Anda di halaman 1dari 10

TAJUK : ERGONOMIK TERHADAP PERALATAN PEJABAT.

PENGENALAN KEPADA ERGONOMIK

Ergonomik merupakan salah satu cabang yang penting kepada industri. Ini kerana,
tempat kerja disusunatur berdasarkan pada‘pergerakan produk yang efisien’ atau
tempat yang sesuai untuk menempatkan mesin tanpa mengambil kira keadaan
pekerja.Lazimnya, pekerja terpaksa menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk
penyusunan ditempat kerja tanpa menyedari risiko kesihatan yang bakal dialami.
Malangnya, tubuh manusia tidak dapat disesuaikan dengan semua keadaan.
Ketidakserasian antara keupayaan pekerja dan kapisiti yang dituntut di tempat kerja
di samping tuntutan kerja itu sendiri akan membawa kepada ketidakcekapan dalam
produksi, penurunan kualiti kerja,peningkatan kadar kesilapan, kemalangan dan
peralihan kerja.Ergonomik juga boleh didefinisikan sebagai satu kajian saintifik
mengenai perhubungan diantara manusia dengan mesin dan manusia dengan
persekitaran kerja.Kajian terperinci ergonomik .

OBJEKTIF

• Meningkatkan kefahaman majikan danpekerja tentang hazard ergonomik

• Mengenalpasti dan mengawal punca hazard ergonomik

• Menerangkan dengan lebih teperinci konsep dan keadaan ergonomik bagi


memperbaiki masalah di tempat kerja

• Membuat penaksiran tentang risiko aplikasi hazard ergonomik kepada pekerja


ERGONOMIK DI TEMPAT KERJA ATAU PEJABAT.

Ergonomik dikaitkan dengan manusia dan peralatan dan biasanya melibatkan


interaksi antara manusia dengan persekitaran. Kaedah ergonomik yang selalu
digunakan berkaitan dengan struktur badan, fungsi dan kelakuan. Singletop (1982)
menegaskan bahawa displin kajian yang selalu digunakan ialah yang berkaitan
dengan anatomi, fisiologi dan psikologi. Terma ergonomik juga dikaitkan dengan
penggunaan fizikal di tempat kerja. Dalam jangka masa pendek atau panjang,
penggunaan sistem ergonomik di tempat kerja secara khususnya dapat menjaga
keselamatan pekerja di tempat kerja. Egonomik dapat membantu mengurangkan
kos dengan meningkatkan keselamatan pekerja. Ini dapat mengurangkan pampasan
yang perlu dibayar kepada pekerja akibat kecederaan semasa melakukan
pekerjaan.
13 Chapanis (1985) menyifatkan ergonomik sebagai suatu kajian sains yang
merangkumi penggunaan maklumat mengenai kelakuan, had dan kemampuan
manusia serta meliputi ciri-ciri lain untuk mereka bentuk sistem, mesin, alatan, tugas,
persekitaran dan ruang kerja supaya pekerja lebih produktif, selamat, selesa dan
efektif. Ergonomik banyak memberi sumbangan kepada manusia.
Contohnya kerusi ergonomik. Kerusi biasa hanya mempunyai bentuk menyandar
menegak biasa tetapi kerusi yang berkonsepkan ergonomik pula mempunyai tepat
menyandar yang disesuaikan dengan bentuk tulang belakang kita. Mana lebih
selesa? Sudah tentulah kerusi yang ergonomik.
Lihat gambar di bawah yang menggambarkan susasana kerja yang ergonomik:-
PENGENALAN KEPADA ALAT ERGONOMIK
CONTOH-CONTOH PERALATAN YANG ERGONOMIK
PENERANGAN :

Kebanyakkan kajian mengenai piawaian dalam merekabentuk peralatan


mengambilkira faktor berkaitan kesihatan fizikal seperti daya, postur dan lain-lain.
Namun Bemer (1982) mengatakan dari aspek kesihatan mental telah diabaikan.
Oleh itu, Bemer (1982) telah mengkaji rekabentuk papan kekunci dan kaedah yang
sesuai terhadap penggunaannya yang mengambilkira aspek kesihatan mental.
Tambahan pula, kajian mengenai rekabentuk papan kekunci yang ergonomik telah
banyak dijalankan. Kajian Gerard et al. (2007) telah merekabentuk papan kekunci
yang berbentuk vertikal. Berbeza dari kebiasaan papan kekunci yang berbentuk
horizontal dan diletakkan di atas meja, papan kekunci vertikal yang dikenali sebagai
Yogitype disediakan di atas armrest dan dilaporkan lebih memenuhi kepuasan
bekerja, mengurangkan stres pada otot-otot yang menyebabkan, postur badan yang
lebih baik terutama pada bahagian leher dan belakang yang menyebabkan keletihan
dan meningkatkan prestasi kerja.

CONTOH KEYBOARD YOGITYPE


KELEBIHAN PENGGUNAAN ALAT ERGONOMIK

Ergonomik memberi banyak faedah yang positif kepada industri kerana aplikasi
ergonomik dapat menyesuaikan kerja terhadap pekerja bukan menyesuaikan
pekerja dengan kerja. Hasil daripada beberapa kajian menunjukkan pelbagai faedah
boleh diperolehi dengan mengamalkan prinsip-prinsip ergonomik dalam
merekabentuk sistem kerja dan menjalankan program-program ergonomik.
Antaranya ialah:

 Pekerja mempunyai keupayaan untuk mengawal kerja mereka,


 Dapat mewujudkan kepuasan ketika bekerja.
 Meningkatkan prestasi pekerja Aplikasi ergonomik juga
 Dapat membantu meningkatkan kesedaran pekerja mengenai hal
keselamatan dan kesihatan.
 Dapat membantu mengurangkan risiko kesakitan akibat pekerjaan,
 Meningkatkan tahap kesihatan pekerja
 Mengurangkan kos perubatan pekerja
 Meningkatkan produktiviti
 Memberi keuntungan pada organisasi
MASALAH ERGONOMIK TERHADAP PERALATAN LAMA.

Masalah ergonomik boleh terjadi pada setiap bahagian tubuh manusia. Masalah ini
Boleh disebabkan oleh pergerakan yang tidak diatur dengan baik atau tekanan
berlebihan yang dialami oleh otot. Aktiviti yang dilakukan dalam sektor perkhidmatan
memerlukan langkah-langkah
keselamatan diikuti dengan pemantauan yang berkesan dan berkala.
Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa terdapat lima
utama masalahergonomik. Masalah-masalah ini diturunkan dalam bentuk skala iaitu
apabila pekerja bekerja
dalam satu posisi dalam jangka masa yang lama, membongkok (5.76),
memusingkan bahagianbelakang dengan keadaan postur bongkok (5.47), bekerja
dalam postur yang kekok atau kejang(5.0), bekerja ketika sedang cedera atau sakit
(4.69) dan mengangkat peralatan yang berat(4.63)(Zimmerman et. al) (1997)
PERBEZAAN ANTARA PERALATAN LAMA DAN PERALATAN
BARU.

1)Peralatan lama
-Banyak pergerakan tangan digunakan.
-kedudukanya melenguhkan tangan.
-rekebentuknya kurang fleksibel.
-rekebentuknya terlalu kompleks.
-ruang yang besar perlu digunakan.

2)Peralatan baru
-rekebentuk yang ringkas.
-ruang kecil boleh digunakan.
-rekebentuk yang canggih.
-mempunyai ciri-ciri kejuruteraan.
-mudah digunakan.
LAMPIRAN

Keyboard lama yang sedia ada.

Keyboard baru yang ergonomik.


Kesimpulan

Dalam usaha negara untuk mencapai tahap negara maju, sudah semestinya memerlukan satu
perancangan serta usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Bagi merealisasikan
hasrat kerajaan menjelang tahun 2020 sudah semestinya tumpuan difokuskan kepada sektor
pendidikan dan sering dijadikan agenda utama perbualan atau perbincangan. Adalah menjadi
harapan pengkaji agar kajian yang dijalankan ini mendapat sedikit tempat dan manfaat dalam
usaha memartabatkan sistem pendidikan dinegara ini.Peralatan ergonomic sangat sesuai
digunakan pada zaman sekarang pada masyarakat dan Negara.Selain itu ergonomic dapat
membantu dalam persekitaran kerja dan beberapa bidang disiplin sains.

Anda mungkin juga menyukai