Anda di halaman 1dari 25

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN I

Oleh : Nomelqute

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN II

PENGENALAN

Assalammualaikum& SalamSejahtera,

Terimakasih kerana telah mendownloadkan Laporan Percuma TIPS KESIHATAN &


KECANTIKAN.

Nama saya Dahlia binti AlangSulaiman adalah seorangSurirumah sepenuh masa, pernah
bekerja sebagai setiausaha di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dan kini
menetap di Utara Tanah Air setelah berumahtangga. Saya ibu kepada 2 orang
cahayamata, anak sulung perempuan dan lelaki anak ke dua. Kini berjinak-jinak
melibatkan diri diri dalam dunia cyber dan ingin lebih dikenali sebagai Nomelqute di dalam
dunia perniagaan Internet.

Pada masa lapang saya menghabiskan masa dengan mendengar music, membaca dan
mengumpul pelbagai artikel terutamanya yang berkaitan dengan topik-topik Kesihatan &
Kecantikan serta dalam masa yang sama juga saya mempraktikkan tips-tips yang diperoleh
bagi menjimatkan kos atau alternatif rawatan kecantikan, tidak kira samada daripada
pembacaan ataupun tips-tips yang diceduk dari pengalaman Arwah Opah dan Makcik-
makcik dikampung.

Akhirnya telah memberikan ilhamkepada saya untuk menulis laporan percuma ini khas
untuk pengetahuan dan panduan kepada para pembaca yangberrminat untuk
mempraktikkan tips-tips atau petua-petua tersebut.

PENAFIAN: Namun perlu saya ingatkan juga kepada para pembaca ada sesetengah
tips-tips ini yangmungkin lambat memberikan kesan atau langsungtiada kerana ia
bergantungkepada faktor umur dan juga jenis kulit.

Sebenarnya terlalu banyak tips-tips dan petua yangdi amalkan oleh oranglama dan
semakin di lupa .... Laporan ini hanya sedikit panduan kepada anda.

Nantikan ebook yangmenghimpunkan lebih banyak tips untuk panduan anda.

**Nomelqute

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN

ISI KANDUNGAN

1. Merawat atau Mengurangkan Kulit Wajah Berminyak .1


2. Mengatasi Kulit Kering.............................................................................1
3. Melicin dan Menghaluskan Kulit Wajah..................................................2
4. Mencegah Kulit Berkedut.........................................................................3
5. Wajah Licin Berseri..................................................................................4
6. Hilangkan Parut Jerawat..........................................................................4
7. Mencegah Jerawat, Bintik Hitam & Putih pada Wajah..........................4
8. Amalan Harian untuk Kulit Sihat & Awet Muda....................................5
9. Memanjangkan Rambut 5
10.Mengembalikan Rambut yang Bersinar ..6
11.Memulihkan Rambut Bercabang .. . 6
12.Menghilangkan Masalah Rambut berbuah & Pencegahannya .... 6
13.Menghilangkan Kelemumur.................................................................. 7
14.Merawat Rambut Kering .. 7
15.Mengatasi Masalah Rambut Gugur.......................................................8
16. Melembutkan Tangan........................................................................... 8
17.Menegangkan Payudara .. ..8
18. .Bibir Merah Semulajadi .. 9
19.Hilangkan Urat Timbul di Kaki ......................................................... 9
20.Menghalus dan Mencerahkan Kulit Tubuh.......................................... 9
21. Bulu Mata Lentik dan Panjang............................................................. 9
22. Menghilangkan Kulit Kasar pada Tapak Kaki dan Tangan............... . 10
23.Menghapuskan Bulu Roma...................................................................10
24.Menghapuskan Bulu Ketiak..................................................................10
25. Menurunkan Berat Badan....................................................................11
26.Turunkan Darah Tinggi........................................................................11
27.Cegah Penyakit Kencing Manis............................................................12
28.Merendahkan Paras Kolesterol.............................................................12
29.Mencegah Risiko Sakit Jantung...........................................................12
30.Ikhtiar untuk Masalah Kesuburan Lelaki & Wanita............................13
31 Petua KHAS Untuk LELAKI................................................................13

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 1

Merawat /Mengurangkan kulit berminyak

1,Perahkan sehiris limau nipis ( ikut keperluan ) di campurkan dengan bedak


sejuk / tepung ubikayu. Dikacau hingga sebati setelah itu di sapukan ke seluruh
wajah dan biarkan kering setelah itu dicuci dgn air bersih.

2 Rendamkan beras separuh gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit
kemudian dikisar. Setelah itu disapukan ke wajah yang telah dibersihkan.
Sebaik-baiknya disapukan ke wajah sebelum masuk tidur. Amalkan 7hari
berturut-turut.setelah nampak hasilnya lakukan 2 kali sebulan

3. Cari Daun Sirih beberapa helai, cuci bersih dan ramas hingga keluar airnya,
kemudian sapukan air sirih tu tadi ke wajah yang telah dibersihkan, biarkan 15-
30 minit kemudianbilas dengan air. Lakukan selama 3 minggu berturut-
turut.untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

Atasi Kulit Kering

Madu 1 sudu keci dan sebii telur kuning kacau sebati kemudian sapukan pada
kulit wajah yang bersih. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas. Lakukan 2x
seminggu.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 2

Atasi Masalah Kulit Kering

Cara lain, Ambil Buah Avocado, korek isinya dan lecekkan hingga halus
kemudian campurkan dengan bijirin oat gaul hingga sebati. Sapukannya pada
wajah bersih, biarkan 20 minit. Kulit Avocado pula jangan dibuang sebaliknya ia
boleh menghilangkan kedutan di leher, betis, kaki.

Melicinkan dan Menghaluskan Kulit Wajah

Ambil Madu Lebah, sapukan nipis ke wajah dan biarkan ia meresap ( terpulang
pada anda untuk menentukan masanya) selepas itu cuci wajah dengan air
bersih.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 3

Melicin dan Menghaluskan Kulit Wajah

Tomato yg masak ranun di potong dan ambil isinya dan sapukan ke wajah yang
bersih kemudian biarkan ia kering setelah itu bersihkan wajah anda.

Tips Mencegah Kulit Berkedut

1. Ambil sebiji Timun dipotong nipis senipis-nipisnya ( timun yg dihiris ikut


keperluan) kemudian letakkan dan susunkan hirisn timun nipis tu hingga penuh
menutupi wajah anda. Biarkan untuk 30 minit. Lakukan setiap hari jika mahukan
keputusan yang diingini.

2. Ambil tepung ubi campurkan dengan air asam jawa,kacau sebati kemudian
sapukan ia ke wajah yang telah dicuci bersih. Biarkan hingga kering. Amalkan
hingga mendapat kesan yang dikehendaki. Setelah itu amalkan 3 kali seminggu.

Wajah Licin Berseri

Sediakan 1 sudu Madu, 2 sudu Oat dan Susu Segar secukupnya, gaulkan
campuran tadi hingga sebati kemudian sapukan pada wajah dan biarkan ia
hingga kering. Bilas wajah dengan air suam kemudian diikuti dengan air sejuk.
Amalkan selang sehari untuk mendapatkan kulit wajah yang putih, gebu dan
bebas daripada cela.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 4

Ambil TEH UNCANG @ 2 sudu besar Teh, direndam dengan air panas 1 cawan.
Biarkan air teh yang pekat itu semalaman. Keesokkan paginya selepas wajah
dibersihkann sapukan air teh tersebut dan biarkan ia kering kemudian bilas
dengan air bersih.

Selain dapat mencegah jerawat ia juga dapat membuatkan wajah lebih kemerah-
merahan. dan lebih berseri.

Hilangkan Parut/Bekas Jerawat

Asah Kulit Kayu Manis, campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan 1 sudu
kecil madu. Gaul sebati dan sapukan pada kulit yang mempunyai parut jerawat.
Amalkan setiap malam untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

Amalkan juga penggunaan krim Vitamin E pada setiap malam dan siang

Mencegah Jerawat, Bintik Hitam & Putih pada Wajah

Ambil Asam Jawa dicampur dengan air sejuk kacau sebati kemudian sapukan
pada wajah dan biarkan ia kering. Lakukan setiap malam untuk kesan yang lebih
memuaskan.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 5

Mencegah Jerawat, Bintik Hitam & Putih pada Wajah

Sediakan 2 sudu besar susu segar, 2 sudu besar madu dan 1 biji putih telur.
Diadun sebati kemudian di sapukan pada wajah yang bersih. Biarkan hingga
kering. Lakukan nya setiap hari.

Amalan Harian untuk Kulit Sihat & Awet Muda

Amalkan meminum Air Kosong sebanyak 1- 2 liter sehari.

Pastikan anda mengambil makanan yang segar seperti buah-buahan, sayur-


sayuran dan ikan yang segar.

PENTING : Elakkan daripada mengambil makanan ringan, berminyak, makanan


yang mengandungi kafiien, dan daging merah.

Memanjangkan Rambut

Ambil 3-4 biji Buah Keras, di pecahkan dan goreng tanpa minyak. Setelah
digoreng campurkan minyak zaiton bersama dengan Buah Keras biarkan 1-2 jam
atau lebih.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 6

Memanjangkan Rambut

1 lagi petua iaitu Ambil beberapa batang Serai, dipecah-pecahkan kemudian di


rebus dengan seperiuk air dan setelah mendidih biarkan ia sejuk. Sapukan air
serai yang telah direbuskan tadi pada rambut yang telah dicuci bersih dan
biarkan ia kering tak perlu bilas. Amalkan hingga mendapat hasil yang dihajati.

Menghilangkan Masalah Rambut berbuah & Pencegahannya

Keadaan rambut yang basah dan tidak dilap dengan sebaiknya penyebab
rambut berbuah atau berbiji dan apabila rambut tersebut diikat kemudian di
masukkan ke dalam anak tudung memburukkan lagi keadaan.

Pencegahan: sebaik-baiknya lap rambut anda hingga hilang air pada rambut dan
keringkan dengan kipas jika anda mahu menggunakan alat pengering rambut
pastikan udara yang digunakkan itu tidak panas bagi mengelakkan rambut rosak.

Jika rambut telah pun berbiji-biji, anda dinasihatkan supaya rambut tersebut di
gunting kan saja. Jangan risau jika rambut pendek lagipun ia hanya sementara je
dan rambut tu akan panjang semula serta anda akan memiliki rambut yg cantik
tanpa berbiji-biji atau berbuah tetapi dgn syarat kena patuhi langkah2
pencegahan diatas.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 7

Mengembalikan Sinar Rambut Yang Memikat

Sediakan sebiji buah Aprikot, ambil isinya dan lecekkan dan lumatkan kemudian
sapukan pada rambut yg baru lepas dicuci biarkan selama 5-10 minit kemudian
bilas dengan air bersih.

Memulihkan Rambut Bercabang

Ambil 1 biji Limau Nipis perah jusnya dan dicampurkan dengan Santan setengah
cawan. Sapukan campuran tadi pada hujung rambut biarkan seminit kemudian
lapkan tanpa perlu dibilas. Lakukan bebeapa hari rambut anda akan kembali
seperti sediakala.

Menghilangkan Kelemumur

Ambil 1-2 biji buah Limau Nipis, dihiris mengikut cara masing-masing, kemudian
sentalkan hirisan limau nipis itu pada seluruh kulit kepala anda. Amalkan 1-2 kali
seminggu.

Merawat Rambut Kering

Sapukan minyak zaiton pada setiap helai rambut dan kulit kepala, urutkan
seluruh kulit kepala kemudian pakai cap penutup rambut dan biarkan ia
semalaman. Keesokkan paginya basuh rambut seperti biasa dan anda akan
dapati rambut anda lebih lembut. Lembab dan mudah terurus. Amalkan 2 kali
seminggu.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 8

Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Pastikan rambut anda telah dibersihkan kemudian sapukan pada kulit kepala
anda dengan campuran serbuk kulit kayu manis 1sudu dan madu lebah 1 sudu,
Biarkan ia pada kulit kepala lebih kurang 15-20minit setelah itu bilas rambut
anda hingga bersih.

Melembutkan Tangan

Untuk individu yang memiliki tapak tangan yang kasar, titiskan cuka pada telapak
tangan dan gosokkan kedua belah tangan untuk 5-10 saat kemudian bilas
dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Menengangkan Payudara

Beberapa helai Daun Sirih berdaun lebar, bersihkan ia terlebih dahulu kemudian
sapukannya dengan minyak zaiton atau minyak masak dan salaikannya dengan
api lilin datn letakkan daun sirih itu pada payudara dan biarkan ianya kering.
Amalkan nya berulang kali untuk mendapat hasilnya

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 9

Bibir Merah Semulajadi

Sapukan bibir anda dengan hirisan Halia dan biarkan ia selama 15 minit.
Amalkan untuk tempoh beberapa hari bibir anda akan merah semulajadi.

Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir sebelum tidur. Amalkan setiap
hari.

Hilangkan Urat Timbul di Kaki


Bagi wanita yang gemar memakai kasut bertumit tinggi untuk jangkamasa
panjang akan mengakibatkan urat-urat timbul pada kaki dan betis. Untuk
mengatasi masalah ini, ambil sebiji Bawang Putih kemudian dihiris dua dan
disapukan getahnya pada urat yang mula nak timbul tersebut.

Bulu Mata Lentik dan Panjang

Untuk memanjangkan bulu mata, sapukan hujungnya dengan air teh pekat yang
telah direndam ataupun air lendir dari daun lidah buaya @ aloe vera .
Amalkannya selalu.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 10

Menghaluskan Dan Mencerahkan Kulit Tubuh


Sediakan Bijirin Oat 3 sudu besar, Susu Tepung atau Susu Segar 3 sudu besar,
Madu 3 sudu Besar. Gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut hingga sebati dan
pastikan ianya tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Sapu dan gosokkan campuran
Oat tersebut pada keseluruh tubuh, gosok hingga kering setelah itu boleh lah
dibilas dengan air bersih.

Menghilangkan Kulit Kasar Tapak Kaki dan Tangan

Sekiranya anda berpeluang pergi berkelah di kawasan perkelahan samada di


Tepi sungai atau pantai, ambil kesempatan ini untuk berjalan berkaki ayam di
atas pasir sungai atau pantai kerana pasir sungai atau pasir pantai ini dapat
menghaluskan tapak kaki atau telapak tangan.

Menghapuskan Bulu Roma


Ambil beberapa biji Limau Nipis, perah jusnya kemudian campurkan dengan gula
beberapa sudu hingga adunannya pekat. Setelah itu sapukan pada tempat yang
hendak dibuang bulu roma, biarkan kering setelah itu basuh dengan air suam.
Lakukan 3 – 4 kali seminggu.

Menghapuskan Bulu Ketiak


Bagi menghapuskan bulu ketiak untuk jangkamasa yang lama. Ambil sedikit lada
putih, kapur barus dan ditumbuk hingga lumat, kemudian campurkan ia dengan
minyak zaiton kacau hingga sebati. Sapukan sebatian campuran tersebut pada
ketiak sebelum tidur.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 11

Menurunkan Berat Badan


Untuk menurunkan berat badan adalah dengan meminum air Kulit Delima Muda.
Caranya ambil sebiji buah Delima muda, parut halus kulitnya dan campurkan ke
dalam segelas air bersama dengan secubit garam. Simpakan dalam petisejuk,
minum air kulit delima ini setiap kali selepas makan tengahari selang sehari.

Amalkan meminum air Teh Cina setiap kali lepas selepas makan.

Banyakkan minum air suam kosong dapat mengelakkan anda untuk


Makan banyak

Perahkan sehiris Limau nipis atau lemon ke dalam air kosong untuk
menghilangkan rasa lapar.

Turunkan Darah Tinggi

Ambil sebiji Peria Katak dan Batang Saderi, kisarkan dan minum jusnya
seminggu 1 kali.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 12

Cegah Kencing Manis @ Diabetes

Cara yang terbaik untuk mencegah kencing manis atau pun nama sainstifiknya
Diabetis adalah dengan cara mengawal kuantiti pengambilan gula. Atau pun
meminum herba. Yang telah diketahui khasiatnya untuk mencegah diabetes
seperti mengamalkan minum minuman Teh Misai Kuching. Selain daripada
dapat mencegah kencing manis ia juga dapat membuangkan asid urik yang
terkumpul pada sendi dan mencegah penyakit Gaut. Amalkan seperti anda
meminum teh biasa setiap hari.

Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah


Amalkan meminum Air Kulit Kayu Manis, caranya ambil serbuk kulit kayu manis
sebanyak 3 sudu teh, madu lebah 3 sudu dicampurkan dengan air suam
sebanyak 440ml.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Campuran madu asli dan serbuk kayu manis boleh mengurangkan risiko
serangan jantung serta dapat membantu sistem pernafasan berjalan lebih
lancar serta mengekalkan kadar denyutan jantung yang normal.

www.gempaknewbie.com
TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN ANDA 13

Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki;


Amalan minum madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Ambil 2 sudu teh madu.

manakala golongan wanita untuk meningkatkan kesuburan.minum campuran


serbuk kulit kayu manis setengah sudu dan madu 1 sudu.

Petua KHAS Untuk LELAKI

Amalkan memakan bawang merah mentah terutamanya bahagian tengahnya


jadikan ulam, tujuannya untuk memekatkan air mani.

Elakkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan z**** menjadi sejuk serta
lembik. Akibatnya z**** ngilu apabila bersama dengan isteri.

Untuk mengelakkan berlakunya pancutan awal dan air manic air elakkan
daripada memakan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan .

Selepas makan sebaik-baiknya jangan terus minum air , minumlah setelah 2


minit selepas selesai makan.

Setiap kali hendak minum tahan nafas kerana ia dapat membantu anda dari
mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

www.gempaknewbie.com
Produk PERCUMA untuk Anda

Download

Download
Download

Download
Download

Download
Download

Download
Download

Download
Download

Download
Download

Download
Download

Download
Bonus Rahsia Dari Gempak Newbie Team

Anda dapatkan Bonus tersebut

DI SINI.


Dah download..baru tau..☺

Anda mungkin juga menyukai