Anda di halaman 1dari 9

Sunday, October 15, 2006

PENGENALAN

Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka
meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh
sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya
sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon.
Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup
lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk
menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:


Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia
Species : Collacaliafuciphaga

Hasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva).
Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni
kesehatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam,
melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

Posted by ewalet at Sunday, October 15, 2006 4 comments


PERLADANGAN BURUNG LAYANG-LAYANG
Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar
menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan
dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak
premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-
layang.

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan


gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :-

 Penutupan pintu dan tingkap


 Pembinaan lubang pengudaraan

 Penyediaan pintu masuk

 Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan

 Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu

 Memasang sistem audio

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil
antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan
kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-
bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai
telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan
yang tinggi kepada pemiliknya.
Pembinaan Rumah Burung layang-layang

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan
Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di
atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan
kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung
bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu
disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam
berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting
room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang.
Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah
bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam
bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya
ialah ;-

 Sistem ventilasi bagi mengawal suhu


 Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari

 Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi

 Penyediaan beluti untuk burung bersarang

 Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.

 Pemasangan sistem audio

 Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari
lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan
campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen
sahaja.
Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak
daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.
Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan
tinggi.

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

Pemasangan Sistem Audio

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan
bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya
meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk
memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.

Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan
petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan
berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling
bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam
bangunan.

Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding,
kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga
tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian
walit menuju kearah sumber suara.

Posted by ewalet at Sunday, October 15, 2006 0 comments


PEMILIHAN LOKASI

Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:

 Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.


 Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan
perkembangan masyarakat.

 Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.

 Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-


rawa merupakan daerah yang paling tepat.

Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih
dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah
walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika
bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian
dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang
untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat
petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk
kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

Posted by ewalet at Sunday, October 15, 2006 0 comments


MATERIAL SOKONGAN
Material Spesifikasi
Mp3 Cd Suara Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang
Burung Layang- masing-masing berfungsi untuk menarik
Layang wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami
dan membuat sarang serta meningkatkan
pengeluaran.
Audio Cd Suara Satu set mengandungi 3 CD yang masing-
Burung Layang- masing berfungsi untuk menarik walet masuk
Layang kedalam rumah baru, mendiami dan
membuat sarang serta meningkatkan
pengeluaran
Player Mp3 dan Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan
Amplifier amplifier yang masing-masing berfungsi
untuk memasang lagu bagi menarik Walet
kedalam rumah baru, mendiami dan
membuat sarang serta meningkatkan
pengeluaran.
Water Spry Water spry perlu untuk menarik minat wallet.
Penyukat Suhu & Satu set mengandungi 2 unit yang masing-
Kelembapan masing berfungsi untuk menyukat suhu dan
kelembapan dalam rumah burung layang-
layang dan unit yang lebih besar diletak
dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk
bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna
untuk memantau suhu dan kelembapan
rumah burung.
Perlu untuk peringkat awal menarik minat
Sarang Tiruan walet datang bersarang
Speaker Utama Satu set mengandungi 2 unit yang masing-
masing berfungsi untuk menarik walet masuk
kedalam rumah baru. Dipasang pada
lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling
atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu
keluar masuk.
Tweeter Satu set mengandungi 10 unit untuk yang
masing-masing berfungsi untuk menarik
walet masuk kerumah baru mendiami dan
membuat sarang serta meningkatkan
pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada
setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.
Posted by ewalet at Sunday, October 15, 2006 0 comments
MUSUH DAN CABARAN

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan
helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal
dalam bangunan.

Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi


Tikus Cara pencegahan tikus dengan
menutup semua lubang, tidak
Tikus memakan telur, anak menimbun barang bekas dan
burung walit/swallow bahkan kayu-kayu yang akan digunakan
sarngnya. Perosak ini juga untuk sarang tikus.
mendatangkan suara dan
kotoran yang merosakkan
kondisi rumah walet
Burung Hantu dan Helang Pasang perangkap elektrik atau
tangkap dan pindahkan
Memakan burung laying-
layang.
Semut Cara pemberantasan dengan
memberi umpan agar semut-
Semut api dan semut gatal semut yang ada di luar sarang
memakan anak walet dan
mengganggu burung walet mengerumuninya. Setelah itu
yang sedang bertelur. semut disiram dengan air panas.
Cicak dan biawak pasir Cara pemberantasan dengan
diusir, ditangkap sedangkan
penanggulangan dengan membuat
Binatang ini memakan telur saluran air di sekitar pagar untuk
dan sarang walet. Tokek penghalang, tembok bagian luar
dapat memakan anak burung dibuat licin dan dicat dan lubang-
walet. Kotorannya dapat lubang yang tidak digunakan
mencemari raungan dan suhu
yang ditimbulkan
mengganggu ketenangan
burung walet.
ditutup.
Posted by ewalet at Sunday, October 15, 2006 0 comments
TUAIAN HASIL
Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat
Walet bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit
kerana tidak dapat membiak.

Cara buang telur iaitu setelah Walet bertelur, sarangnya diambil sementara
telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar
penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak
menjamin perkembangan jumlah burung walet. Cara ini diamal di Indonesia
kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.

Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak
Walet terbang. Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung
walet terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

Posted by ewalet at Sunday, October 15, 2006 0 comments


Tuesday, September 05, 2006
CASH FLOW
A. MODAL PERMULAAN
(Mendirikan Bangunan Baru tidak termasuk tanah; cth 20’X60’ -3 tkt)

1. Bangunan dan kelengkapan/material


a. Bangunan (RM70.00 sekaki persegi)
RM70X1200=RM84000.00 X 3 =RM252,000.00
b. Sistem Audio dan Alarm sistem
RM30,000.00
c. Kayu papan(sirip) burung bersarang (meranti merah ) RM3500 satu tan
RM3500.00 x 5 =RM17500.00
d. Lain-lain(Elektrik dan Air)
RM10,000.00

JUMLAH
RM309,500.00

B. Pulangan

Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 309,500.00

Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buroh = RM 7,200.00


Eletrik dan air =RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 317,700.00

Anggaran Hasil Sarang burung (minima):

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 3,000 = RM 1,500.00


Akhir tahun 2, 4 kg X RM 3,500 =RM 14,000.00
Akhir tahun 3, 8 kg X RM 4,200 =RM 33,600.00
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 4,200 =RM 84,000.00
Akhir tahun 5, 30kg X RM 4,500 =RM 135,000.00
Akhir tahun 6, 35kg X RM 4,500 = RM 157,500.00
Keuntungan Tahunan

Tahun 1, RM 1,500 - (RM 317,700.00) =(- ) RM 316,200.00


Tahun 2, RM 14,00 - (RM 316,200.00) =(-)RM 302,200.00
Tahun 3, RM 33,600 - RM 302,200=(-)RM 268,600.00
Tahun 4, RM 84,000 - RM 268,600=(-)RM 184,600.00
Tahun 5, RM 135,000 - RM 184,600=(-)RM 49,600.00
Tahun 6, RM157,500 - RM 49,600.00 = RM107,400.00

Di akhir tahun keenam modal di perolehi sepenuhnya.

Posted by ewalet at Tuesday, September 05, 2006 0 comments


Saturday, August 05, 2006
CONTACT
Ingin berkongsi maklumat dan khidmat nasihat hubungi saya di ;

shafienor@hotmail.com atau 0199880634

Anda mungkin juga menyukai