercakap
dengan orang yang kita sayang. Kita MERASAKAN kasih, sayang dan rindu kita
pada orang yang kita sayang itu.

Kita berasa orang yang kita sayang itu DEKAT sangat dengan kita jika kita bercakap
melalui telefon. Kita asyik bersembang dengan orang yang kita kasih dan berasa
masa bersembang berjam-jam seperti sekejap sahaja.

Begitulah juga halnya ketika bersolat. Seluruh fikiran, ingatan dan kesedaran kita
adalah kepada Allah SWT. Apa yang kita ingatkan, kita arahkan kepada Allah SWT.
Apa yang kita fikirkan, kita arahkan kepada Allah SWT. Kita SEDAR kita sedang
berhubung dengan Allah SWT. Kita SEDAR kita sedang mendirikan solat. Kita
SEDAR kita sedang berkomunikasi dengan Allah SWT.

Kita RASA sangat rindu pada Allah SWT. Kita RASA kasih, sayang dan cinta pada
Allah SWT. Kita RASA rendah diri dan kehambaan kepada Allah SWT.

Semoga dengan analogi mudah ini kita dapat memahami apakah yang dikatakan
kesedaran itu.

Milikilah KESEDARAN YANG TERTINGGI.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  82 
 

Hubungan SEDAR dan IHSAN 

Saudara, di sini ada satu soalan yang baik untuk dikongsi. Baca dahulu artikel
“Bagaimana SEDAR itu?“.

SOALAN
Pok Mat:
salam en fuad

satu persoalan? Adakah SEDAR yang dimaksudkan sama atau hampir sama
dengan IHSAN sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah.

mohon penjelasan.

sebab terkadang kita amat sukar untuk menghadirkan rasa IHSAN ketika solat atau
ketika apa jua aktiviti kehidupan yang kita lakukan.

wallahu’alam.

***
PENJELASAN
Fuad Latip
Salam En Mat,

KESEDARAN itu adalah wilayah atau elemen RASA IHSAN.

Makna Ihsan:
“Iaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau
tidak mampu melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia selalu melihatmu.”

Kita beribadah (menjalani kehidupan) seolah-olah kita melihat Allah dan mengetahui
Allah selalu melihat kita bertujuan untuk mencapai wilayah rasa setelah kita tahu
yang Allah sentiasa melihat kita.

Ramai di antara kita sekadar tahu Allah itu dekat dan sentiasa melihat kita tetapi
TIDAK MERASAKAN keberadaan Allah yang sangat dekat, kekuasaan Allah, sifat
Allah dan perbuatan (Af’al) Allah SWT. Maka kita tidak mampu memiliki
KESEDARAN. Saya tidak mampu menjelaskan elemen ‘rasa’ dengan tulisan atau
dijelaskan dengan kata-kata. Ia sebuah pengalaman tanpa ungkapan.

Gula rasanya manis. Rasa manis tu macam mana? Tidak mampu dijelaskan
melainkan kita yang pernah merasai gula sahaja yang faham manis itu bagaimana.

Lalu KESEDARAN itu tidak mampu dijelaskan. Yang mampu dijelaskan hanyalah
bagaimana mendapatkan KESEDARAN itu. Samalah halnya bagaimana
mendapatkan rasa manis itu.

Analogi yang digunakan di dalam entri “Bagaimana SEDAR itu?” sekadar untuk
membawa pembaca mengingati pengalaman yang pernah dialami agar dapat
mencetuskan semula rasa SEDAR itu. Jadi pembaca akan faham apakah

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  83 
 

KESEDARAN yang dimaksudkan dengan cara mengingati kembali rasa sedar yang
pernah dialami. Namun kesedaran dalam analogi itu adalah kesedaran kepada
manusia.

Mereka yang pernah memiliki KESEDARAN sahaja yang mudah untuk mengakses
kembali rasa ini sentiasa. Sebab itu KESEDARAN ini berubah tahap rasanya.
Samada akan naik atau turun. Namun jika turun, ia mudah untuk mencapai semula
tahap KESEDARAN yang tinggi semula kerana informasi pengalaman SEDAR itu
telah ada tersimpan di otak kita.

Maka setiap hari kita cuba meningkatkan KESEDARAN agar yang tersimpan di otak
kita adalah KESEDARAN YANG TERTINGGI dari sebelumnya. Ia terus meningkat
dan meningkat sepanjang hidup kita ini.

Perbincangan tentang hal ini akan dibincangkan di lain masa. InshaAllah.

Apabila kita memiliki KESEDARAN akan halnya Allah SWT, pasti kita akan khusyuk
di dalam kehidupan seterusnya pasti khusyuk di dalam solat. Yang kita inginkan
bukan sekadar khusyuk di dalam solat tetapi juga khusyuk iaitu SEDAR akan halnya
Allah SWT (sifat, zat dan Af’al Allah SWT) di dalam setiap saat kehidupan kita ini.

Komunikasi dengan Allah SWT mampu menghadir dan meningkatkan KESEDARAN


(RASA IHSAN) dalam kehidupan. Saya akan jelaskan di entri akan datang.

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan Vol. 2 [http://www.fuadlatip.com]  84 
 

Penutup 

Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT kerana saudara sudi membaca ebook JPHBT
Vol 2 ini. Semoga saudara mendapat manfaat daripada artikel yang ditulis di dalam
ebook ini.

Seandainya ebook ini memberikan manfaat kepada saudara, sebarkanlah manfaat


itu kepada saudara mara dan sahabat handai kita. Mudah-mudahan mereka juga
memiliki jiwa yang positif di dalam hidup berTuhan yang sebenar iaitu kita bersaksi
bahawa TIADA TUHAN melainkan ALLAH SWT dan Nabi Muhamaad SAW adalah
Rasulullah.

“Allahumma ‘ainni ‘ala dzikrika, was syukrika, wa husni ‘ibadatika”


Ya Allah, ajari aku berzikir kepadaMu, ajari aku bersyukur kepadaMu dan ajari
aku beribadah yang baik kepadaMu.
(Hadis Sahih, Bukhari Muslim)

Memiliki Kesedaran Tertinggi 
 

Anda mungkin juga menyukai