Anda di halaman 1dari 2

Kisah Tempayan Retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya


tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak,
sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat
membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya,
tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja. Selama 2
tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu
setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak
retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya
dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di
atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan
setengah dari kemampuan yang ia miliki.
Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu
berkata kepada si pengangkut air; ” Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan
ingin memohon maaf. ” ” Kenapa? ” tanya si pengangkut air. ” Kenapa kamu berasa
malu? ” ” Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada
yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini
membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan.
Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi ” , kata tempayan retak itu. Si
pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas
kasihannya, dia berkata ;
”Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu
memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. ” Benar, ketika mereka naik
ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-
bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun
pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah
bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas
kegagalannya. Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu; ” Apakah kamu
memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada
bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah
menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam
benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan
pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu.
Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias
meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat
menghias rumahnya seindah ini. ”
Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan
tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana,
tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan
kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan
setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.

Anda mungkin juga menyukai