Anda di halaman 1dari 5

Laporan Aktiviti Terapi Fisio

Merujuk kepada gambar di atas, terapi yang dilakukan adalah terapi fisio tanpa alatan iaitu
melibatkan anggota tangan. Pertamanya, murid dikehendaki mendepakan kedua-dua belah
tangan. Seterusnya meramas tangan ke atas dan ke bawah. Ia dilakukan sebanyak 10 kali.

Terapi yang kedua adalah Terapi fisio tanpa alatan melibatkan anggota kaki. Murid dikehendaki
menghentakkan secara berselang-seli kiri dan kanan. Terapi ini juga dilakukan sebanyak 10
kali.
Terapi ketiga adalah terapi fisio menggunakan alatan iaitu ‘monkey rack’. Murid dikehendaki
memakai pakaian yang bersesuaian. Guru menunjukkan demonstrasi terapi ‘monkey rack’
tersebut. Cara terapi ini adalah memegang besi dan bergayut ke besi seterusnya. Guru perlu
memantau murid dan memegang murid jika murid sukar untuk mengawal atau mengimbangkan
badan. Alat yang digunakan boleh didapati di taman permainan kanak-kanak.

Refleksologi adalah salah satu terapi fisio untuk membantu kanak-kanak khas. Guru boleh
membawa murid ke taman permainan dan membantu murid untuk berjalan di atas batu
refleksologi tersebut. Guru menunjukkan cara bagaimana untuk berjalan di atas batu tersebut.
Guru perlu memastikan murid tidak memakai kasut atau selipar untuk melakukan aktiviti terapi
ini. Murid akan dibantu oleh guru untuk berjalan di atas trek batu tersebut. Guru perlu
memastikan murid melakukan terapi ini mengikut kemampuan dan bukan secara paksaan.
Terapi kelima adalah terapi fisio dengan pengubahsuaian alatan. Alat yang diperlukan adalah
span, air, baldi dan botol. Baldi diisi dengan air dan letakkan span. Seterusnya murid diminta
untuk memerah span tersebut ke dalam botol. Aktiviti ini boleh dilakukan berulang kali dan ia
menyeronokkan serta memerlukan penumpuan murid.

Merendam kaki ke dalam besen yang berisi air. Sediakan besen dan isikan air. Murid diminta
untuk melipat seluar sebelum merendamkan kaki ke dalam besen. Terapi ini dilakukan dalam
jangka masa 5-10 minit. Jari kaki boleh digerakkan semasa kaki direndamkan ke dalam air.
Terapi terakhir adalah terapi fisio dengan
pengubahan aktiviti. Terapi ini menggunakan alat seperti bola. Terapi ini boleh lakukan
pergerakan seperti menghayun bola, melantun bola dan menggolek bola dengan kedua-dua
belah tangan mengelilingi bawah kaki. Guru menunjukkan demonstrasi terapi
menghayunkan bola. Bola dihayunkan ke kiri dan kanan sebanyak lapan kali. Seterusnya
guru menyuruh murid melakukan perkara yang sama.

Melantun bola pula memerlukan alatan bola


juga. Guru menunjukkan demonstrasi dengan mendepakan dengan kaki sebelah diangkat
ke atas sambil tangan melantunkan bola ke lantai sebanyak lapan kali. Guru perlu
membantu murid yang tidak dapat mengimbangkan badan mereka.
Terapi pengubahsuaian aktiviti terakhir adalah menggolek bola dengan kedua-dua belah tangan
mengelilingi bawah kaki. Guru menunjukkan demonstrasi sebelum memberi arahan kepada
murid melakukannya sendiri. Kedua-dua belah kaki diangkatkan ke atas. Seterusnya bola
digolekkan ke kiri dan kanan sebanyak lapan kali. Murid yang tidak dapat mengangkat kaki ke
atas memerlukan bantuan guru untuk memegang kaki murid tersebut. Terapi ini dilakukan
berulang kali sehingga murid dapat melakukan sendiri tanpa bantuan guru.

Terapi fisio dengan pengubahsuaian aktiviti ini boleh dilaksanakan secara stesen untuk
mengelakkan kesesakan di sesebuah stesen. Misalnya, murid perlulah mulakan dengan
menghayun bola dahulu. Kemudian, murid yang sudah boleh menghayun bola barulah
bergerkan ke stesen yang lain.

Anda mungkin juga menyukai