Anda di halaman 1dari 29

CIRI UTAMA DALAM

SETIAP SEKTOR
EKONOMI NEGARA
NURMAISYARAH
WAN NUR AYUNI
DIENNUR FATIHAH
EKONOMI PRIMER
◦ Ekonomi primer ialah sektor ekonomi asas yang berhubung terus dengan sumber alam. Antaranya seperti
pertanian,perikanan,penternakan,perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor
primer kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat awal menggunakan sumber alam sebagai bahan
mentah . Tanpa sumber alam sektor ini tidak boleh beroperasi
◦ CIRI –CIRI SEKTOR PRIMER
1.TABURAN
Berdekatan dengan kawasan sumber untuk mengurangkan kos pengankutan
2.ORIENTASI PENGELUARAN
Skala pengeluaran samada kecil, sederhana atau besar, intensif atau ekstensif. Contohnya sektor
perladangan tujuannya ialah untuk eksport dan skala pengeluarannya beratus hektar.
3.OPERASI PENGELUARAN
Untuk kegunaan domestik (input kepada industri sekunder )
4.PENGGUNAAN MODAL
Modal pusingan yang digunakan banyak atau sedikit. Sebagai contoh sektor perladangan di Malaysia
bermodal besar menggunakan modal GLC seperti daripada FELDA dan SIMEDARBY.
5.BURUH
Meliputi kuantiti dan kualiti penggunaan buruh, jenis buruh yang digunakan (buruh tempatan atau buruh
asing), intensif buruh atau giat tentera. Dalam sektor perladangan kelapa sawit di Malaysia banyak
menggunakan tenaga buruh asing dari Indonesia dan Bangladesh.
6.TEKNOLOGI
Penggunaan teknologi konvensional atau teknologi moden. Sebagai contoh sektor perikanan pinggir pantai
menggunakan teknologi tradisional seperti bubu. pukat, jala dan pancing. Manakala perikanan laut dalam
menggunakan teknologi moden seperti alat ecosonar dan GPS, pukat tunda.
1.SISTEM PERTANIAN
◦ PERTANIAN LADANG
• Pertanian ladang merujuk kepada aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan melebihi 40 hekta
• Tanaman yang ditanam lazimnya terdiri daripada tanaman kontan (jualan) seperti kelapa sawit, getah dan
koko
CIRI PERTANIAN LADANG
CIRI LOKASI
Pertanian ladang di Malaysia biasanya terdapat di kawasan luar bandar terutama di Kawasan berbukit dan
tanah beralun yang sesuai ditanam dengan tanaman kelapa sawit, getah dan koko terutamanya di negeri
Johor, Pahang, Perak dan Sabah yang mempunyai Kawasan yang luas dan sesuai untuk aktiviti pertanian
yang dilaksanakan
CIRI SKALA
Pertanian ladang biasanya ditanam dalam bentuk ladang besar atau estet iaitu melebihi 40 hekta yang dimiliki
oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FELDA,FLECRA dan syarikat swasta seperti GUTHRIE,
LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI danSIME DARBY. Keluasan pertanian ladang boleh mencecah ribu
hekta dan biasanya ditanam dengan tanaman kelapa sawit ataupun getah
CIRI PEMILIKAN TANAH DAN MODAL
Modal bagi syarikat besar atau swasta diperoleh melalui pinjaman bank swasta komersial. Sementara, FELDA
dan FELCRA modal dilabur melalui pinjaman dari bank tempatan dan kerajaan. Modal yang diperlukan
untuk mengusahakan pertanian ladang adalah sangat besar kerana memerlukan satu sistem pengurusan yang
cekap dari peringkat penanaman hinggalah ke peringkat pemasaran.
CIRI ORIENTASI PENGELUARAN
Hasil pengeluaran teh tanah tinggi dipasarkan di pasaran tempatan dan juga untuk pasaran eksport. Begitu
juga dengan tanaman kelapa sawit dan getah kebanyakan orientasi pengeluarannya adalah untuk pasaran
eksport dan pasaran tempatan.
CIRI TEKNOLOGI
Kaedah pertanian yang dijalankan kebanyakannya menggunakan teknologi moden telah untuk mendapatkan
hasil semaksimum mungkin seperti penggunaan jentera, baja kimia dan racun serangga. Penggunaan input
moden ini telah dapat menambahkan hasil pengeluaran yang banyak dan seterusnya memberi keuntungan
kepada pengusaha.
CIRI TENAGA BURUH
Ladang teh memerlukan tenaga buruh yang banyak dan biasanya menggunakan tenaga buruh tempatan yang
diupah. Begitu juga dengan ladang kelapa sawit yang memerlukan tenaga buruh yang banyak dan tenaga
buruh ini biasanya diupah kepada penduduk tempatan dan warga asing khususnya dari Indonesia dan
Bangladesh.
◦ PERTANIAN KEBUN KECIL
• Pertanian kebun kecil merujuk kepada aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan tidak melebihi 40 hekta
• Pertanian secara kebun kecil ditanam dengan tanaman kontan, sayur-sayuran, tanaman makanan ruji dan
buah buahan.
CIRI LOKASI
Di Malaysia pertanian kebun kecil biasanya terdapat di kawasan luar bandar. Tanaman utama yang ditanam
seperti kelapa sawit, getah, kelapa, dan koko terutama di negeri Johor, Pahang, Perak dan Sabah. Tanaman ini
ditanam di kawasan tanah beralun dan berbukit yang bersaliran baik.
CIRI PEMILIKAN TANAH DAN MODAL
Pertanian kebun kecil biasanya dimiliki oleh orang perseorangan ataupun secara berkelompok. Modal yang
digunakan untuk memajukan kebun kecil adalah sedikit dan biasanya menggunakan modal sendiri atau
pinjaman wang daripada ahli keluarga terdekat. Selain itu modal juga diperolehi melalui pinjaman daripada
koperasi-koperasi peladang yang ditubuhkan khas untuk membantu pekebun-pekebun kecil.
ORIENTASI PENGELUARAN
Hasil pengeluaran pertanian kebun kecil seperti getah dan minyak kelapa sawit biasanya untuk pasaran
tempatan dan juga sebagai hasil eksport negara. Hasil pertanian biasanya dijual sendiri atau melalui orang
tengah untuk dihantar ke kilang-kilang memproses. Pertanian sara diri seperti padi sawah pula biasanya untuk
kegunaan tempatan sahaja. Sementara, sayur-sayuran dan buah-buhan pula untuk kegunaan pasaran tempatan
dan juga dieksport ke Singapura.
CIRI SKALA
Keluasan kawasan pertanian kebun kecil adalah tidak melebihi 40 hektar dan biasanya pekebun kecil
memiliki keluasan tanah kurang daripada 10 hektar. Sementara itu, jenis tananam yang berasaskan sara diri
biasanya keluasan tapak pertanian sekitar 1 hingga 2 hektar dan ditanam dengan tanaman sayur-sayuran atau
buah-buahan.
CIRI TENAGA BURUH
Aktiviti pertanian kebun kecil menggunakan tenaga buruh yang sedikit iaitu sama ada tenaga buruh yang
datangnya daripada ahli keluarga sendiri ataupun tenaga buruh yang diupah tetapi dengan bilangan yang
terhad sahaja dan bergantung kepada keluasan tanah pertanian.
CIRI TEKNOLOGI
Kaedah pertanian kebun kecil yang dijalankan kebanyakannya telah menggunakan input- input moden
seperti penggunaan baja kimia dan racun serangga untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Namun,
penggunaan input-input moden ini masih lagi terhad dan amat bergantung kepada modal yang dimiliki oleh
pekebun kecil. Oleh itu, penggunaan teknologi moden seperti jentera moden dalam pertanian adalah masih
lagi terhad.
◦ PERTANIAN PINDAH
• Pertanian pindah merujuk kepada aktiviti pertanian yang mengamalkan kaedah tebang dan bakar hutan
dengan keluasan kawasan sekitar 0.5 hingga 1 hektar
• Tanaman yang ditanam adalah ringkas seperti padi huma, ubi keledek dan jagung dengan bantuan air hujan
sahaja.
LOKASI KAWASAN
Aktiviti pertanian pindah terdapat di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang
diusahakan oleh masyarakat Orang Asli. Pertanian biasanya dijalankan di kawasan lereng bukit dengan
menggunakan kaedah tebang pokok dan bakar. Tanaman yang ditanam seperti padi bukit, jagung, ubi keledek
dan tanaman lain yang mudah tumbuh dengan bantuan air hujan.
ORIENTASI HASIL PENGELUARAN
Orientasi pengeluaran hasil pertanian pindah hanya untuk kegunaan ahli keluarga sendiri dan kelompok
masyarakat sahaja. Hasil pertanian yang berlebihan akan diagihkan dalam kelompok ahli keluarga.
PEMILIKAN TANAH DAN PENGGUNAAN MODAL
Tanah pertanian pindah ialah milik bersama sebuah keluarga dan tiada pemilikan kawasan pertanian secara
individu. Di samping itu, modal yang digunakan untuk menjalankan pertanian pindah adalah sedikit atau
tiada langsung kerana tidak melibatkan kos pembilian tanah pertanian
SKALA KAWASAN
adalah kecil iaitu sekitar 0.5 hingga 1 hektar sahaja. Untuk membuka kawasan pertanian penduduk terpaksa
menebas semak samun dengan menggunakan sabit dan menebang pokok kayu balak dengan menggunakan
kapak sahaja.
TENAGA BURUH PERTANIAN
Pindah hanya menggunakan tenaga buruh ahli keluarga Sahaja. Penanama tanaman dijalankan secara
bersama –sama oleh ahli keluarga dan masyarakat.Pembukaan tapak pertanian pindah adalah secara gotong
royong oleh masyarakat orang asli
TEKNOLOGI MODEN
Menggunakan peralatan tradisional adalah alat mudah dan asas seperti kapak, tugal dan lain-lain lagi . Hanya
menggunakan baja asli iaitu menggunakan abu hasil pembakaran kayu dan daun kering
◦ PERTANIAN DI TANAH TINGGI
• Kawasan tanah tinggi yang bersuhu rendah dan sejuk di Malaysia amat sesuai ditanam dengan tanaman teh,
bunga-bungaan dan tanaman hawa sederhana seperti sayur- sayuran dan buah-buahan.
• Kawasan tanah tinggi di Malaysia yang diusahakan dengan aktiviti ekonomi pertanian seperti Tanah Tinggi
Cameron di Pahang dan Tanah Tinggi Kundasang di Sabah.
2.SEKTOR PERIKANAN
◦ PERIKANAN PINGGIR PANTAI
LOKASI
Lokasi penangkapan biasanya dijalankan di pesisir pantai iaitu kurang dari 30 batu nautika dari pinggir
pantai. Kegiatan ini dijalankan oleh nelayan-nelayan tradisional di sepanjang pantai Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak. (Nota: 30 batu nautika = 55.5 km).
MASA OPERASI
Masa tangkapan hasil laut adalah secara harian. Nelayan akan turun ke laut pada waktu pagi dan akan pulang
pada waktu petang dan biasanya dijalankan secara individu atau dibantu oleh ahli keluarga sahaja.
ORIENTASI PASARAN
Hasil tangkapan untuk jualan harian. Hasil tangkapan ikan adalah untuk dijual secara harian dan lebihannya
diguna untuk keperluan keluarga. Hasil tangkapan hanya untuk pasaran tempatan sahaja kerana hasil
tangkapan ikan tidaklah terlalu banyak
TEKNOLOGI TRADISIONAL
peralatan Peralatan menangkap ikan masih lagi bersifat tradisional seperti menggunakan jaring bubu,
pancing, pukat hanyut dan biasanya dijalankan oleh nelayan tradisional. Jenis tangkapan ikan pesisir pantai
seperti ikan selayang, kembong, bilis dan sebagainya.
MODAL
Modal yang digunakan adalah kecil dan biasanya menggunakan modal persendirian atau modal daripada
keluarga sahaja. Oleh sebab itu, penggunaan peralatan moden tidak dapat dilaksanakan kerana modal yang
terhad dan kehidupan nelayan juga masih dalam lingkaran kemiskinan.
TENAGA BURUH
Tenaga buruh yang digunakan adalah sedikit iaitu dari kalangan ahli keluarga sahaja atau jiran dan
merupakan pekerjaan yang biasanya diwarisi dari ahli keluarga secara turun-temurun. Bilangan tenaga buruh
sama ada seorang, berdua atau bertiga sahaja.
◦ PERIKANAN LAUT DALAM
Perikanan laut dalam merupakan aktiviti penangkapan ikan di kawasan laut melebihi 30 batu nautika dari pinggir
pantai yang menggunakan kaedah teknologi moden dan hasil tangkapan adalah secara besar besaran
LOKASI
penangkapan adalah di laut dalam iaitu di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang melebihi 30 batu nautika
dari pinggir pantai. Akta ZEE 1984 memperuntukkan kuasa kerajaan Malaysia bagi mengurus dan mengeksploitasi
sumber- sumber hidupan laut dan bukan hidupan laut. Pada amnya negara-negara berpantai mempunyai hak
kedaulatan mengenai sumber-sumber hidupan laut dari pantai sehingga 200 batu nautika Zon Ekonomi Eksklusif.
MASA OPERASI
menangkap ikan biasanya mengambil masa berhari-hari, berminggu dan kadangkala berbulan-bulan di laut dalam
dan penangkapan ikan laut dalam biasanya dijalankan secara berkumpulan.
ORIENTASI PASARAN
hasil tangkapan adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara melalui pasaran eksport. Kuantiti tangkapan ikan
dan hasil laut biasanya banyak.Kegiatan ini memerlukan saiz pasaran yang luas .
TEKNOLOGI
teknologi moden seperti alat echo sounder dan bot berkuasa tinggi. Dijalankan oleh nelayan yang terlatih
untuk menangkap ikan di lautan lepas. Jenis tangkapan ikan di laut dalam adalah seperti tenggiri, tuna,
kerapu dan sebagainya.
MODAL
adalah besar dan biasanya dimiliki oleh syarikat atau persatuan nelayan yang mempunyai modal yang
banyak untuk membeli bot dan pukat yang besar dan canggih. Modal diperoleh melalui pinjaman daripada
bank tempatan mahupun swasta
PENGGUNAAN TENAGA BURUH
biasanya tenaga buruh mahir atau import bagi memudahkan penggunaan peralatan moden dan bilangan buruh
digunakan juga banyak. Tenaga buruh terdiri daripada tenaga buruh yang terlatih dan berkemahiran dalam
penangkapan ikan laut dalam
◦ AKUAKULTUR
• Akuakultur merujuk kepada penternakan ikan atau hidupan air di dalam sangkar mahupun di dalam kolam.
Kegiatan ini dijalankan sama ada di air tawar dan air payau (marinkultur).
• Contoh ternakan yang diternak seperti ikan patin, tilapia, siakap, ternakan udang galah, udang harimau,
kerang dan lain-lain.
• Kegiatan ini diusahakan secara kecil- kecilan untuk pasaran tempatan atau secara komersial seperti udang
harimau yang dieksport ke luar negara.
SEKTOR PERLOMBONGAN
◦ BEKALAN SUMBER GALIAN DARI SEGI KUANTITI
Kuantiti dan kualiti iaitu bekalan dan simpanan sumber mineral yang masih banyak dan bermutu tinggi.
Mudah diteroka dan daya ketersampaian yang tinggi seperti perlombongan petroleum di perairan terengganu
dan perairan sarawak
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ASAS
Seperti jaringan pengangkutan air,jalan raya dan kereta api memudahkan bahan mineral dihantar ke pelabuhan
dan lain- lain kawasan untuk tujuan pemasaran hasil galian. Kemudahan infrastruktur Ini juga memudahkan
aktiviti pengeluar bahan galian dimajukan seterusnya telah dapat meningkatkan daya ketersampaian.
TEKNOLOGI DAN KEPAKARAN
dari dalam dan luar negara mudah diperoleh. Modal besar dan banyak yang mudah diperoleh membolehkan
teknologi dan kepakaran asing senang diperoleh dan dibawa masuk ke negara Malaysia.
POLISI DAN GALAKKAN KERAJAAN
seperti pengurangan cukai, polisi menggalakkan kemasukan pelaburan asing, galakan dan insentif tertentu
menyebabkan sektor perlombongan bahan mineral berkembang pesat. Kerajaan sentiasa berusaha untuk
menarik pelabur asing memajukan sumber galian di Malaysia.
MODAL
Pelabur tempatan dan pelabur asing banyak melabur dalam sektor perlombongan terutama perlombongan
hasil petroleum. Modal dari luar dan dalam negeri mudah diperoleh kerana pelabur asing sangat berminat
untuk menanam modal terutama dalam aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli. Contohnya Petronas
dimiliki oleh syarikat tempatan dan Shell oleh pelabur asing
TENAGA BURUH
Terdapat tenaga buruh yang mahir dan separa mahir menjadikan aktiviti perlombongan bahan galian
dijalankan dengan pesat. Upah tenaga buruh juga masih lagi murah berbanding keuntungan yang diperoleh
hasil pengeluar bahan galian tersebut seperti perlombongan
PERMINTAAN DAN PASARAN
Penggunaan bahan galian seperti petroleum, bijih timah dan bauksit sebagai bahan mentah dalam industri
berkaitan mendapat permintaan yang tinggi dari dalam negeri dan luar negara. Harga yang tinggi di pasaran
antarabangsa seperti petroleum mentah menyebabkan aktiviti perlombongan galian ini dijalankan dengan
giat.
Sektor Sekunder (Perkilangan)
◦ Sektor sekunder adalah sektor ekonomi lanjutan daripada sektor primer. ia lebih bersifat pemprosesan
dan pembuatan. Sektor sekunder banyak menggunakan keluaran (output) sektor primer sebagai bahan
mentahnya untuk diproses menjadi barangan separa siap. Contoh sektor ekonomi sekunder ialah: industri
pemprosesan, industri pembuatan, industri pembinaan dan juga industri penjanaan tenaga.
◦ Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Sekunder
 TABURAN
industri pemprosesan berada di kawasan sumber. Contohnya kilang memproses kelapa sawit berada di
ladang kelapa sawit. Manakala kilang pembuatan pula berada di kawasan pasaran/bandar seperti kilang
elektrik, elektronik, makanan, minuman dll supaya produknya mudah dipasarkan.
 ORIENTASI PENGELUARAN.
Syarikat pembuatan seperti PANASONIC. SONY, SAMSUNG. NOKIA adalah syarikat Multinasiond yang
beroperasi secara besar-besaran untuk memenuhi pasaran global. Manakala lndustri Kecil dan Sederhana
(IKS) adalah berskala tempatan/kecil yang menjadi pembekal kepada syarikat multinasional. modal. Bagi
industri berskala besar (syarikat multinasional) adalah milik pelabur asing sepenuhnya samada dari Jepun,
Korea, USA, Eropah dii. Manakala syarikat IKS adalah dimiliki oleh penduduk tempatan.
Sektor Sekunder (Perkilangan)
OPERASI PENGELUARAN
Untuk kegunaan domestik dan eksport ke luar negara
PENGGUNAAN MODAL
Bagi industri berskala besar (syarikat multinasional) adalah milik pelabur asing sepenuhnya samada dari Jepun,
Korea, USA, Eropah dii. Manakala syarikat IKS adalah dimiliki oleh penduduk tempatan.
BURUH
Industri berskala besar menggunakan tenaga pakar import yang dibawa masuk bersama dengan pelaburan
mereka. Tenaga buruh bagi syarikat besar lazimnya menggunakan tenaga buruh tempatan yang lebih murah
kosnya.
TEKNOLOGI
Syarikat multinasional menggunakan teknologi tinggi (Hi-Tech). Oleh itu ia amat mementingkan aspek
penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Sektor Sekunder (Perkilangan)
 CIRI PASARAN
Produk sektor pembuatan berfokus kepada pasaran eksport luar negara misalnya pengeksportan barangan
elektrik dan elektronik, pakaian] tekstil, jentera, petrokimia dll.
1. INDUSTRI PEMBUATAN
TABURAN ATAU LOKASI
Industri pembuatan banyak tertumpu di bandar-bandar besar kerana industri ini berorientasikan pasaran
tempatan dan luar negara yang memerlukan tenaga buruh yang ramai. Di kawasan bandar tenaga buruh
mudah diperoleh kerana terdapat banyak kawasan perumahan yang mampu menyediakan tenaga buruh tidak
mahir, separa mahir dan tenaga buruh mahir
SKALA OPERASI
adalah secara besar-besaran yang menggunakan pelaburan asing (FDI) sebagai penanam modal. Dimiliki oleh
syarikat multinasional (MNC) sementara syarikat tempatan menjadi vendor (pembekal). Modal yang banyak
akan dilaburkan untuk membeli kawasan industri yang luas seperti industri pemasangan kereta dan motosikal.
KADAR PENGGUNAAN TENAGA BURUH
Industri pembuatan menggunakan tenaga buruh yang ramai terutamanya sebagai operator pengeluaran yang
dibayar gaji tetap dan insentif kerja yang menarik seperti kilang Mitsubishi, Western Digital, LG, Sharp dan
sebagainya.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Industri pembuatan sesetengahnya menggunakan teknologi tinggi (Hi Tech) seperti teknologi robotik dan
komputer dalam menghasilkan pelbagai cip dan komponen. Usaha R&D amat digalakkan dan memainkan
peranan penting kepada sektor pembuatan dalam menghasilkan produk yang berkualiti.
ORIENTASI PENGELUARAN
adalah untuk pasaran eksport ke luar negara seperti pasaran Timur Tengah, Eropah, USA dan lain-lain di
samping untuk keperluan dalam negara. Pasaran luas diperlukan untuk mendapat pulangan keuntungan yang
lebih tinggi kepada syarikat MNC.
INDUSTRI PEMBINAAN
• PENGGUNAAN MODAL BESAR
Industri pembinaan seperti projek perumahan dan projek mega adalah sangat mahal. Contohnya harga rumah
kediaman adalah beberapa kali pendapatan tahunan seorang individu dan juga merupakan produk yang oaling
mahal dibeli sepanjang hidup bagi kebanyakkan penduduk. Oleh itu, pelaburan dalam industri pembinaan
mempunyai risiko yang tinggi. Modal yang besar amat diperlukan dalam menjayakan sesuatu projek
pembinaan seperto projrk mega pembinaan lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur di sepang
• PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Setiap projek pembinaan, cara pembinaan boleh dipilih daripada pelbagai kombinasi teknologi moden yang
berkemungkinan dengan syarat ianya mematuhi beberapa faktor seperti kos, sumber, dan undang-undang
bangunan. Kebolehan menggunakan teknologi moden akan memudahkan kebanyakan projek industri
pembinaan. Negara Malaysia masih menggunakan teknologi asing untuk pembinaan projek mega. Contohnya
pembinaan Menara Berkembar Petronas yang dijalankan oleh kontraktor Jerman.
• TENAGA BURUH YANG BANYAK
Tenaga buruh ialah aset yang terpenting dalam industri pembinaan selain modal, mesin, bahan binaan, dan
kepakaran. Tenaga buruh dalam sektor pembinaan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu
tenaga buruh am, tenaga buruh separuh mahir dan tenaga buruh mahir. Tenaga buruh di Malaysia datangnya
daripada tenaga buruh tempatan dan tenaga buruh asing yang datangnya dari negara Indonesia, Bangladesh,
Thailand dan sebagainya.
• SKALA KAWASAN YANG LUAS
Pembinaan taman perumahan, pembinaan projek mega, dan lebuh raya biasanya memerlukan kawasan yang
luas. Antara projek mega yang melibatkan keluasan tanah yang besar seperti Menara Kembar Petronas,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Formula1 di Sepang, Menara Kuala Lumpur,
dan Lebuhraya Utara-Selatan
• ORIENTASI PASARAN
Industri pembinaan lebih berorientasikan pasaran untuk penduduk tempatan iaitu untuk kebajikan dan
kemudahan penduduk. Misalnya pembinaan taman perumahan oleh kerajaan ataupun pemaju swasta.
Pembinaan perumahan oleh pemaju swasta lebih tertumpu kepada kos sederhana dan mewah serta pembinaan
ruang pejabat dan perniagaan yang bermotifkan komersial.
SEKTOR TERTIER (PERKHIDMATAN)
◦ Sektor tertier adalah sektor yang terlibat dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan dan
telekomunikasi. penyimpanan, perkhidmatan utiliti (elektrik. gas dan air), perdagangan borong. runcit,
pelancongan, hotel dan restoran, perkhidmatan kewangan, insurans dan bank, hartanah, perkhidmatan
perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang sudah jauh hubungannya
dengan sumber alam kecuali aktiviti pelancongan.
TABURAN
Sebahagian besar sektor perkhidmatan berada di bandar-bandar besar yang mempunyai jumlah penduduk
yang ramai yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan.
ORIENTASI PENGELUARAN
Skala operasi samada kecil, sederhana atau besar bergantung kepada keupayaan syarikat untuk menyediakan
kuantiti, kualiti dan liputan perkhidmatan. Syarikat kewangan antarabangsa misalnya mempunyai liputan
perkhidmatan di seluruh dunia contohnya perkhidmatan bank, insurans dan perkhidmatan.
PENGGUNAAN MODAL
Modal pusingan juga bergantung kepada keupayaan syarikat dan pemilikan syarikat samada secara
individu, konsortium, GLC atau syarikat multinasional. Syarikat-syarikat yang besar memiliki keupayaan
modal yang tinggi berbanding dengan syarikat kecil.
BURUH
Tumpuan kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi samada di bidang pengurusan dan teknikal,
penyelidikan dan pembangunan. Namun begitu terdapat juga tenaga buruh bukan profesional seperti
peringkat penghantaran dan pengedaran dll.
TEKNOLOGI
Penggunaan teknologi tinggi (Hi-Tech). Oleh itu ia amat mementingkan aspek penyelidikan dan
pembangunan (R&D). Teknologi tinggi juga di bawa bersama dengan tenaga pakar dan pelaburan modal
khususnya dari syarikat multinasional.

Anda mungkin juga menyukai