Anda di halaman 1dari 6

BURUNG 

LAYANG-LAYANG
Dikirim pada 9 Oktober 2008. Difailkan di bawah: Pelaburan, Pelan Perniagaan,Perladangan | Label:BURUNG LAYANG-
LAYANG, Burung Walet, Pelaburan, Pelan Perniagaan |

BURUNG LAYANG-LAYANG
Satu Perusahaan yang menarik dan komersial dari; Shafie Nor 0199880634 atau
shafienor@hotmail.com

Sunday, October 15, 2006

PENGENALAN

Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur.
Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan
memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga
paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai
kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai
gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat
dan berbiak.
Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:
Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia
Species : Collacaliafuciphaga
Hasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang
walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni kesehatan.
Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran
darah dan penambah tenaga.

PERLADANGAN BURUNG LAYANG-LAYANG


Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar
menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan
dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak
premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-
layang.
Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan
gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :-
 Penutupan pintu dan tingkap
 Pembinaan lubang pengudaraan
 Penyediaan pintu masuk
 Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
 Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
 Memasang sistem audio
Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil
antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan
kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-
bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai
telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan
yang tinggi kepada pemiliknya.
Pembinaan Rumah Burung layang-layang
Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan
Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas
tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman.
Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.
Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung
bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu
disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam
berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room
perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang
keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah
bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam
bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya
ialah ;-
 Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
 Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
 Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
 Penyediaan beluti untuk burung bersarang
 Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
 Pemasangan sistem audio
 Notis amaran di lokasi sesuai.
Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari
lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan
campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen
sahaja.
Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak
daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.
Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.
Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan
tinggi.
Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.
Pemasangan Sistem Audio
Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi
memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya
meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk
memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.
Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan
petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan
berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling
bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam
bangunan.
Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan
burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah
tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah
sumber suara.

PEMILIHAN LOKASI
Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:
 Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
 Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan
perkembangan masyarakat.
 Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
 Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-
rawa merupakan daerah yang paling tepat.
Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih
dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit.
Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak.
Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak
cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung.
Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang
banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah
burung walett.

MATERIAL SOKONGAN
Material Spesifikasi
Mp3 Cd Suara Burung Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-
Layang-Layang masing berfungsi untuk menarik wallet masuk
kedalam rumah baru, mendiami dan membuat
sarang serta meningkatkan pengeluaran.
Audio Cd Suara Burung Satu set mengandungi 3 CD yang masing-
Layang-Layang masing berfungsi untuk menarik walet masuk
Link Suara: kedalam rumah baru, mendiami dan membuat
http://www2.mymp3.com sarang serta meningkatkan pengeluaran
/
user name:caller08
p/w:caller2008
Player Mp3 dan Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan
Amplifier amplifier yang masing-masing berfungsi untuk
memasang lagu bagi menarik Walet kedalam
rumah baru, mendiami dan membuat sarang
serta meningkatkan pengeluaran.
Water Spry Water spry perlu untuk menarik minat wallet.
Penyukat Suhu & Satu set mengandungi 2 unit yang masing-
Kelembapan masing berfungsi untuk menyukat suhu dan
kelembapan dalam rumah burung layang-layang
dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik
kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan
kelembapan. Amat berguna untuk memantau
suhu dan kelembapan rumah burung.
Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet
Sarang Tiruan datang bersarang
Speaker Utama Satu set mengandungi 2 unit yang masing-
masing berfungsi untuk menarik walet masuk
kedalam rumah baru. Dipasang pada
lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling
atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar
masuk.
Tweeter Satu set mengandungi 10 unit yang masing-
masing berfungsi untuk menarikwalet masuk
kerumah baru mendiami dan membuat sarang
serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10
buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60
meter persegi.

MUSUH DAN CABARAN


Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan
helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal
dalam bangunan.
Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi
Tikus Cara pencegahan tikus dengan menutup
Tikus memakan telur, anak burung semua lubang, tidak menimbun barang
walit/swallow bahkan sarngnya. bekas dan kayu-kayu yang akan
Perosak ini juga mendatangkan suara digunakan untuk sarang tikus.
dan kotoran yang merosakkan kondisi
rumah walet
Burung Hantu dan Helang Tangkap dan pindahkan
Memakan burung laying-layang.
Semut Cara pemberantasan dengan memberi
umpan agar semut-semut yang ada di luar
Semut api dan semut gatal memakan sarang mengerumuninya. Setelah itu
anak walet dan mengganggu burung semut disiram dengan air panas.
walet yang sedang bertelur.

Cicak dan Tokek Cara pemberantasan dengan diusir,


Binatang ini memakan telur dan ditangkap sedangkan penanggulangan
sarang walet. Tokek dapat memakan dengan membuat saluran air di sekitar
anak burung walet. Kotorannya dapat pagar untuk penghalang, tembok bagian
mencemari raungan dan suhu yang luar dibuat licin dan dicat dan lubang-
ditimbulkan mengganggu ketenangan lubang yang tidak digunakan
burung walet.
ditutup.

PELABURAN DAN PULANGAN


Kos yang di bentang sebelum ini terpaksa di hapuskan memandangkan timbul
kekeliruan dari dari segi kos sebenar mengikut negeri dan lokasi.
Apa yang penting adalah, anda perlu yakin, sabar dan tawakkal. Sesungguhnya
setiap usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sunguh dan berdoa kepada
Yang Maha ESA pasti ada kejayaan.

TUAIAN HASIL
Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow
bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat
membiak.
ara buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara
telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang
rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah
burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi
jarang kedapatan di Malaysia.
Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow
terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus
meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

CASH FLOW
A. MODAL PERMULAAN
(Mendirikan Bangunan Baru tidak termasuk tanah; cth 20’X60’ -3 tkt)
1. Bangunan dan kelengkapan/material
a. Bangunan (RM70.00 sekaki persegi)
RM70X1200=RM84000.00 X 3 =RM252,000.00
b. Sistem Audio dan Alarm sistem
RM30,000.00
c. Kayu papan(sirip) burung bersarang (meranti merah ) RM3500 satu tan
RM3500.00 x 5 =RM17500.00
d. Lain-lain(Elektrik dan Air)
RM10,000.00
JUMLAH
RM309,500.00

B. Pulangan
Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 309,500.00
Modal Pusingan Setahun
Kos tenaga buroh = RM 7,200.00
Eletrik dan air =RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 317,700.00
Anggaran Hasil Sarang burung (minima):

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 3,000 = RM 1,500.00


Akhir tahun 2, 4 kg X RM 3,500 =RM 14,000.00
Akhir tahun 3, 8 kg X RM 4,200 =RM 33,600.00
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 4,200 =RM 84,000.00
Akhir tahun 5, 30kg X RM 4,500 =RM 135,000.00
Akhir tahun 6, 35kg X RM 4,500 = RM 157,500.00
Keuntungan Tahunan
Tahun 1, RM 1,500 – (RM 317,700.00) =(- ) RM 316,200.00
Tahun 2, RM 14,00 – (RM 316,200.00) =(-)RM 302,200.00
Tahun 3, RM 33,600 – RM 302,200=(-)RM 268,600.00
Tahun 4, RM 84,000 – RM 268,600=(-)RM 184,600.00
Tahun 5, RM 135,000 – RM 184,600=(-)RM 49,600.00
Tahun 6, RM157,500 – RM 49,600.00 = RM107,400.00
Di akhir tahun keenam modal di perolehi sepenuhnya.

CONTACT
Saya ada menyediakan satu pakej lengkap dengan item2 berikut:
1. Kertas kerja lengkap
2.Pelan binaan rumah burung layang-layang.
3.Meterial-material yang diperlukan dalam proses pembikinan sarang
4.Khidmat nasihat
5.CD yang berkaitan.
6.Lain2 perkara hingga burung menginap.
hubungi saya di shafienor@hotmail.com atau 0199880634
atau email:shafienor@hotmail.com

Anda mungkin juga menyukai