Anda di halaman 1dari 16

Himpunan

‘100 Hadis Palsu’


Disediakan oleh: Syaikh Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi (anak murid Syaikh Nasr al-Din al-
Albani)

Ini adalah 100 buah hadis Dha'if dan Maudhu' yg tersebar luas di kalangan
khatib/penceramah/pendakwah. Hadis sahih sudah memadai tanpa perlu mengambil hadis Dha'if.

nota:

a. Hadis2 berikut hanya akan disertakan dengan statusnya sahaja (palsu atau lemah) komentar
panjang lebar tentang punca kelemahan hadis2 berikut tidak disertakan, sekiranya berminat
semak kitab2 yang dinyatakan sebagai rujukan.

b. Kita berterima kasih kepada ustaz Zain y.s dan sahabat2 dari al-Ahkam.net kerana
menterjemahkan hadis2 ini.

c. apabila disebut nama kitab Silsilah al-Dhaifah ianya adalah kitab Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah
wa al-Maudhuat

d. Dhaif = lemah
Maudhu' = palsu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan
bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.

Komentar Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan. rujuk Mizan al-I'tidal
3/293. Silsilah al-Dhaifah 2/985. Takhrij al-Ihya' 1/143

2. Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang


ternak memakan rumput.

Komentar Albani: Tiada asalnya. rujuk Tabaqat Syafi'iyah 4/145. Takhrij al-Ihya' 1/136

3. Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah
untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya.

Komentar Albani: Tidak sah dari Nabi s.a.w. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 8

4. Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa.

Komentar Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 9

5. Sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai guru.

Komentar Albani: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. Takhrij al-Ihya' 1/143

6. Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat
kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu.

Komentar Albani: Maudhu'. rujuk al-Fawaid al-Majmu'at no. 712. Silsilah al-Dhaifah - no.
12

7. Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak.


Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh
disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat).

Komentar Albani: Terlalu dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 42/2. Silsilah al-Dhaifah - no. 14

8. Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu
umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'.

Komentar Albani: Maudhu'. rujuk Takhrij al-Ihya' 1/6. Silsilah al-Dhaifah - no. 16

9. Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi


Allah adalah agung.

Komentar al-Albani: Tiada asalnya. rujuk Iqtidha ' al-Sirat al-Mustaqim 2/415. Silsilah al-
Dhaifah - no. 22
10. Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon
dengan hak perjalanan ini………… Allah akan mengadap wajahnya dan seribu malaikan
akan memohon keampunan untuknya.

Komentar al-Albani: Dhaif. al-Busairi mengatakan: Sanadnya musalsal tetapi lemah. Silsilah
al-Dhaifah - no. 24

11. Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat.

Komentar Ibn Hajar: Aku tidak mengenalinya. lihat al-Maqasid al-Hasanah ms.208.
Tazkirat al-Maudhuat-no 68.al-Asrar al-Marfu`ah fi al-Khabar al-Maudhuah ms. 195

12. Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan
dirinya sendiri.

Komentar Albani: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no.39.Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis
no. 5861. Majma’ al Zawaaid - no.8254. al-Maudhuat 3/69.La'ali al-Masnu'ah 2/279.
Tartib al-Maudhu'at no. 839

13. Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan
diri dariku.

Komentar Albani: Maudhu'. rujuk al-Shaghani di dalam al-Maudhuat - no. 53. Silsilah al-
Dhaifah - no. 44

14. Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah
memalingkan diri dariku.

Komentar al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu'. rujuk Tartib al-Maudhu'at -


no.600, al-Maudhuat - no.52. al-Fawaid al-Majmuah - no. 326

15. Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah2 menziarahiku
semasa aku hidup.

Komentar Ibn Taimiyyah: Dhaif. rujuk al-Qaidah al-Jalilah 4/5250


Komentar Albani: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 47

16. Ikhtilaf (perbezaan pendapat) di kalangan umatku adalah rahmat.

Komentar Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. al-Asrar al-Marfu`ah -
no.506

17. Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana2 yang kamu ikuti pasti akan
mendapat petunjuk.

Komentar Albani: Maudhu'. Silsilah al-Dhaifah - no. 66


18. Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.

Dinilai Maudhu' di dalam al-Asrar al-Marfu'ah - no.506 & Tazkirah al-Maudhu'at - no. 11.

19. Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku.

Komentar Ibn Taimiyah: Tiada isnad yang thabit. rujuk Ahaddis al-Qashas - no.78. al-
Fawaid al-Majmu'ah - no.1020.Tazkirah al-Maudhu'at - no. 87

20. Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim semuanya
binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam
kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang
besar.

Komentar Al-Saghani: Maudhu'. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no.200.al-Fawaid al-


Majmu'ah - no.771. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200

21. Bekas mulut orang beriman adalah ubat.

Status: Tiada asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu`ah - no.217. Silsilah al-Dhaifah - no. 66.

22. Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu
datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah
Allah, al-Mahdi.

Status: Dhaif. rujuk al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 39/2. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 233

23. Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah.

Status: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 95

24. Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing.

Status: Tiada asalnya. Silsilah al-Dhaifah - no. 101

25. Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga.

Status: Tiada asalnya. al-Asrar al-Marfu`ah - no.555. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.766.


Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200

26. Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu
adalah benar.

Status: Maudhu'. rujuk al-La’ali al-Masnu`ah 2/286. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.669

27. Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy.

Status: Maudhu'. Tartib al-Maudhuat - no.694. al-Maudhuat al-Saghani - no.97


28. Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham.

Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu`ah - no.138. al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 76/2

29. Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka.
Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan
neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai Allah daripada seorang ahli ibadah yang
bakhil.

Status: terlalu dha'if. rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 564. al-La’ali al-Masnu`ah 2/91.

30. Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa
Arab.

Rujuk Tazkirat al-Maudhu'at - no.112. Maqasad al-Hasanah - no.31.

31. Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang
membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

Status: Maudhu'. rujuk al-Ilal Ibn Abi Hatim 2/55. Silsilah al-Dhaifah - no. 169

32. Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun.

Status: Dha'if. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 723. Tartib al-Maudhu'at - no.964

33. Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid.

Status: Dhaif. rujuk Dhaif al-Daruqutni - no. 362. al-La’ali al-Masnu`ah 16/2.

34. Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-
hambaNya.

Status: Maudhu'. rujuk Tarikh Baghdad 6/328. Silsilah al-Dhaifah - no. 223

35. Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat.

Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 3/87. Tazkirah al-Maudhuat - no.70. al-Maudhuat al-
Saghani - no.72

36. Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah.Sepuluh dari
sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana.

Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/232. al-Maqasid al-Hasanah - no. 170

37. Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia.

Status: Maudhu'. al-Lu'lu' al-Marsu' - no.454. Tartib Maudhuat - no.196. Silsilah al-Dhaifah
- no. 282
38. Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa
kefakiran selama-lamanya.

Status: Dhaif. ujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 972

39. Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari Allah.
Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan
mereka.

Status: Dhaif. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 233. Tazkirah al-Maudhuat - no.69.

40. Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada
orang yang memimpian kalian.

Status: Dhaif. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 624. Tazkirah al-Maudhuat - no.182.

41. Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada
orang yang memimpian kalian.

Status: Dhaif. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 624. Tazkirah al-Maudhuat - no.182.

(nota: Dalam teks asal hadis ini disalin sebanyak dua kali dengan rujukan yang sama.
Mengapakah Syaikh Ihsan melakukan begitu? Allah lebih tahu.)

42. Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan diiqamah di
telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.

Status: Maudhu'. rujuk al-Mizan al-I'tidal 4/397. Majmu' al-Zawaid dan Takhrij al-Ihya'
2/61

43. Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka
baginya seratus pahala mati syahid.

Status: Terlalu dhaif. Silsilah al-Dhaifah - no. 326

44. Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia
mendapat pahala mati syahid.

Status: Dhaif. Silsilah al-Dhaifah - no. 327

(nota: Hadis 43 dan 44 mempunyai maksud hampir sama tetapi lafaz matan berbeza.)

45. Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin
Ibrahim a.s.)

Status: Tiada asalnya. rujuk Risalah Lathifah - no.23. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.81. al-
Nukhbah al-Bahiyah - no.43.
46. Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali
bin Abi Thalib adalah ibadah.

Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 356

47. Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu
sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat
munafiq.

Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 364

48. Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik.

Status: Tiada asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.51. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.55. al-
Maqasid al-Hasanah - no. 141

49. Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia bernama
Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang diazab? Dia
menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini kebenarannya ialah yang dibawa
oleh Juhainah.

Status: Maudhu'. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 1429

50. Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya.

Status: Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.192. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.189. al-
Nukhbah - no.117

51. Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.

Status: Maudhu'. rujuk al-Maudhu'at Ibn Jauzi 1/215. Tartib al-Maudhu'at adz-Zahabi -
no.111. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 852.

52. Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka.

Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu` - no.264. Tazkirat al-Maudhuat - no.128.
al-Asrar al-Marfu'ah - no.240.

53. Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari
Allah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina).

Status: Maudhu'. rujuk La'ali al-Masnu'ah 2/449. al-maudhuat Ibn Jauzi 3/248. Tartib al-
Maudhu'at adz-Zahabi - no.1123.
54. Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanya
akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.

Status: Maudhu'. Tazkirat al-Maudhuat - no.182. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 623. Silsilah
al-Dhaifah - no. 475.

55. Barangsiapa yang takut azab Allah, maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut
kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah akan menjadikan
takut terhadap segala sesuatu.

Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/145. Tazkirat al-Maudhuat - no.20. Silsilah al-
Dhaifah - no. 485.

56. Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'-Ku dan tidak bersabar
atas bala' Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu.

Status: Dhaif. Tazkirat al-Maudhuat - no.189. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 746.

57. Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yg fasiq.

Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah - no.390. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-


Da`if Ibn Qayyim - no. 301.

58. Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya, maka
hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata: Wahai Si
Fulan ! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya. Hendaklah yang
bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah. Maka si mati itu akan
bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar
daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH
…sehingga akhir.

Status: Dhaif. Takhrij al-Ihya' 4/420. Zad al-Ma'ad Ibn Qayyim 1/206. Silsilah al-Dhaifah -
no. 599.

59. Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah , tidaklah menyesal bagi orang yang
meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana.

Status: Maudhu'. Silsilah al-Dhaifah - no. 611.

60. Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun
jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan tersebut – dari
rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam.

Status: Maudhu'. rujuk al-'Ilal 2/337. Silsilah al-Dhaifah - no. 713.


61. Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati.

Status: Maudhu'. Kasyful Al-Khafa` wa Muziilu al-Ilbas (karya Imam Al-‘Ajluni) 2/2684.
Silsilah al-Dhaifah - no. 760.

62. Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di
dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan
qiyamul lail sebagai ibadah.

Status: Dhaif. rujuk al-Ilal 1/249. Silsilah al-Dhaifah - no. 871.

63. "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril
menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkan jahannam supaya
menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian
memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi
merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun
sehingga menjadi hitam yang gelap.."

Status: Maudhu'. rujuk al-Haitsami 10/387. Silsilah al-Dhaifah - no. 910.

64. Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnya banyak
bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh
manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya.

Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 920.

65. Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka
hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya.

Status: Dhaif. rujuk al-Talkhis al-Habir Ibn Hajar 2/37. Silsilah al-Dhaifah - no. 921.

66. Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang
mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain.

Status: Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.470. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa


Ad-Da`if - no.308.

67. Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan
sesuatu yang hebat di dalam hatinya.

Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.452. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih
wa Ad-Da`if - no.246.
68. Tahiyat Ka'bah adalah tawaf.

Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.130. al-Lu'lu' al-Marsu' - no. 143.

69. Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia berada di
dalam pemerhatian Allah. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman
kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka
yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau
kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaikbaik yang patut dipalingkan kepadanya.

Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1024.

70. Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah Allah itu tertidur?" Maka Allah mengutus
malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta memberikannya dua
buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia diperintahkan supaya
menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua tangannya hampir berlaga.
Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua tangan yang memegang botol. Lalu dia
kembali mengantuk dan tertidur sehingga berlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah
dua botol itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah memberi perumpaan kepada Musa,
kalaulah Allah itu tertidur sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali.

Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi. Dinilai Munkar di dalamn Silsilah al-
Dhaifah - no. 1034.

71. Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis. Barangsiapa
yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan memberikannya keimanan
yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya.

Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk al-Targhib wa al-Tarhib al-Munziri 4/106.
Majmu' al-Zawaid 8/63. Talkhis al-Mustadrak adz-Dzahabi 4/314.

72. Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung.

Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1071.

73. Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apa yang tetap
di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan.

Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1098.

74. Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa a.s. dan cincin Sulaiman a.s. Ia
berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir."

Status: Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1108.


75. Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian datang
labah-labah membuat sarang di pintu gua.

Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1129.

76. Nabi s.a.w. telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut, dan
berwudhu'lah." Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah. Sesungguhnya Allah tidak malu
daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w., apakah tidak
boleh kami semua bangun dan berwudhu' semuanya?" Baginda s.a.w. menjawab:
"Bangunlah kamu sekelian dan berwudhu'lah."

Status: Bathil. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1132.

77. Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya: Apabila
ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan berkedudukan,
apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai satu denda (dikeluarkan
secara paksaan).

Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1421.

78. Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan.

Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah 1/163. Tazkirat al-Maudhu'at - no.173.

79. Mencari yang halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya Allah mencintai seorang mukmin
yang mempunyai pekerjaan.

Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1301.

80. Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al-Quran adalah surah al-
Rahman.

Status: Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1350.

81. Penghulu kepada suatu kaum itu adalah khadam kepada mereka.

Status: Dhaif. al-Maqasid al-Hasanah - no. 579. Silsilah al-Dhaifah - no. 1502.

82. Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al-Quran.

Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1514.

83. Umaiyah bin Abi Shalt, syairnya beriman tetapi hatinya kafir.

Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1546.


84. Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan.
Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimana yang
kamu lakukan maka itulah yang kamu perolehi.

Status: Dhaif. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu' - no. 414.

85. Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang.

Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 1071. al-Maudhuat
Ibn Jauzi 3/220.

86. Bersegeralah beramal sebelum berlaku tujuh perkara: Adakah kamu menunggu sehingga
jatuh sakit yang membinasakan, tua nyanyuk, atau kekayaan yang menjahanamkan, atau
kefaqiran yang melarat, atau kematian mengejut, atau datang dajjal iaitu sejahat-jahat
perkara ghaib yang ditunggu, atau datangnya kiamat, iaitu perkara yang paling dahsyat
sekali.

Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1666.

87. Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus ke dalam neraka.

Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1814.

88. Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur
Allah.

Status: Dhaif. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no. 74.

89. Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta bagi yang tiada berharta. Yang
menghimpun dunia ini ialah orang-orang yang tidak berakal.

Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tazkirat al-Maudhuat - no. 174.

90. Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air.

Status: Tiada Asalnya: rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2096.

91. Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah
istighfar.

Status: Maudhu'. rujuk rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2242.

92. Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar.

Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no. 221. Tazkirat al-Maudhuat - no.
191.
93. Barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan Ramadhan bukan sebab rukhsah dibenarkan oleh
Allah, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa seumur hidup.

Status: Dhaif. rujuk al-Targhib wa al-Tarhib 2/74

94. Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.

Status: Maudhu'. rujuk Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no. 306. al-Fawaid al-
Majmu'ah - no. 1184.

95. Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talaq.

Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1056.

96. Apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba
mengucapkan: "Thala'al badru 'alaina...wajaba al-syukru 'alaina...ayyuhal
mab'utsufina...min tsaniyyaati al-wada'...mada'a Lillahi da'...ji'ta bilamril mutho' "

Status: Dhaif. Tazkirat al-Maudhuat - no. 196.

97. Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api
membakar kayu.

Status: Dhaif. Mukhtasar Sunan Abi Daud al-Munziri 7/226.

98. Allah S. W. T telah berfirman: Aku adalah Allah, Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Raja
Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tangan-Ku. Sesungguhnya apabila
hambaKu mentaati-Ku, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang
ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkari-Ku, Aku akan mengarahkan hati
raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan
meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk
mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingati-Ku dan merayu
kepada-Ku supaya Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka.

Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 602.

99. Azan dan iqamah di telinga bayi yang baru lahir.

Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Bayan al-Wahm al-Qathan 4/594. al-Majruhin
Ibn Hibban 2/128. Silsilah al-Dhaifah 1/494.

100. Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang yang bijaksana. Maka apabila
dia menemuinya, dia lebih berhak memilikinya.

Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi 1/96.


Alhamdulillah tamat himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan al-Utaibi.
Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja, masih terdapat banyak lagi yang
berlegar-legar digunakan/disampaikan diluar sana. Maka seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati
setiap kali berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit ilmu hadis tidaklah
merugikan malah insyaAllah memberikan manfaat yang tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita
dengan Rasulullah s.a.w.

Sebahagian mungkin tertanya apakah terdapat syarat dalam menyampaikan/mengamalkan hadis


dhaif? Sekalipun lebih selamat beramal dengan hadis yang diyakini thabit daripada Rasulullah s.a.w,
di bawah ini saya sertakan juga syarat-syarat yang ditetapkan al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani
sekiranya hendak menggunakan/beramal dengan hadis dhaif sebagai tambahan ilmu. Yang baik
daripada Allah s.w.t dan sebarang kekurangan adalah natijah kelemahan saya sebagai makhluk yang
tidak sempurna. Jika terlihat sebarang kesilapan sila beritahu agar boleh diperbetulkan.
Syarat-Syarat al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani.

Diriwayatkan al-Hafiz al-Sakhawi daripada Ibn Hajar. Ibn Hajar menjelaskan syarat pertama
diperoleh daripada al-Ala'i. Syarat kedua dan ketiga diperoleh daripada Ibn Abdussalam dan
temannya Ibn Daqiq al-Id.[lihat al-Qaul al-Badi’ fi Fadhli Shalat ‘ala al-Habib al-Syafi’, ms. 472]

Suka untuk saya mengajak meneliti syarat2 tersebut.

1. Yang disepakati, bahawa hadis tersebut tidak terlalu lemah. Terbebas daripada seorang perawi
yang dusta atau dituduh sebagai pendusta dan terhindar dari kesalahan yang parah.

Kalau dilihat daripada syarat pertama ini, sesiapa yang hendak menggunakan hadis dhaif perlu tahu
keadaan hadis yang ingin dilaksanakan, adakah dhaifnya jiddan ataupun tidak. Perlu jelas sumber
asalnya dan mengetahui kecacatannya kerana tanpa menyemak darjatnya, kita tidak akan tahu sama
ada kelemahan hadis tersebut adalah ringan atau berat. Seorang yang tidak menguasai walaupun ilmu
yang asas seperti Mustholahul Hadis, bagaimanakah mampu memeriksa sanad dan penyakit sesuatu
hadis dhaif itu? Dengan memberikan kebenaran mutlak untuk beramal dengan hadis dhaif kepada
orang awam sebenarnya membahayakan mereka kerana tidak mustahil syarat pertama akan
dilanggar.

2. Hadis dhaif tersebut berada dibawah prinsip dasar yang bersifat umum.

Dalam erti kata lain, kita tetap akan melaksanakan sesuatu perbuatan, akhlak, atau apa sahaja bukan
kerana wujudnya hadis dhaif tersebut tetapi secara umumnya memang itu semua telah dianjurkan.
Boleh juga disimpulkan hadis dhaif tidak lain sekadar menerangkan keutamaan satu amalan yang
telah ditetapkan oleh al-Quran dan/atau hadis yang sahih. Dua hadis sebagai contoh situasi:
a. Tidak boleh: Hadis dhaif menetapkan solat malam bulan Rejab pada sekian2 hari tidak
boleh dijadikan hujah beramal kerana penetapan solat malam bulan Rejab kerana ianya
secara umum sememangnya tidak dianjurkan, tiada dalil dari hadis sahih mahupun Quran
menetapkan sedemikian.

b. Boleh: Hadis dhaif menerangkan bahawa apa sahaja ilmu bermanfaat yang ditemui
seorang mukmin itu adalah sememangnya haq mukmin tersebut. Secara umumnya kita
mengetahui daripada riwayat2 sahih bahawa Rasulullah s.a.w banyak memanfaatkan ilmu2
orang2 bukan Islam untuk manfaat kaum Muslimin. Sekalipun hadis dhaif tersebut tiada
tetapi kita masih mengambil pengajaran daripada tindakan2 Rasulullah s.a.w itu (secara
umumnya memang dianjurkan). Namun haruslah dijelaskan darjat hadis tersebut sewaktu
menyampaikannya agar mereka yang menerima hadis tersebut tidak menganggap hadis itu
sahih. (lihat huraian syarat ke-3)

3. Diamalkan tanpa diyakini ianya thabit (daripada Nabi), agar tidak disandarkan kepada Nabi s.a.w
apa yang tidak diucapkan oleh baginda.

Setelah mematuhi dua syarat sebelumnya, maka tidak boleh berkeyakinan hadis dhaif tersebut adalah
thabit daripada Rasulullah s.a.w. Oleh sebab itulah para ahli hadis telah menetapkan bahawa hadis
dhaif tidak boleh disandarkan sebutannya kepada diri Rasulullah secara jelas tetapi perlu diisyaratkan
kelemahannya. Imam al-Nawawi berkata:

Berkata para ilmuan peneliti daripada kalangan ahli hadis dan selain mereka, apabila sebuah hadis
adalah dhaif tidak boleh dikatakan terhadapnya “Telah bersabda Rasulullah s.a.w …” atau
“Rasulullah telah berbuat…” atau “Rasulullah telah memerintahkan…” atau “Rasulullah telah
melarang…” atau “Rasulullah telah menghukum…” dan apa-apa lain yang menyerupainya daripada
bentuk kalimah yang menunjukkan kepastian.

Demikian juga, tidak boleh dikatakan terhadap (hadis dha‘if tersebut) “Diriwayatkan oleh Abu
Hurairah…” atau “Berkata Abu Hurairah…” atau “Disebut oleh Abu Hurairah…” atau
“Dikhabarkan oleh Abu Hurairah…” atau “Dihadiskan oleh Abu Hurairah…” atau “Dinukil oleh
Abu Hurairah…” dan apa-apa lain yang menyerupainya. Demikian juga, tidak boleh dikatakan yang
seumpama terhadap para tabi’in dan orang-orang sesudah mereka terhadap apa yang dhaif. Tidak
boleh berkata terhadap apa jua riwayat yang dhaif dengan kalimah yang menunjukkan kepastian.[al-
Majmu’ Syarh al-Muhazdzab, jld. 1 ms. 134]

Itulah huraian serba ringkas tiga syarat yang ditetapkan. Sekiranya mampu melaksanakannya dan
memahami syarat2 tersebut silakan berinteraksi dengan hadis dhaif. Sekiranya tidak, saya percaya
kita masih belum kehabisan hadis sahih

Rujukan : http://forum.jiwang.org/Himpunan-100-Hadis-Palsu-and-Lemah-t13255.html

Anda mungkin juga menyukai