Anda di halaman 1dari 4

Konsep Keusahawan

Keusahawanan
.
Menurut Histrich and Peter (1998), Keusahawanan adalah proses yang cergas
kearah membina kekayaan. Kekayaan ini dibina oleh individu yang percaya
bahawa untuk menghasil sesuatu yang bermanafaat untuk sesuatu keluaran atau
perkhidmatan, risiko utamanya ialah modal, masa dan jaminan kerjaya.
..
Ini adalah satu proses untuk membina sesuatu yang baru dan bermanafaat dengan
pengorbanan masa dan tenaga, mempercayai system pembiayaan, psikologi dan
risiko social, dan menerima pulangan kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.
..
Aspek asas:
..
1. Melibatkan proses penciptaan yang hasilnya mewujudkan manafaat yang baru.
Manafaat yang dihasilkan oleh proses penciptaan adalah dinikmati oleh usahawan
yang mencipta dan pasaran yang telah dibangunkan.
..
2. Menuntut kepada pengorbanan masa dan tenaga.
..
3. Perlu percaya kepada risiko yang terdiri dari berbagai jenis ruang bergantung
kepada bidang yang di usahakan tetapi berpusat disekitar ruang kewangan,
psikologi dan persekitaran social.
..
4. Menghasilkan usahawan. Lebih penting dari itu ialah kebebasan yang
bergantung kepada kepuasan individu. Pulangan kewangan pula datang dari
aktiviti keuntungan usahawan. Kewangan adalah tanda dan symbol kejayaan.
..
Keusahawanan ditakrif oleh Kuratko and Hodgetts (2004) ialah proses
pembaharuan dan penciptaan usaha baru melalui 4 dimensi utama iaitu individu,
organisasi, persekitaran dan proses – dengan bantuan jalinan kerjasama kerajaan,
pendidikan dan institusi.
..
Dalam menghargai kepentingan keusahawanan pada abad ke 21, Kuratko dan
Hodgetss(2004) membina gabungan definasi keusahawanan seperti berikut:
..
“Keusahawanan adalah proses dinamik visi, perubahan dan penciptaan.
Ianya menuntut permintaan penggunaan tenaga dan semangat terhadap
penciptaan dan pengimplementasian idea baru dan cadangan kreatif.
.
Paling penting ramuannya termasuk kerelaan untuk mengambil kira risiko
dalam tempoh masa, modal, atau kerjaya, kebolehan merumuskan kumpulan
perusahaan yang berkesan, kemahiran kreatif kepada pegawai yang
memerlukan sumber, kemahiran asas pembinaan perancangan perniagaan
yang sempurna; dan akhir sekali visi untuk mengenali peluang ketika orang
lain melihatnya sebagai kelamkabut, percanggahan dan kekeliruan.”
..
Siapakah usahawan?
.
Usahawan adalah peneroka kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka memiliki
kepekaan terhadap peluang, memiliki panduan untuk pembaharuan dan memiliki
keupayaan penyelesaian yang mana kini menjadi rujukan dan alat ukur oleh
perusahaan bebas.
..
Scarborough dan Zimmerer (1998) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang
mencipta perniagaan baru secara tidak nyata untuk tujuan mencapai keuntungan
dan pertumbuhan perniagaan melalui cara mengenalpasti peluang dan
pengumpulan keperluan sumber kepada capital.
..
Kuratko dan Hodgetss (2004) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang
menerima tugas untuk mengurus, mentadbir dan mempercayai risiko dalam
perniagaan. Usahawan juga ialah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang
digunakan oleh sesiapa saja bagi tujuan penelitian, perancangan yang baik dan
pertimbangan bila melaksanakan urusan keusahawanan.
..
Usahawan bekerja dengan kreatif , optimis dan komited untuk memperkenalkan
sumber baru atau menggantikan yang lama dengan keupayaan yang baru dan
semua ini adalah bagi tujuan penciptaan kekayaan.
..
Hari ini usahawan ialah orang yang membawa pembaharuan atau pembangun
kepada sesiapa yang mengakuinya dan merebut peluang yang ada ; mengubah
peluang tersebut melalui idea kerjakuat atau idea pemasaran , ditambah nilai
melalui masa ,tenaga, wang atau kemahiran; mempercayai risiko persaingan
pasaran untuk mengimplementasi idea; dan merealisasikan pulangan dari tenaga
yang telah dicurahkan.
..
Makna dan definasi usahawan adalah berbagai dengan tertib tertentu. Sebagai
contoh ahli ekonomi melihat usahawan sebagai pembawa sumber , pekerjaan,
kebendaan dan lain-lain asset melalui kombinasi yang luarbiasa menjadikan
nilainya lebih besar dari sebelumnya; mereka juga yang mencadangkan
perubahan , pembaharuan dan peraturan baru untuk menjana keuntungan.
..
Ahli psikologi menakrif usahawan dari segi tempoh pencapaian. Bagi ahli
psikologi usahawan adalah individu yang bergerak mencari cabaran dan
penyelesaiannya.
..
Walaupun setiap definisi menunjukan usahawan dari perbezaan pandangan yang
kecil , semuanya mengandungi persamaan fahaman seperti pembaharuan,
kekayaan, pengurusan, penciptaan, dan pengambilan risiko. Usahawan adalah
pemangkin kepada perubahan ekonomi bagi tujuan penelitian, perancangan
pertimbangan yang baik dalam mengimplementasikan proses keusahawanan.
..
.
Kepentingan Keusahawan
..
Keusahawanan adalah penting kepada dunia hari ini. Ianya adalah pemangkin
kepada perubahan ekonomi dan pertumbuhannya. Peraturan keusahawanan dalam
pembangunan ekonomi melibatkan lebih daripada hanya pertambahan perkapita
pengeluaran dan pendapatan. Ianya melibatkan inisiatif dan menjadi perubahan
dalam struktur perniagaan dan persatuan. Perubahan ini beriringan dengan
pertumbuhan dan pertambahan pengeluaran.
..
Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan pembaharuan sebagai kunci
untuk pertumbuhan ekonomi dalam pembangunan keluaran baru atau
perkhidmatan untuk pasaran. Aktiviti pembaharuan juga merangsang minat
pelaburan dalam perusahaan yang baru dicipta. Dengan demikian , keusahawanan
melalui proses pembaharuan mencipta pelaburan baru bagi perusahaan baru
tersebut, iaitu hasil dari pembangunan ekonomi. Lebih banyak perusahaan di cipta,
perkerjaan baru akan diwujudkan, dengan demikian mengurangkan kadar
pengangguran.
..
Keusahawanan, melalui kreativiti dan proses pembaharuan mengeluarkan produk
baru dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan manusia. Ianya menyediakan
specific produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan. Dalam
pengeluaran dan perkhidmatan yang baik, usahawan akan mencari jalan yang lebih
baik untuk penggunaan sumber dan mengurangkan pembaziran. Untuk itu
masyarakat akan dapat kebaikan dan perkhidmatan yang lebih murah.
..
Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan jutaan manusia melalui produk
baru dan perkhidmatan yang dibawa ke dalam pasaran. Lebih dari itu usahawan
juga amat murah hati dalam pengagihan kekayaan mereka kepada yang wajar
menerimanya mengikut keutamaan. Oleh itu usahawan adalah individu yang
mencipta kekayaan, atau boleh dikatakan juga sebagai penggalak kewujudan
kekayaan.

Anda mungkin juga menyukai