Anda di halaman 1dari 1

Rasulullah s.a.

w bersabda: “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam,


dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya
seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula
ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh
itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara
itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan
yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.”
Ibn Mas’ud r.a
Huraian:

 Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.

 Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang
bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan
menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan
untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

 Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu
sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah
daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.

 Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati,
maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika
bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

Anda mungkin juga menyukai