Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENJALANKAN PERNIAGAAN

DI DALAM KAMPUS UniKL MSI

RANCANGAN PERNIAGAAN

A. BUTIRAN PERIBADI RAKAN KONGSI DAN SYARIKAT

1. Nama Syarikat :
2. Alamat : Cafeteria Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Spanish Institute,
Kulim Hi – Tech Park
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman
3. No.Pendaftaran :
4. Jumlah Sumbangan Modal : RM1000
5. Jenis Perniagaan : Menjual makanan
6. Status Milikan : 100% Bumiputera
7. Jenis Milikan : Perkongsian
8. Senarai Nama Rakan Kongsi :

Bil Nama No K/P Jawatan No. Telefon Kursus

B. PERIHAL PROJEK
1. Aspek Teknikal

a) Lokasi Projek

Buat masa ini, perniagaan ini masih belum dijalankan. Untuk memulakan
perniagaan ini, kawasan kafeteria UniKL MSi telah di pilih sebagai tapak
kedai. Perniagaan ini bercadang untuk meyewa kedai di lot 11 Kafeteria
UniKL MSI sebagai lokasi projek. Lokasi ini dipilih kerana kafeteria adalah
kawasan tumpuan mahasiswa dan mahasiswi serta kakitangan UniKL MSI
untuk membeli makanan dan menjamu selera.

b) Senarai Peralatan/Kelengkapan Yang Akan di beli :

Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan yang dapat


memenuhi keperluan kebanyakan pelanggan, pihak perniagaan telah
mutuskan untuk membeli peralatan-peralatan seperti berikut

No Peralatan Kuantiti
1 Dapur 2
2 Pan 2
3 Set barangan memasak burger 1
4 Tong gas 1

c) Penggunaan bahan mentah utama dan pembekalnya


Dianatara bahan-bahan mentah utama adalah seperti berikut:-
Jenis Bahan Kuantiti digunakan Jumlah kos Pembekal dan
mentah seminggu seminggu syarat
Daging 20paket RM160.00
Beberapa
Ayam 15paket RM150.00
pembekal
Sos Cili 2liter RM15.00
sekitar kulim.
Mayonis 2kg RM35.00
Pembelian
Mentega 300g RM1.00
secara tunai
Sayur-sayuran RM10.00

Jumlah RM371.00
Stok awalan yang diperlukan adalah sebanyak lebih kurang RM 400,
iaitu bersamaan dengan 1 minggu kegunaan.
Syarat pembelian adalah secara tunai. Had minima pembelian tidak
dikenakan oleh semua pembekal.
Harga barang-barang diatas amat stabil dimana turun-naik harga tidak
mudah berlaku.

2. Aspek Pasaran

a) Ciri-ciri Umum Perniagaan

Perniagaan ini menjalankan bisnes menjual makanan seperti roti canai, roti
bakar, roti arab dan bermacam-macam masakan berasaskan roti pada waktu
siang, manakala pada waktu malam pula perniagaan ini akan menjual
bermacam-macam jenis burger. Selain menjual makanan seperti di atas,
pihak perniagaan ini juga akan menjual bermacam-macam jenis minuman.
Perniagaan dijangka dapat menarik ramai pelanggan untuk membeli
makanan di kedai ini kerana hanya pihak kami sahaja yang menjalankan
masakan berasaskan roti sebagai sarapan ataupun makanan ringan pada
sebelah petang. Perniagaan ini akan dijalankan pada jam 8.00pagi – 11.00
malam.
b) Strategi Pemasaran Perniagaan

Di antara strategi-strategi adalah seperti berikut :-


i. Memberikan mutu perkhidmatan yang baik serta dengan penuh
beretika dan mengamalkan tahap professionalism yang tinggi. Ini
adalah selaras dengan motto syarikat iaitu “Do the Best”’
ii. Membuat lebih banyak promosi dan menawarkan harga yang
berpatutan.
iii. Menyediakan perkhidmatan dan pilihan yang lebih banyak kepada para
pelanggan.
iv. Memastikan kebersihan kawasan memasak dan peralatan yang
digunakan sentiasa di jaga.

Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti di atas,


syarikat dijangka akan dapat berkembang dengan baik, dapat menjana
keuntungan serta dapat memberikan perkhidmatan yang efektif.

c) Kumpulan Sasaran

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama perniagaan adalah tertumpu


kepada mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di UniKL MSI iaitu pelajar
diploma, ijazah dan pre-spain.

d) Pesaing-pesaing
Perniagaan dianggap sebagai bertuah kerana hanya tidak mempunyai
pesaing yang terdekat yang menjalankan perniagaan seperti yang ingin
dijalankan.
Strategi-strategi yang telah dirancangkan diatas dijangka telah memadai
untuk bersaing dengan pesaing ini.

3. Aspek Kewangan
a. Aset dan Tanggungan
i. Kos Projek

Sedia ada
Baru Jumlah
Perkara (Deraf)
RM % RM % RM %
Peralatan RM2,000.00 36 RM2,000.00 36
Pra-Operasi RM500.00 9 RM500.00 9
Modal kerja RM3,000.00 55 RM3,000.00 55
Jumlah RM5,500.00 100 RM5,500.00 100

ii. Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber pembiayaan)

Sedia ada
Baru Jumlah
Perkara (Deraf)
RM % RM % RM %
Modal sumbangan RM5,500.00 100 RM5,500.00 100

Jumlah RM5,500.00 100 RM5,500.00 100

Nota i : Perkiraan Modal Kerja


Sedia ada
Baru Jumlah
Perkara (Deraf)
RM RM RM
Stok
Bahan mentah (1bulan) RM600.00 RM600.00
Tunai operasi (1bulan) * RM2,400.00 RM2,400.00
Lain-lain
Jumlah RM3,000.00 RM3,000.00

* Pengiraan tunai untuk menampong operasi selama 1 bulan pertama seperti


berikut:-

Gaji - RM1,800
Sewa - RM300
Air/letrik - RM100
Pemasaran & promosi - RM100
Lain-lain - RM100

Berdasarkan kos projek diatas, kos keseluruhan untuk memulakan perniagaan


ini adalah berjumlah sebanyak RM5,500. Oleh itu, perniagaan ini ingin
memohon kerjasama dari pihak universiti untuk membantu mengurangkan kos
projek yang terpaksa di tanggung. Di bawah adalah beberapa pengecualian yang
pihak perniagaan ingin memohon daripada pihak UniKL MSI dalam
mengurangkan kos projek. Pengecualian yang dipohin adalah seperti berikut:
i. Pengecualian sewaan kedai selama 1 tahun.
ii. Pengecualian bayaran bil air dan electrik selama 1 tahun

Pengecualian yang dipohon selama 1 tahun adalah kerana ingin memberikan


tempoh bernafas kepada kami untuk memulakan perniagaan.

C. KESIMPULAN
Diharapkan dengan menjalankan perniagaan di dalam kampus akan memberi
peluang serta pengalaman kepada mahasiswa seperti kami untuk menceburkan diri
di dalam bidang perniagaan dan menjadi platform untuk kami bergerak maju ke
hadapan. Dengan adanya inisiatif seperti ini juga, ia dapat memberikan satu
kelebihan kepada kami apabila menamatkan pengajian kelak kerana kami
mempunyai kemahiran bukan sahaja dalam bidang teknikal dan kejuruteraan malah
dalam bidang keusahawanan. Ini akan membolehkan kami agar mampu bersaing
dengan graduan-graduan dari IPTA/IPTS yang lain serta menyahut seruan UniKL
untuk melahirkan graduan yang mampu menjadi usahawan.

“KEUSAHAWANAN PEMANGKIN EKONOMI”

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………..................... …………………………………………….
Encik Roslan Haji Awang
Pengarah Syarikat
Penasihat Program
Tarikh :
Tarikh:

Di Sokong Oleh: Di Luluskan Oleh:

……………………………………..
.....................................................
Prof. Dr. Hj. Rusli Othman
Encik Mohd Azlan Ismail
Dekan
Eksekutif Kanan
Universiti Kuala Lumpur
Jabtan Hal Ehwal Mahasiswa
Malaysian Spanish Institute
UniKL MSI.
Tarikh:
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai