Anda di halaman 1dari 1

Perutusan

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

ِ ْ‫هللا الرَّ ح‬
‫مـن الرَّ ِحي ِْم‬ ِ ‫ِبسْ ِم‬

‫َج َم ِع ْي َن‬ ِ ‫ف اْألَنْبِي ِاء والْمرسلِين و َعلَى ءالِ ِه و‬


ِ ‫السالَم َعلَى أَ ْشر‬ َّ ‫ب اْ َلعال َِم ْي َن َو‬ ِ ‫ اَلْحم ُد‬.
ْ ‫ص ْحبِه أ‬
َ َ َ َ َ ْ َ ُْ َ َ َ ُ َّ ‫الصالَةُ َو‬ ِّ ‫ِهلل َر‬ َْ
Syukur ke hadrat  Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya jua Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi telah berjaya meneruskan tradisi menerbitkan
buku laporan tahunannya yang merakamkan aktiviti serta pencapaian jabatan
sepanjang tahun 2010,ini menggambarkan kerjasama serta komitmen jitu yang
diberikan oleh seluruh warga kerja JAWI dalam melaksanakan tanggungjawab serta
amanah untuk memperkasakan lagi JAWI sebagai organisasi peneraju dalam
memartabatkan hal ehwal Islam.

Secara peribadi, saya selaku peneraju kepada 13 agensi pengurusan Hal Ehwal Islam
di bawah Jabatan Perdana Menteri termasuk JAWI amat berpuas hati dengan
pencapaian agensi secara keseluruhannya pada tahun 2010.Tahun 2010 yang
diisytiharkan kerajaan sebagai tahun inovasi juga memperlihatkan inisiatif JAWI
mengorak langkah merencanakan pelbagai program inovasi jabatan termasuk
Pengeluaran "Kad Nikah 1 Jam 1 Wilayah".Selain itu, program “Imam Muda” yang
dijalankan secara kerjasama antara pihak Astro Oasis yang mendapat liputan meluas
media tempatan dan antarabangsa.

Tahun 2010 juga mencatat sejarah dan cabaran tersendiri apabila timbul isu berkaitan
agama yang mencetuskan kontroversi dan benar-benar menguji sejauhmana
kebijaksanaan kita menanganinya.Oleh itu, agensi agama Islam di negara ini perlu
menangani isu-isu secara terancang, bijaksana dan berhemah di samping menerapkan
tiga teras utama iaitu Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan, Memantapkan
Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Mensejahterakan Hidup Rakyat Melalui
Pendekatan 1Malaysia1Ummah.Harapan saya, semoga JAWI dapat mengekalkan
prestasi cemerlang dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik di
mana kualiti perkhidmatan yang diberikan dapat dicontohi oleh agensi lain selaras
dengan motto JAWI “Sentiasa Dicontohi”,syabas.Sekian terima kasih

Y.B MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

Anda mungkin juga menyukai