Anda di halaman 1dari 20

JENIS-JENIS PERTANIAN

JENIS-JENIS PERTANIAN

1. Pertanian pindah
2. Pertanian kebun kecil (sara diri)
3. Pertanian ladang

1. Pertanian Pindah
a. Ciri-ciri utama

i. Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
ii. Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan.
iii. Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan
batang kayu.
iv. Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.
v. Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.

vi. Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di-tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan
belukar (hutan sekunder)

PERTANIAN DI MALAYSIA
JENIS-JENIS PERTANIAN
1. Pertanian pindah
2. Pertanian kebun kecil (sara diri)
3. Pertanian ladang

1. Pertanian Pindah
a. Ciri-ciri utama

i. Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
ii. Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan.
iii. Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak,
parang dan batang kayu.
iv. Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.
v. Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
vi. Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di-tinggalkan akan ditumbuhi oleh
hutan belukar (hutan sekunder)

b. Peringkat kerja dalam pertanian pindah

i. Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah.


ii. Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional dan mudah.
iii. Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional.
iv. Berpindah ke kawasan lain yang lebih subur - keburukannya kawasan yang ditinggalkan ditumbuhi belukar.

2. Pertanian Kebun Kecil / Sara Diri


Ciri-ciri utama:
i. Keluasan tapak 1- 2 hektar.
ii. Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.
iii. Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.
iv. Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
v. Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih
ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional.
vi. Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung (tanaman sara diri) serta tanaman dagangan
seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko.

3. Pertanian Ladang
Ciri-ciri utama:
i. Keluasannya melebihi 40 hektar.
ii. Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.
iii. Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh
iv. Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi.
v. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan keba-nyakannya diekspot.

KEPENTINGAN PERTANIAN
1. Peluang pekerjaan kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia terlibat dalam pertanian).
2. Menggunakan hampir 70% kawasan di Malaysia yang ditanami dengan berbagai hasil pertanian.
3. Menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara.
4. Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia.
5. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya.
6. Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada
hitam, nanas, kelapa kering).
7. Menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.
8. Pembukaan kawasan-kawasan baru di luar-luar bandar seperti rancangan FELDA.
9. Menggalakkan pertumbuhan bandar baru terutamanya di kawasan yang baru diterokai.
10. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERTANIAN


1. Faktor Fizikal

a. Muka bumi

o Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.
o Kawasan bukit yang beralun, bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah, kelapa sawit dan koko.
o Cerun-cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.

b. Tanah-tanih

o Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi sawah.
o Tanah laterit sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko (kaki bukit).
o Tanah berpasir sepanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa.
o Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).

c. Iklim

o Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk tanaman seperti
getah, kelapa sawit, koko, kopi, tembakau dan lada hitam.
o Hujan yang banyak dan suhu rendah kira-kira 18 oC sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-
sayuran hawa sederhana di Cameron Highlands.

d. Saliran

o Kawasan bersaliran buruk (paya) sesuai untuk penanaman padi sawah.


o Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, nanas, koko, tembakau dan lada hitam.
2. Faktor Teknikal : Teknologi moden
a. Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian.
b. Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor telah membantu meningkatkan daya pengeluaran hasil.
c. Sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali setahun - hasil semakin meningkat.
d. Penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea.
e. Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan mempercepatkan pema-saran hasil pertanian.

3. Faktor Ekonomi
a. Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi melalui skim ansuran oleh kerajaan.
b. Adanya agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkan untuk membantu petani dalam penggunaan
peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi masalah pertanian.

4. Faktor Tradisional

Sering merupakan penghalang kepada cara-cara pertanian moden namun cara pertanian tradisional sesuai bagi ladang-ladang kecil.
Pelancongan : SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA KINI: ISU, MASALAH DAN
CABARAN
Dihantar oleh alwy on 2006/2/7 8:40:33 (8018 bacaan)

Penekanan kerajaan yang padu terhadap pembangunan sektor perindustrian telah


mengtransformasi ekonomi di negara ini. Pertumbuhan ekonomi negara kini tidak lagi
bertunjangkan sektor pertanian. Sebaliknya, sektor perindustrian memainkan peranan utama dalam
pembangunan ekonomi yang sangat pesat pertumbuhannya. Sektor perindustrian membangun
dengan pesat dan sumbangannya kepada ekonomi negara makin sangat bermakna, manakala
sumbangan sektor pertanian makin merosot.

Pada 1996, sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dianggarkan merosot kepada 12.7 peratus daripada 13.5 peratus pada 1995. Sektor ini dijangka
hanya dapat menyediakan sebanyak 16.8 peratus daripada jumlah gunatenaga pada 1996
berbanding dengan 18.0 peratus pada 1995. Ini bermakna sumbangannya kepada gunatenaga
merosot sebanyak 1.2 peratus. Sumbangan sektor ini terhadap pendapatan eksport juga dijangka
merosot kerana eksport barangan pertanian diramalkan menurun sebanyak 15.3 peratus pada 1966.
Sebaliknya, sumbangan sektor perindustrian kepada KDNK, gunatenaga dan pendapatan eksport
dijangka meningkat dengan ketara. Sumbangannya kepada KDNK diramalkan 34.5 peratus pada
1996 berbanding 33.1 peratus pada 1995, gunatenaga 27.0 peratus (1996) berbanding 25.9 peratus
(1995) dan pendapatan eksport 81.0 peratus (1996) berbanding 79.7 peratus (1995) (Kementerian
Kewangan Malaysia 1996)

LATAR BELAKANG KEMEROSOTAN SUMBANGAN


SEKTOR PERTANIAN

Dalam tempoh RMP, 1966-1970, sektor pertanian merupakan penyumbang utama kepada ekonomi
negara. Pada 1970, sektor ini menyumbangkan satu per tiga Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) dan kira-kra 50 peratus jumlah tukaran wang asing serta menyediakan hampir separuh
gunatenaga negara (Malaysia 1971). Namun begitu, menurut RMP, perlaksanaan tranformasi
ekonomi, terutamanya pembangunan sektor perindustrian mesti dipesatkan sekiranya pendapatan
negara dan gunatenaga mahu ditingkatkan. Promosi untuk memesatkan pembangunan sektor
perindustrian sangat dipentingkan.

Objektif memesatkan pembangunan sektor perindustrian ini adalah untuk menggunakan sumber
alam negara dengan cekap dan sepenuhnya; memperkembangkan asas ekonomi negara dan
memperkenalkan bidang kegiatan baru bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada eksport
bahan mentah; meningkatkan pendapatan melalui pengembangan pengeluaran untuk kegunaan
dalam negeri, di samping meningkatkan output perkilangan untuk eksport; dan menyediakan
peluang pekerjaan kepada tenaga buruh yang berkembang dengan amat pesat (Malaysia, 1966).
Dalam RMP, sektor perindustrian telah mampu menyerap tenaga buruh yang tidak dapat diserap
oleh pembangunan sektor pertanian. Sumbangannya kepada KDNK dan pendapatan eksport pada
1970 amat rendah jika dibandingkan dengan sumbangan sektor pertaniaan, iaitu hanya 12.2 peratus
dan 15.8 peratus, masing-masingnya. Sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK adalah 32.1
peratus dan terhadap gunatenaga 53.5 peratus (Malaysia, 1971).

Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMD), 1971-1975, sektor perkilangan mula merupakan sektor
utama dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memainkan peranan strategik untuk
pencapaian objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu dari segi pengembangan pekerjaan,
peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat, terutamanya dalam membentuk
komuniti komersial dan industrial Melayu. Matlamat RMD adalah untuk meningkatkan nilai
ditambah dan eksport sebanyak 12.5 peratus dan 15 peratus setahun, masing-masingnya,
mewujudkan peluang pekerjaan dengan kadar 7 peratus setahun, mempromosi industri berskel
kecil dan menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang maju (Malaysia,
1971).

Dalam RMD, sumbangan sektor perindustrian kepada ekonomi negara telah meningkat.
Sumbangannya terhadap KDNK telah meningkat kepada 14.4 peratus pada 1975 daripada 12.2
peratus pada 1970. Sebaliknya, sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara telah merosot.
Pada 1975, sumbangan sektor ini terhadap KDNK merosot kepada 29.8 peratus, 45.5 peratus
terhadap jumlah tukaran wang asing dan menyediakan 49.3 peratus dari jumlah tenaga buruh.
Sektor ini juga mengahadapi masalah kadar kemiskinan tertinggi.

Strategi sektor perindustrian dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMT), 1976-1981, pula masih

Strategi sektor perindustrian dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMT), 1976-1981, pula masih
tertumpu kepada matlamat DEB dengan menggalakkan kecekapan, menyediakan pekerjaan,
memajukan perusahaan kecil dan menambah penyertaan orang-orang Melayu dan kaum
Bumiputera lain dalam bidang perkilangan. Perkembangan perusahaan adalah berintensif buruh,
berasaskan sumber alam termasuk pertanian dan berorientasikan eksport. Juga, penempatan
perusahaan di negeri-negeri kurang maju masih ditekankan (Malaysia, 1976).

Kemajuan yang dicapai oleh sektor perindustrian dalam RMT adalah menggalakkan.
Sumbangannya kepada KDNK meningkat lagi, iaitu kepada 20.5 peratus pada 1980.
Sumbangannya kepada gunatenaga dan pendapatan eksport adalah 24.5 peratus dan 25.2 peratus,
masing-masingnya (Malaysia 1981). Dalam sektor pertanian pula, walaupun sumbangan terhadap
KDNK masih lebih besar daripada sektor perindustrian, tetapi merosot kepada 22.8 peratus pada
1980. Sumbangannya terhadap gunatenaga dan pendapatan eksport turut merosot, iaitu kepada
39.8 peratus dan 39.7 peratus, masing-masingnya (Jadual 1).

Dalam Rancangan Malaysia Keempat (RME), 1981-1985, sektor perkilangan masih meneruskan
strategi untuk mencapai objektif DEB. Selain penekanan yang diberikan dalam RMT, sektor ini
juga memberi penekanan terhadap industri berskel sederhana dan industri berat (Malaysia, 1981).
Disebabkan ekonomi dunia meleset dalam dua tahun pertama bagi tempoh RME, prestasi sektor
perkilangan turut terjejas. Walaupun pertumbuhan sektor ini telah meningkat daripada 4.6 peratus
pada 1980 kepada 11.6 peratus pada 1984, tetapi jatuh sebanyak 3.0 peratus pada 1985.
Sumbangannya kepada KDNK juga berkurang kepada 19.1 peratus pada tahun 1985. Bagi sektor
pertanian pula, kadar sumbangannya terhadap ekonomi negara makin terus merosot. Nilai
ditambahnya berkurang kepada 3.4 peratus setahun dalam RME. Jadual 1 menunjukkan
sumbangannya terhadap KDNK, gunatenaga dan pendapatan eksport berkurang kepada 20.3
peratus, 29.0 peratus dan 35.7 peratus, masing-masingnya, pada 1985.

Jadual 1
Malaysia: Sumbangan Sektor Pertanian Terhadap KDNK,
Gunatenaga dan Pendapatan Eksport

Jenis Sumbangan 1980 1985 1990 1995

KDNK 22.8 20.3 18.7 13.6

Gunatenaga 39.8 29.0 26.0 18.0

Pendapatan 39.7 35.7 22.2 13.1


Eksport

Sumber: Malaysia (Pelbagai terbitan)

Jangka masa Rancangan Malaysia Kelima (RML), 1986-90, merupakan jangka masa peralihan
pembangunan negara ke arah ekonomi perindustrian. Dalam RML, pembangunan sektor
perkilangan pula berpandukan kepada Pelan Induk Perindustrian (PIP). PIP telah mengenal pasti
langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan sektor
perkilangan dengan sepenuhnya. Strategi dalam rancangan yang lepas telah diubahsuaikan. Unsur
utama dalam strategi baru ini termasuk usaha memperbaiki sistem galakan, memperluaskan
eksport, meningkat dan memodenkan industri kecil, menyebarkan industri, memajukan kegiatan
penyelidikan dan pengembangan serta memperkukuhkan institusi-institusi yang berkaitan
(Malaysia, 1986).

Strategi RML telah membawa keluaran sektor perkilangan meningkat dengan amat pesat dalam
tempoh tersebut. Kadar pertumbuhan nilai ditambahnya adalah tinggi, iaitu 13.9 peratus setahun
dan berjaya menyumbangkan hampir separuh pertumbuhan KDNK. Sumbangannya kepada
KDNK mula melebihi sumbangan sektor pertanian sejak 1987 dan meningkat kepada 27.0 peratus
pada 1990. Gunatenaga di sektor ini juga telah berkembang dengan pesat pada kadar 8.6 peratus
setahun dalam RML dan sumbangannya kepada gunatenaga adalah 44.0 peratus, hampir dua kali
ganda sumbangan sektor pertanian pada 1990. Sumbangannya terhadap pendapatan eksport pada
tahun yang sama telah meningkat dengan amat menakjubkan, iaitu kepada 60.4 peratus, hampir
tiga kali ganda sumbangan sektor pertanian. Sebaliknya, sektor pertanian pula mengalami keadaan
yang hampir sama dengan apa yang dialaminya dalam rancangan yang lepas. Kadar pertumbuhan
sektor ini hanya 4.6 peratus setahun (Malaysia 1991). Jadual 1 juga menunjukkan sumbangannya
kepada KDNK, gunatenaga dan pendapatan eksport makin terus merosot kepada 18.7 peratus, 26.0
peratus dan 22.2 peratus, masing-masingnya, pada 1990. Dalam RML ini, sektor ini juga mula
mengalami kekurangan tenaga buruh (Malaysia, 1991).

Dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), 1991-1995, teras pembangunan sektor perkilangan
menggalakkan sumber pertumbuhan baru bagi memperkukuh dan mempelbagaikan asas
perkilangan, di samping mengekalkan sumber pertumbuhan tradisional yang penting, iaitu
elektronik, tekstil dan pakaian. Pendekatan baru ini memberi penekanan kepada pembangunan
industri berorientasikan eksport, mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan berteknologi tinggi.
Objektif dasar perkilangan dalam RM6 adalah perindustrian berintensif modal yang menjimatkan
penggunaan tenaga buruh dalam jangka panjang dan berteknologi canggih yang mampu
menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi, berdaya saing dan selaras dengan keperluan pasaran
negara maju. Juga digalakkan penempatan industri ke kawasan yang mempunyai sumber yang
diperlukan, terutamanya dari segi penawaran buruh.

Sebagaimana dalam RML, kadar sumbangan sektor perkilangan kepada ekonomi negara terus
meningkat dalam tempoh RM6 dan kadar sumbangan sektor pertanian terus merosot. Pada 1995,
sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK, gunatenaga dan pendapatan eksport adalah 13.6
peratus, 18.0 peratus dan 13.1 peratus.

Keadaan sektor pertanian yang negatif ini telah menimbulkan minat dan mendorong pembentang
untuk membincangkan tentang sektor pertanian di negara ini pada masa kini dalam kertas kerja ini.

OBJEKTIF KERTAS KERJA

Objektif kertas kerja ini ialah untuk

1. mengenal pasti kedudukan sektor pertanian pada masa kini dengan lebih terperinci,

2. mengkaji isu dan masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian dan

3. mengemukakan cadangan untuk menangani masalah tersebut.

Memandangkan skop sektor pertanian amat luas tetapi ruang perbincangan adalah terbatas,
perbincangan dalam kertas kerja ini akan lebih ditekankan terhadap sub-sektor yang lebih
bermasalah, iaitu sub-sektor getah, padi dan perikanan. Di samping itu, sub-sektor pekebun dan
petani kecil juga akan dititikberatkan kerana subsektor ini memainkan peranan utama dalam sektor
pertanian dari segi keluasan tanah yang diusahakan, tetapi menghadapi masalah yang lebih besar.

KEDUDUKAN SEKTOR PERTANIAN KINI

Walaupun kadar sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin merosot, jumlah
nilai ditambahnya dengan ketara. Pada 1995, jumlah nilai ditambahnya meningkat kepada RM16
406 juta daripada RM14 827 juta pada 1990. Pada 1996 pula, jumlah nilai sumbangannya terhadap
KDNK dijangka meningkat. Ini kerana keluaran sektor ini dijangka berkembang dengan kadar 1.6
peratus pada tahun ini. Pertumbuhan yang positif ini disebabkan oleh pertumbuhan keluaran
minyak kelapa sawit yang dijangka sebanyak 2.9 peratus. Sementara itu, pengeluaran getah, kayu
balak, koko dan lada hitam diramalkan akan menurun. Keluaran getah dijangka berkurang
sebanyak 1.7 peratus, kayu balak 1.9 peratus, koko 7.2 peratus dan lada hitam 20 peratus.

Minyak Kelapa Sawit

Pada 1996, jumlah keluasan tanaman kelapa sawit dijangka bertambah sebanyak 2.4 peratus
kepada 2.57 juta hektar daripada 2.51 juta hektar pada 1995. Estet swasta merupakan 50.3 peratus
jumlah keluasan tanaman, sementara FELDA, FELCRA dan agensi kerajaan lain mengusahakan
40.1 peratus dan pekebun kecil 9.6 peratus. Keluasan tanaman yang matang pula dijangka
meningkat sebanyak 2.4 peratus, iaitu kepada 2.33 juta hektar daripada 2.24 juta hektar pada 1995,
manakala daya pengeluaran meningkat sebanyak 5.8 peratus, iaitu kepada 20 tan metrik per hektar
daripada 18.9 tan metrik per hektar pada 1995. Ini menyebabkan pengeluaran minyak sawit
mentah dijangka meningkat kepada 8.04 juta tan metrik daripada 7.81 juta tan metrik pada tahun
sebelumnya (Jadual 2).

Jadual 2
Keluasan Tanaman dan Pengeluaran Minyak Kelapa Sawit
---------------------------------------------------------------------------------
1995 1996 % perubahan
---------------------------------------------------------------------------------
Keluasan tanaman 2 507 2 567 2.4
('000 hektar)

Keluasan matang 2 235 2 326 4.1


('000 hektar)

Pengeluaran ('000 tan metrik)


Minyak sawit 7 810 8 040 2.9
mentah

Minyak isirong 1 036 1 130 9.1


kelapa sawit
--------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Kementerian Perusahaan Utama

Disebabkan peningkatan pengeluaran kelapa sawit dan permintaan barangan oleokimia,


pengeluaran minyak isirong kelapa sawit dijangka meningkat sebanyak 9.1 peratus, iaitu kepada
1.13 juta tan metrik pada 1996 daripada 1.04 juta tan metrik pada 1995 (Jadual 2).
Getah

Pada 1966, jumlah keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 0.6 peratus, iaitu kepada
1.71 juta hektar daripada 1.71 juta hektar pada 1995. Pekebun kecil menyumbangkan 84.6 peratus
daripada jumlah keluasan tanaman ini. Akibat pengurangan keluasan tanaman ini, pengeluaran
getah dijangka merosot sebanyak 1.8 peratus, iaitu kepada 1.07 juta tan metrik pada 1996 daripada
1.09 tan metrik pada 1995 walaupun daya pengeluaran di kedua-dua sub-sektor estet dan pekebun
kecil meningkat. Daya pengeluaran di kebun kecil meningkat sebanyak 3.6 peratus, manakala di
estet meningkat 11.0 peratus. Daripada jumlah pengeluaran getah negara pada 1996, 79.0 peratus
disumbangkan oleh pekebun kecil (Jadual 3).

Jadual 3
Keluasan Tanaman, Pengeluaran dan Daya Pengeluaran Getah

---------------------------------------------------------------------------------
1995 1996 % perubahan
---------------------------------------------------------------------------------
Keluasan tanaman 1723.9 1713.9 -0.6
('000 hektar)
Kebun kecil 1456.4 1450.4 -0.4
Estet 267.5 263.5 -1.5

Jumlah pengeluaran 1090.0 1070.0 -1.8


('000 tan metrik)
Kebun kecil 847.0 846.0 -0.1
Estet 243.0 224.0 -7.8

Daya pengeluaran
(kg./ hektar)
Kebun kecil 941.0 975.0 3.6
Estet 1135.0 1261.0 11.0
---------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Kementerian Perusahaan Utama dan Kementerian
Pertanian

Pertanian lain dan Perikanan

Jumlah keluasan tanaman koko dijangka merosot sebanyak 3.3 peratus kepada 235 000 hektar
pada 1996 daripada 242 915 hektar pada 1995. Ini kerana berlakunya penukaran tanah tanaman
koko kepada tanaman lain dan kegunaan lain. Di samping faktor tersebut, harga koko yang rendah
telah menyebabkan pengeluaran koko diramal terus menurun pada 1996 sebanyak 7.2 peratus
kepada 122 000 tan metrik daripada 131 475 tan metrik pada 1995.
Pengeluaran padi pula dijangka mengalami keadaan yang tidak berubah pada 1996 berbanding
pada 1995, iaitu 2.13 juta tan metrik. Walaupun pengeluaran bagi sub-sektor ini tidak mengalami
kemerosotan, tetapi mengalami pelbagai masalah, seperti daya pengeluaran rendah, kos
pengeluaran tinggi dan kadar kemiskinan yang tinggi.

Pengeluaran perikanan laut pula dijangka mengalami peningkatan pada 1996 sebanyak 2.9 peratus
kepada 1.13 juta tan metrik daripada 1.10 juta tan metrik pada 1995. Walaupun mengalami
peningkatan, sebahagian besar daripada pendaratan (kira-kira 30 peratus) terdiri daripada ikan
baja. Ini berdasarkan tren pendaratan ikan baja pada tahun-tahun lepas. Sebagai contoh, antara
1989 hingga 1993, lebih 32.0 peratus daripada jumlah pendaratan di Semenanjung Malaysia adalah
ikan baja (Jadual 4).

Jadual 4
Semenanjung Malaysia: Pendaratan Ikan, 1988-93
(tan metrik)
-------------------------------------------------------------------------------------
Tahun Jumlah Pendaratan Ikan baja % Ikan baja
-------------------------------------------------------------------------------------
1988 694 449 194 780 28.1
1989 746 884 257 439 34.5
1990 819 587 302 544 36.9
1991 709 587 247 646 34.9
1992 767 532 249 448 32.5
1993 791 618 269 941 34.1
------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Jabatan Perikanan (Pelbagai tahun)

ISU DAN MASALAH

Bahagian ini akan mengemukakan hanya beberapa masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian,
terutamanya sub-sektor, getah, padi, perikanan dan pekebun kecil. Rata-rata masalah yang
dihadapi dalam sektor pertanian kini terdiri daripada masalah tenaga buruh, tanah terbiar,
pengurangan dan kepupusan sumber pertanian, kekurangan modal dan tahap pelaburan yang secara
relatifnya rendah, pengurusan dan perancangan yang kurang cekap, daya pengeluaran rendah, kos
pengeluaran tinggi, tahap harga yang rendah bagi beberapa komoditi, terutama koko dan lada
hitam yang membantutkan pertumbuhannya dan kemiskinan.

Masalah Tenaga Buruh

Transformasi ekonomi, terutama pembangunan perkilangan dianggap sebagai faktor yang


mempengaruhi migrasi buruh dari sektor pertanian. Dalam tahun 1957, migrasi buruh dari sektor
ini seramai 515 410 orang, sementara antara tahun 1970 hingga 1980 seramai 953 680 orang (Abd.
Malik dan Mohaini, 1992). Akibatnya dalam tempoh RML, sektor pertanian telah menghadapi
kekurangan tenaga buruh (Malaysia, 1991).

Migrasi ini disebabkan anak-anak petani, terutama pekebun-pekebun kecil tidak berminat terhadap
sektor pertanian kerana keadaan sosio-ekonomi yang rendah di sekktor pertanian, terutama di
ladang-ladang; terdapat peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan
terjamin dalam sektor perindustrian; imej pekerjaan di sektor perindustrian lebih tinggi; dan
kemudahan sosial yang lebih baik di bandar. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan
di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian
tidak stabil. Lagipun menukar tanaman yang dapat memberikan pendapatan yang tinggi tidak dapat
dilakukan dengan serta-merta. Tahap pendidikan belia juga telah menyebabkan mereka lebih
tertarik kepada peluang pekerjaan di sektor bukan pertanian. Kebanyakan belia di sektor pertanian,
terutama yang berpendidikan dan produktif tidak berminat mencebur diri dalam bidang pertanian
(Abd. Malik dan Mohaini 1992, Aliasak et. al 1993, dan Ahmad 1993).

Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan
kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Sektor pertanian mula terasa kekurangan tenaga
buruh adalah dalam tempoh RML. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia
(UPAM), bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh telah
meningkat tahun demi tahun. Pada 1987, 37.1 peratus daripada 485 buah ladang yang dikaji
menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan jumlah kekurangan buruh adalah 9395 orang.
Pada 1988, peratusan ini telah meningkat kepada 39.9 peratus dan kepada 57.4 peratus paada 1991.
Jumlah kekurangan buruh pula telah meningkat kepada 9600 orang pada 1988 dan 12 277 orang
pada 1991.

Jadual 5
Semenanjung Malaysia: Kekurangan Buruh
---------------------------------------------------------------------------------
1987 1988 1991
---------------------------------------------------------------------------------
Bilangan ladang kajian 485 511 462

Bilangan ladang melapor 180 204 265


kekurangan

Jumlah kekurangan buruh 9395 9600 12 277


--------------------------------------------------------------------------------
Nota: tidak termasuk negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan
Sumber: UPAM 1989 dan 1992

Di sub-sektor pekebun dan petani kecil pula, masalah yang paling ketara ialah kekurangan tenaga
buruh yang berpelajaran, cekap dan produktif. Di Semenanjung Malaysia, pada 1990, 62.28
peratus petani mempunyai pendidikan tidak melebihi peringkat sekolah rendah dan 24.78 peratus
tanpa sebarang pendidikan formal (Jadual 6).
Jadual 6
Semenanjug Malaysia: Taburan Petani Mengikut
Taraf Pendidikan, 1990
----------------------------------------------------------------------------------
Taraf pendidikan Bilangan Peratus
----------------------------------------------------------------------------------
Tiada pendidikan formal 116 519 24.78
Kelas dewasa/ agama/pondok 37 382 7.95
Sekolah rendah 225 441 54.33
Sekolah menengah 57 070 12.14
Institusi pengajian tinggi 2 703 0.57
Sekolah vokesyesal 1 043 0.22
------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994
Penghijrahan buruh yang muda dari sektor ini juga telah mengakibatkan ramai petani terdiri
daripada golongan yang lanjut usia. Jadual 7 menunjukkan 37.02 peratus petani di Semenanjung
Malaysia adalah berusia melebihi 55 tahun dan 64.12 peratus melebihi 45 tahun.. Sebagaimana ciri
umum tenaga buruh di sektor pertanian, begitu jugalah dengan tenaga buruh yang lanjut usia.
Kebanyakannya terdiri daripada golongan yang kurang berpendidikan dan kurang produktif.
Mereka kurang dapat menerima teknologi baru dengan sepenuhnya.

Jadual 7
Semenanjung Malaysia: Taburan Petani Mengikut Umur, 1990
---------------------------------------------------------------------------------
Umur (tahun) Bilangan Peratus
---------------------------------------------------------------------------------
< 18 2 957 0.63
18 - 25 7 292 1.55
26 - 35 56 251 11.96
36 - 45 102 183 21.96
46 - 55 127 403 27.10
> 55 174 072 37.02
--------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994

Tanah Terbiar

Kekurangan tenaga buruh dan harga yang rendah merupakan antara faktor pengecilan dan
pengurangan keluasan tanaman pertanian, terutama di kebun kecil kerana tidak semua keluasan
asal dapat diusahakan. Sebagai contoh, pada 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu
faktor pengurangan keluasan tanaman getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang
sebanyak 10 ribu hektar, iaitu 6 ribu hektar di kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Bagi
tanaman koko pula, kekurangan tenaga kerja dan harga yang rendah adalah antara faktor
pengecilan keluasan tanamannya. Jumlah keluasan tanaman koko dijangka merosot sebanyak 3.3
peratus kepada 235 000 hektar pada 1996. Ini menyebabkan salah satu punca yang mewujudkan
tanah terbiar.

Kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian adalah disebabkan penghijrahan mereka yang berusia
muda dan produktif ke sektor bukan pertanian. Penghijrahan ini telah meninggalkan
tanggungjawab mengusahakan tanah kepada petani yang lanjut usianya dan mempunyai daya
pengeluaran yang rendah. Ini juga merupakan salah satu satu faktor yang mewujudkan tanah
terbiar.

Sektor pertanian menghadapi masalah tanah terbiar yang serius. Pada 1981, di Semenanjung
Malaysia, tanah terbiar adalah seluas 890 000 hektar, iaitu terdiri daripada tanah sawah seluas 160
863 hektar dan tanah bukan sawah seluas 728 127 hektar. Keadaan ini telah berkurang pada tahun
1986, iaitu kepada 553 372 hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar tanah sawah dan 428 117
hektar tanah bukan sawah. Pada 1987, tanah terbiar meningkat semula, iaitu kepada 654 413 hektar
yang terdiri daripada 89 399 hektar tanah sawah dan 565 014 hektar tanah bukan sawah (Abd.
Malik dan Mohaini, 1992). Pada 1990, tanah terbiar telah merosot kepada 57 597 hektar (Jabatan
Pertanian Semenanjung Malaysia 1994)

Jadual 8 merupakan hasil kajian kes yang telah dijalankan di Pekan, Pahang. Jadual ini
menunjukkan beberapa faktor tanah terbiar yang mempunyai hubung kait dengan transformasi
ekonomi. Transformasi ekonomi menarik tenaga buruh di sektor pertanian untuk berhijrah ke
sektor bukan pertanian. Ini menyebabkan ramai pemilik tanah pertanian bekerja di sektor bukan
pertanian dan membiarkan tanah mereka tanpa diusahakan.. Sebagai contoh, 42.9 peratus yang
memiliki sawah terbiar dan 44.4 peratus yang memiliki tanah bukan sawah terbiar di Langgar dan
Jambu, 52.9 peratus yang memiliki sawah terbiar dan 38.7 peratus yang memiliki tanah bukan
sawah terbiar di Pulau Jawa, dan 50.0 peratus yang memiliki sawah terbiar dan 56.8 peratus yang
memiliki tanah bukan sawah terbiar di Pulau Tambun terdiri daripada KIR yang bekerja di sektor
bukan pertanian.

Penghijrahan buruh juga mengakibatkan terdapatnya ramai tenaga buruh yang lanjut usia di sektor
pertanian. Disebabkan usia mereka yang telah lanjut, mereka tidak berkeupayaan untuk
mengusahakan tanah mereka. Ini menyebabkan wujudnya tanah terbiar. Di kawasan kajian,
sebagai contoh, 57.1 peratus pemilik sawah terbiar (ST) dan 55.6 peratus pemilik tanah bukan
sawah terbiar (BST) di Langgar dan Jambu, 88.9 peratus pemilik sawah terbiar dan 58.8 peratus
pemilik tanah bukan sawah terbiar di Tanjung Pahang Tua, dan 52.6 peratus pemilik sawah terbiar
dan 50.0 peratus pemilik tanah bukan sawah terbiar di Tanah Puteh terdiri daripada ketua isi rumah
yang telah lanjut usia. Bagi Pulau Jawa dan Pulau Tambun (Mukim Pekan).

Terdapat juga KIR yang tidak perlu lagi bergantung hidup kepada pertanian kerana anak-anak
mereka yang berkerja di sektor bukan pertanian memberikan sumbangan kewangan kepada
mereka. Sebagai contoh, 71.4 peratus yang memiliki sawah terbiar dan 77.8 peratus yang memiliki
tanah bukan sawah tebiar terdiri daripada KIR yang mendapat bantuan kewangan daripada anak-
anak mereka yang bekerja di sektor bukan pertanian. Ini menyebabkan mereka membiarkan tanah
mereka tanpa diusahakan
Jadual 8
Beberapa Faktor Tanah Terbiar
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Peratus Daripada KIR Memiliki Tanah Terbiar
----------------------------------------------------------------------------
Mukim/ Bantuan Lanjut Bekerja luar Pesara
Kampung kewangan usia pertanian
--------------- -------------- --------------- ---------------
ST BST ST BST ST BST ST BST
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Mukim Langgar:
Langgar dan Jambu 71.4 77.8 57.1 55.6 42.9 44.4 28.6 33.3

Mukim Pahang Tua:


Tanjung Pahang Tua 77.8 58.8 88.9 58.8 11.1 23.5 44.4 47.1
Tanah Puteh 68.4 57.1 52.6 50.0 47.4 50.0 21.1 21.4

Mukim Pekan:
Pulau Jawa 64.7 64.5 41.2 54.8 52.9 38.7 29.4 29.0
Pulau Tambun 43.8 56.8 37.5 45.9 50.0 56.8 18.8 21.6
Nota: ST = tanah sawah terbiar
BST = tanah bukan sawah terbiar
Sumber: Kajiselidik

Golongan pesara juga mempunyai pengaruh terhadap tanah terbiar. Terdapat golongan pesara tidak
perlu lagi bergantung hidup kepada pertanian kerana mereka memperoleh elaun pesaraan mereka
dan sebahagiannya pula memperoleh bantuan kewangan daripada anak-anak mereka. Ini
menyebabkan mereka tidak mengusahakan tanah mereka. Sebagai contoh, sebahagian besar, iaitu
44.4 peratus pemilik sawah terbiar dan 47.1 peratus pemilik tanah bukan sawah terbiar di Tanjung
Pahang Tua merupakan KIR yang telah bersara.

Tanah terbiar ini membawa kesan negatif kepada kegiatan dan pengeluaran pertanian. Semakin
meningkat tanah terbiar, semakin berkurangan saiz tanah yang diusahakan dan semakin merusut
kegiatan dan pengeluaran pertanian.

Masalah Tanah dan Sumber Perikanan

Dalam RM6, Malaysia Barat telah mengalami tanah baru yang sesuai untuk pembangunan
pertanian semakin berkurangan. Dengan itu, mulai RM6, FELDA tidak lagi memajukan tanah baru
di Malaysia Barat. Di samping itu, terdapat pengecilan keluasan tanah pertanian disebabkan oleh
penukaran jenis tanaman kepada jenis yang lain dan juga penukaran penggunaan tanah pertanian
kepada tapak industri dan penempatan penduduk.
Bagi sub-sektor pekebun kecil pula, masih terdapat masalah pengusahaan tanah yang bersaiz kecil
dan tidak ekonomik. Jadual 9 menunjukkan taburan petani mengikut saiz tanah yang diusahakan di
Semenanjung Malaysia pada 1990. 47.97 peratus petani mengusahakan tanah yang bersaiz kurang
1 hektar dan 25.11 peratus petani mengusahakan tanah yang bersaiz kurang 0.5 hektar.

Bagi industri perikanan, pendaratan ikan baja makin meningkat, iaitu daripada 28.1 peratus pada
1988 kepada 34.1 peratus pada 1993 (Jadual 4). Ini bermakna kadar pendaratan ikan yang boleh
dimakan makin merosot. Ini adalah akibat penggunaan pukat tunda di persisir pantai. Sekiranya
keadaan ini akan berterusan, ianya akan membantutkan pertumbuhan stok perikanan dan industri
perikanan akan menghadapi kepupusan sumber perikanan.

Jadual 10 pula menunjukkan penangkapan ikan secara berlebihan berlaku di Malaysia Barat.
Tangkapan sebenar lebih tinggi daripada tangkapan boleh kekal maksimum. Tangkapan boleh
kekal maksimum di pantai timur Malaysia Barat sepatutnya 289 064 tan metrik, manakala di pantai
barat 435 342 tan metrik. Tetapi tangkapan sebenar pada 1992 adalah 293 537 tan metrik di pantai
timur dan 473 995 tan metrik di pantai barat. Jika tangkapan berlebihan ini dilakukan secara
berterusan, ia akan mengakibatkan kepupusan sumber perikanan di Malaysia Barat.

Jadual 9
Semenanjung Malaysia: Taburan Petani Mengikut
Saiz Tanah Yang diusahakan
--------------------------------------------------------------------------------
Saiz tanah (ha.) Bilangan petani Peratus
--------------------------------------------------------------------------------
< 0.5 108 256 25.11
0.5 - 0.9 98 556 22.86
1.0 - 1.4 74 849 17.36
1.1 - 1.9 41 528 9.63
2.0 - 2.4 44 361 10.29
2.1 - 2.9 17 299 4.01
3.0 - 3.4 15 806 3.67
3.1 - 3.9 6 704 1.55
4.0 - 4.4 9 041 2.10
4.1 - 4.9 3 767 0.87
> 5 11 010 2.55
-------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994
Jadual 10
Malaysia: Tangkapan Boleh Kekal Maksimum (MSQ) dan
Tangkapan Sebenar (tan metrik)
Malaysia Barat Malaysia Timur
------------------------------------- --------------------------------
Pantai Barat Pantai Timur Sabah Sarawak

Tangkapan boleh kekal 435 342 289 064 46 771 85 493


maksimum

Tangkapan sebenar 473 995 293 537 44 760 78 878


(1992)
Sumber: Nik Hashim dan Chamhuri (1995)

Daya Pengeluaran dan Kos Pengeluaran

Dalam pengeluaran getah asli, daya pengeluaran pekebun kecil jauh lebih rendah daripada estet.
Pada 1985, daya pengeluaran pekebun kecil hanya 69.7 peratus daripada daya pengeluaran estet.
Pada 1994 pula, kadar ini meningkat kepada 78.8 peratus. Namun begitu, daya pengeluaran mutlak
pekebun kecil merosot sebanyak 35.6 kg per hektar, iaitu kepada 957.1 kg. per hektar pada 1994
daripada 992.7 kg per hektar pada 1985 (lihat Abd. Malik dan Wook 1996).

Bagi pengeluaran padi pula, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) pun masih
menghadapi masalah daya pengeluaran yang rendah. IADP hanya berjaya mengeluarkan antara 2.1
hingga 3.8 tan metrik per hektar pada 1988 dan jumlah pengeluaran dianggarkan antara 2.2 hingga
4.0 tan metrik per keluarga. Selepas 1990, secara keseluruhannya makin antara 2.2 hingga 4.0 tan
metrik per keluarga. Selepas 1990, secara keseluruhan, daya pengeluaran makin bertambah baik.
Pada 1992, daya pengeluaran di kawasan Barat Laut Selangor telah berjaya mencapai 5.1 tan
metrik per hektar. Namun begitu, daya pengeluarn ini masih rendah jika dibandingkan dengan
hasil penyelidikan di Stesyen Percubaan MARDI.

Dari segi kos pengeluaran, pekebun kecil getah di negara ini menghadapi kos pengeluaran yang
lebih tinggi daripada estet. Pada 1991, kos pengeluaran per tan metrik bagi pekebun kecil adalah
1.13 kali lebih tinggi daripada estet. Kos pengeluaran bagi pekebun kecil adalah RM1457.50 per
tan metrik, manakala bagi estet adalah RM1285.00 per tan metrik. Bagi pengeluaran padi pula, kos
pengeluaran padi di negara ini jauh lebih tinggi daripada negara tetangga. Kos purata pengeluaran
padi secara intensifikasi di Sumatra Utara adalah RM92.23 per tan metrik, manakala secara bukan
intensifikasi RM77.73 per tan metrik (Biro Pusat Statistik Indonesia 1989). Sedangkan kos
pengeluaran sebelum tuai bagi petani kecil yang menerima subsidi dan menggunakan teknologi
moden di Sawah Sempadan, Selangor pada 1995 adalah RM202.73 per tan metrik, manakala kos
selepas tuai adalah RM247.73 per tan metrik.

Di samping saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomik di kawasan kajian, terdapat beberapa faktor
lain yang mempengaruhi daya pengeluaran yang rendah dan kos purata yang tinggi di sub-sektor
pekebun kecil. Pertama ialah kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap.
Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat
dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal
kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi kewangan. Untuk mendapatkan kredit,
mereka terpaksa memenuhi syarat dan keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi
berkenaan.

Kekurangan modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden,
terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang
tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula, petani
terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh
tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu,
walaupun teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar, mereka tidak
berkemampuan untuk menerimanya.

Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak


mengguna baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan
baja dan bahan kimia secara optimum dan betul, tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan
mengamalkan adat dan budaya tradisi yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya
pengeluaran yang tinggi.

Kebanyakan KIR yang lanjut usia yang terlibat dalam pertanian juga mempunyai anak-anak yang
telah bekerja di sektor bukan pertanian dan memberikan bantuan kewangan untuk keperluan hidup
mereka. Antara KIR yang lanjut usia ini pula, terdapat golongan pesara yang bergantung hidup
kepada elaun persaraan mereka. Dengan itu, golongan KIR yang lanjut usia ini tidaklah begitu
sangat bergantung hidup kepada pertanian. Bagi mereka, bertani hanya merupakan pekerjaan
sambilan saja. Keadaan dan sikap KIR yang lanjut usia sedemikian ini juga boleh mengakibatkan
daya pengeluaran rendah dan kos purata yang tinggi.

Kemiskinan

Dalam sektor pertanian, pekebun kecil getah, petani kecil padi dan nelayan mempunyai kadar
kemiskinan yang tinggi. Pada 1970, di Semenanjung Malaysia, kadar kemiskinan di kalangan
pekebun kecil getah adalah 64.7 peratus, manakala petani kecil padi 88.1 peratus dan nelayan 73.2
peratus. Kadar kemiskinan ini berkurang kepada 40.0 peratus pada 1987 bagi pekebun kecil getah,
manakala bagi petani kecil padi kepada 50.2 peratus dan nelayan kepada 24.5 peratus. Menurut
Banci Pertanian 1990, kadar kemiskinan bagi pekebun kecil getah masih kekal 40.0 pertus, tetapi
di kalangan petani kecil padi menurun kepada 50 peratus dan bagi nelayan pula meningkat semula
kepada 39.0 peratus.

STRATEGI MENANGANI MASALAH

Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam jangka pendek, penggunaan buruh asing
diperlukan. Dalam jangka panjang pula, penggunaan jentera dan teknologi moden secara intensif
perlu dilaksanakan. Kini kebanyakan aktiviti dalam pengeluaran pertanian boleh dijalankan dengan
menggunakan jentera dan teknologi moden. Bagi menjimatkan penggunaan tenaga buruh dalam
pengeluaran padi, sebagai contoh, jentuai telah boleh digunakan untuk menuai padi, manakala
dalam penorehan getah, sistem torehan berintensiti rendah, REACTORRIM dan RRIMFLOW
boleh digunakan. Badan penyelidik dan pembangunan (P&P) juga perlu menjalankan penyelidikan
untuk menghasilkan jentera dan teknologi moden terkini, terutama yang dapat meminimumkan kos
untuk mempercekapkan pengeluaran pertanian.

Bagi mengatsi masalah tanah terbiar, pihak swasta perlu memainkan peranan utama. Ini kerana
pihak swasta lebih berorientasikan pemaksimuman keuntungan dan mempunyai kemudahan-
kemudahan untuk memulihkan tanah tersebut, terutama dari segi modal. Pemilik tanah pula mesti
bersedia melepaskan tanah mereka untuk diusahakan. Berkaitan dengan kepupusan tanah
pertanian, penggunaan tanah perlu dijalankan secara intensif. Badan P&P juga perlu memainkan
peranan penting dalam hal ini. Mereka perlu menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan klon
yang boleh ditanam dalam suatu kawasan dengan lebih padat tetapi berdaya pengeluaran
(kg/pokok) tinggi. Di samping itu, pelaburan untuk pembangunan tanah baru perlu di halakan ke
Serawak dan Sabah serta ke luar negara.

Bagi sub-sektor perikanan, kepupusan sumber perikanan pantai akan dapat diatasi dengan
mempergiatkan perikanan laut dalam dan ternakair secara komersial. Tetapi kegiatan ini
memerlukan modal yang besar. Oleh itu, bagi menjayakan strategi ini, kemudahan kredit, terutama
yang tanpa faedah amat diperlukan. Sepatutnya kegiatan ini dijalankan oleh Persatuan Nelayan
yang diurus oleh pengurus yang berpendidikan, cekap, produktif dan amanah kerana kegiatan ini
tidak mungkin dapat dijalankan secara individu. Bagi membolehkan nelayan-nelayan menjalankan
kegiatan yang berkaitan dengan cekap dan produktif pula, mereka perlu mengikuti latihan atau
kursus pembangunan sumber manusia jangka panjang dalam bidang berkenaan dengan jayanya.
Dengan itu, latihan kursus pembangunan sumber manusia yang berkesan dalam bidang tersebut
perlu diadakan.

Memandangkan antara faktor utama kepupusan sumber perikanan pantai adalah pencerobohan
pukat tunda dan pencemaran laut akibat kegiatan di sektor petroleum serta pembuangan kotoran
minyak oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, pengharaman penggunaan pukat tunda di
pinggir pantai yang telah dikuatkuasakan mesti dilaksanakan dengan berkesan dan pencemaran
tersebut perlu diatasi dan dicegah supaya tidak berlalku dengan berleluasa. Di samping itu,
pembinaan tukun tiruan perlu dipergiatkan. Dengan ini, dapat sumber perikanan tersebut membiak
demi menjamin kemampanan sumber perikanan dalam jangka panjang.

Dalam melaksanakan pembangunan pertanian dan nelayan, terdapat terlalu banyak agensi kerajaan
yang terlibat. Ini mewujudkan pertindihan fungsi antara agensi tersebut yang mengakibatkan
perjalanan pengurusn dan pentadbiran yang kompleks. Bagi mengatasi masalah ini, fungsi
berbagai-bagai agensi yang terlibat perlu diselaraskan supaya dapat mengelak pertindihan fungsi
yang membazir dan melibatkan kos yang tinggi.

Bagi mengatasi masalah pekebun dan petani kecil yang berkait dengan masalah tanah yang kecil
dan tidak ekonomik serta kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap, tanah
petani perlu disatu dan diusahakan secara ladang komersial yang diurus oleh pengurus cekap,
produktif dan amanah. Pengurus dan pekerja merupakan tenaga kerja yang dibayar upah.
Manakala tanah yang digunakan diambil kira sebagai pelaburan petani yang akan dibayar
dividennya. Pengurusan ladang ini juga sepatutnya di luar bidang kuasa institusi kerajaan. Institusi
kerajaan hanya berperanan untuk memberikan nasihat sahaja dan digunakan alat untuk
menyalurkan bantuan kerajaan.

Dengan mewujudkan ladang komersial, kebun bersaiz ekonomik dapat diwujudkan dan
pengeluaran ikut bidangan dapat dilaksanakan. Bila wujudnya tanah bersaiz ekonomik,
penggunaan jentera dan teknologi moden secara ekonomik akan dapat dipraktikkan. Penggunaan
tenaga buruh pula dapat dijimat dan dioptimumkan. Apabila saiz tanah yang berada pada tahap
pengeluaran ikut bidangan makin bertambahan, kos per hektar serta kos purata akan makin
berkurangan dan daya pengeluaran dapat ditingkat.

Disebabkan pengusahaan secara ladang konersial boleh menjimatkan penggunaan tenaga buruh,
sebahagian besar petani yang tidak diperlukan lagi di sektor pertanian. Namun begitu, mereka akan
memperoleh pendapatan daripada tanah mereka yang diusahakan oleh ladang tersebut melalui
pembayaran sewa tanah. Mereka juga sepatutnya akan menerima pembahagian sebahagian
keuntungan lebih normal yang akan diperoleh oleh ladang komersial berkenaan. Di samping itu,
mereka boleh mendapat pendapatan yang lumayan dengan menyumbangkan tenaga kerja mereka
kepada sektor bukan pertanian. Maka pembangunan sektor bukan pertanian, terutama industri
berasaskan pertanian perlu dibawa dan dipesatkan ke kawasan luar bandar untuk menyerapkan
tenaga kerja pekebun kecil yang tidak diperlukan lagi. Ini bermakna rantaian hiliran yang meluas
penting diwujudkan.

Pengurus yang bijaksana dan cekap diperlukan untuk membuat perancangan dan pengurusan
dengan bijak, cekap, baik dan tepat. Keputusan akan dapat dibuat dengan bijak, seperti sama ada
untuk meneruskan projek sedia ada atau memilih projek alternatif yang menguntungkan dan
berdaya maju. Kombinasi penggunaan input yang optimum dan penggunaan teknologi yang
menguntungkan akan dapat ditentukan. Dengan perancangan yang baik, sebagai contoh,
penanaman getah atau kelapa sawit tidak akan dilakukan di kawasan yang tidak sesuai dengan
getah atau kelapa sawit kerana penanaman di kawasan yang tidak sesuai akan melibatkan kos yang
tinggi. Pengurusan yang baik dan cekap juga, misalnya, akan dapat membaik pulih tanah dengan
kos terkurang. Dengan itu, perancangan dan pengurusan yang tersusun dan cekap akan dapat
mengurangkan kos purata dan meningkatkan daya pengeluaran.

Pengusahaan secara ladang komersial juga akan dapat mengatasi masalah modal kerana
pengurusnya yang cekap akan dapat meneroka dan merebut peluang kemudahan kredit yang
terdapat di pasaran dan dapat menyediakan keperluan permohonan untuk mendapatkan kredit
daripada institusi kewangan berkenaan.

Masalahnya bagaimana mendapatkan pengurus dan pekerja yang sedemikian? Ini bermakna
sebahagian kecil tenaga kerja tempatan yang berpendidikan dan produktif amat diperlukan untuk
mengurus ladang komersial tersebut. Untuk mencapai matlamat ini, keadaan sosioekonomi,
terutamanya pendapatan dan imej pekerjaan di sektor pertanian perlu dipertingkatkan supaya
setanding dengan sektor lain. Pendapatan petani dapat dipertingkatkan dengan meningkatkan daya
pengeluaran dan/atau memperbaiki tingkat harga barang keluaran pertanian. Langkah lain yang
tidak kurang pentingnya ialah mengkaji semula dan mengubahsuai sistem pelajaran yang sedia ada
untuk dapat melahirkan sebahagian tenaga buruh berpendidikan dan produktif serta amanah yang
cenderung menceburkan diri dalam pertanian. Sistem pendidikan ini juga perlu dapat meyakinkan
bahawa ladang komersial dapat meningkatkan pendapatan mereka yang terlibat dan dengan itu,
pemilik tanah akan bersedia untuk menyerahkan tanah mereka untuk diusahakan.

Bagi mengatasi masalah ini kos yang tinggi bagi penggunaan jentera dan teknologi moden,
rantaian huluan perlu diwujud dan diperkembangkan dengan meluas agar dapat menawarkan input
moden yang canggih yang bersesuaian dengan keadaan tempatan dengan kos yang rendah supaya
berjaya mencapai kedua-dua matlamat, iaitu untuk meminimumkan kos purata dan
memaksimumkan daya pengeluaran. Bagi mencapai matlamat tersebut juga, badan penyelidik dan
pembangunan perlu memainkan peranan yang gigih. Badan ini bukan sahaja perlu menekankan
peningkatan daya pengeluaran, malah mesti lebih menitikberatkan matlamat peminimuman kos.

KESIMPULAN

Transformasi ekonomi membawa kemerosotan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi


negara. Terdapat berbagai masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian, terutama sub-sektor
pekebun dan petani kecil. Bagi mengatasi masalah pekebun kecil dan petani kecil, pertanian perlu
diusahakan secara ladang komersial supaya dapat mewujudkan ladang bersaiz ekonomik dan dapat
diusahakan secara mengikut ekonomi bidangan. Dengan wujudnya saiz yang ekonomik,
penggunaan mekanisasi dan teknologi moden dapat digunakan dengan ekonomik.

Pengurusannya perlu dijalankan oleh pengurus yang dibayar gaji dan tenaga buruh juga mesti
tenaga buruh yang dibayar upah. Tanah petani yang digunakan oleh ladang ini dianggap sebagai
pelaburan petani yang perlu diberikan dividen. Dengan cara ini, masalah kekurangan tenaga buruh
dapat diatasi, malah penggunaan tenaga buruh dapat dioptimumkan dan akan wujud pula buruh
yang berlebihan di sektor pertanian. Bagi mengatasi masalah ini, pembangunan perindustrian perlu
dipesatkan, terutama di kawasan luar bandar

Anda mungkin juga menyukai