Anda di halaman 1dari 46

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

HAK CIPTA TERPELIHARA©

1
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

2
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

SOALAN TUGASAN

3
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

4
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya.


Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w. Nabi pembawa rahmat ke
seluruh alam.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah kami, En. Zulkifli bin Senin yang banyak memberikan bimbingan dan
dorongan untuk terus maju dalam pelajaran.

Tidak ketinggalan juga buat sahabat sekalian yang menjadi pembantu ketika
senang dan susah. Buat bonda dan ayahanda, terima kasih kerana banyak memberi
sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi.

Akhir kalam, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

Mohd Azrai Haron

5
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Mohd Fadhli Othman

Muhammad Hanis Abdul Mutalib

6
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN 3

PENGHARGAAN 5

ISI KANDUNGAN
6

PENGENALAN 7

a) PETA MINDA 8
• KONSEP PERLEMBAGAAN 9
• UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN 11
a) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA.
13
b) LAPORAN 17
10 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 17
20 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 19
30 KONTRAK SOSIAL 20
3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL 21

7
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL


23
3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL 26
3.4 KESIMPULAN 28
3.5 BIBLIOGRAFI 29
3.6 LAMPIRAN 31

KOLABORASI

PENGENALAN

Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah


menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India
memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan
awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini
termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga
Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15,
Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat
penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan
petempatan atau koloni di Selat Melaka.

8
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun


1826. Britain atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan
pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Penempatan awal kolonial British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan
negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat banyak faktor-faktor yang
menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan Tanha Melayu
antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi dan
timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campurtangan
dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan gangguan
kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah
penduduk di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan


perluasan kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak,
Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri
Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada
di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah


pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni
Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja
berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan
kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila
British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir,
masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-
Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem

9
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan


kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal
mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada
1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16


September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo
Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang
pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri
akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan
mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal
penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia
menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965,
Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada
bulan Mei 1969.

Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan


penaklukan bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun
sehinggalah penubuhan sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu
yang kemudiannya pada tahun 1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
Pembabitan negara-negara asing tersebut meninggalkan banyak kesan
terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah mengubah sosio-politik
negara.

10
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

a) PETA MINDA

• KONSEP PERLEMBAGAAN

KONSEP PERLEMBAGAAN

TUN SALLEH ABAS SHAMSUL AMRI


Kumpulan
gi peraturan atau tertinggi
semua undang-undang undang-undang sama ada
yang difikirkan bertulis bagi
mustahak atau mewujudkan
tidak bertulis.sebuah negara yang moden.
Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum
11
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

AIN RUSLAN ZAINUDDUIN


gsusunan
merangkumi
peraturan
organisasi
dan undang-undang
pentadbiran dan
dasar
kemasyarakatan.
yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran ses

ntukan
alam negara
bidang
dan
kuasa
luar pemerintahan,
negara. bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

gsa yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa.

• BERTULIS: Bentuk perlembagaan


yang dikumpul dan disusun
dalam satu dokumen. Contoh:
Perlembagaan Malaysia

• TIDAK BERTULIS: Semua prinsip


perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu dokumen
• UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM
seperti undang-undang adat. PERLEMBAGAAN

12
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

13
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

b) CARTA GARIS MASA SEJARAH


PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA
TAHUN 1963 DI MALAYSIA

MALAYAN UNION

g memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan at
an awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.
is Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu.
ama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa pand
n dalam tiap-tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja.
abenor dan majlisnya sendiri.

egeri inI adalah negeri mereka.

14
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

15
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU (1957)
ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. ia dilaksanakan di Semenanjung Tan
utomatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja, ke

ni menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerus

16
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

17
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963)


c) LAPORAN
anggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia t

a
asa lain boleh terus digunakan
tuan Tanah Melayu

kewarganegaraan secara automatik dan MALAYSIA


1.0 PERLEMBAGAAN akan dapat hak yang sama
Melayu.
Perlembagaan sebagai tulang belakang sebuah negara selalunya
muncul serentak dengan pembentukan sesebuah negara itu. Ini mungkin
berlaku akibat revolusi, kemerdekaan atau sesuatu perubahan yang amat
mendadak menyebabkan sebilangan besar rakyat atau golongan yang
berpengaruh mahukan satu titik tolak yang baru.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk


Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan memudahkan British
menguasai Malaysia melalui badan Komenwelnya. Kemudian satu
Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk
menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada
Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 Jun 1962 .

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil


Akta Malaysia di luluskan pada 26 Ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep
dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September
1963. Antara Akta Malaysia ialah yang dipersetujuai adalah hal-hal luar
negeri menjadi tanggungjawab kerajaan pusat, agama Islam sebagai agama

18
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

rasmi tetapi diberi kebebasan beragama kepada penganut agama lain,


bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain
boleh terus digunakan, negeri-negeri di Borneo beransur-ansur diubah
mengikut Persekutuan Tanah Melayu, negeri-negeri di Borneo diberi kuasa
imigresan serta perkhidmatan awam dan semua warganegara Persekutuan,
negeri-negeri Borneo dan Singapura mendapat kewarganegaraan secara
automatik dan akan mendapat hak yang sama seperti orang Melayu.

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi


mengekalkan apa yang terkandung di dalam Malayan Union dan Federated
of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu
Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agong hanya menjadi Ketua
Agama Islam bagi seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis
Agama yang menasihati raja-raja tentang agama Islam. Ia masih sama lagi
dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu raja sebagai
pengendali agama dan adat-istiadat Melayu manakala pentadbiran
diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat dalam
perlembagaan Malayan Union, kekuasaan tertumpu pada Gabenor,
Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan
Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah
mengikut apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Malayan Union.

Menurut Tun Mohamed Suffian, Perlembagaan Malaysia mempunyai


ciri-ciri berikut iaitu pertama, Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia
sebagai sebuah negara Persekutuan. Kedua, Malaysia sebagai sebuah
negara raja berperlembagaan. Ketiga, Malaysia sebagai sebuah negara
demokrasi berparlimen. Keempat, perlembagaan memperuntukkan Islam
sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama menjamin

19
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

kebebasan beragama. Selain itu juga, Malaysia yang akan dibentuk


mempunyai perlembagaan yang memperuntukkan pengasingan kuasa
ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai Perdana
Menteri yang dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga
mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari
yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang
berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman
yang berasingan dan bebas dari kawalan parlimen manakala badan eksekutif
pula mempunyai bidang kuasa yang menentukan pertikaian dan hak serta
liabiliti lain dalam perlembagaan.

Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia mengikut cara


Persekutuan iaitu kuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri
disebut dengan nyata sementara segala baki kuasa terserah kepada
kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysia juga menjelaskan tentang
hubungan antara Persekutuan dan negeri-negeri. Ia diterangkan melalui
senarai Persekutuan iaitu meliputi hal-ehwal luar negeri, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, undang-undang dan secara sivil jenayah serta
pentadbiran keadilan, kewarganegaraan dan beberapa perkara lain.

Senarai bersama iaitu perkara-perkara yang membolehkan badan


perundangan negeri membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan
antara undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan, maka
undang-undang negeri tersebut terbatal. Antaranya ialah perlindungan bagi
kanak-kanak, biasiswa, perlindungan bagi binatang liar dan burung liar,
perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain lagi.

Senarai negeri iaitu senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada


kerajaan negeri. Ia meliputi hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga

20
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan beberapa
perkara lain.

Perlembagaan mempunyai fungsi utama iaitu memperincikan kuasa,


hak dan tanggungjawab sesuatu golongan. Ini bukan sahaja releven dalam
soal individu malah releven dalam hubungan antara wilayah. Dalam negara
Persekutuan, perlembagaan amat penting di mana setiap wilayah
mempunyai hak dan batasan, begitu juga dengan kerajaan yang berada di
peringkat pusat.

2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya.


Begitu juga dengan Perlembagaan Malaysia. Kebanyakkan kepentingannya
bertujuan mengekalkan perpaduan dan keistimewaan orang Melayu di
Malaysia ini. Antara keistimewaannya ialah menjamin kestabilan sesebuah
negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Di dalam
merangka dan membentuk pentadbiran, ketua atau Perdana Menteri
bersama ahli kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan.
Perlembagaan dijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu
kenyataan.

Selain itu juga dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu dan
menjamin kecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam
perlembagaan terdapat garis panduan bagaimana cara gerak kerja sesuatu
pentadbiran agar segala tindakan dapat dijalankan dengan lancar sehingga
berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di dalam pentadbiran ialah
kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas

21
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

di dalam sesebuah negara. Kerana di sinilah terletaknya kepercayaan rakyat


terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untuk membangunkan
sebuah negara yang maju dan harmoni.

Perlembagaan juga sebagai panduan kepada pemimpin semasa


memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan
dan aspirasi rakyat. Ini kerana masa hadapan rakyat dan negara terletak
diatas bahu seorang pemimpin yang berkaliber dan bertanggungjawab di
dalam mengatur dan mengurus negara supaya segala kemudahan dan
kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat. Dengan cara
yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan, rakyat akan terus
menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.

Dan yang terakhir, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaan


masyarakat pribumi dan bumiputra tidak akan dipersoalkan. Ini kerana
majoriti masyarakat Malaysia adalah terdiri daripada orang Melayu. Selain
itu juga orang Melayu hendaklah mempertahankan hak mereka dan bertolak
ansur jika sesuatu masalah yang di bangkitkan agar tidak menimbulkan
huru-hara sesama kaum.

3.0 KONTRAK SOSIAL

Negara kita merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik,
budaya dan agama. Penubuhan Persekutuan Malaysia dan masyarakat yang berbilang
kaum merupakan satu keunikan. Ini kerana masyarakat Malaysia dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan sejahtera serta dijamin keselamatan merka oleh
perlembagaan.

Namum, liku-liku awal sejarah kemerdekaan Malaysia tercalit beberapa masalah.


Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait

22
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum
mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum
lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama
rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan
kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan


oleh sikap kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tetapi hasil daripada dasar pecah
dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang
ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang
perbezaan dan menjejaskan perpaduan.

3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara


kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan
pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak
sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu
UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam
sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita
dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk


negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan
sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.
Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha
untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus
dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana
mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

23
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti
Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai
satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini
bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk
memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan


syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen
yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang
berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial
apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang
melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.

Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya.


Pilihanraya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi
berparlimen. Di Malaysia pilihanraya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah
menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.

Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru


daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi.
Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam
konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan
masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap maksud
saling faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur.
Manfaatnya, negara yang aman damai dapat dinikmati bersama. Justeru kontrak sosial
adalah semangat dalaman yang kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan
bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat
sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara.

24
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan


perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat
majmuk di negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada
sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun
segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama.
Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang
terlibat dalam perjanjian itu mesti bersetuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah
lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan mencatatnya ke dalam Perlembagaan
Persekutuan.

Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,
diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama
generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti
memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial
itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan
masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas
maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama
melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan
universiti.

3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai


antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah
kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan


beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British
lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan
peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks

25
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar
menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan
perlembagaan tahun 1957.

Inilah asas kepada perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia


dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak
sebahagian komuniti yang lain demi keseimbangan dalam masyarakat bernegara.
Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah
unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada


perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu
merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan
bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu di masukkan ke
dalam Perlembagaan. Perlembagaan negara mengekalkan keistimewaan mereka iaitu
institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai
agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila


Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula
tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum member
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan
diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan
beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen
dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal
negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian
daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu
identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi
kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya
menekankan ciri-ciri kemelayuan.

26
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh


British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai
penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan
India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada
masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di
bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat
Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka
kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan
atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen
perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara


89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-
undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam
Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana
dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada
kedudukan istimewa orang Melayu.

Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu
isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang
Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
[Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan]

Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati
diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang

27
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk
menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa
pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak
mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaaan Persekutuan.

3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang
telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku
sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di
Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam


perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan
pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana
daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan
dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu


berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di
Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang
mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati
dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak


sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan
kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.

28
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu
yang sudah berlalu.

Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia


adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat
bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan
Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera
pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa
orang Melayu.

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau


sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum
bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di
negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama
bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak
harus saling memahami.

Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak
dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat
polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa
Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu
tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat
semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa
orang Melayu (Utusan Malaysia, 1998)

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim
Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara
kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. Menurut beliau,
formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama
iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha

29
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan
individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan
kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.
[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16 November
2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat
Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga
Jabatan Agama Islam.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin


keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak
sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara
perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka
akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia.

Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini
sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu
bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah
lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang
kontrak sosial secara terbuka.

3.4 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup
yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian
berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini
sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan
secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa
Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan
menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang
sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang

30
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan
menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat
keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi”. Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam
sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

3.5 BIBLIOGRAFI

__________.(1994). Perlembagaan Persekutuan. International Law Book


Service.

__________.(2008). Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dilayari pada 4


Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008). Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman


htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008). Perlembagaan dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman


htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008). Perlembagaan Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari


laman htttp://www.wikipedia.com

Ahmad Ibrahim. (1992). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Selangor:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

31
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Mohamed Salleh Abas, Tun. (1999). May Day For Justice.

Mohamed Salleh Abas, Tun.(1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia.


Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nasir Sulaiman. (2005). Sejarah (Fakta Diagramatik).Petaling Jaya: Sasbadi


Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (2006). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustka.

Ruslan Zainuddin. (2001). Sejarah Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar


Bakti Sdn. Bhd.

Salmah Hussain. (2007). Pengenalan Kepada Sistem Kemasyarakatan dan


Kenegaraan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM
(UPENA).

Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik.
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)

Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik.
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)

Utusan Malaysia (24 Disember 1998). Suqiu keterlaluan-Kerajaan menolak


sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu. m/s 23.

Utusan Malaysia. (14 Ogos 2005). Lupakan formula kontrak sosial antara
kaum - Keng Yaik. m/s 7.

32
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

3.6 LAMPIRAN

PENGENALAN

Di dalam bab ini, kita akan melihat beberapa perkara penting mengenai sejarah
penggubalan perlembagaan negara Malaysia. Ia merangkumi beberapa bahagian
perbincangan iaitu konsep perlembagaan, unsur-unsur yang terdapat dalam
perlembagaan dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia.

1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN

Menurut buku “Perlembagaan Persekutuan”, terbitan International Law Book


Service (1994) menyatakan bahawa konsep perlembagaan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang.
Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Salleh Abas, takrifan
bagi perlembagaan yang dijelaskan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang
terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang pengertian yang lebih
luas dan menyeluruh. Menurut beliau, perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat
cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi
punca bagi semua undang-undang yang telah diwartakan atau yang akan dibuat.
Sekiranya terdapat sesuatu undang-undang yang telah diwartakan atau baru hendak
dibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal
dengan sendirinya mengikut setakat mana percanggahan yang berlaku.

Ruslan Zainuddin (2005), memberi takrifan perlembagaan sebagai satu


dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar
yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk
sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat. Ia digubal untuk menjadi garis panduan

33
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

tentang cara memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, disamping
memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Setiap perlembagaan dinyatakan
tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara.

Tun Salleh Abas (1999), perlembagaan negara berfungsi untuk mewujudkan


satu bentuk pemerintahan yang adil, saksama dan mampu untuk memenuhi tuntutan
dan kehendak rakyatnya. Kerana itu, beliau menambah bahawa penggubalan dan
pewartaan sesuatu undang-undang hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat.
Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya
tanpa berlkunya penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, kezaliman dan
penyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa Perancis, iaitu Raja Louis XIV yang
memerintah Perancis pada kurun ke-17 memaksa seorang ahli fikir Perancis,
Montesquieu mencipta satu teori yang dinamakan Teori Pengasingan Kuasa. Teori ini
mengenengahkan bahawa kuasa pemerintahan tidak boleh dikawal dan dipegang oleh
seorang pemerintah sahaja, ini kerana berkemungkinan berlakunya penyelewengan
kuasa adalah lebih besar. Beliau berpendapat Teori Pengasingan Kuasa perlu
digunakan.

Perlembagaan atau dikenali juga sebagai Piagam (bahasa Arab dikenali sebagai
Dustur) merupakan suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan
dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan
kemasyarakatan. Piagam tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin
keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan piagam juga
berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau
sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa (Salmah,
2007). Piagam ini dibuktikan melalui perjanjian antara Rasulullah dengan masyarakat
Madinah yang terdiri dari suku bangsa Arab iaitu Aus dan Khazraj di samping beberapa
kabilah Yahudi seperti Bani Quraizah dan Bani Nadhir sehingga diwartakan Piagam
Madinah.

34
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

1.2.UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN

Menurut Montesquieu, di dalam bukunya Spirit des Lois menyatakan bahawa


unsur-unsur pembinaan sesebuah perlembagaan hendaklah mengambil kira kuasa
pemerintah iaitu badan pemerintah, badan kehakiman dan badan
penggubalan undang-undang disamping kedudukan dan hak rakyat.
Pendapat beliau ini bersandarkan kepada Teori Pengasingan Kuasa.

Namun begitu, dalam konteks perlembagaan negara Malaysia, unsur-


unsur yang menjadi asas kepada pembinaan perlembagaan dengan
mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas
penjajahan kuasa asing. Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada penjajah, kecuali
peruntukan pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan. Terdapat empat
unsur-unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih
dikekalkan dalam perlembagaan negara iaitu institusi beraja, agama Islam,
bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

1.3SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN


1.3.1 PERJANJIAN PANGKOR

Sejarah perlembagaan bagi Malaysia bermula pada 10 Sepember 1877


di Kuala Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low
menerangkan tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for….

35
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Consideration…. And in the hope at receiving advice and assistance all


important subjects concerning the welfare of the states and it's inhabitats
which might present any dificulties. Involve extensve modifcations of
existing laws or custum, or be considered of general interest".

Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati


keterangan ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa
perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun
diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor
menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut
kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan
pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat
istiadat Melayu. Ini didasari melalui Perjanjian Pangkor 20 Januari 1876,
perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adalah berkuasa penuh dalam
semua hal dan dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah
meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang
berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu. Secara tidak langsung,
bermula pada tahun 1874, Sultan dan pembesar Melayu telah hilang kuasa
dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi
kepentingan negeri.

1.3.2 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia


dan apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British
kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan
Union ini adalah untuk menukarkan status 'melindungi' kepada status
"koloni" penuh British seperti yang dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul
Wahid " The British for from trying to make amend for it's failure to honour

36
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya, Changing the


states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telah
menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya
jajahan penuh British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar
untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu dan telah
menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember 1945 . Selain itu, Malayan Union
ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkan pentadbiran British
dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan Gabenor
yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala
Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat
Istiadat orang-orang Melayu sahaja. Sultan telah hilang kuasa setelah
menandatangani perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka
semata-mata untuk memastikan orang Melayu tidak menentang British.

Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak


British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang
diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu.
Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan
dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara
perlembagaan Malayan Union ialah;

1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan


awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.

2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis
Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor
apabila gabenor memerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union ditubuhkan,
Negeri-negeri Selat dimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan
sebuah Tanah Jajahan British yang berasingan dan disebabkan Malayan

37
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mansuhkan. Dalam perkara ini


rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British mengambilalih kuasa
yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-negeri
Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat yang
diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing
daripada Malayan Union. Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak
semestinya mengikuti nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama
dalam negeri-masing-masing . Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian
Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta nasihat daripada Residen dan
wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan Union, gabenor akan
diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan kehilangan
kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing.

3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang
sama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan
satu-satu undang-undang walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini
menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan lagi malah boleh dikatakan
Sultan seperti rakyat biasa saja. Sultan hanya lambang bagi orang Melayu
agar orang Melayu tidak bangkit memberontak.

4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan


dalam tiap-tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam
sahaja. Berdasarkan pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan
Perjanjian Pangkor 1874 . Ini bermakna Malayan Union terus saja
menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas untuk mengabui Sultan dan
masyarakat Melayu.

5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai


gabenor dan majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura

38
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

mempunyai kerakyatan tersendiri dan dengan menyatakan untuk


mengimbangi orang Melayu dan Cina serta India di Singapura ketika itu
kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang. Bila dirujuk
pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan
'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang
berasingan. Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas
menunjukkan penerusan perlembagaan Malayan Union.

6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap


negeri inI adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli
Abdullah . Prinsip ini juga dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh
Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan Union ini juga sebenarnya telah
disokong oleh masyarakat Cina kerana ia membolehkan mereka mendapat
kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah menghantar
memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina
terutamanya dalam hal kewarganegaraan .

Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada


pihak British pada Oktober 1945 hingga Januari 1946, tujuannya ialah;

1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk


mendapatkan kuasa penuh diserahkan kepada British.

2. Melaporkan tentang pendirian raja.

3. Menggesa supaya meyetujui Malayan Union.

Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan


sembilan tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan

39
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

dan gabenor pertamanya ialah Edward Dent. Namun kerana protes orang
Melayu yang memulaukan Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak
menghadiri upacara angkat sumpah menyebabkan Malayan Union
dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British masih berdalih
untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah dan
dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat
Malayan Union masih terus dilaksanakan. Lantaran itu, satu perjanjian telah
dibuat antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan
terbentuklah Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan
Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948.

1.3.3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State)


masih lagi mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union
iaitu;

1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal


kewarganegaraan masih lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu.
Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat
permohonan . Iaitu;

• Kerakyatan automatik

• Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi


rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja.

40
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

• Kerakyataan permohonan

• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun
dariada masa 12 tahun sebelum memohon. Atau

• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun
daripada masa 20 tahun sebelum memohon.

2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum


pendudukan Jepun. Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan
tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874.

3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh


kerajaan British. PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan
dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh
menghiraukan nasihat ini . Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi
mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan
penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah
Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.

4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-


mana hak negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa


mengadakan Pilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan
pilihanraya telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO,
MCA dan MIC dengan mendapat 51 kerusi . Setelah pilihanraya , badan
Membuat Undang-undang dibentuk dan satu mesyuarat Perlembagaan
diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh
empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi dan

41
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau


diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu
berkerajaan sendiri dan "merdeka dalam Komanwel". Perlembagaan ini
berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 . Perlembagaan Malaysia adalah yang
tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia terkandung Dalam fasal (1)
perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan "Perlembagaan ini ialah
undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan undang-
undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan
Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal
undang-undang itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis
mempunyai 3 syarat ;

1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada


peruntukan di dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat

2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam


apa-apa perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu

3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah.

Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed


Suffian Hashim menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India
yang telah diubahsuai dan kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan
menyebabkan seorang pemerhati beranggapan perlembagaan Malaysia
telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam bidang undang-undang
perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-teori
perlembagaan.

42
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

1.3.4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk


Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini
memudahkan British menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya.
Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold
untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada
Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 jun 1962 .

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta


Malaysia di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur
penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963. Antara
Akta Malaysia ialah ;

1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat

2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama

3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh
terus digunakan

4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah


Melayu

5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan

6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.

7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat


kewarganegaraan secara automatik dan akan dapat hak yang sama

43
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.

Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan


mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk
Perlembagaan Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam
Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini
mengandungi

1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan

2) Yang Dipertuan Agung

3) Raja dan Yang Dipertua Negeri

4) Jemaah Menteri

5) Parlimen

6) Pilihan raya

7) Kehakiman

8) Perkhidmatan awam

9) Negeri-negeri

10) Perhubungan persekutuan dan negiri

11) Peruntukan kewangan

12) Kebebasan asasi

13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan

14) Agama islam

44
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

15) Kewarganegaraan

16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak

17) Bahasa kebangsaan

18) Ibukota persekutuan

19) Pindaan perlembagaan

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi


mengekalkan apa yang terkandung di dalam Malayan Union kemudian
Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja
iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agung hanya menjadi Ketua
Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis
Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih sama lagi
dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai
pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran
diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union
kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah
PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri.
Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung
didaam Perlembagaan Malayan Union.

Kesimpulannya

Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari


Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain.
Hanya beberapa peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan
pendirian orang Melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah
bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah kerajaan

45
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan dalam


Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme. Pembentukkan
Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura
merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan
menggabungkann negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura
pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan
Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di
atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah
Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini,
perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai
pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.

46