Anda di halaman 1dari 8

MUSIBAH PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN

MUQADIMAH

Dengan nama Allah yang Maha pemurah & Maha mengasihani. Segala pujian hanya berhak bagi
Allah, Tuhan semesta alam. Selawat & salam keatas Nabi Muhammad s.a.w, keatas keluarga &
para sahabatnya serta sekalian yang mengikuti mereka itu hingga ke akhir zaman.

AL-KISAH

Telah maklum diketahui umum bahawa menyatukan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan
dalam institusi pengajian, sama ada dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi adalah
kebiasaan yang menular di Negara kita ini. Tambah pula segala aktiviti yang berkaitan dengan
pembelajaran & kokurikulum pun sedemikian jua. Lebih-lebih teruk lagi, Asrama lelaki &
perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang. Cerita-cerita yang pernah saya dengar
sendiri daripada murid-murid saya dari kalangan pelajar-pelajar universiti tempatan dalam
aliran agamabahawa mereka menyatakan perkara yang tidak enak didengari apabila kita
timbangkan dengan neraca syariat.

Pelajar-pelajar jurusan agama ini menyatakan bahawa menjadi kebiasaan pelajar-pelajar


membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini kerana, bila setiap hari melihat pelajar
perempuan di dalam satu kelas atau pelajar perempuan yang lain pada sesuatu tempat dalam
kampus.

Lebih-lebih lagi pelajar perempuan yang mempunyai rupa paras menawan, menjadi rebutan di
kalangan pelajar-pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang mengirim bunga untuk menawan hati
sigadis jelita tersebut. Perhubungan begitu mudah, dengan telefon bimbit memainkan peranan
yang penting dalam misi menakluki hati pelajar yang diminati serta sebagai alat yang dapat
melayan perasaan pasangan-pasangan yang bercinta ini. Terdapat juga pelajar yang menjalin
hubungan „istimewa‟ dengan pensyarah muda yang memiliki rupa, yang baru menjawat tugas
sebagai seorang pensyarah. Dalam kelas menghormatinya sebagai pendidik, dalam telefon bimbit
dijadikannya sebagai seorang kekasih yang dirindui.

Lebih parah lagi ada yang berdating sambil berpegangan tangan dan terdapat kes ditangkap
berdua-duaan dalam tandas. MasyaAllah!! Na‟uuzibillah min zalik! Bukanlah semata-mata saya
membongkar perkara-perkara aib sedemikian untuk melekeh & mencela. Saya terpaksa berbuat
demikian, hanyalah bertujuan menyatakan hukum syariat tentang pencampuran pelajar lelaki &
perempuan. Harap maaf!!! „Perkara yang baik dijadikan teladan dan perkara yang buruk
dijadikan sempadan.‟ Inilah realiti yang berlaku serta diakui sendiri oleh pelajar-pelajar IPT,
baik dari aliran agama mahupun aliran biasa (lebih parah). Ini kerana, jawapan yang saya terima
adalah sama di kalangan pelajar IPT yakni pencampuran pelajar lelaki-perempuan itu membawa
kepada elemen-elemen yang tidak baik.Terdapat juga pelajar lelaki menyusup masuk ke dalam
bilik pelajar perempuan dan sebaliknya.

Takutilah bala bencana Allah Taala yang berbentuk bencana alam seperti „Tsunami‟, gempa
bumi yang melenyapkan dan membinasakan apa saja atau berbentuk wabak penyakit seperti
wabak „Je‟, selsema burung, selsema khinzir dan lain-lain, datangnya tiada diduga. Ianya
disebabkan oleh maksiat-maksiat yang dilakukan oleh penduduk bumi itu sendiri. Hadis yang
bermaksud:

“Tiadalah timbul @ nyata (secara terang-terangan) pada sesuatu kaum manusia,


penzinaan dan amalan riba melainkan mereka sendiri meluluskan AZAB ALLAH (BALA
BENCANA ALLAH).”

PUNCA-PUNCANYA

Kenapakah perkara ini tidak boleh berlaku? sedangkan semenjak dari kecil lagi muda-mudi kita
dikotori fikiran mereka itu dengan tunjuk ajar yang negatif di sisi agama oleh syaitan yang besar
iaitu TV & seumpamanya melalui rancangan-rancangan & filem-filem yang dipertontonkan.
Didikan buruk yang menyalahi dengan syara‟ yang terdapat di dalamnya seperti budaya
berasyik-asyik dalam percintaan, adengan-adengan pergaulan bebas yang terbabas daripada
batasan-batasan agama Allah Taala. Tidak kurang juga didikan membuka aurat dengan
berpakaian yang ketat, singkat & menyingkap segala yang sepatutnya ditutup. Sehingga maruah
harga diri seorang muslimat tidak kelihatan lagi melainkan dilihat seperti ciri-ciri perempuan
orang kafir yang seperti binatang, bebas tanpa ikatan agama. Begitu juga dengan bahan-bahan
cetak yang memainkan peranan penting dalam merosakkan moral muda-mudi kita.

MUQADIMAH ZINA

Bemula dari muqadimah zina atau dipanggil sebagai perkara yang membawa kearahnya (zina)
iaitu percampuran antara lelaki & perempuan, aktiviti bersama-sama, pandang-
memandang, membuat hubungan, bersentuh-sentuhan dan lain-lain, seterusnya boleh
membawa kearah melakukan penzinaan itu sendiri.

Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam
firmanNya, yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina!”(surah al- Israa:32)
Imam Ibnu Kastir menafsirkan ayat ini dalam kitab tafsir beliau dengan katanya:“Allah Taala
berfirman (dengan ayat ini) yang mana Dia melarang hambaNya daripada melakukan zina,
menghampiri zina, melakukan sebab-sebab kearah zina serta segala perkara yang boleh
membawa kepada penzinaan.”

Tersebut dalam kitab Hasyiah Futuhat ilahiyah pada menerangkan ayat ini: “Kerana ayat ini
memberi pergertian larangan daripada melakukan muqadimah zina seperti bersentuhan,
bercium, melihat (lelaki pandang kepada perempuan atau perempuan melihat kepada lelaki)…”
Pandang-memandang
Firman Allah Taala, yang bermaksud: “Katakan kepada kaum muslimin, Ya Muhammad!
Pejamkanlah mata mereka (daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal dilihat) dan
kawallah alat kelamin mereka itu (daripada melakukan perkara yang tidak halal
dilakukan)”. (surah AN-Nur:30)

FirmanNya lagi, yang bererti: “Katakanlah kepada kaum muslimat, Ya Muhammad!


Pejamkanlah mata mereka (daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal dilihat) dan
kawallah alat kelamin mereka itu (daripada melakukan perkara yang tidak halal
dilakukan)”(surah AN-Nur:31)

Al-Hafiz Ibnu Qayim Aljauziah menyatakan dalam kitab Addaa Wa ddawaa‟ m/s 163, bahawa
„pandangan‟ merupakan salah satu daripada punca-punca kemasukkan maksiat pada hamba
Allah. Beliau menerangkan hal tersebut dengan katanya:“Adapun pandangan-pandangan itu
ianya menarik kepada syahwat & utusannya (syahwat). Kawalan pandangan ialah asas bagi
penjagaan alat kelamin (daripada melakukan perkara haram), maka sesiapa melepaskan
pandangannya tanpa kawalan nescaya ia meletakkan dirinya ke tempat kebinasaan-kebinasaan.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, bermaksud: “Janganlah engkau ikutkan satu pandangan
dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya tidak mengapa bagi engkau
pandangan yang pertama dan tidak harus (haram) bagi engkau pandangan kali kedua.”

Ibnu Qayim menjelaskan lagi: “Pandangan itu asal kebanyakkan terjadinya bala bencana yang
menimpa manusia. Ini kerana, ianya mendatangkan lintasan, seterusnya lintasan itu
mendatangkan ingatan, seterusnya ingatan itu menerbitkan syahwat, seterusnya syahwat
menerbitkan keinginan yang kuat maka jadilah azam yang teguh, lantas berlakulah perbuatan
(zina) selagi tiada sesuatu yang menghalangnya. Kerana inilah, dimadahkan: “Sabar pada
memejam mata (tiada melihat perkara haram) ialah terlebih mudah daripada sabar terhadap
kesakitan yang akan terjadi selepasnya…”

Bersentuhan
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban & Ishak bin Rahawaih daripada Asmaa binti Yazid,
yang bermaksud: “Bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan
dengan perempuan…” Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan hadis ini adalah hadis hasan.
Hadis yang bermaksud: “Demi Allah! Bahawa dicucuk seseorang daripada kalangan kamu di
kepalanya dengan jarum besi adalah terlebih baik daripada ia bersentuhan dengan perempuan
yang tidak halal baginya.”(Riwayat Tabarani). Al-Hafiz Ibnu Hajar membilang hadis ini sebagai
hadis hasan.
Hubungan percintaan
Membuat hubungan percintaan di antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
terlebih dahulu adalah haram. Allah Taala melarang hambaNya daripada apa bentuk perkara,
sama ada dengan melihat, membuat hubungan, menyentuh dan lain-lain yang merupakan habuan
nafsu syahwat antara lelaki dan perempuan. Membuat hubungan intim hingga asyik dalam
percintaan adalah merupakan muqadimah zina. Keasyikkan dan mabuk di alam percintaan ini
membawa kekancah yang terlebih keji.

Ibnu Qayim menyatakan bahawa keasyikkan cinta pada sesuatu itu tidak dapat memberi
kemaslahatan kepada dunia dan akhirat bahkan kemudaratannya bersangatan.
Beliau menerangkan di antara beberapa sebab keburukan yang terjadi daripada keasyikkan itu,
dengan katanya: “Bahawa kerosakkan segi keduniaan dan keakhiratan bagi orang-orang yang
asyik mabuk dengan sesuatu itu (asyik percintaan lelaki dengan perempuan atau asyik mabuk
dengan perkara maksiat) terlebih cepat daripada api menghanguskan kayu yang kering. Ini
adalah kerana hati, setiap kali ia berdekatan dengan keasyikkan dan kuat perhubungan
dengannya nescaya jauhlah ia daripada Allah. Sejauh-jauh hati daripada Allah adalah hati
orang-orang yang asyik dengan sesuatu. Apabila hati itu jauh daripada Allah, maka datanglah
kepadanya kerosakkan-kerosakkan dan Syaitan mengambil alih memerintah hati tersebut dari
segenap segi serta dapat mengerasinya. Syaitan tidak akan membiarkan dengan memberi
kemudharatan yang semungkin ia dapat berikan kepada hati itu melainkan ia akan lakukannya.
Maka apakah lagi diandaikan pada hati yang telah dapat musuhnya menguasainya dan
bersungguh-sungguh menyesatkan dan membinasakan makhluk Allah?? Apakah yang dapat
diandaikan pada hati yang jauh daripada penjaganya (Allah) sedangkan tiada ada kebahagiaan,
kejayaan & kegembiraan melainkan dengan menghampiriNya serta di dalam penjagaanNya??

Disebabkan keasyikkan inilah, mereka sanggup merelakan & melakukan perkara-perkara


yang ditegah oleh Syariat sepertimana keasyikkan cinta Zulaikha yang mendalam terhadap
Nabi Yusuf, membuat ia bertindak di luar batasan.

Firman Allah, bermaksud: “Zulaikha memujuk-mujuk Yusuf untuk melakukan perbuatan


sumbang ketika mana Yusuf di dalam biliknya (Zulaikha) & ia mengunci pintu biliknya itu,
seterusnya berkata kepada Yusuf: “Kemarilah padaku…”(Yusuf:23).Ini adalah disebabkan
keasyikkan cintanya yang mendalam terhadap Nabi Yusuf. FirmanNya Taala yang menceritakan
perbualan perempuan-perempuan di Bandar Mesir terhadap Zulaikha,
bermaksud: “…Sesungguhnya Zulaikha itu terlalu asyik mencintai hambanya
(Yusuf)…”(Yusuf:30).
BAHAYA PERCAMPURAN DAN HIJAB PENGASINGAN

Bertitik mulai daripada „percampuran lelaki dengan perempuan‟ itulah yang membawa
kepada muqadimah-muqadimah zina yang lain seperti melihat, membuat hubungan,
bersentuhan dan lain-lain serta boleh membawa kearah penzinaan itu sendiri. Kerana inilah,
Allah Taala melarang hambaNya daripada pencampuran antara lelaki dengan perempuan melalui
penurunan „Ayat Hijab‟.

FirmanNya, bererti: “ Apabila kamu meminta sesuatu daripada mereka itu (isteri-isteri Nabi),
maka pintalah kepada mereka melalui belakang tabir (penghadang). Demikian itu, terlebih
membaiki & membersihkan hati kamu & hati mereka (isteri-isteri Nabi).” (Al-Ahzab:53).
Imam Qurtubi berkata: “Allah Taala menghendaki dengan ayat ini bahawa (meminta melalui
belakang tabir) terlebih membersihkan hati daripada segala lintasan yang tidak baik, yang
mendatangi bagi kaum lelaki pada lintasan perkara-perkara yang berkaitan dengan kaum
wanita & yang mendatangi bagi kaum wanita pada lintasan perkara-perkara yang berkaitan
dengan kaum lelaki. Yakni, demikian itu terlebih menafi & menjauhkan daripada tomahan serta
terlebih teguh pada kawalan (daripada berlaku perkara yang ditegah)…”

Ayat Hijab bersifat umum


Ayat Hijab ini umum hukumnya bagi sekalian Muslimat, bukan hanya untuk isteri-isteri Nabi
s.a.w. Ini kerana, apabila golongan sebaik-baik umat iaitu para sahabat & isteri-isteri baginda
disyarakan hijab penghadang antara mereka maka umat yang terkemudian, yang mana
kemungkaran berleluasan terlebih utama lagi dengan hukum ini. Lebih-lebih lagi, telah diyakini
dengan secara umum bahawa berlakunya muqadimah zina & seterusnya penzinaan, apabila tiada
mengasingkan antara lelaki dengan perempuan seperti yang berlaku di insitusi-insitusi pengajian.
Imam Qurtubi menjelaskan bahawa ayat Hijab ini umum hukumnya, dengan katanya:“Pada ayat
ini menjadi dalil bahawa Allah Taala membenarkan meminta kepada isteri-isteri Nabi s.a.w
disebalik tabir, apabila terdapat sesuatu hajat atau pun masalah agama yang diminta fatwa
daripada isteri-isteri baginda. Termasuklah sekalian perempuan (tidak hanya isteri-isteri Nabi)
dalam hukum sedemikian dengan pergertian yang difahami daripada ayat tersebut&juga dengan
apa yang terdapat di dalamnya asas-asas syariat iaitu dari segi diri wanita itu adalah aurat,
sama ada badannya&suaranya (di sisi mazhab Syafie: suaranya aurat jika seseorang lelaki
terasa enak apabila mendengarnya)…”

Sokongan bahawa Ayat Hijab bersifat umum


Sebagai menguatkan bahawa ayat Hijab ini bersifat umum, terdapat di antara beberapa riwayat
hadis tentang sebab turunnya ayat ini, riwayat yang menunjukkan bahawa pencampuran itu
membawa kepada perkara-perkara yang tidak elok. Hadis yang dikeluarkan oleh Nasaie daripada
Mujahid seterusnya daripada Aisyah, yang bererti: “Adalah aku makan „Haisan‟(bubur yang
dibuat daripada tamar,minyak sapi&gandum) bersama Nabi s.a.w di dalam satu mangkuk maka
Umar melewati kami lalu baginda menjemputnya&ia pun makan bersama. Kemudian, tersentuh
tangan Umar dengan tanganku lantas ia berkata: “Bagus-bagus!!” atau “Wah-wah!!”(nada
tidak menyukai). Umar menambah lagi: “Jika diikutkan kehendakku terhadap isteri-isteri Nabi
ini, aku harap mereka tidak dilihat oleh mata manusia, lalu diturunkan ayat Hijab.”

Nabi saw memandang serius tentang percampuran


Nabi s.a.w mengambil perhatian serius dan memberi penekanan yang berat terhadap
percampuran tersebut sehinggakan kelibat kaum Hawa ini pun, baginda tidak membenarkannya.
Ini sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih Bukhari daripada sanadnya yang berhubung
kepada Az-Zuhri daripada Hindun Bt. Haris seterusnya daripada Ummu Salamah radhiyallah -
anha, berkata: “Adalah Rasulullah s.a.w, apabila memberi salam (di dalam solat), lalu kaum
perempuan bangun berdiri ketika telah selesai salam baginda. Baginda tetap sejenak di tempat
duduknya sebelum bangun berdiri. Kata Perawi (Az-Zuhri): “Kami berpendapat (wallahu
„aklam) perbuatan Nabi tersebut supaya kaum wanita beredar sebelum dapat dilihat oleh
seorang pun daripada kaum lelaki.” (Sahih Bukhari: bab solat kaum wanita di belakang kaum
lelaki)

AZAB DAHSYAT BAGI PEREMPUAN YANG TIDAK MENUTUP AURAT DAN


BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Wahai kaum perempuan yang tidak menutup aurat atau berpakaian seluar dan baju ketat @
singkat yang boleh membangkitkan nafsu lelaki! takutilah kamu azab sengsara yang Allah Taala
sediakan di akhirat kelak. Janganlah dituruti cara berpakaian perempuan kafir dan artis-artis yang
fasik.

Ambillah iktibar dengan perkhabaran Junjungan Besar Nabi kita saw yang menceritakan kepada
Saidina Ali tentang perempuan yang diazabkan ketika malam „Isra‟ & Mikraj‟,
maksudnya: “Wahai Ali! Ketika malam diisra‟kan daku ke langit, aku melihat perempuan
daripada kalangan umatku yang diazabkan dengan berbagai-bagai azab maka aku menangis
takala melihat bersangat azab mereka itu. Aku melihat perempuan yang digantung dengan
rambutnya hingga mengelegak otaknya…” Kemudian Saidatina Fatimah menanyakan sebab
diazabkan sedemikian, Nabi menerangkan, maksudnya: “Wahai anak kesayanganku! Adapun
perempuan yang digantung dengan rambutnya itu disebabkan dia (di dunia dahulu), tidak
menutup rambutnya daripada kaum lelaki….”(Azzawajir, m/s 67)

Nabi saw menceritakan di antara sifat @ kelakuan salah satu daripada empatgolongan
perempuan yang menjadi ahli neraka, bermaksud: “…Seseorang perempuan yang tidak
menutup aurat dirinya daripada lelaki (ajnabi) dan dia keluar daripada rumahnya dengan
„Tabaruj‟(menzahirkan keelokan/berhias-hias untuk menarik pandangan/keinginan/perhatian
kaum lelaki)..”(Azzawajir Ibnu Hajar Al-Haitami, m/s 66)

Sabdanya lagi, bermaksud: “Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi masih bertelanjang


(tidak menutup aurat dengan sempurna), yang menjadikan dirinya sebagai contoh ikutan
terhadap perbuatan keji mereka (membuka aurat), yang menyimpang daripada ketaatan
terhadap Allah (tidak menunaikan kewajipan ke atas mereka), rambut kepala mereka seperti
ungguh unta Khurasan, mereka tidak akan masuk surga dan tidak dapat mencium baunya
(surga).” (Riwayat Muslim: Kitab Al-Libas, bab an-nisa al-kasiyat al-„aariyaat)

Jangan terlampau bebas keluar & menzahirkan diri di khalayak lelaki

Kebebasan seseorang perempuan dari sudut syariat Islam adalah terbatas, tidak seperti lelaki.
Mereka tidak digalakkan bebas keluar rumah dengan menzahirkan diri di khayalak ramai. Ini
sebagaimana yang disebutkan oleh Allah Taala dalam Surah Al-Ahzab:33, bermaksud:

“ Hendaklah mereka (perempuan) tetap di dalam rumah mereka dan janganlah bertabarruj
sebagaimana bertabarruj perempuan-perempuan jahiliah yang dahulu.”

Makna „Tabarruj‟ ialah menzahirkan keelokkan/perhiasan/berhias-hias/menarik perhatian


kepada lelaki ajnabi (asing yang bukan mahram). Mujahid, murid Ibnu Abbas, berpendapat
bahawa perempuan-perempuan berjalan mundar-mandir bersama-sama dalam khalayak kaum
lelaki maka itulah dinamakan „Tabarruj‟.

Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani, bermaksud: “Tidaklah Perempuan berhak keluar
dari rumahnya melainkan terpaksa (perkara yang mustahak/tidak dapat tiada) dan tidaklah
mereka berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepi jalan sahaja.”

Tersebut dalam kitab Azzawajir bagi Ibnu Hajar Al-Haitami, Hadis yang bermaksud:
“Perempuan adalah aurat maka apabila ia keluar daripada rumahnya, nescaya syaitan
mendongak melihat kepadanya. Terlebih menghampiri diri seseorang perempuan kepada Allah
Taala ialah apabila ia berada di dalam rumahnya.”

Hadis yang bermaksud: “Perempuan adalah aurat maka kamu tahanlah mereka di dalam rumah-
rumah…. .(dalam kitab Azzawajir :m/s 66)

Saidina Ali berkata: “Adakah kamu tidak malu?, adakah kamu tidak cemburu? Seseorang
daripada kalangan kamu membiarkan isterinya keluar di khalayak lelaki. Isterinya melihat
mereka. Mereka melihatnya.”

Saidina Ali bertanya kepada isterinya, Fatimah: “Apakah sesuatu yang terbaik bagi seseorang
perempuan?Fatimah menjawab: “ Bahawa dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak dapat
melihatnya.” .(dalam kitab Azzawajir: m/s 66)
AKHIR KALAM

Lantaran itu, kembalilah! kearah Tuhan Rabul „izzah, Tuhan semesta alam, yang mencipta serta
mentadbirkan kita dengan sifat RahmanNya, dengan membaiki segala kesilapan, kealpaan dan
kegelinciran kita yang tersimpang jauh daripada landasan SyariatNya. Hendaklah kita berpegang
teguh dengan syariat Allah, walau apa jua keadaan sekalipun.

WALLAHU‟ALAM….

Disusun oleh:-
Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim Bin Nik Yaacob Bin Nik Yusuf (Imam Masjid
Langgar) Bin Wan Abd. Rahman Bin Wan Taib Bin Wan Mohd Said Bin Wan Abd. Salam
Bin Wan Su Bin Wan Abu Bakar Bin Tok Kaya Pandik Wan Ismail Bin Faqih @ Andik @
Ne‟ @ Nik Ali (Mufti Kerajaan Islam Patani Darussalam&pengarang kitab Tarikh Patani)
Bin Wan Muhammad (Orang Kaya Seri Akar Maha Puteri Bagi Sultan Ismail Zhilullah
Fil Alam) Bin Dato‟ Seri Raja Faqih (Syeikhul Islam) Syeikh Shafiyyuddin (Pendakwah
dari Pasai yg datang ke Patani Darussalam sekitar thn 1400M).

Anda mungkin juga menyukai