Anda di halaman 1dari 21

Hikayat Indera Nata

Sinopsis
• Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama
Indera Nata, iaitu anak Raja Rom yang mempunyai
kehebatan tersendiri. Hal ini diceritakan oleh Indera
Jenaka anak Si Batu Hampar yang mengikut Indera Nata.
• Dalam pengembaraannya, Indera Nata telah melihat
sebuah rumah yang terlalu tinggi dan di sebelahnya
terdapat sebuah istana. Di situ dia telah melihat tujuh
orang puteri, iaitu Puteri Cendera Kesuma (anak Raja
Mesir), Puteri Normia (anak Raja Baghdad), Puteri Indera
Paksi (anak Raja Siam), Puteri Ratna Cahaya (anak Raja
Kufah), Puteri Ratna Bagang (anak Raja Iraq), dan Puteri
Cendera Maha Dewi (anak Raja Peringgi). Mereka berada
di situ untuk dibesarkan oleh raksasa dan seterusnya
akan dimakan oleh raksasa tersebut.
• Indera Nata memberitahu semua puteri itu bahawa
dia ke situ kerana Raja Rom memintanya mencari
gajah bergading emas. Kesemua puteri itu sedia
untuk dibawa ke benua Rom oleh Indera Nata kerana
tidak mahu menjadi mangsa raksasa. Puteri Cendera
Kesuma mengatakan bahawa mereka berupaya
untuk mendapatkan gajah itu daripada raksasa.
• Apabila raksasa pulang, dia merasakan bahawa
terdapat bau manusia di dalam rumahnya. Indera
Nata telah disorokkan oleh Tuan Puteri di dalam
sebuah peti emas dan Tuan Puteri menafikan bahawa
terdapat manusia di situ. Tuan Puteri telah memnita
raksasa mencarikan gajah yang bergading emas
supaya hati mereka lebih cepat besar.
• Setelah raksasa dan isterinya pulang, Tuan Puteri
telah meminta raksasa mencarikan kijang putih
bertanduk emas. Mereka juga meminta raksasa
dan isteri mencucikan kain hitam sehingga
menjadi putih. Setelah usaha mereka gagal,
raksasa dan isterinya pulang ke rumah.
• Semasa raksasa dan isteri mencari kijang, Indera
Nata dan kesemua puteri keluar dari mahligai.
Setelah raksasa dan isterinya mendapati kesemua
puteri telah tiada, mereka telah mencari kesemua
puteri tersebut. Indera Nata telah memperoleh
bantuan daripada Betara Gangga yang menyuruh
ular sakti dan naga menyeberangkan Indera Nata
dan kesemua puteri.
• Selepas menempuh perjalanan
selama tujuh hari tujuh malam,
mereka telah sampai di rumah bonda
Indera Nata. Apabila Tuan Puteri
Cenderawati melihat Indera Nata, dia
berasa sungguh gembira. Kesemua
puteri itu tinggal bersama-sama
Puteri Cenderawati.
Tema
• Kehebatan anak-anak raja menangani
pelbagai rintangan. Indera Nata
mengembara untuk menunaikan hasrat
bapanya, iaitu Raja Rom yang
memintanya mencari gajah yang
bergading emas. Tuan puteri tujuh orang
pula bijak menggunakan kesempatan
melepaskan diri daripada raksasa dengan
bantuan Indera Nata.
Persoalan
Pernyataan Huraian/Contoh
• Keberanian seorang • Indera Nata berani
berhadapan dengan
anak raja binatang buas semasa
masuk ke hutan. (m/s 59)

• Indera Nata mempunyai


• Kesaktian seorang kesaktian iaitu boleh
berkomunikasi dengan
anak raja binatang. (m/s 59)

• Bonda Indera Nata amat


menyayangi anaknya,
• Kasih ibu kepada anak Indera Nata. (m/s 67)
• Hubungan mesra • Bonda Indera Nata
gembira apabila bertemu
antara ahli keluarga semula dengan
anakandanya yang telah
lama tidak pulang. (m/s
67)

• Tanggungjawab • Indera Nata


menyelamatkan tujuh
sesama manusia orang puteri daripada
tawanan raksasa.
(m/s 67-68)

• Penyelesaian masalah • Semasa raksasa pulang,


Tuan Puteri telah
secara bijaksana menyorokkan Indera Nata
di dalam peti emas supaya
tidak dapat dikesan oleh
raksasa. (m/s 64)
Plot
Permulaan
• Indera Nata memberitahu bondanya
(Si Batu Kembar) bahawa Indera Nata
mempunyai keistimewaan, iaitu
dibawa menyeberang lautan oleh ular
sakti.
• Indera Nata juga boleh bercakap
dengan binatang dan berani
berhadapan dengan binatang buas.
Perkembangan
• Indera Nata terjumpa sebuah istana dan di situ
dia terlihat tujuh orang puteri.
• Indera Nata dan tujuh orang puteri itu berkenalan
dan menceritakan situasi masing-masing.
Konflik
• Tujuh orang puteri itu dibesarkan oleh raksasa
dan akan dimakan oleh raksasa.
• Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu Indera
Nata bahawa gajah yang dicari boleh diuruskan
oleh mereka dengan meminta raksasa
mencarikan gajah tersebut.
• Raksasa pulang dan dapat mengesan
bau manusia.
• Tuan Puteri meminta raksasa suami
isteri mencarikan mereka gajah
bergading emas dan kijang putih
bertanduk emas serta kain yang
hitam disuruh cuci sehingga putih.
• Semasa raksasa keluar mencari
kijang putih, Indera Nata dan
ketujuh-tujuh orang puteri keluar dari
mahligai.
Klimaks
• Raksasa sedar bahawa mereka telah
ditipu.
• Betara Gangga telah membantu
Indera Nata dan tujuh orang puteri
dengan menyuruh ular sakti dan
naga menyeberangkan mereka
(termasuk gajah).
• Raksasa suami isteri mati setelah
dibawa oleh ular sakti dan naga ke
tengah laut.
Peleraian
• Indera Nata pulang menemui ibunya.
• Ibunya gembira dapat bertemu
semula dengan anaknya.
• Ketujuh-tujuh orang puteri itu tinggal
bersama-sama dengan Tuan Puteri
Cenderawati (bonda Indera Nata).
Latar
Latar tempat
Di negeri Rom, tepi laut, sebuah bukit,
mahligai, di dalam peti emas, dan di
dalam hutan.
Latar masa
Pada waktu petang, hampir siang, siang,
tengah malam, dan selama tujuh hari
tujuh malam.
Latar masyarakat
• Masyarakat yang baik hati.
• Masyarakat yang bersifat kejam.
• Masyarakat yang sedia membantu
orang yang berada dalam
kesusahan.
• Masyarakat yang mempunyai kuasa
sakti.
• Masyarakat yang mempunyai sifat
kasih sayang.
Watak dan Perwatakan
Indera Nata
• Berani (m/s 59)
• Boleh bercakap dengan binatang (m/s 59)
• Taat pada suruhan bapa/raja (m/s 61)
• Penyayang (m/s 67)
• Mengharapkan kuasa lain untuk
menyelamatkan diri (m/s 66)
Tuan Puteri Cendera Kesuma
• Mengharapkan pertolongan orang lain
(m/s 62)
• Bimbang akan nasib diri (m/s 61)
• Sedia membantu orang lain (m/s 64)
• Bijaksana (m/s 64)
• Rindu akan ibu bapa (m/s 68)
Raksasa
• Amat kejam (m/s 61)
• Boleh mengenal pasti bau manusia (m/s 64)
• Bijaksana (m/s 66)
Gaya Bahasa
• Inversi
“…esok harilah aku pergi mencari kehendakmu
itu!” (m/s 64)
• Simile
…menengar bunyi seperti ribut (m/s 63)
• Peribahasa
seperti orang beroleh gunung emas (m/s 62)
• Repetisi
Hatta maka tiada berapa lamanya ia bersama-
sama dengan tuan puteri itu maka kata Tuan
Puteri Cendera Kesuma… (m/s 63)
• Sinkof
Maka kata raksasa, “Hai cucuku, esok…” (m/s 65)
• Hiperbola
Tuan puteri ketujuh itu terlalu elok parasnya gilang-
gemilang cahayanya kilau-kilauan… (m/s 62)
• Anafora
Maka ia pun menegar bunyi seperti ribut. Maka
kata Indera Nata… (m/s 63)
Nilai dan Pengajaran
• Keberanian • Kita perlulah berani
menempuh cabaran
dalam kehidupan.
• Bijaksana • Kita mestilah
menyelesaikan
masalah dengan
bijaksana.
• Ketaatan • Sebagai anak, kita
mestilah mentaati
orang tua kita.
• Kasih sayang • Kita mestilah
mengasihi keluarga
• Tolong-menolong kita.
• Kita mestilah
membantu insan
yang berada dalam
• Kerjasama kesusahan.
• Kita haruslah
bekerjasama untuk
menyelesaikan
masalah.

Anda mungkin juga menyukai